06 May 2014

Hujung mingguku..

Assalamualaikum..


Haiii.. haha. Esok cuti uolsss.. so hari ni macam mengada, aku tak pegang satu kerja sekolah pun. Aku just photostat jadual exam nak tepek dalam buku rekod. Bangsa pemalas.

Cuti apakah esok? Di pahang ia dipanggil HARI HOL PAHANG. Aku baru google tadi, hari ini merupakan hari sempena memperingati kemangkatan kerabat diraja negeri pahang iaitu Ayahanda kepada Sultan Ahmad Syah sekarang.Lebih kurang gitu la.. Diberikan cuti umum sejak tahun 1974 lagi tak silap aku. Ok, done. Dah dok pahang, ko takkan hadap je cuti tak amik tau pape kan? Heee..

Hari ni Malaysia dikejutkan dengan kematian Seniman Negara.. Allahyarham Aziz Satar. Atau lebih dikenali dengan nama Pak Aziz. Hmm.. Memang terasa jugak kehilangan Allahyarham. Aku suka citer P.Ramlee. Maka, berakhirlah trio Bujang Lapuk yang terakhir. Hebat mereka2 ini.. Filem tak ada colour pun, tak payah beria nak dedah benda mengarut2 tapi setiap dialog diorang kita bole hafal.

 ** Al FAtihah **

And apa lagi yer... Hmm.. minggu lepas aku balik Kedah. Amik mak tersayang nak mai Pahang . So aku balik dengan Mr.A dan ibu mertuaku. Mak Mr.A baru sampai dari Bandung, kerlasss mak i tau. Pergi shopping .. Hee.. So kami balik bertiga. Memang la semput.. perjalanan lebih 10 jam rasanya.. Huuu..

Berhenti tidur kat Tapah almost 4 jam jugak rasanya.. Mengantok.. Aku drive jugak la.. And at last , aku give up. Berpinau dah mata.. Sayang, take over. Hahaha.. And Mr.A marah aku malam tu sebab aku tidur.. Haaa? Aku terus pelik. Motif nak marah? kalau jaga pun, bukan boleh tolong tekan minyak sebelah kaki. Huu.. Awak tu pun bukan pesen suka bersembang sangat bila tengah drive tetengah malam.. So, motip saya kena jaga?? ahahahaha.. Mengamuk tross member.. Tp aku tak lena la lepas tu. Ye, memahami. Choi sangat tau. Haha

Esok pagi tu sampai, bawak bebudak ni a.k.a adik2 aku pergi Carnival, then aku pergi cari kain jap, balik tros lena.. Dapat la pejam mata 30min rasanya.. bangun pulak tross bergegas pi kenduri .. Dengan mak Mr.A jugak.. Pastu pergi Tg.Dawai.. Cikgu2 ni ada pesan ikan blis.. Pastu balik la weyyy..

Malam tu, tidur rumah i..  Tidur tak henggat, esok bangun pukul 11. hahaha. Syukurrr Mr.A bukan jenis bangun pepagi buta cari sarapan.. Syukurr sangat !! Hahaha.. Pastu bangun2 dengan tak makan apa, pi CS buat rambut.. Hahahaha.. Bertuahhh sungguh.

And pastu, i belanja Mr.A potong rambut.. Muda balik la dia.. Huhhh.. :(   Then, kitorang gerak lewat la .. memang lewat..

Hmm.. itu citer hari minggu aku. 1st time balik kampung lepas bergelar isteri. Sekarang dah ada 2 rumah. Macam dulu, Mr.A akan aku hantar ke rumah dia, then aku balik rumah aku. Sekarang tak lagi, sekejap aku kat rumah dia, sekejap dia kat rumah aku..

Apapun, syukur alhamdullilah.. aku dapat macam apa yang aku doakan selama ni.. macam mana? Biar aku jer tau.. Alhamdulillah.. Every cloud has a silver lining.. Thanks Allah.. Thanks Mr.A.. Thanks Mak.. Thanks Mak.. :)


So, itu sahaja.. Malas da nak taip. nyamuk banyak . Damn. hahaah.


Take Care peeps,


Love,
Ayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...