18 November 2011

Kekayaan 'w' mereka


Assalamualaikum..
Aku nak share something yang aku jumpa pagi tadi.. Datang keja pagi tadi, aku sibuk kemas CC aku ni, tetiba aku jumpa benda alah ni.. kehkehkeh.. mula nak buang, tapi, bila aku baca...alamak, benda ni boleh post kat blog ni.. (terus idea jahat datang).. Well, aku bukan nak menjahatkan sesiapa..No No No ! Aku nak share dengan semua, betapa anak-anak muda ehem..ehem.. aku pun muda juga k...taknak kalah.. haha.. I mean, budak-budak sekolah skg ni..alahai... cukuplah advance.. Sebab apa aku cakap advance? Bila aku tengok budak-budak sekarang, aku macam...weyyy, kenapa aku dulu tak macam ni pun? Kenapa dulu tak ada benda camni punnn? Hahaha...Aku cakap macam ni pun sebab aku ada adik yang meningkat remaja ok.. maka, bila lihat benda yang aku jumpa pagi tadi ni...disamping rasa macam nak plangkung je budak-budak ni kalau jumpa (tapi aku tak dapat kesan sape) Aku dah terkekeh-kekeh ketawa...

Nak ketawa sama tak? Inilah dia ...!
Nama terpaksa diblurkan atas sebab-sebab peribadi..wakakaka!

Ni aku siap buat translation dia walaupun kepala aku dah pening2 tapi tetap semangat nak bahan orang.
kuang ajo! 

..... rindu sgt dengan .......ni
(salam, ....... 29 ny (ni) jadi tak pergi .....(somewhere else kat SP)
Em..jadi.. kna pa (kenapa) .... ktop (tutup) nset... la ni (sekarang ni) pakai 6ber (number) peW ? (pe)
...... rindu sgt ni..
hurm, nset kna rampas ni pown (pun) pinjam nset mmbe jeW (je)
K x peW (pe) ..ni pown guna st (sat) ja kan 6br ni.... uat (buat) active 10 rugi lak an.. xpela i love u..i miss u, bye syg..
Bla...bla...  aku dah pening ! hahahahaa..

Perhatikan  huruf  W dia...W weyh, W...!!!!


Ok,ok..pening kan? haha.. Aku yang translate ni pun lagi lah pening.. Aku expect, budak perempuan ni handset dia kena rampas, pastu dia pinjam hp kawan dia msg bf dia ni lah.. Tapi budak perempuan  ni macam dah tak brapa suka kat bf dia ni..(merujuk ayat last dia...'sayang kot'..) Tapi, si bf masih lagi sygkan gf dia ni..Hahahhaa..Agaknya lah.. Tapi, aku tak tau apa motif budak ni salin balik dalam kertas ..Maybe dia nak tunjuk kat kawan dia atau upload kat FB? kahkahkah..  Aku dapat agak budak-budak hingusan  ni dalam lingkungan umur 14-15 tahun..baru nak naik kata orang... hahaa.. Tak kisahlah kan.. SMS nama pun.. Tapi, bahasa diorang... Ya ampun, mau tergeliat lidah baca..  Paling tak boleh blah, aku cukup benci dengan penggunaan huruf W yang sangat 'mewah' di belakang perkataan tuwwww... (nahhh, aku dah terpengaruh..) LOL..

Kadang-kadang benda ni, kita akan ..'ek, eleh..nak kecoh pe kes? benda kecik je..kau pun buat'.. ye, kalau kita yang dah separuh abad ni guna, kita masih boleh fikir, nak guna time bila..Tapi, budak-budak yang PMR pun tak lepas lagi ni, sejauh mana diorang mampu nak fikir bila time kena buat karangan BM , 'eh tak boleh guna bhs aku SMS dengan awek aku..bhs SMS aku maki kawan aku'.. Kau ingat diorang mampu sangat ke nak berhati-hati bila menulis karangan BM?? Selepas itu jadi pastu, Nasi jadi Nasik,  Aku jadi Aq.. apa jadi apeww... eh? haha..  aku tension bila banyak sangat W ni.. cm nk WWF je dorang ni.. kehkehkeh.. Tapi, itulah dia..pengaruh.. (yang entah dari mana aku pun kurang pasti).. Aku ada pengalaman, menanda buku latihan budak tingkatan 1 dan 2.. Ya ampun.. kalau yang bagus, bagus sangat.. kalau yang kurang bagus? Main redah je eja macamana diorang suka. Lawak ok. Huhuhu..

Tapi, benda ni kalau kita yang dewasa (yang boleh fikir yang matang sangat ye dop?) tak tegur yang cilik-cilik ini, siapa lagi yang nak tegur? Kalau diorang bijak bestari, stock Adiputra belaka tak mengapa lah kan? huhuhu.. Tapi pada aku, kalau aku jumpa, aku tegur.. Supaya taklah diorang selamba badak je guna bhs SMS dalam karangan surat rasmi  time exam kat sekolah.. hahaha.. Tapi,kalau dapat kat akulah tambah-tambah lagi yang kaya sangat dengan huruf W ni, memang aku hentak-hentaklah.. hahahaa.. Tak sukewww tawww ... Damn! hahaaha..

So,kalau ada adik2,sepupu sepapat, adik kawan, anak kawan, anak jiran ke, kalau rasa prihatin, tegurlah.. Bukanlah kena skema nak eja panjang-panjang.. Tapi, kalau sampai shortform melampau-lampau terbawak2 dalam penulisan, plus bunyi macam gewwwdikkk je..hahaha.. haruslah disound sekali dua.. Supaya nanti taklah gedik sangat bila menaip sms ... hahahaa...

Jadi, inilah cerita hari Jumaat aku..  Aku bukan langsung tak guna bhs SMS ni, ada.. Tapi, sekadar berkongsi apa yang berlaku di sekeliling kita yang kadang-kadang kita kurang sedar kesannya kemudian hari.. Yang terasa, maaf.. Saya pasti anda semua sudah selesai menduduki exam PMR, SPM mahupun STPM.. kehkehkeh...

 



# Selamat Berhujung Minggu ... Bye!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...