31 December 2011

Happy Happy Happy NEW YEAR 2012

Assalamualaikum..

Jap lagi tepat jam doblas tengah malam, akan bertukarlah angka 1 kepada 2 untuk format tahun. 01.01.2012. Ye, dah masuk tahun baru. kepada yang masih tak sedor lagi, sini aku sedorkan. Hahhaha..

Baru sebulan lepas pegang umur 24 tahun, jap lagi dah tukar dah jadik 25. Alahai.. kejap je kan? Sedangkan banyak lagi yang tak tercapai. Aku dah pikir semalam, apa yang aku nak capai tahun baru ni. Pikir punya pikir, hanya 1 je yang timbul. HANYA SATU iaitu :

AKU NAK CEPAT POSTING dan MENJADI GURU

Ha, ini sahaja. Aku dah puas berfikir. Macam-macam. Pusing pusing yang ini jugak yang muncul. Aku dah tak boleh nak buat apa, hanya ini azam, impian,harapan dan permintaan aku untuk diri sendiri tahun 2012 ini.
(aku harap, ada warga KPM yang baca belog aku ni. Hahaha.. Dah jadi macam rintihan dah).

Yang lain-lain, aku akan tambah bila yang paling utama di atas tercapai. Apa azam korang plak? Aku dari dulu memang tak pernah berazam.. eh pernah, yang tak pernah adalah berjaya untuk capai. Hahaha.. Eh, entahlah.. malas aku. Tapi orang cakap, kena ada azam, kena ada cita-cita baru lah kita boleh berjaya. ORANG kata.

And tahun ni (actually sama jugak dengan tahun-tahun lain,) aku bukanlah jenis yang akan keluar mencongak bersama-sama menunggu detik jam doblas pastu sorak Happy New Year . Oh Tidak. Haha. Aku duduk je diam-diam depan tv dan tengok konsert countdown yang ada artis banyak banyak. Eh, tahun ni ada ke? (Aku dah berkurun tak tengok TV) Sekian. Hahahahahaa. Gila Ketinggalan Zaman.

Walau apa pun, aku harap tahun 2012 ni akan menjadi tahun ong untuk aku. Haha. Aku nak lebih banyak menimba ilmu dunia dan akhirat, dan aku harap segala yang buruk-buruk perangai aku tu dapat la dikurangkan. Kenapa kurang? kenapa tak cakap tak ada langsung. MUSTAHIL. bukan malaikat. haha.  Dan semoga berkurangan jugak segala masalah dan bebanan yang aku kena tanggung selama ni.. dan dan dan yang paling penting supaya aku akan terus kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan seorang diri. Huhuhu..

Kepada readers, Semoga Tahun Baru ni memberikan kebahagiaan, kesenangan dan kemudahan serta kelancaran atas segala apa yang korang bakal uruskan nanti.. My Pray and Doa  will be always with u'ols .. All the Best and May Allah bless us forever and ever.. Amin.




Selingan : semalam aku dah pi tengok citer Papa I Love You. Komen aku adalah : NO COMMENT AT ALL atau dalam erti kata lain, lu pikirlah sendiri. Hahahahaha...Hampeh!


# Dulu masa study, bila new year, sibuk tengok dari tingkap hostel ada bunga api tak? Nampak? Tak! Hanya bunyi. Haha. Pastu jerit kuat -kuat HAPPY NEW YEAR. Pastu, dah. Student kan? WHAT DO YOU EXPECT huh ? *emo*


Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...