08 March 2012

30 years old.... Ronda Asia Tenggara.

 Assalamualaikum..

Aku bosan gila hari ni. Fully download Vanilla Chocolate until last episode setakat minggu ni. Heh. Lega. Boleh khatam berjuta kali lah lepas ni. Tajuk entry macam bongok. Haha. Dear blog, sila simpan hasrat hati ini. Semoga akan ter'realisasi' menjelang umur aku 30 tahun nanti.. (kenapa 30? Sebab insyaAllah time tuh dah kerja, ekonomi dah stabil..)

Aku sibuk dok google tadi.. Whoaaa... Cantik + Marvellous + Gorgeous + Melting lah tengok gambar-gambar interesting place dekat negara jiran kita macam Singapore, Indonesia (Bali) , Vietnam, Thailand and Kemboja.

Yang aku circle tuh, yang aku rasa aku kena pergi NANTI.

Aku malas nak hurai satu persatu nama tempat. Sebab aku semua cilok dekat tuan google. So, banyak sangat tempat. Aku pecahkan mengikut negara je la. Aku kan pemalas. Yang penting aku tahu nama tempat tu.. And dah siap kaji information pasal tempat tu WALAUPUN entah bila nak sampai. * Baru terfikir nak menabung sehari singgit. Cukup 5 tahun, berapa dah aku berjaya simpan. Lepas duit flight pun jadi lah..*  Huhu.

So, marilah berkhayal bersama aku. Aku sumpah dah jatuh cinta. Rasa tak sabar nak kerja. Tak sabar nak pergi melancong. Sorang-sorang? I don't care at all. Yang nak pergi aku, aku tak peduli kalau sorang pun.. Tapi kalau ada partner, ia bonus. *jimat*. 

Jom ushar der...


Singapura / Singapore





Ok, yang atas ni Singapore. Tak payah nak jelas dengan lebih lanjut. Kau nampak Universal Studio tuh? Inilah impian aku ! Haha. Even orang kata tak boleh fight dengan U.S dekat Hollywood, aku peduli hape. Heh. Meleleh air liur. Huhu. Tak boleh tidak, mesti pergi ni.


Indonesia / Bali









Ok, ini Bali. Tak payah cakap banyak. Aku suka gila atmosphere hijau nyaman fresh macam gambar atas tuh. Siap ada pantai. Pakej. Huhu. Then ada plak tempat shopping. Pergi Padang Besar pun aku dah meroyan, kalau datang sini, lagiiiiikkkkkkk lah ! Histeria tengah jalan. lebihlebih. Haha. Bali ni kan very the full of traditional and culture value. Haruslah belajar adat tradisi orang. 
Vietnam / Ho Chi Minh City



Vietnam ni ala-ala negeri China kan, aku rasa banyak temple jer. Aku google pun, semua citer hal temple. Aku nak pergi. Ni pasar terapung ni, apa kebenda ni? Haha. Gila jakun. So, dah dasar jakun, kena rasa sendiri lah, apa benda nye.. Tak sabar nak kerja! *again*
Thailand


Nangis tengok air laut jernih gila kat atas ni. Thailand ni pun ala-ala Bali jugak ni. Penuh dengan pengaruh agama buddha , hindu segala. Heh. Nak makan Tom Yam Thailand. Favourite tuwww... Welcome to Thailand. :) 


Kemboja / Cambodia



Ini Kemboja atau Cambodia . Aku tak pasti apa yang best lagi kat sini. Yang aku betul-betul sure, dia ada Angkor Wat. Famous kan? So, kalau nak ajar Sejarah, kena pergi. Hahahaha. Motif? Eh, betul apa. Nanti student tanya, tak ada la cikgu kau ni nganga je melopong. Kalau dah pernah pergi, haruslah eksyen sikitttt.. Muahahahaa.

Inilah antara impian aku. Menjelang umur aku 30 tahun nanti. Ye, dalam Malaysia ni pun bapak banyak tempat tak sempat nak pergi pun lagi. Bumi sendiri tak apa.. Heh. Aku jenis nekad. Apa aku nak, aku pulun buat. Aku tak peduli orang nak cakap apa. Hahaha. Kepala batu. Hopefully, tercapailah segala impian ini secara soft landing.. a.k.a berperingkat. Takkan sekali gus? Mana mampu !

Besarnya ciptaan Allah. Sambil melancong, sambil bersyukur. Baru berkat. Semoga dipermudahkan. Amin. :)


That's all for today. (aku rasa ayat penamat aku sokmo sama.lol.) Aku dah mula nak achieve target CASIO aku. muahahahaa. Gila tak sedor diri kais pagi makan kuih 3 bijik je, kais tengahari nasik lauk telur masin je. Eleh, apalah sangat berbanding Casio pujaan hati. Wakakaka.




# Selamat Bercuti Sekolah untuk budak-budak sekolah and cikgu-cikgu sekolah yang betul-betul pergi sekolah.



Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...