04 January 2012

Kenapa Perlu Sombong?

Assalamualaikum..

Hari ni sibuk mengemaskini file. File apa? File sijil-sijil. Macam banyak sijil . Padahal..........
Kenapa sibuk kemas? Sebab ada ura-ura mengatakan interview yang setelah sekian lama ditunggu bakal menjelma bulan ini. Entah berapa % kebenarannya, sama - sama kita tunggu dan lihat. (kenapa mesti sama-sama? Bukan ke aku sorang je patut tunggu? LoL ) Ok, bila tiba keadaan macam ni, perasaan CUAK TAKUT, GEMENTAR, segala mak nenek mula ada dalam jiwa dan minda. Serius cuak woi! Dah lah tunggu lama, pastu dengan interview yang dengar cite susah nak mati, pastu, kau silap SIKIT je,dengan mudah ditendang keluar sebab berpuluh ribu calon lagi dok menanti.

Sekarang cakap kenapa aku tak perlu cuak??

Dan menjelang detik cemas macamni, mula la meminta jasa baik member2 (yang betul2 member) untuk tolong pass kan nota2 yang berkenaan kalau ada. Email lah. dah jauh kan? So, tak ada dah rasa malu nak mengaku yang selama ni memang tak amik tahu langsung hal dunia semasa. Yang sentiasa diupdate adalah perihal artis (aku lah) hahahaa.. Maka, akan bertalu-talu lah SMS dihantar kepada member2 sekalian alam, "wey, ada pape info bagitau la. Jangan lupa." "eh, aku dah email nota yang aku ada. kalau ada yang terbaru, share2 lah"..
Ini bunyi msg sekarang ni. Tapi ada juga menyelit, ' weh, aku ada gosip ni... hang taw dak..bla..bla..bla.."
Kehkehkehkeh..

Bila berada dalam situasi ni, situasi saling perlu memerlukan, aku terfikir kalau lah tak ada kawan-kawan yang willing untuk membantu kita, bagaimana? Memang kita boleh cari sendiri, tapi seronok ke? Tak langsung. Kau ada ilmu, kau sorang-sorang. Tak dapat nak share dengan orang. Bosannya..

Aku lagi pelik bila ada orang yang sombong tahap dewa bila dah tau susah, lagi nak berlagak macam hebat tak perlukan bantuan orang lain. perghhhhh... Ok, fine. Kau tak perlu bantuan orang lain, tak pe. Tapi, bila ada yang ikhlas nak menghulurkan bantuan, kalau pun tak nak, berhemahlah menolak keikhlasan orang. Kadang-kadang aku terfikir, kat sekolah mana dia belajar?? Langsung tak pandai nak berbudi bahasa dengan orang. Letak diri pada tahap tertinggi.. Kalau betul2 terpuji, ok. Masalahnya, zero der... Diri sendiri hampeh, ada hati nak berlagak hero.. Alahai.. kesian.

Kita tak sempurna, betul. Tapi, itu bukan tiket untuk kita meminta orang lain terima ketidaksempurnaan kita atas alasan , 'aku dah memang macamni.'  Jujur, pada aku, orang yang selalu menggunakan alasan ni, adalah mereka yang sebenarnya seorang yang suka mengambil kesempatan. Bagaimana? Dengan menggunakan alasan, MANUSIA TIDAK SEMPURNA maka sampai ke sudah la langsung tak ada inisiatif untuk berubah.. 

Siapa kawan-kawan dia?Siapa yang nak kawan dengan dia? Dan siapa yang tahan berkawan dengan mereka yang dalam kategori ini? Kalau hari ni, masih ada yang masih mengambil berat akan kesusahan diri kau, masih ada yang sudi nak berkongsi segala masalah kau, masih ada hati yang sudi nak membantu kau, KENAPA PERLU SOMBONG? Boleh menolak pertolongan orang. Kalau kau rasa tak berbaloi untuk dia menolong kau. Tapi, boleh tak menolak keikhlasan orang in a proper way? Kau tak belajar nilai-nilai murni masa sekolah rendah? atau kau belajar, tapi pemalas nak ingat? atau kau memang langsung tak pernah terapkan dalam kehidupan kau? Ikhlas dari aku, Sia-Sia manusia jenis ini hidup berpuluh tahun dalam dunia.

Susah kalau asyik fikir diri sendiri best sangat. Lagi susah, kalau asyik fikir orang lain semuanya tak best. Sangat susah. Berhemah la dalam menolak keikhlasan orang lain. Kau memang ada hak untuk menerima atau menolak pertolongan orang. NOBODY can force you. TAPI tak berdosa kalau kau menolak pertolongan orang dengan cara tertib. TAK BERDOSA ok. Andai satu hari nanti, dah tak ada yang teringin nak dengar nama kau, dah tak ada yang sudi nak tengok muka kau dan dah tak ada lagi yang sanggup peduli masalah kau, baru kau tahu langit tu mendung ke cerah.

Tak salah kita menghargai keikhlasan orang lain. Sekurang-kurangnya masih ada yang sudi nak menolong kita. Bukan senang nak cari kawan sejati yang sanggup susah senang dengan kita, walaupun perbuatan dia dalam menolong kita tu tak masuk akal kadang-kadang. But, kenapa mesti pandang dari sudut negatif? Kau tak nampak betapa dia sedaya upaya nak menolong kau yang dalam kesusahan? Buka mata celik hati sikit. Kalau pun perbuatan dia tak logik, ada cara untuk kau menegur ketidak'logik'kan perbuatan dia.

Aku hanya meluah rasa kerana aku sangat tak faham dengan manusia yang ada 'ciri-ciri' ini. Entah apa yang ada dalam hati dan akal dia, Allah saja yang tahu. Tak perlu nak sekolahkan orang lain kalau diri sendiri pun tunggang langgang. Kalau aku ada company, ada pekerja aku yang macam ni, sumpah aku pecat terus dengan notis 24 jam dan aku akan cakap macam ni bila dia tanya kenapa buang saya?

" PR awak tak bagus. Awak langsung tak ada kemahiran dalam menggunakan kata-kata. Client-client saya tak selesa berurusan dengan awak. Awak tak ada rasa nak belajar mengurangkan kekurangan yang awak ada. Jadi bagaimana awak nak meyakinkan saya yang awak mampu meningkatkan mutu syarikat? Sedangkan awak sendiri gagal untuk memberi keselesaan kepada saya? "

(Sebab tu aku tak jadi boss) - Sekian.

Tulisan di baju tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.





:: Credit untuk staff-staff JPN Sungai Petani, sangat harmoni dan mesra. Rasa nak duduk lama-lama kat sana semalam dan  tukar  baru segala pengenalan diri yang ada.. Hahaha. Syabas. ::





# Seseorang itu tidak dinilai berdasarkan ketinggian ilmunya sahaja, bahkan yang terpenting adalah ketinggian budi bahasanya. - Prof. Dato' Dr. Nurul Yuhanna. Hahahahahhaa..





Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...