04 March 2013

Rumah, moga jadi syurga..

Assalamualaikum...

Jawab gatal, tak jawab dose.. ekekeeke..

Ye, tahu, Dah seminggu belog ni terbengkalai. Aku tak ada internet. Tak ada masa. Apa pun tak ada. Amik kau. And aku baru balik dari De'Rhu. Ada family Day. Nanti citer yeh. Sekarang ni my beloved house in hostel ni dah ada INTERNET connection. Yes, i paid for RM250 just untuk pemasangan. Tak pelah, janji ada internet. Janji bole hupdate.

Ok, membebel. Damn. Aku nak share something in this belog. Apa? Nak kahwin? Tak. Yang tu nanti. Sekarang ni, nak citer sikit pasal aset. Aset orang. Bukan aset aku . Tapi, menurut orang tu, aset kami bersama. ok gedik. hahaha.

Actually, masa CNY hari tu, kan aku balik. Actually banyakkkkk sangat benda yang aku uruskan. And salah satunya adalah menemani Mr. A survey rumah. Kitorang dah pernah pergi tengok masa tahun lepas. Bulan Mac kot. Masa tu harganya boleh tahan jugak lah. Tapi, that day pergi, dah naik RM10k. Hamekk kau ! within 1 year je. Gilozzzz.

Then, selepas berfikir tak sampai pun 15 minit, Mr.A decide nak beli rumah tu. Dipengaruhi oleh aku. Of course. Hahahaha. Tak2, memang dia nak beli pun. Aset kan. Lagipun dia dah lama kerja. Tak ada masalah aku rasa. So, buatlah segala urusan2.. Alhamdullilah, lancar kot. Tengah tunggu nak sign agreement je kot. Moga dipermudahkan.

But, other side of it.. lepas je he decide nak buy that house, my feeling is nothing. Seriously. Maybe sebabaku rasa itu aset dia. Even, Mr.A cakap .. 'itu rumah kita.' Then, setiap kali kitorang discuss about that house, dia akan sebut, 'rumah kita'... Tapi, aku ni kan bangsa degil. Yes, aku masih ragu2. Maybe sebab kitorang tak ada apa2 ikatan lagi. So, normal la kan?

Aku impikan rumah aku sendiri. Atas nama aku. Aset aku. Aku akan beli, bila dah sah jawatan nanti.In shaa Allah..  Tapi, alu bersyukur..Mr.A dah ada aset dia sendiri. Kalau kami ada jodoh, in shaa allah , kena sama2 la jaga rumah tu nanti.. Kalau pun bukan dengan aku, takpe lah. Pandai2 lah bini dia. Hahaha.

Btw, aku rasa aku pemalas. Bila Mr.A tanya, nak decorate yang mana dulu dalam rumah tu, nak hias apa, nak kena ada apa.. aku blurr.. hahahaa. Aku memang buta trosss.. Aku tak dapat imagine apa pun. Teruk kan? Hahaha. Sebab aku macam terawang2. Hahahaa.

Apa pun, semoga jodoh kami ada. Sebab aku yang mintak Mr.A beli rumah, before get married. Walaupun bukan untuk aku, at least dia dah ada aset. Eh, kenapa aku sibuk  harta orang?? kehkehkeh

Ni antara view rumah contoh yang kami beli...  Ini rumah contoh ok. Haruslah lawa macam ni. Kalau rumah aku nanti? Dapat imagine tak? ahhahaa













# Skim Rumah Pertamaku. Aku bukak website dia, SERVICE UNAVAILABLE. wakluuu??




Bye Peeps !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...