27 January 2014

Lama.

Assalamualaikum..

Lama orang tu tak drop comment.



Love,
Ayu

26 January 2014

Betul-betul redha?

Assalamualaikum..

Lama aku tak tekan lelaju keyboard laptop ni menaip sini. Mesti sepatah dua aje kan. Sebab apa? Sebab aku busy super saia!! Macam2 program ye. Takpe kerja.

Ermm.. semalam, aku rasa down sangat. Dengan beberapa kejadian yang berlaku. Aku rasa sangat tak mampu untuk tanggung.. Memang rasa macam sangat teruk.

Aku luahkan kepada somebody. Betul la dalam buku cakap, perempuan ni dia tak minta solution. Janji boleh lepas..boleh release.. At first, aku tersentak jugak. Bila si pendengar cakap kat aku.. aku macam tak betul2 redha. Tapi, bila aku baca balik.. ye betul. Mulut kata ya, hati kata tidak.. Dan akhirnya aku macam sentiasa tertekan dan terfikir apa yang aku buat.

Tak ikhlas namanya.. Kalau mengungkit, sia-sia sahaja pengorbanan.. Ganjaran apa tak dapat..
Haa.. ini aku dapat semalam. mendapat la kan.. Tapi aku terima. Betul.

So, aku dah siapkan diri aku, minda aku untuk menerima segalanya. Memang betul apa yang dikata.
Aku tak marah. Aku tahu ada salah aku.. Daripada aku memikirkan yang macam2 baik aku terus redha dengan apa yang aku dah hadapi sekarang.. So, aku dah mula nak tanamkan dalam diri aku, lupakan semuanya.. Just move forward. In Shaa Allah.

So, aku nak buat bodoh saja segala yang picisan. Semoga yang aku hadapi sekarang hanya yang baik-baik. Daripada memikirkan yang bukan2.. baik buat tak tahu je. Lantak la nak kata apa kan.. Janji aku tahu apa aku buat.

Cehhh..kuat sangat la konon? Kadang2 kena berlagak kuat, untuk pujuk hati.. Jangan mati.

Sekian sahaja. Aku nak lipat baju yang bertimbun gila bangang. Dah seminggu dok dalam bakul. Tak sempat.Busy gilaaaaa...

Sebelum tuh, nah tengok. Haha.. aku tempek gambo sendiri. Aku rasa muslimah . Hehe.

Doakan saya.. :)



Love,
Ayu

24 January 2014

Counting days..

Assalamualaikum..




Menghitung hari..







Takut ke tak?

Nervous ke tak?

Gila tak takut??



Hahahaha..



Love,
Ayu

21 January 2014

Ego

Assalamulaikum..




EGO. Semua orang ada.



Love,
Ayu

20 January 2014

Fine.

Assalamualaikum..





'Kau pernah dapat bunga , Ayu? '

" N.E.V.E.R "


'why?"

"Because they all treat me like i'm a guy"













Love,
Ayu

19 January 2014

Tak Gembira

Assalamualaikum..




Aku dapat sambung Master di UKM. Alhamdullilah. 

Tapi masih berdilema.. Sebab duit, sebab komitmen..

Entah..

Nampak gaya macam kena dilepaskan..

Mungkin rezeki lain kali.

Mungkin...








Love,
Ayu.

14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..


Selawat ey.. Salam Maulidur Rasul..

Hari ni ada pertandingan perarakan yang dianjurkan oleh apa eh, macam pertubuhan kerajaan la. Tak sure, Bahagian Pembangunan Wanita kot. Daerah Temerloh. Asrama sekolah, dijemput untuk menyertai. And, asrama sekolah aku turut serta. Guess what,kami menang. Even for the third place only, aku cukup berbangga dah.. Hee. Tahniah anak2.. ^^

And lepas perarakan tadi, ada jugak ceramah. Oleh Murobbi Ustaz Hj.Zulkefli. Yang pencetus ummah tu. Allahuakbar.. best sangat. suara beliau, masya Allah.. sangat lantang dan sangat sedap didengar.. Macam2 ilmu dapat. Macamana nak khusyuk solat, macamana nak jadi mukmin sejati.. Dan ilmu rumahtangga pun ada.. Ada jugak diceritakan kisah Nabi Muhammad.. Menurut ustaz ni, Rasululllah ni sangat romantik. Baginda panggil Aisyah, dengan gelaran Ya Humaira.. Allah, suka sangat aku dengar. Nabi Muhammad jahit sendiri butang baju terkoyak, bila lihat Aisyah sibuk. Nabi puasa bilamana Aisyah tak sempat masak. Tak ada pun nak bising marah2.. Allahuakbar..

Rindu nak tengok wajah junjungan mulia kita Nabi Muhammad. Macamana wajah baginda. Sangat bercahaya kan.. Ya Allah, semoga kami terus berada dalam keredhaan Mu..Supaya dapat melihat wajah Ya Rasulullah nanti..

Ustzaz tu cakap lagi, kalau berada dalam majlis ilmu macam tadi, boleh kita berdoa. Dan in shaa Allah, akan diperkenankan doa kita. Tapi ada la cara.. Yang pertama,

- Kena niat yang betul
-Kena setulus hati
-Kena Redha

And ada lagi.. aku tak ingat. hee.. Tapi ini antaranya.. Kena betulkan niat. Baru boleh..Haa.. so, bila kita berada dalam majlis ilmu, boleh berdoa apa sahaja. Dan majlis ilmu ini dipanggil, Al-Raudhah..

Itu serba sedikit aku dapat hari ni. Aku share sini, Supaya yang membaca, kita dapat manfaat bersama. Dan dalam doa aku, selalunya aku selitkan tentang jodoh aku. Tak malu nak mengaku, memang aku sebut nama Mr.A. dan aku sentiasa harap, bahawa dikurniakan suami yang romantik dan penyayang. Romantik bukan kata jiwang segala.. Cukup beliau mencontohi walau satu dua perkara yang dilakukan Rasulullah.. In Shaa Allah..

So, itu sahaja. And di akhir ceramah tadi, ustaz ni berzikir.. Ya Allah.. mengalir air mata. Bukan buat2.. Entah, ada satu perasaan menyelinap masuk. Ustaz ni sendiri nangis teresak2.. Allahuakbar.. Bila kita zikir ni, ada satu sahaja dalam kepala aku masa tu, dosa yang dah dilakukan.. MasyaAllah.. Semoga Allah terima taubat hambaMu ini..

Itu sahaja untuk kali ini.. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Maha Pencipta. In shaa Allah..

Take Care,peeps.


Ini gambar tadi..  Jom tengok..












And untuk last ni,
Harapan saya, 
Agar Mr.A membacanya.. =)

 



Love,
Ayu.

13 January 2014

PENAT

Assalamualaikum..


Penat la.

Buat kerja semua sendiri-sendiri.

Nak mengadu tak ada tempat.

# Penat.





Love,
Ayu.

10 January 2014

Nak duit?

Assalamualaikum..


Kawan cakap, nak duit klik link ni..

Jom Try.

Tak payah kuar duit sesen pun.

http://bit.ly/1egW9Gm





Love,
Ayu



09 January 2014

Dosa.

Assalamualaikum..


' Weh, macamana ek kalau kita tak hafal doa yang panjang2 . Contohnya bila nak solat sunat apa2 la..?'

" Takpa, kau niat je dalam hati. Solat sunat apa? Doa apa?"

' Tak la, contoh macam solat sunat taubat ke..'




Setiap manusia buat dosa. Kalau maksum, bukan manusia.

Lama berteleku atas sejadah.

Lantas ,  bangun berdiri menunaikan solat sunat taubat.

Jarang sekali  ditunaikan..

 Kerna berfikiran, umur masih panjang. Malam masih muda.

Astaghfirullah..


Alhamdullilah...

Malam ini, berkesempatan..

Tatkala dahi mencedah sejadah.. beristghifar..

Menitik air mata ini gugur satu semi satu...

Ya Allah..

Sungguh banyak dosa hambaMu ini..

Dalam tak sedar,

Dosa pada diri sendiri..

Dosa pada orang..

Ampunkan ku..


Terima Kasih tuhan,

Kau beri kesempatan..

Aman. Tenang. Damai.







Syukur.




Love,
Ayu.

07 January 2014

07 Jan 1960- 07 Jan 2014

Assalamualaikum..

Hye peeps.. Sihat?  Today, 07 Januari 2014. Hari Selasa. Dah masuk minggu kedua sekolah. Sibuk. Memang sibuk. Dengan urusan asrama. Lagi sibuk. Tapi, Alhamdullilah.. Allah bagi kesempatan aku untuk menguruskan segalanya.. Tak sempurna, tapi berjalan jugak sikit2..

Aku nak story apa? Kisah duka? Taknak. Hanya Allah yang tahu, apa rasaku sekarang. Manusia. Bila susah, petik nama tuhan. Bila masalah bertandang, baru nak pandang. Namun, Dia tak pernah berpaling. Maafkan aku .. Aku empang air mata ini.. Jangan gugur. Please...

Today, sebenarnya adalah ulangtahun kelahiran arwah abah. Actually, aku tak pernah amik pusing langsung. Sebab apa? Abah tak ada dari aku umur 4 tahun macam tu. Dalam usia tu, apa yang aku mampu ingat? Tapi masih berbaki 1-2 kenangan aku dengan al-marhum..

Kalau abah ada, genap hari ini usianya 54 tahun.. Mesti abah dah beruban sikit kan? Mungkin dah gemuk jugak sikit.. Sebab abah aku kurus dan tinggi.. persis aku. Persamaan kami ketara. Aku ada tahi lalat kat dahi. Abah jugak ada mak kata. Dan siapa ada ni. dia pandai. Mak kata. Hee.

Then, kalau abah ada jugak, mungkin tahun depan dia pencen dari air force. 55 tahun mungkin. Orang dulu kan.. service kerja mungkin sampai umur 55.. hmmm.. dan mungkin abah akan stay kat rumah dengan mak. Dan mesti boleh datang melawat aku kat Pahang ni haaa.. Allah... rindunya..

Tapi, ini semua takdir kan. Betapa bahagianya mereka yang dapat kasih seorang ayah sampai ke hari ini. Aku tak sempat. Tapi tak pe. Ada hikmah. Mungkin Allah nak berikan aku sesuatu yang baik sama seperti saat ketika bersama seorang ayah.. In Shaa Allah.. Namun, bila? Aku tak tahu.. kerna sampai sekarang, aku belum jumpa ..

Aku bukan merintih.. Cuma meluah rasa..betapa rindu dan teringinnya aku untuk bersama-sama dengan seorang lelaki yang dapat melayani aku sebagai seorang anak yang manja.. Maksudnya, dapat bermanja dengan ayah sendiri.. Satu2nya lelaki yang tak akan menyakiti hati seorang anak perempuannya, adalah AYAH.

Susah sebenarnya tak ada ayah.. Aku berkata atas dasar pengalaman. Sampai aku besar ni pun.. ada perkara yang aku amat terasa.. betapa sukarnya hidup aku tanpa dia.. Untuk menguruskan sesuatu yang amat penting, aku perlu dia..Dan yang mengganti tempatnya, juga tidak sama.. Sukar. Kau berada di tempat aku, kau tahu.

Namun apapun.. aku terima qada dan qadar Dia. Dia sebaik2 perancang, sebaik2 pembuat keputusan. Apa yang terjadi, ada hikmah.. Aku ditinggalkan seorang diri.. melayani kehidupan aku sendiri. Dan hingga ke hari ini, aku masih sendiri.. Mereka ada, tapi mereka turut pergi.. Meninggalkan segala janji yang telah dimeterai.. Tak apalah.. Terima Kasih..


Semoga Abah tenang di sana.. Ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Al-Fatihah..



Abah, adik rindu sangat pada abah.. bila kita dapat jumpa?







Love,
Ayu

06 January 2014

Terima Kasih Tuhan

Assalamualaikum..






Jika dengan pergi meninggalkan segalanya bisa membuat kamu gembira..

Maka , Di sini..

Aku Redha..

Terima Kasih, Tuhan.





Love,
Ayu.

05 January 2014

Kau tahu?

Assalamualaikum..




Kadang-kadang, aku rasa lagi bagus berdiam diri.
Tapi bila aku diam, ada yang mencari..
Aku bukan nak lari..
Cuma, hati aku .. bukan sekuat besi..

Sering kali,
HANYA AKU..
Kau tahu apa erti penat?
Kau tahu apa erti letih?
Kau tahu apa erti lelah?

Kalau kau tahu,
Kau pun tak nak jadi aku..

Tapi malangnya,
Kau tak tahu..
Maka,
Kau tidak peduli..
Kerna..
Kau tidak pernah mengerti..

Aku letih kawan..
Aku penat sahabat..
Aku lelah cinta..

Boleh jadi,
Aku harus pergi..







Love,
Ayu.

04 January 2014

Sekeping Hati..

Assalamualaikum...











Love,
Ayu

03 January 2014

Produk apa yeh?

Assalamualaikum..

Haii.. Ada orang ask aku kat inbox FB td. Ayu pakai produk apa? Huahuahua.. Actually, ramai dok tanya. Aku pakai produk apa kat muka. Kenapa diorang tanya ek? Nak kata muka cantik flawless macam tu, tak da la sangat. Camera 360 jugak. haha. Tapi memang muka gua tak ada masalah pimple teruk ke apa.Memang susah gila la nak naik benda2 alah tu.. Alhamdullilah.

Cumanya kadang kalau orang tanya, pakai apa. Aku jadi serba salah nak jawab, Sebab apa? Sebabnya, aku mana lah setia sangat dengan satu2 produk. Bangsa suka terpengaruh ni jenuh. Haha. Aku kalau tengok testi orang pakai macam lawa, macam comel, laju2 pm tanya. Haha. Dah beli, dah pakai, macam tak lawa. Stop. Pi tukar yang lain. Selamat la muka ni tak problem.

Tapi,aku memang pakai segala macam. Dari yang bahaya, sampai la yang tak bahaya. Haha. Bahaya maksudnya ada hirdoquinon tu. Ha, pernah pakai. Huhu. Zaman study dulu. Ye la, masa tu dalam kepala pikir nak cantik je. Huahua.

Then, stop la. Cari produk lain. Konon2 nak berhenti la kan pakai yang bahaya. Tapi, kadang bila kita konpiden kata produk ni selamat, tetiba keluar pulak kat web kata bahaya la apa semua. Hoihhh. Tension. Kita pakai maca ok jer.. Tu la masalahnya.

Tapi, memang dari dulu aku tak pernah pakai produk yang jual kat supermarket. Maksud aku, yang macam berlambak dekat dalam hyper market. Set2 yang ada dalam iklan TV. haaa.. aku tak percaya yang tu. Aku rela pi cari kat booth2 yang jual kosmetik ke apa. So, produk yang ni tak diiklankan di TV. tak tau kenapa. Haha. mind set kot.

And aku tak pakai jugak produk bapakkk mahal SK II, Mary Kay, ke apa.. TAK ! Tak ada duit. Haha. Dulu berangan, if dah keja, memang nak beli skincare yang cm gini. Sebab katanya selamat. BUT bila dah keja, dia tengok benda lain, jadik terosss terkubur niat. Hahahaa. Hampeh.At last, pakai je produk yang boleh masuk akal harganya..

Then, berbalik kepada soalan sang kawan tadi, aku jawab la. Aku tengah pakai Wonder Glow sekarang. Aku dah pakai lama. Almost 6 months. So far, ok la. Tak ada la jadi pape kat muka kan. Tapi, tetiba hari tu tengok kat FB, naik dah kata night cream dia bahaya.. homaiiiii... Macamana ni? Haiiihhh. Kalau nak ikutkan, semua night cream sama je.. hurmmm..

So, aku bagitau macamni la kat kawan aku tadi... Aku pakai produk ni. Tapi actually, aku nak tukar dah yang lain.. Hahahaha.. Bangsa tak boleh nak setia. Gini laaa.. Sebab dah lama pakai, jadik nak try yang baru.Hewhewhew..

Tapi, sebenarnya, di samping itu, ahahaha... aku makan benda lain. Untuk dalaman.Aku amik collagen. Aku amik stemcell.. Dia actually aku amik bukan untuk kulit, tapi sebab untuk kesihatan. Tetiba boleh relate sekali dengan kulit. Nak kata kulit cantik putih melepak, tak. sebab aku jenis sawo matang. Tapi smooth la kulit. Lembut.. Heee..

So, itu sahaja ye. Entry ini tak ditaja oleh kak ton.hahahahaha.



Till then.. have a blast weekends peeps !











Love,
Ayu

01 January 2014

Penghujung Cinta.

Assalamualaikum..


Sukanyaaa lagu ni... huwaaaa!

# Ni bukan official Video Clip. Yang official tak jumpa. Tapi, dengar je la. Feeling gilerr. Hahaha




Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini t’lah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu




Love,
Ayu

Welcome 2014. Review 2013.

Assalamualaikum..

Hye peeps ! Masa tengah taip ni, tengah pasang CD Ya Hanana ni.. Best. Aku jatuh cinta dengan lagu ni ke qasidah ek orang panggil, dari 1st time dengar bulan 9 hari tu kot. :) Kawan2 dok ejek nama nak dekat. Haha.. Pape je lah..

Oh, panjang kau membebel.. Wahhhhh.. The last day for 2013. And untuk tahun ni.. aku rasa sama macam tahun lepas kot.. (tak ingat) hee.. Memang tak keluar ke mana. Stay diam2 kat rumah. Hupdate belog.. And sama jugak, malam ni aku duduk depan lappy gak nak mereview kisah 1 tahun. Untuk kenangan hari tua. Kenangan .. Kenangan..

Mula dengan ...


Januari- Februari

Kita gabung dua bulan ek.. Untuk awal tahun ni, perubahan ketara adalah bidang kerja. Aku jadi warden asrama. Alhamdullilah. Diberi kepercayaan. Memang down sangat pada mulanya. Seriously. But, Allah lebih tahu.. Maka, aku jalankan jugak. Makanya, pindah duduk asrama sekolah la. Dengan kak fizah. Pembantu warden. Lain-lain, ermm.. jalan2 je la. Bawak budak pergi lawatan rasanya awal2 ni.. Hee. Oh, ada family Day tak silap awal2 tahun hari tu..





March

Ehem2.. yang ni tak boleh gabung2. hahahaa.. Bulan mac.. adoi.. traaa nak sampai bulan ni.. pengsan aku. Sebab bulan ni adalah bulan pembukaan jalan.. jalan apa? jalan kepada perubahan status. Hahahah..
Elok2 single, dia nak jadi double. So , the 1st step la ni... My engagement day. 24 Mac 2013.. Hoiiihhh.. Ada orang mau jugak eh? Garang macam singa. Sensitip gila macam budak kecik. Ganas macam mat2.. Hahah.. So, itulah dia.. Yang ni ada gambo. Hahaaha..



April - Mei

Errmm.. sekolah lah seperti biasa. Kerja macam biasa jugak. Banyak sangat event masa ni.. tapi aku pun lupa yang mana satu.. Tak ada apa yang berubah. Cumanya, yang aku perasan tahun lepas ni banyak gila shopping online. hahahahaa.. Yang tu tak dan tangkap gambar. Rasanya start bulan 4 ni la.. ahahaa
Dan bulan 5, sambutan Hari Guru. Seriously, terbaekkk... !





Jun-Julai 

Yang ni bertambah2 sibuk sebab macam2 la kan aktiviti kat sekolah. Dan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. Hee . Puasa. Dengan segala macam aktiviti budak nak exam, sukan and kat asrama pun.. Oh ya, untuk tahun ni aku banyak kali jugak sakit. Haha. Taik penyakit. Jatuh2 lebam2 kau tak payah cakap laa.. hahahaa. Jap tengok gambo aktiviti. Ada kot. Nah, banyak gila gambar. Semua event. Bukak Puasa. Sukan.






Ogos -September

Yeeehaaaa.. Raya Time ! Best. Tahun ni ada kereta sendiri. Kemain laju tekan. Weeehoooo..!! And pastu, bulan 9 bawak budak main Paintball kat Kuantan.Pengalaman terindah tahun 2013 ! Dah lama berhajat!! Dapat jugak. Hee.. Dan program macam2 jugak. Budak dah nak exam time ni.
Oh ya, kursus Induksi jugak pada bulan September ni. Waaaa. Bahagia nak sah jawatan !!












Oktober- November

Jamuan raya kat asrama. Hehe. Makan lagi. Ermm.. dan jugak jamuan perpisahan la. Dah nak tutup sekolah. Sedih jugak. Pelajar2 T5 yang baik dengan aku, dah left the school la kan tahun 2014. Takpe la. Bertemu dan Berpisah. All the best anak2. Dan bulan Nov jugak, my 1st aset, turn 1 years old. Alhamdullilah. Tak buat hal langsung. Dok tekan pi balik pahang kedah. Hee.. Haa, dan jugak buat pertama kalinya, adik aku datang Pahang. Bawak pergi jalan KL.. here the picture!






December

Here come the last month of this year.. Heee.. Bulan ni diuji dengan segala macam dugaan.. Bermula family, kerja, kawan2 dan cinta,.. Hahaha. Selamat kuat. Alhamdullilah.. Errmmm.. untuk bulan terakhir ni, banyak benda buat. Sepanjang cuti, uruskan macam2.. Apa ya? Hee.. persediaan ke ALAM BARU.. TAHUN BARU.. Wait and see.. Ok .

So, apa azam tahun baru? Aku citer kemudian k. Aku bukan jenis suka berazam bagai ni... Memang aku tak pernah ada azam.. haha. tapi tahun 2014 ni, apa yang terdetik dalam hati aku.. and tak sama macam tahun2 sudah.. aku nak cukupkan apa yang kurang. I mean dari segi amal ibadat... Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini.. Doakan untuk aku juga ye.. Duit berkepuk pun, kalau yang tu kurang, hati tak tenang.

Ok la.. nak off dulu. Sebab nak tunggu orang tu call. Nak dengar suara 2013 yang terakhir. Lepas ni suara 2014 harap2 lebih lemak merdu, romantik, lebih enak didengar.. hahahahahahahaha..
Tapi kan.. TAKUTTTT sangat nak masuk 2014.. hoiiihh, dah masuk dah !! 01/01/2014




Take Care peeps. Tinggalkan yang lara 2013, jemput masuk yang gembira 2014..







Love,
Ayu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...