14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..


Selawat ey.. Salam Maulidur Rasul..

Hari ni ada pertandingan perarakan yang dianjurkan oleh apa eh, macam pertubuhan kerajaan la. Tak sure, Bahagian Pembangunan Wanita kot. Daerah Temerloh. Asrama sekolah, dijemput untuk menyertai. And, asrama sekolah aku turut serta. Guess what,kami menang. Even for the third place only, aku cukup berbangga dah.. Hee. Tahniah anak2.. ^^

And lepas perarakan tadi, ada jugak ceramah. Oleh Murobbi Ustaz Hj.Zulkefli. Yang pencetus ummah tu. Allahuakbar.. best sangat. suara beliau, masya Allah.. sangat lantang dan sangat sedap didengar.. Macam2 ilmu dapat. Macamana nak khusyuk solat, macamana nak jadi mukmin sejati.. Dan ilmu rumahtangga pun ada.. Ada jugak diceritakan kisah Nabi Muhammad.. Menurut ustaz ni, Rasululllah ni sangat romantik. Baginda panggil Aisyah, dengan gelaran Ya Humaira.. Allah, suka sangat aku dengar. Nabi Muhammad jahit sendiri butang baju terkoyak, bila lihat Aisyah sibuk. Nabi puasa bilamana Aisyah tak sempat masak. Tak ada pun nak bising marah2.. Allahuakbar..

Rindu nak tengok wajah junjungan mulia kita Nabi Muhammad. Macamana wajah baginda. Sangat bercahaya kan.. Ya Allah, semoga kami terus berada dalam keredhaan Mu..Supaya dapat melihat wajah Ya Rasulullah nanti..

Ustzaz tu cakap lagi, kalau berada dalam majlis ilmu macam tadi, boleh kita berdoa. Dan in shaa Allah, akan diperkenankan doa kita. Tapi ada la cara.. Yang pertama,

- Kena niat yang betul
-Kena setulus hati
-Kena Redha

And ada lagi.. aku tak ingat. hee.. Tapi ini antaranya.. Kena betulkan niat. Baru boleh..Haa.. so, bila kita berada dalam majlis ilmu, boleh berdoa apa sahaja. Dan majlis ilmu ini dipanggil, Al-Raudhah..

Itu serba sedikit aku dapat hari ni. Aku share sini, Supaya yang membaca, kita dapat manfaat bersama. Dan dalam doa aku, selalunya aku selitkan tentang jodoh aku. Tak malu nak mengaku, memang aku sebut nama Mr.A. dan aku sentiasa harap, bahawa dikurniakan suami yang romantik dan penyayang. Romantik bukan kata jiwang segala.. Cukup beliau mencontohi walau satu dua perkara yang dilakukan Rasulullah.. In Shaa Allah..

So, itu sahaja. And di akhir ceramah tadi, ustaz ni berzikir.. Ya Allah.. mengalir air mata. Bukan buat2.. Entah, ada satu perasaan menyelinap masuk. Ustaz ni sendiri nangis teresak2.. Allahuakbar.. Bila kita zikir ni, ada satu sahaja dalam kepala aku masa tu, dosa yang dah dilakukan.. MasyaAllah.. Semoga Allah terima taubat hambaMu ini..

Itu sahaja untuk kali ini.. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Maha Pencipta. In shaa Allah..

Take Care,peeps.


Ini gambar tadi..  Jom tengok..












And untuk last ni,
Harapan saya, 
Agar Mr.A membacanya.. =)

 



Love,
Ayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...