04 November 2011

Menghalalkan yang haram?? Alahai...


Assalamualaikum..
Pagi ni mood aku dah ok.kehkehkeh..Maka, pagi-pagi tadi aku view la blog salah sorang kawan aku.. then aku tengok tajuk entry dia macam menarik..Bila dah menarik, aku pun scroll la sampai habis.. Baca punya baca, aku macam , “eh, ini ke isu terbaru kat Malaysia? Nape aku lembab sangat tak tahu?” kehkehkeh… (mana hang nak taw, hang malas sangat baca newspaper..hahaha).  So, aku yang dah ketinggalan flight ni terus lah google apa la isunya kan? For more detail lah… Then, aku buka la Utusan Online… Nah, dapat la apa yang aku cari….
Ok, aku share apa sebenarnya this current hottest issue is actually about…

Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula pada 02 hingga 13 November ini bertujuan menjadi platform kepada usaha menghalalkan budaya seks bebas dan songsang di negara ini khusus buat golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dengan mengajak kelompok itu tampil berkongsi pandangan. Program Seksualiti Merdeka 2011 ini bertemakan Queer Without Fear yang diadakan di The Annexe Gallery.
Antara nama program menjijikkan yang tersenarai sepanjang ia berlangsung termasuk 'Confessions Cabaret, Rainbow Massacre-Love Out Loud!, Policing Sexuality: Sex, Society & The State; The Transexual VS The Ministry of Population Control.'
Selain itu, ia turut memuatkan program 'Defence Against The Dark Hearts: Homophobia 101; Under A Rainbow Roof: The Siti & Pepper Show; Fierce & Fabuluos: Shel;ah's Finishing School for Drag Queens; Human Rights for LGBTIQ: Making It Real in Malaysia dan justice For Sisters: Nyah Rights Now!'

Ok ini serba sedikit lah review yang aku cedok dan petik dari Utusan Online… Nak lebih banyak, sila la baca sendiri… Aku pun tak pernah taw sebenarnya program ni dah ada sejak tahun 2008 lagi.. Tapi, tahun ni entah kenapa diadakan secara terbuka, aku kurang pasti.. Apa yang aku faham lagi, program ini seolah-olah membenarkan rakyat Malaysia melakukan perbuatan-perbuatan seperti yang dinyatakan di atas tanpa ragu dan malu.. Dan mungkin atas tiket ‘hak asasi’ yang diperjuangkan, maka program seumpama ini diadakan di Malaysia..

Aku tak tahu apakah motif utama dan apakah objektif program macam ni diadakan kat Malaysia ni.. (errr… kalau pun ada objektif, relevan kah?? ) Malaysia, terang-terang sebuah Negara Islam..Ye, memang kita berpegang kepada mengutamakan hak asasi manusia.. Tapi, benda ni sah-sah melanggar adat, budaya dan norma masyarakat Malaysia dan kalau bercakap dari segi agama Islam, Islam melarang umatnya melakukan hubungan songsang/sejenis dan terlarang macam ni..Aku tak pandai nak cakap bab-bab agama, tapi jelas sekali memang la benda ni tak de faedah.

Ermm.. sedih bila ada lagi antara kita yang tak merdeka. Dah la dorang ni pandai guna perkataan ‘merdeka’.. Harap-harap ada la pihak berwajib yang memandang serius hal ni.. Ambil tindakan yang sewajarnya, banteras la habis-habisan.. 1 Malaysia, tapi tak semua benda boleh menjadi satu.

Ini pandangan peribadi aku. Aku memang langsung tak menyokong benda mengarut ni.. Golongan yang menyokong (kalau ada) aku rasa baik lah tukar kerakyatan.. Jahat, jahat jugak.. Hukum hakam agama (lebih2 lagi yang Islam) jangan pandang remeh..
Kalau lepas ni kecoh Malaysia ditimpa pelbagai bencana malapetaka, jangan tanya kenapa.


Anda buat Anda dapat !  Bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...