29 June 2013

Mereka itu bukan ramai

Assalamualaikum..

Sedikit luahan hati.. (aku memang suka meluah rasa.. annoyed? get lost)


Mereka fikir mereka siapa?

Mereka tak pernah menghargai saya..

Mereka hanya ambil kesempatan ..

Mereka buat saya terluka..

Mereka rasa mereka betul semua..



Mereka fikir mereka siapa?

Mereka rasa mereka sempurna?

Saya dah penat..

Saya nak berehat..

Saya nak pergi..

Dan..

Saya fikir saya taknak kembali


Untuk mereka yang tak pernah menghargai.

Tak mengapa..







Mereka itu bukan ramai....






Saya berundur dan cukuplah setakat ini.


Maafkan saya.




# Aku sangat terkilan. Kenapa mereka yang seorang itu, susah sangat mengerti? Apa aku ini, untuk disakiti?




Bye!

18 June 2013

Someone

Assalamualaikum..





Dear blog,

I think I missed someone.

Yeah.. Someone.

And i know.. that 'someone' missed me too.








# Dear God the only thing I ask of you Is to hold 'that someone' when I’m not around, When I’m much too far away..


Bye !

17 June 2013

Man of Steel

Assalamualaikum.




Nak tengok citer baru tuuuu..

Apa?

Man of Steel kan?

Superman2 bagai tuuuuhhh...

Haaaa.. Nak . Nak. Nak.

Tapi, bila?

Tapi, dengan siapa?

T___________T









# I need a rest !!!!!! Aku terlalu penat.


Bye!

16 June 2013

Abah.

Assalamuaikum..

Waaaaaaa... lamanya mendiamkan diri. Ye, seminggu lepas cuti terus masuk hutan. Bercamping. Betul2 camping, even tak tido sana pun. Berulang balik tengah2 malam. Betul. Aku tak tipu ok. Tak dapat nak tido sana. Sesak sangat. Makanya, selesai tugas balik lah. Kami bertugas sebagai urusetia untuk Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Pahang. Even i bukan cikgu kadet polis pun.. Tapi kena tolong jugak sebab jadik tuan rumah. Phewww.. Sangat unfair.

Ok, taknak citer pasal camping yang memang bebetul camping tuh.. Letih. Kita cite hal lain ok.

Hari ni Hari Bapa yeh? Aku pun dengar dalam radio jer.. Pastu sibuk tengok2 orang update kat FB. Ha, yelah tu. Ermm.. Tak ada orang yang tak ada ayah kat dunia ni.. waima anak luar nikah sekalipun. And bagi aku, satu2nya lelaki yang takkan pernah menyakiti hati adalah ayah kite sendiri. Yang bebetul 'AYAH'.

Aku ada ayah. Tapi, ayah aku dah meninggal. Masa umur aku 4 tahun macam tu. Aku panggil arwah, abah. Kecik lagi masa tu, tak banyak kenangan aku dengan dia. Yang aku ingat, kami tinggal kat KL dulu. Arwah abah, airforce. Abah sangat3 terror speaking. Sebab dia pergi oversea. Dia study kat US. sebab tu kakak aku terror BI. Ye, ada darah yang mengalir. Aku? Terror jugak sikit2. Hahaha. Perasan!!

Arwah abah meninggal sebab accident. Dua kali kena langgar , dengar orang cerita. Tak sempat jumpa kami, abah meninggal masa kat hospital.. Yang aku ingat, masa tu ada orang ketuk pintu rumah.. (ini mak cerita) Then, mak sibuk pakaikan kami baju semua, pergi naik van. Then tunggu abah kat hospital. Lepas tu, aku dah tak ingat apa.

Tau2 je, abah depan mata kat masjid, orang tengah kapankan dia Sebab nak sembahyangkan dia. Kalau tak silap aku. Aku didukung oleh baby sitter aku. Pengasuh aku. Dia bawak aku tengok abah.Aku menangis gila2 masa tu. Tapi, aku sebenarnya tak faham kenapa aku menangis. Aku tak tau kenapa abah tak bangun2. Yang aku tau, aku menangis sebab tengok semua orang menangis.

Abah, seorang lelaki yang sangat agung. Aku tak pernah dengar lagi yang buruk2 pasal abah. Toklang, Toksu, semua la sedara mara sebelah mak sentiasa puji abah. Seorang lelaki yang sangat penyabar, baik hati. Tak pernah lagi aku dengar mak cakap terseksa jadi isteri abah . Mungkin sekejap je kot? Tapi, yang sekejap itulah paling bermakna. Mak sentiasa cerita yang abah sangat2 penyayang. Dia sanggup ketepikan perihal diri sendiri, demi jaga kami anak beranak. Abah kan airforce. Selalunya akan ada lah macam party macam2 kalau ada orang2 besar turun. Abah takkan pergi kalau party tu tak boleh bawa family. Abah cakap,'anak bini aku tak makan kat rumah..takkan aku nak pergi seronok sorang2'... Ini yang kawan abah cerita pada mak. Mak cerita pada kami. Tapi pada mak, abah cakap, dia tak perlu pergi. Betapa mulianya abah.

Yang aku ingat, masa aku kecik, aku kena tinggal dengan pengasuh. Sebab mak abah kerja. Mak kerja kilang masa tu. Jadik, pagi2 dah pergi kerja. Jadi, abah akan hantar aku ke rumah pengasuh. Masa sampai je rumah tu, aku akan meraung sekuat2 hati. Haha. Sebab taknak kena tinggal. Abah pergi jugak, masa tu aku benci sangat kat abah sebab tinggal aku situ. Aku akan protes taknak makan. Tapi sat je la. Lapar kan. Lepas tu tertido.

Ada 1 hari tu, abah datang amik aku kat rumah pengasuh. Orang tu air force jugak. Stay 1 flat dengan kami lah. Dia tanya abah, 'dari mana?' Abah jawab, 'Subang'. Aku masa tu tak dengar sangat. Yang aku dengar, macam abah ada belikan subang untuk aku. Then aku meraung2 tanya. mana subang tu? Adik nak. Hahahhahahaa. Abah terus blurr. Hahahaha. Batak gila pompuan ni.

Bila hujung minggu, abah mesti bawak kitorang kuar jalan. Naik moto honda bulat dia tu la. Honda cup. Kami naik berempat. Masa tu takpe. Polis tak saman. Aku duduk dengan mak. Ina duduk depan. Kami selalu pergi Taman Tasik Permaisuri. Abah bawak pergi jalan. Tengok2 konsert kat situ kalau ada. Abih kami lari2 penat, balik la. And abah selalu bawak Ina masuk macam2 pertandingan. Segala macam. Kat RTM lah, kat tadika la, kat memana je la. Ada yang menang, ada yang tak. And sebab tu lah aku rasa, kami adik beradik tak jakun dengan orang sangat. And kami sangat lantang bersuara. Means that, dah di train dari awal supaya berani berdepan dengan orang. I think so.

And aku tak pernah dengar lagi mak cerita abah dok cerita buruk pasal orang. Tak. Walaupun macam2 orang buat kat dia. Dia tak pernah biadab dengan atuk aku.Even atuk aku selalu je buat macam2 kat dia. Mak lah cerita . Dia tetap macam dia. Senyum saja. Ya Allah, agungnya lelaki ini.

Kalau abah ada sekarang, aku rasa kitorang mesti bahagia sangat. Abah mesti bangga dengan kami. Walaupun tak berjaya mana, tapi sekurang2 nya anak2 dia tak lah jadik hantu. Alhamdullilah. Kalau abah ada, mesti best. Mesti boleh macam2 dengan abah. Rindunya ya Allah.. Tapi, aku terima qada qadar Allah. Allah itu maha mengetahui. Abah baik sangat, sebab tu Allah amik dia dulu daripada kami2.

Kepada semua bapa di dunia, Selamat Hari Bapa aku ucapkan. Yang jadik bapak, tapi perangai tak serupa bapak, bertaubatlah. Anak2 kamu itu, anugerah Allah. Pemberi rezeki, penyeri hidup.. Jangan aniaya anak2.

Ya Allah, tempatkan arwah abahku Shamsuddin Bin Kamaluddin di kalangan mereka yang beriman. Abah, abah sentiasa dalam ingatan adik.. SENTIASA. Walaupun sekejap kita bersama , adik takkan pernah lupa semuanya. Abah pergi tanpa sempat pesan apa2. Takpa, adik sentiasa akan ingat abah.. Semoga abah tenang di sana. Tunggu adik, abah.

Satu-satunya lelaki yang takkan pernah menipu hati anak gadisnya, adalah abah.

 Gambar Hiasan






# Abah, hilangmu tiada pengganti.




Bye!

07 June 2013

Awak, sikit penghargaan.

Assalamualaikum..

Haa. Kat Pahang sudaaaaa.. Semalam kami sampai jam 11 malam. Huhu. Berat, sarat jerrkk rasaaaa nak melangkah masuk ke asrama. Kena take time untuk cari semula mood yang sudah hilang. Biasa la cuti kan.

Ok, jom aku nak share something kepada someone.. Hurrmmm... Kat sini ajelah aku abadikan. Nak post kat FB? Oh no. Aku bukan jenis nak mencanang di FB . Haha. Malu kot. Macam batak. Macam poyo. Sebab tu kawan aku kata, kau macam tak ada perasaan je . Macam tak layak bercinta. Haha. Bongok. Aku romantic ok. muahahahahaa. *muntah*

Cuti selama hampir 2 minggu ni.. aku dengan Mr.A ..macam anjing dengan kucing. haha. Gaduhh manjangggg! Tak paham kenapa. Hahahaha. Asyik nak bercakar jer kerjanya. And, ada sampai satu tahap, terhilang sudah 'rasa' itu. Tapi, Mr.A ni dia jenis lali dah kot dengan peel aku. haha. Dia boleh wat rilekss je.

Aku bukan jenis suka nak puji orang. Hooiihh. Aku susah sangat nak memuji bagai. Haha. Tapi, entry ini bukan untuk memuji si dia. Tidak sama sekali.Cuma mungkin melahirkan sedikit rasa penghargaan kepada si dia.

Bila asyik je bertekak, aku semacam terlepas pandang apa yang dia dah bagi kepada aku. Aku tidak menyanjung sampai ke langit. Sampai melampau-lampau. Tidak. Cuma, kalau korang berada di tempat aku, korang akan tau macamana situasi aku. My background. Tapi, aku taknak citer kat sini. Bukan tempatnya aku nak sembang semua kat sini.

Tapi, bila hadirnya Mr.A datang dalam hidup aku, tak banyak yang dia bagi.. dan sikit jugak yang aku ingat. Tetapi, apa yang aku nampak.. aku tak tahu kalau ada lelaki lain yang sanggup menghadap perempuan macam aku ni. Serba serbi kurang. Serba serbi tak sempurna. Dia tak merungut. Sepatah pun tak pernah. Macamana aku, keluarga aku.. dia terima jugak. walaupun dia tak cuba berbuat apa-apa..

Dia sanggup bawak aku balik Kedah, sedangkan dia boleh balik sdn.bhd. dengan keretanya. Dia sanggup bawak aku ke mana saja yang aku minta, sedangkan dia boleh lepak di rumah bersama keluarganya. Dia boleh penuhi permintaan aku tatkala aku minta dia teman (drive lebih tepat) bilamana mak aku mintak hantarkan dia kemana-mana..sedangkan aku boleh je drive sendiri. Dia boleh sahaja. BOLEH untuk apa sahaja. And paling best, bilamana aku cakap...'jom kita blaa.blaaa..'  ringkas, tapi padat jawapannya, BOLEH. :)  

Itu yang aku bersyukur sangat. Aku sangat berterima kasih kepada Dia.. Kerana mempertemukan aku dengan Dia. Aku tak harap banyak. Cukuplah ukhwah yang dibina ini berkekalan. Kalau aku bukan jodohnya, aku redha. Sekurang-kurangnya, Allah pernah temukan aku dengan insan sepertinya.

Kepada Mr.A, terima kasih banyak-banyak. Walaupun awak tak pernah bagi saya apapun (secara suprise) walaupun awak tak pernah plan nak ke mana-mana (saya yang akan jadi planner and decision maker), walaupun awak akan ignore je text panjang lebor saya bilamana kita gaduh (pastu, pagi esok awak akan cari saya and buat macam tak ada mende yang berlaku..hahaha.. KEJAM !) walaupun awak kekadang keras hati tapi saya lagi keras rasanya... Walaupun awak sentiasa nak menang, padahal terang2 hang salah.. hahahaha.. saya harap, itulah yang akan jadi asam garam perhubungan ini...

Maafkan saya, terkadang  terlepas pandang apa yang ada depan mata saya.Saya doakan yang terbaik untuk awak. Semoga ikatan ini berkekalan.. Semoga ada mentari yang akan menyinar di sebalik mendung yang kelam ini.. Amin.


Walaupun awak tak macam Farid Kamil,saya tetap suka. kehkehkeh.
 (tak payah nak handsome sangatlah, kang orang berebut..)





# Ini bukan post jiwang. Maaf kalau nak termuntah. Do i look like i care??




Bye!

06 June 2013

Membebel

Assalamualaikum..

Haipp ! Last night bersiaran dari rumah di SP. esok dah nak gerak balik tempat mencari rejeki ! ye, Pahang. Kenapa awai sedangkan cuti sekolah masih berbaki 3 hari? Tanyalah Mr.A . Ni semua salah beliau ! haha.

Tapi takpelah.. That day, aku kena balik awal, dia ikut jugak. Tak merungut pun. So, my turn pulak. Aku tak lah merungut. Ok saja.Just macam pelik. Ni, muka pompuan ni.. selagi tak pukul 12 tghmalam, di mana esoknya hari bekerja, jangan harap dia nak balik. Haha.So, pelik bilamana tetiba sampai awal. huhu..

And lambat pulak lah kot nak balik cuti nanti ni..Tunggu puasa pulak.. Hurrmmmm.. seronok sebenarnya balik tempat sendiri.. Tanah sendiri.. Tapi, bagi aku sama saja memana pun.. Asal boleh hidup, sudahlah.. Tak gaduh nak berperang, jadik pelarian bagai... kan?

And sepanjang cuti ni jugak, aku rasa macam bermakna jugak sikit.. Aku dapat lepak dengan kengkawan zaman sekolah dulu.. Serious rindu nak gelak2 bagai.. Tapi, dah dewasa ni.. Lawak bodoh dia, cara orang dewasa laa.. hahaa..

Lepas ni, berhempas pulas pulak la bekerja.. Dah la beriban2 duet abeh cuti ni. Haha. mati ! ni baru 5hb.. Lagi 20 hari.. Memang puasa sampai bulan Ramadhan leerrr jawabnya kau Ayu. haha. emmm.. Tadi kawan aku text kat FB.. kawan lama masa kat USM..

Dia tnya, kenapa tak tdo lagi TUNANG org?

Aku jawab, perlu ke nak mentioned2 status? haha. siot.

Dia jawab, 'ye laa.. tak sangka kau yang KENTAL ni boleh jadik bertunang..'

Hahahah... Sial tak sial statement dia?

Aku bantai balik..' Dah, kau je kawen.. abeh takkan aku tak boleh?'

hahahaha.. Dia melawak saja. memang kawan2 aku puaka semuanya..sama la aku pun. tapi, tak makan dalam.

Oh lupa, dia perempuan.

Pelik laaa.. aku tak boleh ada pasangan ke apa sekarang? hahahahahaha..

Kental la sangatt..

Orait, itu sahaja.. Sambung di Pahang pulak nanti.

Good Night !





# Tadi kawan aku whatsapp 1 printscreen ni.. Apadia? Hahahaa. KENANGAN SILAM !



Bye!

02 June 2013

Makan sangat..

Assalamualaikum ..

Selamat Pagi. Haha. Dah pukul 2ptg kot. Tak, aku bangun awai ok. Tolong mak masak. Bagus tak akak? Sangat. Bangsa pemalas macam ni. Dia tau goreng ayam sahaja. Pun jadi la kan ? *wink*

Apa nak update today? Oh, bab makan. Haha. Aku makan memacam balik cuti ni.. Dari yang ada dalam senarai, sampai lah kepada yang tak tersenarai. huhu.

Bukan senang nak makan macam ni. Kalau kat Pahang, macam tak ckup makan. Kena mengaku, tekak aku tak mudah nak terima makanan sana. Nak jumpa kari pun susah. Hoho..

And kat sini, aku bantai bersungguh-sungguh. Walaupun macam nak muntah2 makan. Hahahahaha. Aku keluar dengan kengkawan aku, dengan Mr.A ..fokus utama : MAKAN.

Sampai kawan aku cakap, nafsu. Haha. lantaklah. Kalot jeeeerrr. Jeles. Pastu, yang mulut puaka pulak, 'kau makan banyak , tapi gemuk tak jugak..' Ehhhhhh.. aku makan mintak duit abah kau ke? hahaha. Siot.

So, ini sebahagian daripada apa yang aku makan. Sebahagian lagi dah delete. Memory berat nanang simpan gambo bebanyak ehh. hahaha.















Dah selamat masuk perut. Hahahahhaha. Alhamdullilah ! 



Ok, post gambar makanan mental ke? Aku rasa, dari dok post gambaq maksiat yang lain, ketam2 aku tak berdosa. Hahahahaa..


Bye !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...