28 January 2012

Asal Mana?

Assalamualaikum..

28.01.2012- Lagi 3 , 4 hari je dah nak berpindah ke bulan baru. Cepatnya masa berlalu.  
Ok, berbalik kepada tajuk entry yang tak semenggah mana. Heh. Aku nak citer aku ada masalah dengan soalan seperti di atas. Seriously, aku tak pernah nak dapat jawab dengan cepat-pantas-padu bila orang ajukan soalan macam ni kat aku since before.


Aku sendiri tak paham, apa yang dimaksudkan dengan asal. Puas aku cuba memahami. Haha. Dulu waktu interview pun, aku pernah diajukan soalan macamni. Customer datang cc aku yang ramah terlebih pun akan tanya soalan ini, kenalan-kenalan baru pun akan tanya soalan yang sama. BUT BUT BUT aku selalu gagal untuk menjawab soalan mudah di atas. Kenapa? 


Sometimes, bila orang tanya soalan 'asal mana?' Aku selalu akan elaborate panjang lebar. (tah menjawab soalan ke tidak) . 

Aku akan jawab gini :

Saya lahir kat penang. Tapi dibesarkan dekat KL, Pahang, Perak, Kedah, Penang, Kedah balik. Tapi sekarang rumah mak ayah saya kat Kedah.


Hahahaaha.. Panjangkan? So, mana satu negeri merujuk kepada asal aku?? Penang kah? Yup, aku dilahirkan di Penang. So, itukah tempat aku berasal? Ha? Tapi aku tak stay Penang lama pun. Aku pun pening. T_____________T.

Seriously, aku selalu bermasalah nak menjawab hanya satu negeri sahaja. Kadang aku cakap Penang, jap lagi kang ada la dok tanya nama tempat kat Penang which is aku sendiri blurr... Eh, aku tak tahu sangat lah. Pastu, mula nak sound, 'kata orang Penang......'    Damn!.


Bila aku jawab , Kedah.. Tanya pulak mak ayah aku orang mana. Eh, awat mak ayah bukan orang Kedah? Ish! Dah apa nak jawab ? Buat Hal. Haha. Kenapa aku banyak sangat negeri dibesarkan? Yes, macam budak bermasalah pindah randah hampir 7 buah sekolah start dari zaman sek rendah sampai la ke sek menengah. Heh. Malas aku nak story, tapi memang aku banyak sekolah. Keluar masuk sekolah tu macam tukar baju je untuk aku. Ceh, berlagak. Haha.


So, aku nak jawapan yang kukuh, aku harus menjawab apa setiap kali soalan ini diajukan? Asal mana? Negeri kelahiran kah? Negeri dibesarkan kah? Current negeri yang aku bermaustatin inikah? 
Mana satu? Mana?

And another part yang aku benci bila mana orang pertikai cara aku bercakap. i mean loghat aku. Aku tak hebat sangat loghat Kedah. Setakat yang besa-besa buleh gagah lagi la.. Nak cakap yang dalam-dalam pekat-pekat aku tak brapa pandai. Bukan berlagak ke, perasan dok Kedah nak cakap KEYELL. NO lah ! Tapi, dari aku kecik aku tak dok Kedah. Aku merantau banyak tempat. Then, bila aku stay kat Kedah ni, aku belajaq la sikit-sikit. Pastu aku study kat Penang plak, kawan-kawan aku yang bukan orang Kedah, aku akan guna bahasa standard. Loghat standard. Dengan geng Kedah, aku balun cakap Kedah.


So, pada aku ini bukan masalah kau nak berlagak ke apa, ini adalah profesionalisme. Macam nak berurusan dengan orang, nak call mana-mana jabatan awam ke, nak bercakap dengan orang-orang besar ke , nak interview ke apa ke, aku rasa perlu agaknya kita menunjukkan sikap profesional kita. Kang kita tibai loghat kita ikut sedap kita, depa tak paham, lagu mana????? Hahaha.. So, depends la kepada diri masing-masing. Bagi aku, ikut la pepatah Melayu,

Masuk kandang kambing mengembek,
Masuk kandang harimau mengaum.


So, jangan claim aku berlagak dok Kedah bertahun tapi tak nak cakap Kedah. Wey, no  i.c aku bukan 02 kat tengah dia ok. Boo sikit. Heh. ( Bab cari pasal no.1)

Eh, banyak pulak cekadak pompuan ni. Haha. Ok2, aku blah dulu. Selamat Hari Sabtu, Ahad, Isnin..........



# Asal mana? Aloq Staq - Sama dengan Farid Kamil tuwwwwww... Kehkehkeh!


Bye!

1 comment:

Anonymous said...

hahaha,......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...