05 March 2012

Kau .. buat aku tak keruan !

Assalamualaikum..

Since semalam, rasa menyesal sangat-sangat meronda shopping complex ni lepas balik kerja. Selalunya, aku balik terus. Jangan harap nak meround tak tentu hala lagi dah. Tapi sebab semalam, balik kerja dengan member, tunggu dia pickup aku,dia lambat, makanya, sebab bosan nak tunggu, aku jalan-jalan dulu lah..

Aku suka jalan sorang-sorang. Lagi free. Dari ramai-ramai, semak. So, nawaitu dah pasang siap-siap, memang tak nak beli pape. Ok, berjaya. Memang tak ada beli apa pun.. Tetiba, gatal jugak kaki ni stop depan kedai jam. Ok, jam tangan. Meneliti dari satu cermin kaca ke cermin kaca yang lain. Nak meleleh air liur time tu. Melting.....

And, suddenly (suddenly konon, padahal..) mata aku tertumpu kat satu watch ni.. alamak aiii... Sabor je lah.. Swatch. Macamana design? Lebih kurang macam ni..



And satu lagi,


Gorgeoussssssss sangat ! Dah start berangans, kalau lah benda alah ni berada kat pergelangan tangan aku.. Alamak.... Hahaha.. Cepat-cepat tengok harga.. RM 365. Sobs. Nangis kat situ ! Mana mampu!!! Haha. Kalau lah RM65 je... Heh. Memang lah tak boleh nak beli now. Savings pun tah pape.. Kalau savings banyak pun, memikirkan betapa banyak benda lain yang perlu disetelkan dulu.. kempunan!. Sedih T________T.

Aku kan degil. Taknak kalah, pusing lagi.. Ala, banyak lagi brand lain.. Teliti lagi satu persatu.. And stop at this kind of brand . Casio. Which is not bad jugaklah design dia.. Lebih kurang macam ni....


But I prefer this one actually !

 Huwaaaaaaaa !! Sangatlah berkenannnnn.. Yang ni murah je. RM 169 kot. Yup. Memang mampu milik. Tapi, selepas buat calculation.... Alahaii... Takut jap lagi kang, berpuasa aku sebulan, minyak motor terpaksa isi pakai minyak masak.. Haha.. Macamana ni? Kehendak vs Keperluan !

So, terbit rasa bersalah, menyesal dalam diri. Hahahaha.Gila lah. Kalau aku tak round mesti aku tak jumpa benda ni.. Benda ni membuatkan tido aku, malam tadi jadi tak menentu !! Seriously. Aku dah lah tak pernah reward diri aku pape pun since kerja.. Entah duit habis buat apa pun tak tahu. Makan, makan dan makan jerrrrr.... (hutang orang jugak perlu dilangsaikan)...


Elegant gila kan? Heee.. Aku dah terpikir dah, kalau lah dapat beli, mesti kembang hidung aku sebulan. hahahaa.. Sumpah nak sangat - sangat beli sekarang ni. Aku macam tak boleh bersabar lagi dah.. Tapi.....

Oh, jam tangan kenapa kau hadir saat aku dah tak mampu berbelanja lagi? Hahahaa.. Parah! Walaubagaimanapun, saya berjanji untuk memilikinya jugak-jugak. Tak kira apa cara sekalipun !! Hahaha. Balik jap lagi nak pergi ronda lagi. Nak pastikan tak ada orang beli lagi !! Kalau aku tak boleh pakai, orang lain pun tak boleh ! Muahaahahahhaha..




# Ish, macamana nak tidur pulak malam ni? Hantu jam ni mesti muncul lagi dalam tidur aku. Heh.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...