30 July 2013

Raya macamana?

Assalamualaikum..

I demam. Huhu.. M.c today.. Tak pergi sekolah. Penat. Panas sangat badan. Adoila. Makan ubat pun macam tak luak je. Hope esok dah ok. Aku nak pergi sekolah. Kerja banyakk.. T________T.

Ok, jom citer pasal preparation for Raya. Actually, tak la sakan mana. Acececehh.. hahaha. Dat day, Hari Sabtu lepas, pagi2 aku dengan mak aku naik bas ke KL. sebab suruh Mr.A amik kami kat sana. So that, dia tak payah la ulang alik kan. Janji dalam pukul 11 am macam tu sampai. Tengok2 pukul 10.15 am dah sampai. And Mr.A baru bangun, baru nak gerak kuar. Hoihhhh ! HANGIN den !

Tunggu dekat 2 jam jugak. Aku siap tido2 lagi kat Jln Pekeliling tu. Sangat sleepy ! Marah jugak la.. Then sampai nya mamat lewat tu, terus kita gerak cari hotel. Dapat hotel area chow kit. Belasah aje la. Sebab apa hotel? Sebab dah plan nak shopping 2 malam. Haha. Over tauuuuu!

Then, terus la gerak ke Jalan Tar.. Masya Allah.. Ramainya umattttttttttttt ! Dah bergesel tak payah cakap la. Hadoilaaa.. Aku siap nak muntah2 nak pitam2 lagi. Sampai terduduk tepi jalan. Tak heran dah dengan orang. Sebab sesak sangat. Aku tak tahan dah. Mr.A dia relaxx je laaa.. Tengok je. Ceh.

Dapat jugak la shopping baju kurung. Aku sempat beli. Mak pun sempat jugak beli. Then, we oll bukak puasa kat Dapur penyet, Maju Junction. Boleh tahan la. And bergegas pulak balik hotel. Sebab dah plan nak keluar pulak lepas tu, meneruskan misi. Haha. Gagah.

Then, after solat, kuar semula. This time mencari baju melayu Mr.A. cerewett lah haiii mamat ni. Tanya semua kedai.. Pastu, gaya macam nak beli dah. Then, eh takpe.. saya jalan dulu ok. terima kasih. haha. Tensionnnnn mak tau! Mak tak ikut . Dia stay kat Sogo. Sebab memang sesak gilerrr.. Aku pun tak sanggup sangat, tapi sian kat Mr.A. And at last, dapat jugaklah baju dia. LEGAAAA ! Haha.

Esoknya, aku gi Petaling Jaya, bawak mak pegi umah kawan dia jap. Pastu, MidValley, Here we go ! Muahahaa. Sukaaaaaaaa! Aku beli jeans, baju payish, kasut.. Then, buka puasa kat nandos. Fav! Kemudian, gerak balik Lanchang. Huhu.

Kemudian, DEMAM ! hamekk!

But, puas hati. Tapi, ada jugaklah yang tak dapat lagi. hamboiihhh.. sakan depa. Haha. And special thanks untuk Mr.A .. as usual.. Thanks for everything ok. Hopefully next time, dapat pulak beraya sama2.. :)

Hasil rundingan damai dan konfrontasi di Jalan Tar, Sogo and Midvalley.. ;p


Ni kat Carlo Rino. Value Buy ^^



 Ni Camel.. Ni.... hahaha.. aku sukaaaa sangat. Mahal la bagi aku, tapi tak kisahlah Selesa!

Ni share dengan mak. Valentino Creations.

 Ni baju payish.. mahal lebih dari baju kami2 lagi.. hoihh. Tapi mesti dia hensem :)

 Ni, i punyaaa... heee..
 
This, him and her.. :)



Ok laaaaaa.... ini sahaja. malas dah haihh,, nak tidoq. penat. Selamat Hari Raya. Ingat, jangan boros. Hahahahaha.. Puihhh..

Oh ya, aku dah start bercuti 3hb ni.. sampai 18hb kot. JANGAN JEALOUS. haha..


# Tahun kedua beraya sebagai guru, Tahun pertama beraya sebagai tunangan orang.



Bye!

28 July 2013

Sakan

Assalamualaikum..

Nanti aku hupdate eyy. Aku baru sampai ni.. Wooo.. 2 hari di KL. ekekeke.

SAKAN !

Duit pun SAKAN !




Bye!

19 July 2013

Poligami Rasulullah bukan Sunnah untuk semua lelaki.

Assalamualaikum..

Heeeee... lama aku kaji selidik cerita ni. Tetiba feeling wartawan. huhu. Kisah paling famous amos sekarang.. isu si Asyraf Muslim kawin lain..

Ok..Ok.. jangan emo. Aku bukan nak sibuk ke apa. Tapi, untuk tak nampak macam vangang... nak up gak citer ni. Hahahah.

Ok laa.. dulu sebelum jadi cecikgu ni.. aku rajin follow kisah retisss. masa tu kan macam blurr masa depan. nak jadik Fazura ke jadik Cikgu Shida. Muahaha.. And sekarang ni macam nak up sket.

Asyraf.. aku memang tak minat pun. Dari sebelum dia 'berhijrah'.. selepas berhijrah.. dan berhijrah semula.. haha.. aku memang tak suka. So, aku mcm so-so je la dengan citer dia kan.

Just aku kagum, dia berubah ke arah kebaikan.. Yang tu aku salute.. Then kahwin. Aku tau takat tu je la. Apa jadi dengan hidup dia, aku tak follow pun.. sampai la sekarang ni tengah meletopss kisah dia kawen len.

Aku sebenarnya, tak da la nak menyalahkan si cerap tu 100% sangat. Sebab kita taktau kan... Bukan kita ada dalam situasi dia. Mungkin dia menipu bersebab. Mungkin ada yang dia rahsiakan daripada pengetahuan umum tentang kisah si isteri.. Sehingga dia terdesak untuk menikah se lagi nuuu kat Siam nuu.. Huhu

Mungkin. Aku tak kata aku nak backing dia. And mungkin jugak Dayana betul2 redha.. Sebab dia sangat hebat. Tabah gila. Tak meroyan pun mintak cerai. Mungkin dia tau kenapa asyraf terpaksa tipu dia. Tapi, bila kena penangan media ni.. macam2 versi la kan.

Tapi, apapun ... seeloknya, poligami lah cara betul.. Memang betul, lelaki tak payah mintak kebenaran pun takpa.. Kita kat Malaysia ja ada undang2 macam tu.. Tapi, apa sekalipun, sebagai yang berpendidikan, ilmu agama pun dikatakan tinggi.. sepatutnya dia fikir.. tindakan dia tu betul ke tak terhadap isteri pertama dia..

Apa rasa isteri dia? macamana penerimaan dia.. Kalaupun isteri pertama ni ada masalah kat mana2.. sebagai ketua keluarga, matang la sikit. Kahwin pi la 20 pun.. tapi biaq kena cara. Ini , dengan cara menipu. Itu yang sedih..tapi sekali lagi, mungkin dia ada reasons.. Whatever..

Pada pendapat aku, kaum lelaki akan menentang sekeras2nya dengan mengatakan,'jangan buat poligami tu macam haram..kerana ia halal dalam Islam..' Yang wanitanya pulak, 'Lebih rela tak dapat payung emas dari bermadu..' Huhu.. Siapa yang nak mengaku?

Makanya, jangan la guna benda ni sebagai alasan mengikut sunnah.. Nabi Muhammad sendiri, hanya berkahwin lain setelah Siti Khadijah meninggal dunia. Tak ada pun Baginda berpoligami, 2,3,4 sekaligus.. Ini orang kita, asal kahwin lebih dari 1...ikut sunnah nabi. Tang mana yang ikut? Allah kata, kahwin 2,3,4 boleh.. Tapi dengan wanita yang bagaimana? Janda, Yang lebih tua.. Yang memang kita berniat nak selamatkan dia. Bukan sebab seks semata.. Segak elok sikit dari yang pertama, menikah. Dengan alasan, yang pertama bla..bla..blaa.. Macamana yang dikatakan mengikut sunnah?

Aku tak  arif sangat bab agama2 ni.. Tapi, ini melalu pembacaan aku.Sakit telinga bila yang kata.. sunnah.. Hoihh.. tang menikah ni hang boleh plak ikut sunnag bagai? Yang lain???

So, tak ada la aku nak pertikai hak si cerap.. Mungkin isteri2 dia lebih mengetahui.. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sudahlah.. Just, cerap tu sedor la.. Mintak la maap kat Dayana.. Kalau2 silap.. Sian diaaa... Dahlah doktor... heee...

Ok laa.. banyak2 sangat dok up pasai dia ni.. tak jadi keja. Kang sia2 pahala posa.. Apapun, semoga Dayana tabah, kalau betul.. And semoga si cerap dapat berlaku adil dan saksama..Erkk. si Dayana, umur sama aku.. Si Wan Sakinah..umur sama Mr.A.. guane? muahahahahaahhaa.Takdak kena mengena.









Bye!


# Aku nak balik Kedah ni.Yahooooooo !!

09 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Semalam, dapat whatsapp ..

Katanya,

Pengisytiharan puasa yang ketiga ... tengok dan dengar seorang diri. Apalah nasib saya..  

Alahai.. :)

Semoga tahun depan, dapat dengar dan berpuasa berdua ye?


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Alhamdullilah dapat sekali lagi menjalani ibadah pada bulan yang dirindui ni..

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT..

Semoga tahun ini bukan tahun terakhir..

And untuk aku, 1st time berpuasa sebagai WARDEN ASRAMA. Sukar. Kena bangun jam 4 pagi, kejutkan bebudak..  Takpa, aku terima. Mungkin ada sedikit keseronakan untuk aku tahun ni.. Amin.

Dan...

Tahun kedua berpuasa sebagai seorang guru. Juga mencabar. Tetap kena terpekik terlolong dalam kelas. Kena maintain. Puasa bukan alasan untuk kita lemah segalanya.

Semoga kita sama-sama kuat. Amin.



SELAMAT BERPUASA kepada mak ayah, kaum keluarga, tunang tersayang, kawan-kawan seperjuangan, anak2 didikku... dan seluruh umat Islam..



# Moga terawikh kali ini, bukan yang terakhir..



Bye.

03 July 2013

Stop Find Me !

Assalamualaikum..

Hari tu, aku dapat msg ni ..

' Assalamualaikum.. tahniah sebab dah bertunang. Sorry lambat wish. Baru tau.'

Aku reply,

Sape ni? (Sebab tak kenal no.)

'Kawan awak..'

Kawan saya semua ada nama. Ni tak ada nama ke apa?  ( aku memang kasar)

'Haha.. tak kenal la tu. Takpe lah..'

Aku dah tak reply. malas aku.

'Ni ..... lah. U dah lupa ke?'

Oh.. one of my friend.. err.. taktau bleh consider friends ke tak . Sebab aku memang dah taknak kawan dengan dia.

Then , he text me again..

' I dah cuba untuk lupa u. Buang no u semua. tapi tak boleh. I pun taktau kenapa. I tau status I, status U.. Tapi, I tetap tak bleh lupa u.. Maybe sebab u lain dari orang lain kot.. bla..bla..'

Aku reply,

'Maaf, yang paling penting sekarang, jaga hati isteri U. Kena korbankan persahabatan ni pun tak apa. At least, isteri u tak tertekan.. So, sorry. I tak rasa I nak kawan dengan u lagi. Bye.'

Ye, dia dah kahwin. Muda lagi kawan aku ni. Tapi, dah ada baby sorang. Entahlah. Nampak cara aku balas msg dia mcam cliche kan? Dia ni muda, tapi kaya. Memang kaya. Tapi, aku peduli apa. Itu harta dia, Bukan harta aku. Macam aku ni nak berlagak suci. NO. Memang itu aku reply. Sebab aku tak rasa nak kawan lagi dengan dia.

Kepada kawan tadi, kasihanilah isteri anda. i memang tak ada apa masalah. Tapi, i perempuan. So, i paham apa rasa dia. Stop cari i. Kita ada life memasing sekarang.



# Lelaki, tolonglah cukup dengan satu.


Bye!

02 July 2013

Burger 1

Assalamualaikum..

Saya busy.

Saya jadi Pengusaha Burger sekarang ini.

Sekian, babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...