30 September 2013

Saya tak manja

Assalamualaikum..

Hye belog tersayang.. :) Hari ni dah sekolah semula. Rasa lama sangat tinggal sekolah. Dah seminggu tinggal kan. Dari Rompin terus balik ke SP. Heaven!

Ermmmmmmmmm... nak taip apa? Nak share satu benda. Hee. Tadi mintak mak masak. Aku lapar gile! Aku masak nasik yang sejemput jer tu..(beras lama dahhh tak beli). Then, goreng ikan bilis. Pastu blurr nak makan dengan kuah apa. Apa lagi, panggil mak la.

"mak, masak sat.. buat kuah.." (muka seposen)

Mak pun masakkan masak asam. Telur. Untung ada mak. :) Thanks mak. And mak cakap,

'ishh.. esok ni dah kahwin macamana? takkan nak suruh mak jugak masak?'

Alahai.. sedih terus. T_____T

Mesti la nak mak yang masak jugak lagi. 26 tahun hidup dengan masakan mak. Aku tak manja. tapi aku memang rapat dengan mak. gaduh pun dengan mak. Baik pun dengan mak... alahaiii... sebak.

Cakap hal kahwin, ermmm.. dah ada minor discussion dengan mak. Alhamdullilah. Macam baik aje responsnya.. Tapi aku tau, mak berat hati nak lepas aku. Sebab aku pun berat hati nak tinggal mak.. Nanti aku dah kahwin, mesti kena ikut cakap suami. Tapi aku harap, suami aku nanti paham dengan aku. Bahawasanya aku ni sangatlah bergantung kat mak. terutama bab makan. ahahahahaha

Bincang dengan mak hal kahwin, mak bagi banyak idea. Aku kalau dapat nak melunaskan segala hajat mak. Tapi ikut kemampuan aku lah. In shaa Allah aku cuba tunaikan. Aku anak terakhir arwah abah dan anak bongsu perempuan. Semestinya berbeza sikit dengan kakak. So, aku sedaya upaya memahami hajat mak. And aku harap, bakal suami aku nanti pun akan turut sama membantu dan beri sokongan.

Tapi aku ada perancangan lain. Aku nak sambung Master, hujung tahun ni. Aku dah berhajat, nak ada Master sebelum umur 30. Makanya, kalau aku sambung umur 27, umur 29 aku dah ada Master.In Shaa Allah.. Tapi, boleh ke aku?

So, tengah memikir2 lagi ni.. Nak sambung dulu, atau tangguh dulu.. Atau kahwin dulu.. Atau tangguh jugak dulu..Atau kedua2nya sekali?  Pening den mikirr ehhh.. Ermm.. kene isthikarah. Sekarang ni, keputusan dekat tangan aku. Aku kata YES. YES la everything.Aku kata NO.. nobody can decide for me.

Aku ni kena ada orang push. Bangsa lampi. Haha. Kalau harap aku, memang aku wat derkkk selenge aku je sampai sudah.Kena ada tekanan, baru aku bergerak. Huhu.. So, sesiapa yang berkenaan, silalah tolak aku ke hadapan..

So, itu sahaja. Ini post caca merba.. Aku taip apa ada dalam kepala aje ni. Tak suka, jangan baca. Suka, komen.Komen kat tempat sepatutnya, jangan jaja merata.Aku tak tau hujung pangkal cerita. Eh? Pantun? Hahahaha.. peace yaw!

Itu sahaja..  nanti kita sambung lagi. Sekali lagi.. Saya tak manja . Saya tak manja.. (Gaya Jep Sepah parody). Muahahaha. dah2 lah menganjing orang. Kena saman, padan muka kau Ayu, Hahahaha.





Ni haaa.. budak tak manja ni.. huahuahua..





Take Care Peeps,

Bye!

27 September 2013

Program Transformasi Minda

Assalamualaikum..

Kita baru balik dari Rompin Pahang Darul Makmur.
Sempadan Johor Darul Takzim.

Ok, nnti kita cite ye.

Sekarang nah tengok gambo.

Kita nak balik SUNGAI PETANI ni.

Tau, gila.

PENAT oii!













Alahai.. kenangan yang takkan mungkin aku lupa. :)

20 September 2013

Lelaki selalu lupa.

Assalamualaikum..











# Lelaki selalu lupa. Kenapa yeh?



Bye!

18 September 2013

Dia boleh?

Assalamualaikum..


Satu soalan sahaja.

Kenapa dia boleh?

Kenapa aku tak?

Siapa dia?

Dan...

Siapa pulak aku?





# Kau sangat CEKAP menyakiti hati. Syabas untuk kau.


Bye!

17 September 2013

Hari ku.. :)

Assalamulaikum..

Kembali semula ke pangkal jalan. Huhu. Semalam cuti Hari Malaysia. And today, back to work. Alahai. T_____T.  *masihdalammoodcuti*

So, apa yang kita buat sepanjang2 cuti ini ? Ye, meronggeng sampai habis segala duit simpanan. Hahaha. Terukkk kannn? Sangat. Sebabnya,kite keje penat2.. Tak da langsung masa nak enjoy. So, cuti ni guna dengan baik. BAIK SANGAT.

Aku pergi berjalan. Pergi makan. Pergi shopping. Pergi tengok wayang. Pergi bergaduh. eh? Hahahaha.

So, hasilnya, sangat banyak. Perut kenyang, hati manyakkkk senang. SENANG KE?

Tak, kalau tak shopping tak senang. rasa macam berdosa kepada diri sendiri pulok. ekekeke.

And aku sempat singgah nilai 3. (tak singgah sangat actually, memang plan nak pegi.) Cari 2,3 pasang kain. Nak  buat baju kahwin ey? TAK ! Nak pakai pegi keje. eekekeke. And kain nak pakai kenduri my BFF bulan Nov  nanti. Dapatlah.. Then now pening nak wat fesyen apa nak letak lace macamana patch ke apa. Choiiii sangat!

Jenis kain taknak letak sini gambo. Kang tak suprise. Haha. Pulun tau Pulun!

Kite layan gambor lain eyy..

Tadaaaaaaaaa!!






Kenapa gambo makanan? Entahlahhh.. aku sukaaa makan. Walaupun sikit. Suka.Suka.Suka. So, ini SUKU sahaja. yang lain tak sempat dah haihhh nak snap. Selamat dalam perut KECIK guweee... keciklaaa sangatt


And gambo yang tak censored bawah ni.. hahahahahaa.. Nak gelak. Alolololo tomey2.. ini Mr.A bagi. Present katanya.. hahahaa.. padahal kena paksa. Nak suruh kiteww jadi gegurl letewwww.. Hakhakhak.
Btw, THANK YOU Mr.A. Usaha yang baik untuk menjadikan i wanita sejati. Hahaha. Good Try anyway. Ok2, sopan. Tak kasaqq dahh.. T______T



As usual, lats but not least, jomlah memoyo tang baju.. lalalalalaalala...

RESPECT


Kepada lelaki sebelah berkaca mata, TERIMA LAH KASIH... Kasih siapa? Kasih saya.. Kekekekeke




Ok la, stop2 lah membebel. Oh ya, Nak mohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya, dari dulu, atau yang baru sahaja mengenali.. atas sebarang kesalahan saya, yang sengaja atau tak disengajakan..AMPUN DAN MAAF saya pinta. Andai ada terguris rasa.. saya menulis bukan kerna nama. Bukan kerna apa, kadang2 apa yang terjadi ada hikmah baik kepada yang terkena atau yang mengena atau apa sahaja. Sekali lagi.. Maaf dari hati kecil saya... PEACE yaw!



Bye !



11 September 2013

Saya Ok.

Assalamualaikum..




SAYA OK.

SAYA DAH BESAR.






# ye dokkkk OK? haha.


Bye!

10 September 2013

#throwback paintball

Assalamualaikum..

Throwback kejohanan paintball hari tu.

Tahniah kepada anak2 ku.. Jasa kamu dikenang . Hee.. Yelah, kalau korang taknak pergi main, macamanalah kan ?

Sanggup berpanas, berkhemah, berjelaga dan akhirnya ber'sunburn' seperti bangla.. hahahaa..

Cikgu pun sama. Gila huduh muka sekarang. T_______T

And the best part is, aku rasa bangga,

Semangat mereka kuat. Dengan tak pernah training, marker and pellet paintball tu pun tak pernah tengok, tapi dapat jugak masuk semi final. Sudah cukup .

Tahniah ikhlas dari hati saya.. JuruLETIH yang tak terlatih. hewhewhew..

Hover tauuu jerit tengah court, pastu sunburn.

Apapun, the most important thing is...

EXPERIENCE.

Sumpah BEST !













# Kenangan terindah.. Terima Kasih anak2ku sekalian.




Bye!

08 September 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum..

Jarang dapat berbicara soal hati. Semua kami simpan. :)

Tak pandai nak meluah. Kita cite sini. Harap dia membaca. :)

Terima Kasih menjadi 'teman' saya.


Yang suka sangat mengusik saya, sampai kadang2 saya merajuk. Melampau sangat .;p

Yang suka mengiyakan perkara yang terang2 salah,. Taknak juga mengaku. At last, biarkan je lah.;p

Yang suka komen macam2 kat saya, jadi JPJ tak bertauliah tiap kali saya drive. "eh, kenapa nak duduk lane kanan? Kiri kan ada"... Bla.. Bla.. ;p

Yang suka cakap dan bercerita segala tentang hal2 semasa yang mana awak tau saya sikittt punya pemalas nak membaca.. Internet bergerak... ;p

Yang tau kelemahan saya bila saya merajuk. Lepas tu buat2 macam tak ada apa yang berlaku.. ;p

Yang suka nasihat saya macam2.. Yang turut sama bengang2 dengan saya bilamana saya bengang dengan orang lain.. :)

Yang suka jawab call.. dengan perkataan paling syahdu dan nada paling lembut...' Assalamualaikum...'
 Beza dengan saya.. kasaq berdengung jawab phone.. T______T

Last sekali.. Yang sukaaaaa sangat kerut kening, even senyum pun nak kerut jugak keningnyaaa.. :)

Terima Kasih atas semua keindahan yang diberikan.

Ya Allah, pelihara hubungan ini. Moga kasih ini kuat dibawah redhaMu. Amin



Untuk Kamu... Ini Kamu.. :)







# Tunang saya.. Terima Kasih.

01 September 2013

Review Tanda Putera

Assalamualaikum..

Hye. Ermm. Kalot ni balik nak review pasal TANDA PUTERA. ahahahaha.. kalot. Penat pun sanggup. Batak sangat. Haha.

Kita tengok citer tu dekat Berjaya Times Square. Kenapa kita? Sebab pergi berdua. Aku ada tengok dekat poster citer tu. Dua kali tarikh dia pangkah. Bulan 9 sekali, bulan 11 sekali kot. ke apa tah.. and at last , KEMBALI BERNAFAS PADA 29 OGOS 2013. Huhu..

Ok, terus terang cakap.. aku buta sejarah walaupun cikgu sejarah. Haha. Setakat sejarah form 1, dalam tangan lah. Sejarah negara... ada la sikit2.. Makanya, memula macam menggagau jugak lah kan. Aku minat. Seriously aku suka cita aksi, science fiksyen dengan historical story. Kalau citer melayu yang sejarah2 ni, aku suka Hikayat Merong Mahawangsa. Haha.. Aku sanggup tengok dua kali. Aku suka 'teknologi anak melayu' yang cuba ditonjolkan. Memang tak mampu kita nak sama dengan cite omputeh. Diorang ada Hollywood. tapi bagi aku, setakat macam yang dalam filem merong tu, dah kira hebat dah.

And untuk Tanda Putera ni, aku puas hati sesangat. Tak sia2 bayar tiket RM13... Memang berbaloi. Aku tak nak tau sangat yang 13 Mei tu. Itu kita boleh baca dalam buku. Yang aku nak tengok sangat, sifat sebenar pemimpin negara kita yang terdahulu. Memanglah diorang berlakon, tapi takkan membabi buta nak berlakon kan? Mesti kaji yang asal. And aku dapat rasa, memang benar apa yang dilakonkan. Sifat Tun Razak, Tun Dr.Ismail, Tunku Abdul Rahman.. Sangat lah menyentuh hati. Hubungan dengan family yang paling ketara. Dengan staff2 beliau..

Lagi, yang aku rasa sangat terkesan bila mana sifat pemimpin terdahulu ni yang apa sahaja diorang buat, fikir rakyat, fikir negara. Even sakit teruk sangat pun. Dok kalot jugak pikir hal rakyat. Thats mean, kita lah. Generasi sekarang ni. Fikirlah kalau pemimpin dulu tak kuat , kita sekarang ni tah jadik apa lah.. Aku tak cakap hal politik sekarang. Itu masing2 boleh nilai. Aku cakap yang dulu.

Macam Rasulullah, saat kewafatan baginda pun, masih sebut 'umati'.. umat baginda. Sifat teragung seorang pemimpin.. Ya Allah, bersyukurnya kita menjadi umat Muhammad S.A.W. Sama jugak bertuahnya kita berada di bawah tampuk pimpinan pemimpin2 terdahulu yang gila2 pertahankan negara.. Walaupun dalam cita tu tak ada la tunjuk TUN ni turun pegang senapang.. Tapi, sebaliknya, kita tak tau apa dia buat. Macamana dia mengorbankan kesihatan dia sendiri, nak pikir hal negara.

So, itulah dia yang aku dapat daripada citer ni. Aku suka. Memang terbaik. And 1 lagi nak puji usaha industri perfileman kita ni yang celik sikit dah... nyanyi lagu negaraku. Suruh berdiri. Thumbs Up. Mungkin kebetulan merdeka kot. tapi, aku rasa patutnya selalu. Asal citer berkaitan sejarah, kena ada. kalau cite omputeh pun patut ada. Supaya kita tak leka. Agung sangat barat, lupa negara kita.

Ok, dah lah. esok nak outstation 1 week. Pergi kuantan. KEJOHANAN PAINTBALL asrama. Syabas Warden ! Phewwwwwww... Seminggu der. Dengan bebudak nak PMR. alahaii semak. Sian anak2 aku. :(



# Thanks Mr.A, bawak saya tengok wayang ni. Banyak yang dipesan, banyak juga yang cuba diingat. Terima Kasih.


Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...