20 November 2012

Coret-Coret ...

Assalamualaikum...

Fuhhhh.. Lamanyaaa tak hupdate.. Start dari cuti sekolah. Rumah i tak ada internet. Phewww.. (sapa kesah kau hupdate ke tak kan?) hakhak.

So, sepanjang seminggu ni aku bercuti.. fuhh, aku rasa sangat-sangat terisi masa aku.. Betul. Aku tak sempat buat pape pn, n now aku dah di Pahang semula. Untuk kursus PBS. 1st time nak berkursus sepanjang 6 bulan jadik cikgu ^^... Excited. Takut pun ye gak. Dah la sensorang. Matik !

Aku bukan nak citer pasal kursus sini. Aku nak cite ape yang berlaku sepanjang seminggu aku cuti ni. Balik dari Lanchang ke Sg.Petani hari tu, 12hb Nov.. Hari keramat di mana, aku pegi sign untuk aset pertama aku. Slumber jerkk sign agreement kat McD Sri Gombak. Hentam je la. Aku pun rushing. Kenapa amek kereta kat KL? Sedangkan lebih mudah amek kat Kedah ? haha. aku sangat poyo okeh. Aku nak plat Wilayah. Aku peduli hape orang nak kata apa. Memang dari zaman aku study, aku dah berazam, nak beli kereta plat Wilayah. muahahaa..

Aku pegi sign segala mak nenek, then rushing ke Tg.Malik pulop. Teman Mr.A hantar assignment. Setel. Pegi umah opah kat Kuala Kubu. Amek mak, then gerak trus balik SP. Settle satu hari. Then, esok plak, malamnya naik bas, ke KL. Kereta i dah siap. Huu. Kena amek la kan. Aku pegi beli No.Plat, pegi buat tinted apa suma... dalam pukul 6lbh gerak dari KL forward to SP. Pak Ndak dan Mak Ndak (adik opah) tolong hantarkan sampai SP. aku mana boleh drive pun. Heeeeee. :)

Then, officially, 14hb Nov 2012, My 1st Asset meluncur di atas jalan raya, membelah Lebuhraya Utara-Selatan. :) Bulan yang sangat best. Hari jadi i okeh. Kiranya ni hadiah untuk diri sendiri la.. walaupun berhutang lagikk dengan bank. :)





Secara rasmi, aku dah mula drive kereta ni. hakhak.. Sangat lah teruja beruk weyyyy! memang skemmm abeh la masa drive.Poyo kennn? hahahaa.. Suka Suka Suka. Thanks Allah ^^


Then, settle bab kereta ni, ada lagi event yang besar jugak dalam cuti ni.. Phewwww.. walaupun mungkin benda tu macam 'ek eleehhhh... ape benda la kan yang besar sangatt.' Tapi, untuk wanita macam aku, macam family aku, benda tu sangat besar. . Apanya hang ni Ayu oii?

Haaaaa, apa apa apa? Mr.A , dia... datang rumah aku. Yes, 1st time ada lelaki datang rumah aku dan berbincang hal-hal yang menjurus kepada perkara serius ... Memang bertimbun lelaki (kawan2 aku) datang rumah aku sebelum ni.. Lepak lah, raya lah, makan2 lah.. Tapi tak ada lagi la yang datang berbincang hal-hal serius dengan my parents. 1st time. macam tak laku kan? hakhakhak.. Garang macam gini, sapa yang nak?

Perbincangan antara mereka.. Aku tak masuk campur. Cuma lepas tu aku tanya mak aku lah. Tnya Mr.A.. Walaupun tak dapat melunaskan impian aku, due to kekangan yang tak dapat dielakkan, takpe lah.. Next time maybe.. :(

Walauapapun, ini salah satu langkah terbesar dan yang paling berani aku buat. Aku tak pernah BERANI untuk bercerita soal hati aku kepada parents aku. Walaupun aku berkawan , fall in love dengan si dia, aku takkan berani gitau mak aku. Bila ditanya, aku akan cakap, kawan jerrrr... But now, aku semacam punya kekuatan. Bila ditanya, aku akan jawab.. 'setakat ni, memang dia. dan rasanya hanya dia '... wahhhhh.

So, itulah dia.. Thanks a lot to Mr.A. Datang ke rumah saya, melunaskan janji awak, apa yang kita dah plan.. walaupun lari dari plan asal. Tak apa lah.. Asalkan saya sudah nampak hala tuju saya. Itu lebih penting. Umur dah lah makin meningkat.. bukan menurun. haha.

So, itulah dia.Antara perkara terbesar dalam cuti ni.. And today, aku di Lanchang semula. Melaksanakan tanggungjawab aku sebagai pegawai kerajaan. Hopefully segalanya berjalan lancar. Pergi kursus naik teksi, cool kan? hahahahaha... Bantai ahh, janji sampai.

That's all.. aku gagahi jua menaip ni.. penat kot. haha. hover.. So, take care my peeps.. Oh, PRAY FOR GAZA.. Ya Allah, selamatkan mereka di sana... :(





# Aku dok gila nak beli dress labuh ni. Tak tau la pasaipa. hakhakhak..




Bye!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...