26 July 2012

Bulan Puasa Jangan Mengata..


Assalamualaikum..

Sila lah tengok tajuk entry. Aku sebenarnya dah lama nak menaip isu ni. Isu konon. So now, 11.50am. Kelas aku pukul 12.30pm. Hamboihhh.. Rilekss nampak. Puasa katanyerr..

Ok, back to basic, fokus tajuk skett. Aku bukanlah nak mengata. Tapi mungkin lebih kepada membela diri dan nasib.. hewhewhew.. So, kepada sang stalker, kalau kawan kau tak baca, sila sampaikan kepada dia..

Aku terbaca satu review tentang aku di blog seorang GADIS ni.. (kau guna ganti nama diri POMPUAN untuk aku kann..takpe). Gadis suci ini, dengan sesuka hati mereview kisah aku. Wah wah wah..  kau siapa? Tapi takpe.. Atas nama kawan kot, kau pun selamba je lah kan nak menghentam orang lain.. Tak adil betul. Dalam BI, we called it 'bias' yer adik-adik..

Yang aku tak paham ialah, aku tak kenal SANGAT pun Gadis ini.. Setakat sms 1-2 dulu ada la.. Dia tolong aku. Iye,aku tak lupa. Terima Kasih banyak-banyak atas pertolonganmu wahai gadis. Tapi, itu bukan tiket untuk kau menghentam aku di blog kau. Kau ada dengar citer daripada mulut aku? Tak ada. Sebab kau berkepit dengan kawan baik kau lebih dari 12 jam, maka kau boleh 'melabel' aku sesuka suki? Oh No!

Aku tak marah. Kalau itu pandangan kau, terpulang. Tapi Hello,'you absolutely doesn't have any rights towards me to write/talk/review any single things of me' .. Seriously aku tak faham. Kau sibuk menjaja kisah orang. Memang tulisan kau bias sangat.. But it's ok. Mungkin itu apa yang kau dapat/nampak.

Sedih sungguh.. Kalaupun sang mantan itu berkorban untuk aku, kau sakit di mana? Ada aku membebankan kau? Kelam ke masa depan kau?Luak ke kasih sayang BF kau ? Kalau jawapannya TAK, maka silalah back off dari hidup aku. Alahai...

So, kepada yang terasa.. ye, memang aku tuju kat kau. Suka sangat hadap my blog kan.. Asal tak jadik follower jerr? Ops, takut aku REMOVE/BLOCK? hahahahaha.. Whatever. Tolonglah intai kehidupan sendiri sebelum nak jadik paparazzi bercerita pasal orang lain. Kalaupun kau sakit tengok kawan kau menderita, kau jelah ubati sengsara dia...Ye? Kau kan GADIS SUCI..

Eh, bulan puasa ni. Ok, aku stop here. Mohon terasa lah yer..Maaf dari aku. Aku malas sebenarnya nak taip hal picisan macam ni.. Tapi, layankan aje.. Sebabnya, bila kau kacau aku, kau sakit. Sekian.






# Kalau taknak sama tanggung dosa, silalah baca selepas bulan puasa. Eh, macam bulan lain tak dihitung amalan kita. Kan?




Bye! SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...