29 November 2013

Happy Birthday to ME

Assalamualaikum..








Happy Birthday To You..

Happy Birthday To You..

Happy Birthday To You..

Happy Birthday To Me.






# Kita dah 26 tahun. Alhamdulillah. ^^

27 November 2013

Holidayku.

Assalamualaikum..

Hye! lamaaa kan aku tak menaip sini. Almost 2 weeks. Yes, kat kampung already. Memang pemalas nak bukak lappy and taip. Tak sabar nak beli Ipad. huahuahua.

Ok, enough mengarut. Actually, kat SP ni sangat panas. Haihh.. bukan mengeluh. Tapi dah setahun dok tempat sejuk. Makkk aiii, cabaran sungguh. Rumah aku pulak rumah taman. Memang jahanam tak ada sebatang pokok ke apa. Berbumbungkan langit semata. Huhu. Panas menggila.

Oh ya, aku demam. Alahai.. time bff aku kawen pulak tu. Alamakkk.. Pergi jugak, tapi dalam keadaan tak best la. aku tau nak lari balik aje. Nak pengsan sengala. Huuuu. :(

And she's so adorable. Sangat cantekkkk! Tahniah sayang! Athirah, the one yang aku sangat respect. Dia sangat low profile. Bercakap dengan dia, tenang sesangat! Best! And dia mudah semua benda. And feeling sad a bit, sebab pasni, dah tak bole la nak on call ngn dia bebila je. Huu.. Apapun, semoga bahagia ye sayang.

And apa lagi ek? Oh,cuti ni gak, banyak sangat benda kena buat. Memang kena buat dalam cuti.Sebab pada jangkaan aku, start je bulan 1, memang aku dah taknak pikir pape. Aku nak fokus kerja sahaja.
Sebab target aku tahun ni, untuk jadik lebih baik dari tahun sudah. Dalam segala tugas dan tanggungjawab. Hee..

Oh, macamana dengan hati? Jangan di tanya. Aku kan tak betol sangat. Hahaha. Ok stop.


Ok la, jom tengok gambar tyra nak? so sweet! And gambo aku? tak payah la. AKu demam, Buruk sangat rasa. *kalautakdemampunburukjugakkan*


SELAMAT BERCUTI ...











13 November 2013

Jangan Curang

Assalamualaikum..

' Awak malu ey ada tunang macam saya? '

Hahahahaaa.. Aku pernah tanya soalan ni kat Mr.A. Kes apa aku tanya, entah tak ingat. Aku kekadang kan macam ting tong. Haha. Tapi kan sebenarnya, kau tanya la semua jenis wanita yang bebetul wanita kat dunia ni, diorang mesti ada rasa yang diorang ni bukan la yang terbaik untuk pasangan memasing. Walaupun hakikatnya, diorang dah lakukan yang terbaik.

Itu lumrah Hawa.. Maka, mohon kaum Adam jangan pertikai.

Aku nak cerita apa sebenarnya ni? Bukan nak share apa kaum adam kena buat pada seorang wanita. No No No. Benda macam tu, subjektif. Lain orang Lain cara kan..

Actually, aku agak bertuah dapat 'kawan' macam Mr.A. Ye, tak payah nak sengih ye. hahahaa. Bertuah kenapa? Nak cakap macamana pun tak tau. Tapi, seingat aku berkawan dengan dia.. marah macamanapun, bila dia jawab call aku.. tak pernah lagi dia tengking dengan suara melebihi suara aku. hahahaa.. suara aku kuat dan nyaring yerr..

Mesti ada yang cakap, elehhhh.. tak kahwin lagi.. memang la.. Ye, betul dan tepat sekali. But guys, pelisss.. doakan yang bebaik.. In shaa Allah.. Korang pun dapat yang terbaik.. Aku tak mengharap ihsan di sini, cuma aku rasa.. tak salah kita sesama berdoa untuk sesama sendiri kan? Aku doa kau, kau doakanlah aku. ;)

Dan seingat aku jugakla.. sepanjang aku berkawan / berscandal dengan kawan2 lelaki.. hahaha.. tak ramai ye... aku bukan playgirl.. hahahaha.. aku tak ada lagi la problem melibatkan pihak ketiga . Means , clash sebab dia curang. Main betina belakang i.. Alhamdullilah. Tak ada. yang ada, sebab sikap. Itu sahaja.

And aku harap, pilihan aku pun sama jugak.. Tapi kan, kalau pun ujian itu ada.. Aku tak tau aku mampu buat apa.. Huhu.. In Shaa Allah, tak ada. Doakan jugak. AKu doakan kau.

Bukan apa, bila ada kengkawan yang kena tipu hidup2 gini, aku rasa macam... Eh, apa bangsat sangat korang ni?? Kalau taknak, jangan kawan. Apa la ... Jangan main2 dengan hati dan perasaan. Berdosa tau tak?? Kalau rasa bukan taste kau, jangan la cuba try. Kau dah bunuh semua peluang dia untuk bersama dengan lelaki yang lebih bagus dari si tolol macam lu. Haaa..

Aku pun pelik, apa jenis manusia la.. Kepada kengkwan aku, be strong ok. In Shaa Allah, dia dapat balasan.

And apa lagi ey, sepanjang melalui satu perhubungan serious ini, memang banyak sangat perubahan. Segalanya tak indah. Bukan macam dalam novel. Ada masa aku jatuh terduduk, ada masa aku makan hati, ada masa aku menangis sendiri.. Tapi, Allah gantikan dengan kesenangan cara lain. Sabar. kau kena banyak sabar dan muhasabah..

Alhamdullilah, akhirnya yang keruh, yang mendung akan pergi.. Walaupun ada masa dia akan kembali.. Aku bersyukur sangat ada tunang macam dia.. Alhamdullilah.. Aku tak kata dia sempurna segala2 nya.. tapi, kami sama2 melengkapi. Aku tegur, dia terima. Dia tegur aku terima. Itu yang penting dalam komunikasi.

Terima Kasih kerana tak menduakan saya.. (mana kau tau?) bisik syaitan.

Setakat hari ini, saat ini.. aku masih percaya dengan kejujuran si dia..

Dan aku akan terus percaya dengan kuasa Allah swt.

Terima Kasih jugak kerana tidak membelakangkan saya selama kita berkawan ini.

Terima kasih jugak kerana percaya pada saya.

Terima kasih kerana menjaga hati saya..

Terima lasih kerana tetap pandang saya walau saya berpaling.

Terima kasih kerana ada di 'sini'..











#May the shine, is mine.




Bye!

12 November 2013

Cuti

Assalamualaikum...


Hye. Sebenarnya lagi 2,3 hari nak cuti. Mood kelaut dah ni.. Huhu..

Nak cuti. Nak cuti.

Ok la, aku nak cuti. Bye.






# Mood tak ada. Bhahahhahahahaa..



Bye!

08 November 2013

Melayu or Meloya ?

Assalamualaikum..



Bilakah kali terakhir anda ditegur dengan senyuman yang ramah oleh penjaga kaunter tol atau supermarket di tempat anda?


Aku terbaca satu belog. Dan dalam belog itu ada satu entry bertajuk..IKEA dan SIFAT MANUSIA. Huhu. Sebab aku suka sangat dengan IKEA, makanya, aku baca sampai habis entry tersebut.

Dalam entry tu, blogger tengah compare kan IKEA di Malaysia dengan tempat dia tinggal, GERMAN. actually bukan lah IKEA yang nak di compare kan. Tapi sikap manusia.

Aku sangat bersetuju dengan penulis. Sangat2. Dan sebenarnya sangat kagum dengan orang German.. Macam2lah yang diceritakan. Memang lah bukan semua MELAYU ni teruk sangat, tapi dalam bukan semua tu, berapa kerat je yang bebetul OK? Sama jugak, macam orang German. Aku tak ada pengalaman ke apa. Tapi dalam setiap pembacaan berkaitan orang German ni, memang sikap dorang GRED A.

Kadang kita ni, marah sangat dok kutuk kaum sendiri. Konon nak perjuangkan sangat bangsa kita. Melayu ke yang nak diperjuangkan? bukan Islam? Ok, aku malas nak ulas panjang. Aku tak tau pape pn actually. Tapi kadang semakkkkk... Orang melayu ni kadang demand dia macam2. Kereknya macam2. Tapi pemalas. Tau nak sedap jer. Apapun takmau. Bila bangsa lain tindas, pijak .. tau nak kecoh. Kononnya, ni tanah kita. Diorang menumpang. Ye betul. Tapi lupa ke, Tanah ni milik siapa? DIA kan. bukan Melayu. Bukan bangsa lain. Makanya, yang perlu diperjuangkan agama DIA.

Sama jugak macam sikap. Berapa ramai Melayu yang prihatin dengan sense of human? Aku sendiri mengaku. Aku tak nak bangun dalam LRT bagi tempat duduk kat orang. Sebab aku malas berdiri. Hahahaha. Aku sendiri marah bila tengok bangsa lain dok bantai Melayu. Tapi, bila pikir balik.. berapa ramai anak melayu yang rajin? Kalau kat U, anak bangsa lain macam nak gila belajor.. Tak dapat biasiswa.. alasan diorang kaya. Tapi tak semua wey. Ada je yang miskin.

Tapi, anak melayu.. kau bagi biasiswa ke, apa ke.. ada ke yang bebetul grab the chance? Ada la.. yang dok melambak kat U skrg ni.. Yang selebihnya? melambak dalam pusat serenti. Seriously.


Ok.. itu jerk. huhu. Aku sebenarnya memang emo kalau citer pasal bangsa sendiri. Sebab aku semak tengok orang kita dok hingaq itu ini.. Berubah tak pun. Nak suruh boikot segala macam. Iye, tapi pikir semula.. Sapa yang benarkan benda ni semua berlaku? Kita yang bukak pintu, jemput diorang masuk.. Kita siap jamu diorang air lagi. Lepas tu, diorang pun rasa macam rumah diorang sendiri. Then, kita nak halau tetamu yang KITA JEMPUT  SENDIRI. Fikir semula.

Cermin diri dahulu. Kita ubah diri kita, diorang akan pandai2 blah dengan sendiri.




# Emo di hari Jumaat, Biasa bro. Hahahaaha



Bye! I LOVE IKEA !

05 November 2013

Hijrahku..

Assalamualaikum..

1stly, Salam Maal Hijrah.. 1435H. Tahun baru. Patut kena bukak buku baru. Tapi pada aku , dalam kena bukak buku baru, jangan tutup lempaq buang terus buku lama. Perlu semak semula nanti. Mungkin perlu rujuk jugak kemudian nanti. Kalau tak, kita takkan tahu erti sebenar penghijrahan.

Bercakap tentang penghijrahan, pengisiannya kekadang tak jelas. Bukan tak jelas dari segi agama, kita sendiri yang tak jelas. Sama macam aku. Kekadang rasa takut nak berhijrah. Kadang terpikir apa orang nak cakap. Kita manusia, mesti percaya mesti amik port dengan cakap orang. Yes. Tak boleh nak 'lantak' sangat. Sebabnya, hanya manusia lain yang boleh menilai kita.

Untuk itu, dalam tahun ni sahaja, aku banyak kali sangat ditegur,. Tentang sikap, tentang macam2. Ada yang aku dapat terima, tak kurang jugak aku melenting semula. Memang batak sangat rasa. Tegur2 aku. Macam kau bagus. Haha. Itu yang selalunya. Tapi, at last terima jugak. Tau sebab apa kita ada rasa macam tu? Yang pertama, EGO. Yang kedua, kita rasa why always me?? Bila kau pulak buat salah, bila aku tegur, kau pun tak boleh terima. Dah tu nak tegur2 aku. choiii sangattt.

Itu antaranya. Maka, atas sebab itu.. aku berjanji untuk terus terima segala kritikan dan kutukan denga amat terbuka lepas ni. (ye ke?) In shaa Allah.. kalau aku rasa aku mampu, aku sahut. Kalau tak, aku diam. And aku berjani jugak untuk taknak tegur2 salah orang lagi jugak.. Malas dah. Penat dah.. And satu lagi, aku nak sentiasa berpegang kepada....' Kadang2 manusia ni perlu kita buat bodoh je kat dia.. untuk dia belajar menjadi pandai...'

Sebab selama ni, aku sukaaa sangat tegur orang. Bajet macam kau bagus sangat Ayu.. Its just like, betulkan perkataan BI bilamana orang lain/ student aku salah sebut. Aku ada habit tu. muahahaa.. So, lepas ni tak perlu sangat dah kot. Pandai2 korang la..

Ok, itu sahaja. I have to move on ni. Nak ke KL lagi. Hantar my bro balik SP.. sedih pulak rasa. Dah seminggu dia dengan kita.. "(



SALAM MAAL HIJRAH.. sesamalah kita berhijrah.. Ajal maut entah bila.








# Buang yang keruh, tapi yang jernih jangan amik terus2. Tapis dulu.



Bye!

03 November 2013

Pengalaman Pertama

Assalamualaikum..

Mai nak cerita. Haha. Pengalaman pertama. Apa pengalamannya? Memandu di KL. hahahaha. Kau tau tak aku rasa macammmmmmm.... whoaaaaaaaa! Hebat kau. Hebat. Hahaha. Batak sangat kan?

Aku ni kan macam cuak tak cuak je memandu. Macam gila tak gila je. Lepas tu, aku macam tak konpiden sangat pun. Haha. Alkisahnya, aku amik mak aku kat Jalan Duta. Dari Lanchang.. homaigodddd ! Jalan dia bukan straight macam highway Penang - SP. Jalan pesen turun bukit liku2 gila ah. Tapi tetap lane kanan. Muahahaa..

Dalam 1 jam 15 min aku sampai. Tunggu mak kejap, pastu mak sampai ke KLCC. Pusing jugak cari KLCC. Sampai nak bebai. Haha. Waze ada tapi jahanam. Dok pusing merata. Tutup waze, ikut signboard. OK sampai.

Lepas menggila kat KLCC, kitorang move to Shah Alam. Amik adik housmate aku. Lepas tu, ingat nak pergi Uptown dia, macam gempak je, macam best je. Tetiba nampak signboard Icity. Ok, lalang. Terus, jom Icity. Muahahahaa. Batak.

Then, around pukul 11 lebih macam tu, nak gerak balik la. Bagi housemate bawak sat. Tetiba nampak macam melelong..Ok, akak nape? Mengantokkk.. Huwaaaaa.. Abeh saya la kena bawak ni? Ye la. Haha.

Aku tak konpiden sangat. Sebab sungguh buta memalam. Tapi, kalau tak drive, sapa nak drive? Ok, buat muka konpiden, terus la tukar tempat. Memang serius mental. Haha. Sebab 1st time. Sebab malam. Sebab tak nampak. Gagah jugak la. Jalan yang sama datang tadi. Homaigod.

Lepas tu lepak jap kat Petronas. Isi minyak. Kemudia gerak semula. Mak aku dari nak tido, terus segar bugar. Hahahaahah..

Akhirnya, selamat jugak sampai. Alhamdullilah.. Around 2 am...

Esoknya, adik aku cakap

" Ayu bawak kereta semalam macam orang gila "




Muahahhaahhahahaha. Kbai.








# Cite kat Mr.A , baru nak poyo , dia dah sound.. ' Memang la boleh bawak, tapi tak lepas lagi. Kena betul2 biasa dengan jalan..Baru boleh sensorang drive..' T_________T




Cuti 5 hari. Aku boleh nganga kat RUMAH KERAJAAN.



Bye!!




02 November 2013

Precious...

Assalamualaikum..




















# My Family My Soul.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...