02 March 2012

Alahai Interview... Final

Assalamualaikum..

Yeahhh.. Last. Haha. Bapak hoverrr! Ok memang aku nak citer apa yang jadi selepas interview. Kan aku dah janji. Heh.

So, perjalanan kami diforwardkan ke Padang Besar. Aku dah pergi banyak kali dah actually. Tapi, dah alang-alang kan dari nak balik awal lagi, here we come la. Huhu.. Seronok, tapi terpaksa bertahan sikit lah. Panas tak payah cakap lah.. Kan tak ada air cond. Berpeluh-peluh ni..

Jauh jugak lah. Dengan tak tahu jalan. Aku lah sibuk call kawan aku. Tanya direction. Selamat lah senang je nak sampai.. Bila sampai, terus hilang rasa penat ke apa. Mata yang tadi layu mati tak mati je, segar bugar terbeliak ni. Muahaha..

Ok, membeli dan membelah. Sakan. Segala narita, teddy bear, baju, semua lah. Memang sakan. Tak henggat !! Duit tak ada. Aku lagi sakan, shopping untuk 1 family. Muahahaha.. Anak mithali. Haruslah. Kang beli kat adik sulung, adik bongsu terasa. Kang beli kat mak, kakak terasa. Sudahnya, aku beli semua!

Shopping, jalan, dah puas hati semua.. Ok, nak gerak balik. Dalam pukul 2pm macam tu lebih kurang.. Tak teringat langsung nak check condition kereta. Selamba badak je kan kitorang. Bajet macam naik Subaru. Haha...  Kitorang singgah R&R Gurun, isi tank yang berkeroncong.. Aku lapar gila time tuh. Makan, lepak2 jap.. Geraklah nak balik SP.

On the way, tetiba terdengarlah bunyi.. Bunyi macam... entah lah. Aku kan tak alert.. Ina, Ainul dah tegur dah.. Then, tetiba Ina kata kena berhenti tepi jalan.. Bila dah slow down tuh, memang slow terus pastu terberhenti lah kat tepi jalan tengah-tengah highway panas perit tuh.. Maka, keluarlah kami bertiga daripada kereta bertenggek tepi jalan tuh.. Hahaha.. Berasap la kereta. Apa lagi.. Muka sangat blurr.. Hahaha..

Tapi, nasib kami baik kot..  KOT ok. Ada la peronda AAM tuh, runner la kot.. Dia datang tolong. Tolong hape? Berbayar kot pertolongan dia. Dia cakap dengan Ina apa semua, dia kata bengkel dia dekat je.. So, nanti dia suruh orang datang towing kereta tu. Jadinya, kami pun naik la kereta dia, tunggu kat bengkel dia..

Lama jugak menunggu.. Tu yang sempat snap picture ina dengan ainul. Pic aku? Jangan Harap. Muka sememeh gila.. Aku dah hilang daya dah kat situ. Penat kot.. Rasa macam nak baring je tepi jalan kat bengkel tu. Hahahaa..Actually, kereta dia kering air langsung. Abih lah terbakar menjadi abu apa ke benda dah dalam gasket kereta tu. Padanlah muka. Sakan sangat.. Tekak sendiri pandai isi air, tekak kereta, terlupa. Haha.

Kereta tu tak dapat siap that day due to time. Sebab dah lewat. Kedai tu sibuk sangat nak tutup. Bincang-bincang, aku willing nak tolong hantarkan kawan-kawan aku balik lah. Kesian diorang. Takkan nak suruh mak ayah pulak dari Kulim, datang SP, patah balik Kulim. Atas jasa kawan baik aku, maka dapat jugak lah aku tolong, Nak tolong bayar duit repair kereta, aku tak mampu ! Hahaha.

So, itu jelah cerita aku. Hahaha.Sangat padan lah muka. Dari setengah hari punya kisah interview, berlanjutan sampai ke tengah malam. Sangat penat. Tapi, seronok. At least ada lah kisah tersendiri di sebalik kisah interview aku.. :)

Sekarang, memang boleh kan aku tulis surat kat Menteri Pelajaran? Kalau nak pengesahan pun aku boleh dapatkan cop dari bengkel tuh. Wakakakakaa !





Jom, layan gambar birthday adik aku. Err.. Ye, sepatutnya birthday adik aku, tapi entah kenapa macam dah tukar, dia jadi Birthday anak sedara aku.. Haishhhhh....


HAPPY BIRTHDAY payish in advance :)














# Syok kan jadi budak kecik??  Sobs.




Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...