10 January 2012

Sakit itu Ujian, Sihat itu pun Ujian.

Assalamualaikum..

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: 
”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

    

Pada sesiapa yang bertanya ,

' Cik Ayu, How Are You.. '

" I'm not fine, Demam. Thank You "

Kenapa gedik tak nak reply sms? Malas. Haha.. So, sorry ok. Baca aje lah sini. Siap ada hadith kat atas tuh. Sama-sama lah menghayati..

Hari ni demam. Actually semalam lagi dah demam. Dah 4 bulan aku tak demam. Last demam teruk lepas raya hari tuh.. So, balik keja jap lagi, (ya, masih kena menjadi kuli walaupun sakit, sebab aku bukan bos) tempat pertama nak di tuju adalah KLINIK DR.AKRAM di Taman Sejati. Satu-satunya klinik yang dipercayai oleh aku di Sungai Petani ni. Macam zaman USM dlu, klinik Dr.Akhbar Khan (padahal, nama dia Akhbar Ali, Akhbar Khan adalah Apek Senario dalam cite bujang senang. watak tu mempengaruhi aku .. wakakaka). Mesti jugak pergi jumpa dia setiap bulan.

Sabtu ni, aku ada dinner. Company kakak aku punya dinner. Aku dah bagi confirmation nak pergi. Bab makan free, kalau tolak, bodoh . Haha. So, kalau demam bagaimana? Aku jugak dah janji dengan bos aku, untuk kerja sampai dia habis raya . Kalau demam berminggu-minggu macam hari tu, bagaimana? Kesian bos aku. Bila pikir banyak sangat urusan dan janji dengan orang, maka terus insaf ,  
'Ya Allah, sembuhkanlah demam, selesema, sakit tekak, aku ini.'  Amin..
(Tawakal setelah berusaha. Jap lagi aku usaha)

Itu sahaja. Doakan aku cepat sembuh. Thanks (",)


# Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati.  Penyakit lupa ada ubat tak?


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...