31 January 2012

Kari Pisang

Bila perut lapar, emosi menguasai diri.



Aku : Mak, kat rumah ada apa? Lapar.

Mak : Kari Pisang. Tapi mak dah rebus laksa. Kuah ada lagi sikit.

Aku : K.



K = Merajuk.


Fine.


Bye!

Tak Boleh Tidak. MESTI.

Assalamualaikum..

Hari ni tak boleh tidak. Ia MESTI. Aku dah lama tinggal nota-nota aku. Bersepahan di tingkat paling bawah rak kayu empat tingkat. Saat aku ambil tadi, dipenuhi habuk. Sempat bersin. Nice.


Maka, nawaitu aku hari ini, MESTI memulakan semula pembacaan. Ditambah kecuakan berganda. Mendengar pengalaman kawan yang dah ditemuduga. Terkesima.


Hati dan otak, sila bekerjasama. Jangan otak kata Ya. Hati kata Tak. Sudahnya, aku masih menaip di sini? Apa kejadah? Celaka.


Sekian. Jangan pengaruhi aku.  Cukup jari-jemari.  Cukup.





Bye!

30 January 2012

Sudah sampai seru kah?.....

Assalamualaikum..

Hamekkk kau.. 2 entry dalam satu hari. Fikir 200 kali nak post ke tak nak entry macam gini. Haha.

Wah, tengok tajuk entry, cepat je baca kan? Haha. Sudah sampai seru.. Seru apa? Kehkehkeh.. Seru kahwin letewww..  Hahaha. Ok lah, jom lah kita cakap pasal kahwin mahwin ni. Tak pernah kan aku mengarut bab ni (kahwin tu perkara mengarut ke?) Heh. Aku macam banyak masa ni.. Seiring dengan usia.. wahhhhhhhhh kemain .. so, ok. Boleh lah kita sembang hal ni tapi sekadar atas angin je lah. Nak lebih-lebih, selamat jalan la jawabnya. Hahahaha..


Ramai dah kawan-kawan aku yang dulu sama-sama satu sekolah dengan aku dah kahwin. Yang dah beranak pinak pun ada.. Junior-junior aku pun ramai jugak yang dah kahwin.. JUNIOR ok. Haha. Tak payah cakap bab SENIOR lah, mesti  lagi ramai la kan.. Amin. Sampai jugak seru diorang.. And tadi pun aku baru dapat sms dari salah sorang kawan aku, yang aku panggil kawan lah kan. Dia mintak alamat untuk pos kad kahwin dia. Huhu.. Nah, seorang lagi. Tahniah weh..


Aku? Haha. Apa?? Ramai tanya, bila nak kahwin (stock makcik-makcik) . Ada jugak yang kepoci kat mak aku, anak dara Aida sorang lagi tu bila ? Mak aku selamba jawab, dia kecik lagi. Hahahaha. Terbaik. Aah, aku tak pernah rasa aku besar. Muda remaja sentiasa giituwww.. hahaha. So, apa ada hal kan? Nak rushing kahwin awal-awal.. (padahal tak ada yang teringin pun.. ayat cover) Haha.


Maka, marilah dengar pandangan aku tentang perkahwinan. Hmm.. Apa eh? Pada aku, berkahwin itu sama macam main judi. haha. Kalau hebat, tau banyak skill, susah la nak kalah. Menang sentiasa. Tapi, kalau skill apa pun tak ada, orang berjudi, kau berjudi.. hah, kalah la sokmo. Macamana nak menang sentiasa? Kena banyak belajar la kan? Mesti kena usaha belajar selok belok berjudi. Haha. Eh, ni contoh je. Pandangan aku, pandangan orang aku peduli hape.  Berkahwin jugak bukanlah macam beli baju baru. Baru beli, pakai 2,3 kali pastu dah lusuh, campak. Beli baju baru. Eh, tak boleh macam tuh.. So, takut tak nak kahwin? Ya, jawapan aku. Takut Gila. Haha


Lagi, perkara utama yang aku tak pernah berhenti berfikir dalam kepala otak aku ni bila betul-betul seru aku dah sampai nanti adalah , bakal pemimpin aku itu nanti WAJIB terima family aku seadanya. Buruk ke, jahat ke, tunggang langgang ke family aku, nak tak nak dia MESTI kena terima. Kalau dia hanya nak kahwin, nak seronok dengan aku seorang, maka maaf ! Sila cari keseronokan itu bersama perempuan lain. Tapi, ada ke? Susah bukan? Kita tak tahu hati orang macamana.. Tapi, pada aku, cukup lah dia dapat hormat mak aku, jadi kawan mak aku, and jangan hanya asyik fikir tentang aku je. Itu sahaja.


Bila syarat aku macam ni, bukan bermakna aku ni familywoman ke, sangat rapat dengan family ke apa. Tak ok. Aku tak la anak yang sangat rapat baik segala dengan family. Aku biasa-biasa sahaja. Terus terang cakap. Tapi, lebih kepada rasa tanggungjawab. Ya, pada aku, kalau mak aku pun kau tak mampu nak hormat, apatah lagi kau nak hormat aku yang sebaya / muda / tua macam kau kan? Aku sangat sensitif isu ini. Ok. Haha. Betul la kan? Mesti kita nak orang yang boleh hormat orang tua kita, sebab kita pun akan hormat mak ayah dia. Kalau selamba dengan mak ayah kita, dia nak berbahasa pun tak pandai, mari sini aku bahasakan kau. Haha


Lagi, pada aku bila nak berkahwin ni, yang utama adalah komitmen. Kalau setakat nak seronok je.. Alahai.. Susah la kan? Nak seronok sekejap, nak menderita tu yang lama. Kalau tak mampu nak bagi 100% komitmen pada rumah tangga, mungkin kena tangguhkan atau fikir betul-betul keputusan yang sepatutnya diambil. Main hentam keromo ikut suka, nanti mula la kes bercerai berai bertimbun fail kat Pejabat Agama tu hah.. Ayat kawan aku, kahwin ni sekali je. Aku selamba jawab, 'kau pasti ke sekali?' Haha. Celaka tak? Haha. Bukan doa, tapi kadang-kadang kita terlalu takut nak berhadapan dengan kenyataan. Sekurang-kurangnya beringat.

Ada orang pernah tanya aku, apa ciri-ciri lelaki idaman? Haha. Aku nak gelak. Actually, aku tak pernah ada list pun, lelaki idaman aku mesti macam ni macam tu. Memang tak ada. Bagi aku, cukup dia ada agama, tahu nak mendidik aku, betul-betul lelaki, hahahaa dan ermm.. not a smoker. Actually yang ini sahaja aku cari. Tak ada lah mesti tinggi, putih, kaya, pandai, banyak duit .. eh? Kata tak ada? Haha. Contoh.  Tapi, kita ni cakap je nak macam ni macam tuh.. Sekali kena penangan cinta, yang hitam jadi putih, yang rendah jadi tinggi, yang huduh jadi handsome kannnnnnnnnnn? Haha. Ada pulak yang tanya, kenapa tak boleh smoker? Ermm.. jawapan aku adalah , aku sayang nyawa aku . Nyawa orang lain, aku tak taw.. Gila selfish. Yelah, sepanjang 25 tahun aku membesar, aku tak dibesarkan dalam kalangan perokok. Tak ada ahli keluarga aku yang merokok. Except arwah ayah aku. Tapi, dia pergi tanpa sempat aku tengok dia hembuskan asap rokok depan aku pun. Haa.. Jadi macamana aku nak terima orang yang merokok? And kawan-kawan aku pun (yang rapat yang aku dok melepak sesama) boleh dikatakan semuanya bukan perokok tegar mahupun tak tegar. So, aku macam concern sangat hal ni sebenarnya. Hahaha. Alamak, kantoi sudah. Haha.

Tapi, terpulanglah kan. Siapa kita nak mengubah orang lain? Lantak lah sana. Selagi tak ada kena mengena dengan aku, tak menyusahkan aku, ok je. Tapi, kalau dah memang sampai tahap betul-betul serious, aku rasa aku akan bertindak lah kot. Haha. yelah, takkan nak bongok tangkap muat je kan? Aku selalu pegang, nak seronok sat je, nak sengsara tu lama.. So, kalau tak nak derita, biar la sengsara sekejap and after that, bahagia jeww.. cewahh. Eee, geli. Haha.

Maka ini lah bicara jiwa aku bila orang bertanya perihal kahwin dengan aku. Tapi, buat masa sekarang, aku memang tak bersedia lagi. Kalau ada yang mai meminang pun, bawak la 20k,30k pun, aku ... errr...  (banyak tuu 20k, gila nak tolak??? ) hahaa.. gila lalang. Eh, tak2. Memang tak sedia. Gila. Aku pun ting tong lagi. Haha. Memang tak boleh la. Nanti tak pasal jadi isteri derhaka. Euwww.. isteri tu. Malu nak sebut. Gatai dah. Haha.

Err.. ini apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku share kan di blog ini, mana taw tetiba hilang ingatan satu hari nanti.. Ada la something yang dapat mengingatkan aku kembali. Tapi, harap-harap tak la hilang ingatan atau lupa daratan ..Kang susah pulak.. ye dop? Haha.. 




Orait babe, ini sahaja.. Tetiba macam hover jer aku rasa dah ni.. Ahh, layan je la..
Aku menaip tulus dari hati. Tiada kaitan dengan sesiapa. Maka jangan ada yang terasa.


Salam kasih sayang.~ Hahahaha. Tetiba kan???


Bye!

Review AJL-26

Assalamualaikum..

Aku suka hiburan. Haha. Aku peduli hape orang nak kata buang masa ke apa. Aku suka. So, bila suka, wajib tengok setiap anugerah yang berprestij di Malaysia ini. Macam AJL semalam lah. huhuhu. Bila boleh buat review pasal AJL semalam, aku tetiba rasa aku macam reporter MELODI. Kelasssss kau Jahhhhh..... Kehkehkeh.



So, semalam dari mula bersiaran, sampai la ke noktah terakhir aku tengok AJL26 ni tanpa miseds any part, waima iklan pun. Kehkehkeh. Aku sangat berpuas hati dengan semua keputusan juri. Even aku mengharapkan beribu sesalan jadi Juara. But it's ok, Hafiz also good. Not very bad. Hee. (macam aku juri)...

Rata-rata, semua ok. Just ada satu lagu yang aku memang tak suka sejak dia tercalon pun. Haha. Malas nak mentioned sini, kang tak pasal aku kena banned. Haha. Janji dia tak menang. Puas hati aku. muahahaha. Awat jahat sangat? kehkehkeh..


Antara lagu yang aku tertunggu-tunggu sangat nak tengok adalah :


Beribu sesalan- 3 suara



Awan Nano - Hafiz





 Alyah- Kisah hati


 

Ini lagu-lagu favourite aku actually yang aku dok tunggu semalam. Memang tak menghampakan. Heh. Pastu, tetiba terjatuh cinta pulak dengan beliau ini. Heh. Even aku tak suka sangat lagu ni.. Bakar piano segala. Huhu


Over all, Ok je bagi aku. Except ada satu dua lagu yang aku rasa tak patut masuk AJL pun. Haha. Ini JUARA LAGU. So, mesti la lagu yang betul-betul mantap kan patut tercalon. Tapi, siapalah aku? Kalau aku juri. memang aku dah tolak awal-awal penyertaan 'lagu' yang aku benci tuh. Haha.

Eh lupa, semalam juga ada kan lagu sedetik lebih. Aku pelik kenapa bukan penyanyi asal yang nyanyi. Sms Athirah, dia kata Anuar Zain mahal. Tak main la masuk pertandingan-pertandingan macam ni.. Ehhhhh.. poyonye . Haha, Siti pun dulu masuk jerr.... Hebat jugak. Ee.. meluat tetiba. Nasib baik Jac bawak lagu tu dengan sangat best sekali. SANGAT AWESOME bagi aku. 



Wah, sarat la nanti entry ni.. Video segala. Heh. Aku kalau suka, dok ulang tengok la nanti ni.. Huhu. And last but not least, standing ovation aku bagi kat performance yang last Tribute untuk Allahyarham Sudirman tuh.. woot..woot !! Aku terobses sangat dengan Hazama & Lan. Yes. Aku memang minat kedua-duanya. Dari Hazama gagal AF sama dengan Mawi sampai dia dapat jadi Juara AF 7 kot yang baru ni.. Pastu, Lan time dia dengan MUH lagi.. Lagu dia yang  ' Tiada Bintang.... Dapat menerangkan hati yang bla..bla.. bla..' tu aku hafal gila-gila. Muahahaha. FUN ! So, semalam, macam nak gugur jantung bila tengok si jantung hati perform atas stage tuu.. Eh? 

Gagal cari gambar diorang masa buat performance semalam. Tak kisah la. Layan aje lah. 


Lastly, TAHNIAH kepada sifu M.Nasir yang cool, Budi Hikayat yang aku tak pernah tengok rupa and hafiz awan nano nano nano .. Simple je, pakai t-shirt buruk dengan track suit. Jimat. RM35k, tak payah dah tolak harga baju. Haha. Asal aku sibuk dok calculate duit orang? wakakaka..




Salam Monday Blues yawwww !


# Aku rasa AJL ni pun salah satu rancangan hiburan yang bagus untuk family. Sebab apa? Sebabnya, semalam seisi rumah aku berada di hadapan TV. Sampai la ke minit terakhir AJL TANPA menukar ke channel yang lain. Sebelum ni, JANGAN HARAP.  sekian.


Bye !

28 January 2012

Asal Mana?

Assalamualaikum..

28.01.2012- Lagi 3 , 4 hari je dah nak berpindah ke bulan baru. Cepatnya masa berlalu.  
Ok, berbalik kepada tajuk entry yang tak semenggah mana. Heh. Aku nak citer aku ada masalah dengan soalan seperti di atas. Seriously, aku tak pernah nak dapat jawab dengan cepat-pantas-padu bila orang ajukan soalan macam ni kat aku since before.


Aku sendiri tak paham, apa yang dimaksudkan dengan asal. Puas aku cuba memahami. Haha. Dulu waktu interview pun, aku pernah diajukan soalan macamni. Customer datang cc aku yang ramah terlebih pun akan tanya soalan ini, kenalan-kenalan baru pun akan tanya soalan yang sama. BUT BUT BUT aku selalu gagal untuk menjawab soalan mudah di atas. Kenapa? 


Sometimes, bila orang tanya soalan 'asal mana?' Aku selalu akan elaborate panjang lebar. (tah menjawab soalan ke tidak) . 

Aku akan jawab gini :

Saya lahir kat penang. Tapi dibesarkan dekat KL, Pahang, Perak, Kedah, Penang, Kedah balik. Tapi sekarang rumah mak ayah saya kat Kedah.


Hahahaaha.. Panjangkan? So, mana satu negeri merujuk kepada asal aku?? Penang kah? Yup, aku dilahirkan di Penang. So, itukah tempat aku berasal? Ha? Tapi aku tak stay Penang lama pun. Aku pun pening. T_____________T.

Seriously, aku selalu bermasalah nak menjawab hanya satu negeri sahaja. Kadang aku cakap Penang, jap lagi kang ada la dok tanya nama tempat kat Penang which is aku sendiri blurr... Eh, aku tak tahu sangat lah. Pastu, mula nak sound, 'kata orang Penang......'    Damn!.


Bila aku jawab , Kedah.. Tanya pulak mak ayah aku orang mana. Eh, awat mak ayah bukan orang Kedah? Ish! Dah apa nak jawab ? Buat Hal. Haha. Kenapa aku banyak sangat negeri dibesarkan? Yes, macam budak bermasalah pindah randah hampir 7 buah sekolah start dari zaman sek rendah sampai la ke sek menengah. Heh. Malas aku nak story, tapi memang aku banyak sekolah. Keluar masuk sekolah tu macam tukar baju je untuk aku. Ceh, berlagak. Haha.


So, aku nak jawapan yang kukuh, aku harus menjawab apa setiap kali soalan ini diajukan? Asal mana? Negeri kelahiran kah? Negeri dibesarkan kah? Current negeri yang aku bermaustatin inikah? 
Mana satu? Mana?

And another part yang aku benci bila mana orang pertikai cara aku bercakap. i mean loghat aku. Aku tak hebat sangat loghat Kedah. Setakat yang besa-besa buleh gagah lagi la.. Nak cakap yang dalam-dalam pekat-pekat aku tak brapa pandai. Bukan berlagak ke, perasan dok Kedah nak cakap KEYELL. NO lah ! Tapi, dari aku kecik aku tak dok Kedah. Aku merantau banyak tempat. Then, bila aku stay kat Kedah ni, aku belajaq la sikit-sikit. Pastu aku study kat Penang plak, kawan-kawan aku yang bukan orang Kedah, aku akan guna bahasa standard. Loghat standard. Dengan geng Kedah, aku balun cakap Kedah.


So, pada aku ini bukan masalah kau nak berlagak ke apa, ini adalah profesionalisme. Macam nak berurusan dengan orang, nak call mana-mana jabatan awam ke, nak bercakap dengan orang-orang besar ke , nak interview ke apa ke, aku rasa perlu agaknya kita menunjukkan sikap profesional kita. Kang kita tibai loghat kita ikut sedap kita, depa tak paham, lagu mana????? Hahaha.. So, depends la kepada diri masing-masing. Bagi aku, ikut la pepatah Melayu,

Masuk kandang kambing mengembek,
Masuk kandang harimau mengaum.


So, jangan claim aku berlagak dok Kedah bertahun tapi tak nak cakap Kedah. Wey, no  i.c aku bukan 02 kat tengah dia ok. Boo sikit. Heh. ( Bab cari pasal no.1)

Eh, banyak pulak cekadak pompuan ni. Haha. Ok2, aku blah dulu. Selamat Hari Sabtu, Ahad, Isnin..........



# Asal mana? Aloq Staq - Sama dengan Farid Kamil tuwwwwww... Kehkehkeh!


Bye!

27 January 2012

Masalah Kita Orang Perempuan

Assalamualaikum..

Aku dah buat pemerhatian benda ni lama. Heh. Aku kan banyak sangat masa terbuang. So, aku nak potpet sini sensorang tentang apa yang aku dah perhatikan..

Maaf kaum ku. Bukan niat menjatuhkan. Tetapi, ini realiti. Terkadang aku pun tak terkecuali. hewhewhew.

Jom kita tinjau tengok . Kot-kot ada yang mengena, sama-sama lah kita mengatasi untuk tidak jadi lagi macam ni....




MASALAH KITA kaum wanita :

  • Masalah utama kaum wanita apabila lara duka nestapa, habis satu dunia akan tahu. Memang rapuh hati ini, namun sedarlah kaum aku, kecewa bercinta bukan bermakna dunia ini nak kiamat lagi. Aku banyak membaca blog orang. Jadi ada yang aku sangat respect cara penulisan diorang. Langsung tak sentuh hal privacy which is good pada hemat aku. But, ada jugak yang dari awal sampai ke akhir alamak aiii... Bf itu Bf ini.. B.o.s.a.n. ok.  Tapi, hak orang lah kan. Nak bercerita ke hape.. Blog diorang bukan blog aku. Heh. Tapi, kalau as a reader, mesti bapak bosannnn ya amat kan setiap hari merintih benda yang sama..  *TAK SEMUA*

  • Masalah kedua, perempuan-perempuan dengar sini.. Kalau kau mengalami masalah hati dan perasaan, mistake yang sangat besar kau lakukan adalah pabila menceritakan masalah kau itu kepada BF/TUNANG/SUAMI  ORAN LAIN. Ya! Sumpah kau memang ada masalah. Alasan yang diberikan, kaum lelaki lebih memahami. Damn it. Haha. Serious aku rasa gila. Wey, agak-agak lah ok. Kalaulah BF kau dok citer masalah kau dengan dia kat perempuan lain, is it cool bebeh? Euwww.. So, ada masalah sila lah refer pada orang yang sepatutnya. Esok-esok sangkut pulak dengan laki orang, mula lah nak bagi komen artis, 'kami hanya kawan biasa'.. wtf .. Haha. *TAK SEMUA*

  • Masalah ketiga, ini actually aku tak nak sentuh. Tapi, terpaksa jugak kot. Lantaklah nak terima ke taknak. Blog aku. Haha. Perempuan pakai tudung. Ok lah, kau mulia kan. Tapi apa kejadah kau nak menjeling orang lain? Kau ingat mata kau cantik? Haha. Serious tak boleh blah. Ya, memang lah kau bertudung menutup aurat padahal naik motor, kau kepit jugak bf kau kan? Rambut kau yang rebonding, ada jugak terjuntai kat belakang..Jalan nak beli tiket wayang, berpeluk jugak pinggang. Heh. Tak payah nak tengok aku menjeling . Eh? Haha. * TAK SEMUA*

  • Masalah keempat, style tak puas hati tengok orang lain cantik, kau ala kadar. Eh, aku bukan nak kutuk ke hape. Kau rasa kau cantik sangat, fine lah. Tak payah nak gelabah tegur-tegur orang. Aku memang benci gila orang kepoci sibuk jaga hal kecantikan orang lain. Haha.  'Asal kurus sangat?' 'Makan banyak sikit..' Eeee, celaka la. Haha. Aku kadang jawab gini je.. 'Aku kurus pun, aku tak mintak duit orang bagi aku makan.' Hamekkk.Badan kau cutting model? Hampeh jugak aku tengok. Belon jugak. Perghhh. Hahhaha.  * pun TAK SEMUA*

  • Masalah kelima, suka sangat berlawan. Lawan apa? Haaa, lawan brand baju la, lawan siapa pakai seluar branded lah, lawan kulit muka sape paling licin lah, lawan bf siapa paling handsome lah, lawan suami siapa paling kaya lah, lawan sapa kahwin dulu lah, lawan siapa beranak dulu lah hahaha dan lawan macam-macam lah lagi lah. Kehkehkehkeh. Oh, sick of this things! Tak payah nak berlawan sangat lah. Kalau orang tu cantik, dia pakai baju lelong kat pasar pagi pun tetap cantik. Heh.  * TAK SEMUA jugak*



Ok ! Ok ! Ok! aku stop. haha. Aku bukan apa, aku ingatkan diri sendiri jugak. Kepada kawan-kawan aku yang tersayang, korang tak macam di atas kan? Muahahaa.. Yang bukan kawan aku, aku peduli hape. Memang ini untuk korang. Nah, baca. Hahahaha..

Eh, kenapa entry laser di hari Jumaat? Heh. Aku bagi kau, tiga kali Jumaat je lagikkk.. Muahaha!


# Yang * TAK SEMUA* itu untuk mereka yang memang betul-betul bukan dalam masalah di atas. Heh.


Bye!

26 January 2012

Entry Bosan Jom Merapu !

Assalamualaikum.

Aku nak senarai tentang diri aku. Haha. Kalau orang tanya, describe 5 things about yourself, aku mesti teragak-agak sebab aku kan selalu tak sedor diri. Haha. Nak taip kat sini lah. Aku macamana sebenarnya . Eh, suka hati aku la. Blog aku. Muahahaa.


1. Aku kalau tido mesti ada bantal atau something atas badan. Kalau tak , tak boleh tidoq !

2. Aku suka sangat minum air masak. Bukan sebab nak sihat ke apa, sebabnya antibodi badan tak kuat minum ais sikit selalu je sakit tekak. Ceh !

3. Sebelum tidur aku akan goyang kaki. Haha. Macam orang kaya tak ada masalah...padahal.....

4. Hantu kicap!

5. Bapak pemalas baca surat khabar.

6. Benci berita sukan sama ada kat TV atau newspaper.

7. Makan sikit tapi kerap dalam satu masa.

8. Walaubagaimanapun, berat badan sangat susah nak bertambah waima 1 kg pun ! Hampeh!

9. Cepat sangat naik angin tapi sekejap jer. Sila Takut. Heh.

10. Buta fashion (selamba badak pergi keja pakai jeans longgar & t-shirt besar godang) Selekeh!

11. Aku senang menangis. Kental di luar rapuh di dalam. Sila gelak.


Eh, dah cukup kot. Sape je yang nak baca kan? Haha. Eh, kenapa banyak pasal makan je? Kehkehkeh.. Ada lagi. Tapi aku tak la bongok nak citer sini semua kann? Heh. Actually aku penat ya ampun ni. Lunch aku jam 5 petang. Dinner ke lunch? Lantak. So, kalau tak paham itu maknanya hari ini aku sangat busy and now rasa macam nak landing jerrr atas carpet cc ni. Muahahaha. Sekian.



Kalau terlupa muka aku macamana, ni ha gambar. Haha. Ni zaman kegemilangan muda remaja a.k.a zaman aku gemuk ! Wah! Rindu!


Nak kutuk la tuh, model pokok kelapak. Fine .




# Peminat aku, tak payah teruja sangat eh baca entry ni. Wakakakkakakaaaka!!




Bye!

25 January 2012

Kecewa kah aku?

Assalamualaikum.. and hye geng :)


Pagi-pagi tadi aku dah buat mistake. Ketaq satu badan. Time nak datang keja, aku rasa aku tak bawak laju mana pun. Biasa. Tapi, apa ntah silap, masa nak stop kat traffic light, aku boleh tak perasan ada pasir kat atas tar tu (kenapa mesti  ada pasir situ??? Damn!) Kan tayar scooter sensitip dengan pasir, nahhhhh bunyi tayar motor aku terseret punya kuat lantas mengejutkan penunggang lain. 8 bijik mata pandang aku. Apa? Apa? Tutup visor helmet, aku buat-buat tengok side mirror.. lalala..

 Pagi tadi, salah seorang sahabat aku call. (Ina)

'Ayu, ainul call aku. Dia cakap, nama aku naik untuk interim, tapi aku kat Melaka skg. Dia cakap, petang ni mesti kena sign surat. Macamana ni??'

' Oh ye ke? (dalam hati aku pelik, nape dia tanya aku macamana? heh. ) La, macamana ape? hang call la JPN. Tanya diorang tengok macamana. '

'Ok2, hang tolong call sat.. Tanya jugak nama hang. '

' Orait. '

Yang terlupa apa itu interim, tengok SINI


Ayu ~ JPN

( Perbualan aku tak payah taip la, malas. Paham-paham je la)

' Nama cik tak ada. Nama kawan ada. Tapi dia pakai nombor lain kot? Kami call tak dapat. RUGI la. cik try call tengok inform kat kawan tuh. Nanti suruh dia call kami. '

K.


Aku bagitau Ina apa yang patut. Then pandai lah dia uruskan. Congrats ina.

Aku kecewa? Yup.. sedikit. Tak payah nak malu mengaku. Memang terbit rasa kecewa sikit. 
Diorang nak cakap aku tak layak jadi cikgu ke apa sekarang ni? haha.

Aku sms kawan-kawan aku. SMS yang diterimabalas,

Sabar lah . Jangan la sedih.. Ada rezeki lain lah tu. Kita pun tak tahu macamana pemilihan diorang.

Jangan la kecewa. Nanti interview SPP terus dapat jawatan tetap.

Ntah la ayu, aku pun tak tahu nak kata apa. Nak kata pointer tak cukup, tinggi lagi hang dari aku. Aku yang rendah ni lagi la..

Pikir positif boleh tak? Tak dapat interim bukan bermakna rugi. Untung la, sebab ada yang lebih baik tunggu lepas ni.

Aku nak cool down ke atau nak bertambah kecewa? Heh.

So, aku macam.... ermmmm ok. fine. Dah bukan rezeki aku. Yelah, nama yang ada kat Kedah ni, 400++. Yang nak guna pakai 80++ je kot.. Memang aku tak pernah ada luck pape pn. Kau tak payah nak main lucky draw ke apa dengan aku, memang tak pernah nak menang. Sama jugak lah kot dengan kes interim ni. Kalau dia buat cabutan undi, hah.. sampai ke sudah la nama aku tak tercabut.

Aku actually dah penat dok tunggu benda yang tak pasti. Bukan mengeluh. Tapi, aku berharap something yang lebih baik, sebab terlalu banyak plan aku dah lari. Aku tak mampu nak selesaikan apa pun, because of the uncertain things. Tak pasti itu ini, hanya menunggu, maka agak kecewalah di situ. At least, kalau lambat untuk dapat cikgu tetap, yang sementara ni pun jadiklah. Dapat la aku execute plan aku sikit demi sikit. Tapi, now apa pun tak boleyyy..

Tapi, kawan-kawan aku banyak jugak yang tak dapat. Bukan aku je. Cuma aku tak tahu la hati diorang macamana. Heh. So, ok la kan.. Kalau 399 orang dapat, aku sorang-sorang tak dapat, memang lah aku meroyan. Haha.

Yan cakap kat aku tadi, (aku kena mengaku, yan sekarang selalu termasuk dalam cerita hidup aku . heh)

' tak pa la, aku ada hang...hang ada aku ' (Kami sama-sama tak dapat interim)
Jawab aku,

' Ya la, aku ada hang. Hang ada aku. Sok ni, tinggal kita dua je la sampai sudah. '

Apa aku nak cakap ni?? Aku kecewa ke? Tak sangat TAPI ada. Tengok nanti - nanti ni pulak macamana. Aku hanya doa yang terbaik je untuk aku dan kawan-kawan aku semua.. Korang jangan lupa doa kat aku sama. Paham-paham je la, kawan hangpa ni cepat emo. Haha.


# Yan cakap lagi tadi, (yan lagi)  Kalau boboiboy ada papa zola, Ayuhannadin (aku lar) ada mama boyot (yan lar). Soalan aku untuk hang yan, ' Tv kat Sabah bukan hanya ada cerita BoboiBoy kan?????' Hahahaa.


Bila tengok gambar ni, aku rasa hilang segala keresahan gundah gulana kekecewaan hati. 

Abaikan bantal petak-petak yang dipeluk


Bye !

24 January 2012

Aku bukan KAKAK kau !!

Assalamualaikum...



' Kak Long, ada pc kosong? '

' Kak Long, mai beli ayam kat kami. Amboihhh depa sombonggg sangat aihh.. '

' Kak Long, laju sangat tu nak pi mana? '

Celaka.

Aku benci sangat orang dok panggil aku kak long ke, kak ngah ke, kak cik ke. Aku bukan kakak hang. Jangan berangan nak panggil aku macam aku ni seibu  sebapak dengan kau. Hahahaha. Bapak emo.

Tadi ada la mamat mana ntah, dengan awek dia. Ok, awek dia tak lawa. Dia pun tak segak mana. Lantak. Pastu, masuk cc aku, selamba bongok,

' Long, ada pc kosong? '

Sial. Aku benci. Aku dah tak senyum dah. Time nak bayar, sekali lagi panggil aku macam la aku ni mak dia yang beranakkan.

Kalau pergi pasar malam, pun 1 hal. Yang nak berniaga tapi tak sedor diri. Elok-elok aku terpacak nak beli murtabak ke, apam balik ke, nasik ayam ke, ayam mentah ke.... Sekali,

' Ya, kak long nak apa? '


Kalau time tu aku lapar, ok aku buat-buat pekak. Tapi kalau aku rasa menyampah gila, dengan hayat tu aku blah.

Aku tak suka. Tak payah nak kak long sangat lah. Aku BUKAN kakak kau. Sekian.

 Adik aku pun tak panggil aku kakak. Ayu je. America ok. Hahaha.


# Hari ni bengang dengan mat Bangla, jangan masuk cc aku lagi lepas ni !!

Bye!

23 January 2012

Gong Xi Fa Cai - stress -

Assalamualaikum..

Haishhhhhhhhhh ! Haaaa, panjang meng'haish' hari ni. haahaha.. Aku kerja ok. Stress bila mana public holiday kena kerja. Bos cuti, maka kuli batak kena lah kerja. Haha. And semalam tak boleh tido sebab area rumah aku bapak bising dengan mercun. Sampai 3-4 pagi. Tapi, disebabkan semangat 1Malaysia, (kononnye) aku tak la keluar rumah maki ke hape. Celaka.

Pagi ni datang kerja pakai baju baru merah. Kehkehkeh. Semangat. And sunyi je tempat kerja aku ni haa.. Sebab boleh dikatakan 90% tokey-tokey kedai sini, Cina. So banyak la kedai yang tutup. Unless, tokey Cina tapi kuli Melayu, haa takde la tutup kedainyer.. Macam cc aku. Eh, semalam aku dapat ini :

Mampulah untuk aku beli Levi's ori sehelai. Haha

Tak ada apa sangat yang nak cite hari ni, tapi sebab tajuk atas stress, so aku nak cite la ape hal aku stress. Haha. Aku baca blog orang banyak hari ni. Semua lawa-lawa template nyer.. Dah sekali, hover jugak nak tukar template baru. Try la tutorial bagai.. Dah buat penat-penat hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh jer! Huh! Terus fed up. Aku tutup semua website. Tetiba pulak blog aku jadik macam lain. Link Blog blogger lain yang aku follow pun hilang. Haihhhhh! Kena la add link semula. eeeee! Nak buat nak cantik tapi tak pandai at last jahanam semua. Haha. Dah la kaki bebai/meradang. Aku tinggal semuanya, jangan harap nak cuba lagi. Hahaha. Huduh giler perangai.

Oh ya, pagi tadi jugak aku pegi keja jalan raya lengang jer... Aku siap boleh main-main lagi atas jalan tuh. Haha. Kedai semua tutup. Nampak jelas dan nyata bahawasanya perniagaan di bumi SP ni dimonopoli oleh orang Cina. Hee..

So, ini aje lah kot for today. Review skit pasal kekecewaan semalam. Menunggu panggilan dari mereka yang berkuasa itu, tapi tak jugak berdering hp aku ni. Eh, tapi bukan aku jer diorang tak call. Sekutu-sekutu aku pun sama. Yan, Athirah, Ina.. Hee. So takdelah kecewa gaban sangat... Style tak nak kalah sensorang haruslah heret kengkawan bersama menanggung kuciwa.. ngehngehngeh..

Aku tanya ina,

" ina nape diorang tak call kita?"

Jawab ina ,

" Sabarlah ayu, InsyaAllah ada rezeki kita ada lah.. "

Aku tanya Yan,

" Yan, awat depa tak call kita? "

Jawab Yan,

" Mungkin takut nak ambik kita, High standard sangat kita ni.. "

Aku tanya Athirah,

" Babe, napa depa tak call kita ? Nak kata aku tak layak jadi cikgu ka pa la ni? "

Jawab Athirah,

" Tu la kan.. Kita nak jadi cikgu depa tak mau bagi pulak...."

T__________________________T


Nah gambar Gong Xi Fa Cai aku . Aku suka bangat amat sangat warna MERAH !

Asal aku makin kecik? Haha. Kepala je besar. * Besar Kapla * kuangkuangkuang

Happy Chinese New Year Boss. Sekian.


Bye!

22 January 2012

Penenang Hati .

Assalamualaikum.

Alternatif lain untuk menghilangkan tekanan . Heh.







Sekian.


Bye!

Mimpi Mu - Maya Karin

Mimpi Mu



Andai kau, andai ku
Ketika ini bertemu
Apakah kan berlaku

Andai kau, andai ku
Kembali lagi bertemu
Apakah nanti perasaanmu, kawan ku
Cinta ku yang lalu akan kah kau kenang
Aku yang suatu dulu dihatimu mekar

Aku yang sewaktu-waktu dulu
Melayari sanubari dan mimpimu

Pernahkah, pernah kau
Bertanyakan ke hatimu khabarnya diriku
Pernahkah, pernah ku
Kunjungan ke laman kenanganmu
Lalu menyemarakkan rindu yang membara
Membakar merusuk meranap jantungmu

Aku yang suatu dulu di hatimu mekar
Aku yang sewaktu-waktu dulu
Melayari sanubari dan mimpimu
Aku perlu tahu, aku di hatimu, aku dimanakah terletaknya

Aku yang suatu dulu di hatimu mekar
Aku yang suatu dulu melayari sanubari
Aku yang suatu dulu di hatimu mekar
Aku yang suatu dulu melayari sanubari dan mimpimu
Dan mimpimu, di mimpimu, di mimpimu

21 January 2012

Semua ada sekarang !

Assalamualaikum..

Hari ni (actually dari malam semalam lagi) macam-macam perasaan ada dalam diri aku ni. Aku ke Penang semalam. Ada hal kena uruskan (hal sampingan adalah berhibur) heh!. Aku kuar dengan kawan aku. Everything was fine until on my way balik, dapat sms :

" ayu, call sat. cdt aku low " - pengirim adalah si kembar aku bapak kami sama nama.

Dah call pompangpompang sembang.. Alamak aii.... Terus muncul satu perasaan yang dinamakan 'cuak'. 15mins pastu plak, roomate aku call. Ok, cakap hal yang sama. Mendengar keluhan demi rintihan dia. Aku nak cakap banyak pun, tak boley sebab aku pun berada dalam keadaan yang sama. Ya kawan merintih mengadu tak puas hati kaki cuak adalah roomate - yan - ina- suki. ( Ina dan suki, belum lagi call aku ni dan nak menambah kegelabahan aku. tunggu sat ) . heh.

Ok, apa kebendanya yang membuatkan hari aku gundah gulana mulai semalam dan sampai la selepas ia selesai? Yang menyebabkan aku rasa sia-sia pergi berhibur bila balik hati lagi terseksa? Haha.. Teruk nooo bunyi.. Ini tak lain tak bukan adalah penangan .....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
INTERVIEW lah der !!!!!

Hari tuh kecoh kan mengadu kecik hati dengan gov apa suma. Mengadu digula gulakan lah apa lah.. Nah sekarang.... hamekkk ! Apsal nak cuak pulak Ayu?? Hahahaa.. Memang aku cuak! aku dah lupakan nota-nota aku ! Aku dah tak sentuh. Apatah lagi nak belek buka mata luas-luas untuk baca. Oh. Tidak ! Lack of knowledge sesangat aku rasa sekarang ni. Sumpah takut!

Dengan bertalu-talu kawan aku mengingatkan aku itu ini. (Yan, THANKS So MUCH ). Cara susun sijil la, photocopy apa la segala mak nenek suma, complete ! Smpai aku request gini kat dia,

' Yan, boleh tak kita semakkan kepala kita nanti bila nama kita dah keluar confirm2 di portal SPP?  and boleh tak aku lantik someone untuk menguruskan hal interview aku ni?' Hahaahhaahaha. PEMALAS!

Aku tekanan sangat2. Terlalu banyak yang aku kena hadapi akhir-akhir ni. Malas nak citer kat sini. Nasib baik ada kawan-kawan yang sangat memahami. Yang tak tinggal aku sowang-sowang dalam masalah. Kadang-kadang macam dah tak mampu bernafas. Satu persatu dugaan datang. Belum setel 1 hal, ada lagi yang dah sedia menunggu. Adoiyai. Tapi, kawan aku pesan jangan mengeluh. Kena kuat, banyak sabar. Ye, aku dah cukup bersabar. Kalau tak sabar, semalam aku dah turun kat Penang Bridge, panjat dah atas tu dan ....................... and nasib baik jugak tak mengalami masalah putus cinta hati perasaan ke apa sekarang ni.. NASIB BAIK. hahahaa. eh, aku banyak benda lain lagiiiiii nak pikir dari nak pikir hal-hal ni ! heh.

And interview ni, yang bakal bermula 30/1/2012 ini akan tamat pada 16/03/2012. Untuk batch pertama, start 30/1/2012 sampai la 03/02/2012. Tapi nama aku tak ada lagi. Tapi kecuakan itu tetap ada. Aku kan labah-labah a.k.a gelabah. Haha. Nama orang lain yang dah kuar, tapi tahap gelabah macam nama aku je yang ada. kehkehkeh..

Aku mintak Yan tolong bagi ayat penenang kat aku.. Sekali, dua kali dia msg bagi tenang. Aku cakap TAK TENANG. hahaha. Last-last, ada 1 ayat dia yang buat aku terfikir, lantas terus macam dapat cool down sikit adalah.. " Depa pun manusia jugak..."

Yeahhh ! Aku terlupa yang tuh. Hahaha. Sungguh. Aku dok ingat depa ni mai dari planet mana. Bukan orang bumi. Hahaha.. So, bila pikir dorang pun manusia jugak, bukan tuhan.. Ok, silalah pergi rasa cuak dan datanglah wahai kekuatan. Huhuhu..

And 1 hal lagi, yang ni aku nak emo pulak. Tadi kawan aku datang CC aku. Dia budak UPSI. Dia major Sejarah. Kalau terlupa aku major Geografi minor Sejarah. Heh. Ok, dia kena interview 31/01/2012 ni. Aku pun sembang-sembang biasa je la. Actually dia ni kawan form 6 aku. Kami 1 sekolah, tapi bukan 1 kelas. Dia bagitau dapat interview MARA jugak, dapat inteview SPA (Kastam) jugak, nak pergi interview askar Leftenan Muda jugak. Aku ok je la. Oh ye? Good Luck lah ye.. Memang aku cakap ni. Dia cam tak puas hati, dok cakap banyak kali lagi kat aku macam aku pekak. Heyyy ! Kau kenapa? Nak suh aku puji letewwww.. 'wow, bertuahnya ko.. banyaknye interview ko dapatttttt ! ' Sorry. aku memang susah nak puji orang. orang puji aku takpe. eh? Haha. Pastu ada lagi... Dia cakap camni :

"Kau tak dapat lagi ke SPP ni? "

" Belum "

" Yang nama kuar awal ni, diorang ikut kekosongan "

T____________T . Aku diam walaupun tak bersetuju.

Aku cepat2 sms Yan tadi, tanya. Takut gak nak bahan orang kang salah fakta takde sokongan. Yan cakap, tak betul . Mana ada ikut kekosongan apa. Yang awal ni, sebab subjek dorang paling ramai calon. Senang nak kelompok kan.Bla..bla..bla.. Yan explain. Ok, dah berani nak bahan balik.

"Eh,tadi hang cakap yang awal ni sebab ikut kekosongan? Abeh tu budak2 Sains? Budak Bi? Budak Tesol/Tesl sume tu? Subjek diorang tak kritikal la? Diorang tak laku? Sejarah je laku???? Padahal Sejarah ni awal sebab banyak giler calon. USM je berapa ramai Major Sejarah "

Yeahhh. Satu nafas cakap. Tak boleh blah, siap tanya balik semata-mata nak paku jugak-jugak. Hahaha.

" Sejarah memang diperlukan sangat. (dengan nada slow je.. ) Yang buat ramai tu sebab yang amik Minor tu lah.. "

" Aku terpaksa " Jawab aku. Hahahha.. 

Eeeee !BENCI. Aku memang tak suka dia. Sejak dari sekolah lagi. Tapi tak paham nape aku boleh lagi sembang dengan dia. ahahaha. aku kan hipokrit kadang-kadang. Aku kawan biasa je. Biasa macamana? Biasa lah. Tak rapat sangat sampaikan no.tel dia pun aku tak simpan. Ok sangat tak ikhlas nak kawan. Hahaha.

So, itulah citer dia. Eee, apa jenis manusia la. Kau tak payah bangga sangat la subjek kau, degree kau apa semua.. Alamak aii.. sape nak heran ? Orang lain lebih lagi.. Huhuhu.. Tapi, at the end, aku wish dia good luck jugak la.. Even dia masih lagi nak membangga diri..  Pastu nak argue tak puas hati sebab aku dapat biasiswa KPM.   WTH?????

Aku tak kisah kau subjek apa, major apa pun. Laku ke tak laku ke subjek kau, itu bukan urusan aku. Government akan uruskan semuanya nanti. Ada je ramai kawan aku stock bangga dengan degree yang ada pastu bajet macam hebat bila subjek diorang adalah yang kritikal. E.g macam amik BI lah..Sains lah apa lah.. Tapi, kebanyakkannya bukan yang USM. Sebab budak-budak USM baik. Hahahhahaa. Diorang tau betapa susahnya belajar kat USM. kehkehkeh. Matiklah puji kroni sendiri. Hahaha..

Jadi, itu sahaja cerita den untuk hari ini. Lepas ni kena sambung lagi cuak ni. Adoiyai. Bila nak berakhir??? cuak-tertekan-takut-nervous-gelabah-serabut-semakperut-nak termuntah-
semua ada sekarang!


# Nanti interview mesti lagi banyak entri pening kepala akan kuar. Tunggu ajelah.



Bye!

19 January 2012

All About Food & Frust !!

Assalamualaikum..

Yeahhhhhhh! Hari ni nak mengarut hal semalam.. Sepatutnya today aku off! Ya, SEPATUTNYA. Tapi, bos aku selamba badak semalam cakap, u tukar cuti Friday ok. I bz Thursday. Padahal, dalam kepala aku semalam hanyalah cuti cuti cuti dan cuti.. Sekalikkkkkk... jahanam ! Boleh ke nak kata tak nak? I nak cuti Thursday jugak? Boleh? Kata kuli, berani ke? Haha. So, sebab tu la aku kena kerja today. T_______T .

Jadik takpelah, tak cuti kite update belog ye. Baca ye? Aku nak citer kes makan. Asal makan je emo, asal emo je mesti pasal makanan. Macamni, semalam lunch hour, tetibe tekak aku ni mengade la plak taknak makan nasik.. Aku teringinnn bangattt nak makan keow teow kungfu. Aku tak taw nama betul dia apa, aku memang panggil macam tu pun. Tapi, ada nama cina dia. Tah apa tah.. Lantaklah.. Aku pernah beli sekali kat satu kedai ni.. Pattani masak.. Perghhhh.. Superb giler lah. So, start pada tu mula dah dok mengidam sokmo. Huhu.

Alkisahnya, semalam ni aku pun nak pegi beli la kan.. Sekali sampai kat kedai tu, TUTUP plak dahhh.. Arghhhhhh!! Start frust kat situ ! Time-time tu la nak tutup pun.. So, macam hilang selera dah. hover taw. Haha. Tapi, bila perut macam tak paham bahasa berbunyik2, maka aku amik keputusan beli kat kedai lain je padahal terang-terang aku dah ada rasa dalam hati, sah-sah tak sedap ! Tapi, bangsa degil ketegaq, nak jugak2 makan benda tuh, order lah kan.. Dia kata, lagi 15 min datang amik. Yelah, tengahari orang sibuk makan nasik berlauk, aku sibuk nak suh dia masak lagi kan. Takpe, tunggu jugak.

After 15mins, aku pegi balik kedai tu.. Tanya makanan aku. time dia bagi tu aku dah pelik dah . Apa kesssss benda ni pelik? Sup dia warna coklat.. keow teow dia mentah je tak de goreng dengan telur macam selalu aku pernah makan pun.. Tapi, i kan sopan.. Malas nak kecoh, bayar je lah. RM4.50. Bapak mahal! Time nak makan, rasa macam nak menitik air mata. Ya ampun... hampeh!! Apa pun tak rasa. Ni bukan keow teow kungfu, ni keow teow karate ke silat ke ape ke.. Giler tak sedap! Aku dah la menggigil lapar time tuh. Sekali makanan.... T__________T .

Aku hirup je la sup dia.. Tekak aku dah kembang dah. Keow Teow keras giler.. Dalam sup ada 2 udang kecik, 2 sotong kecik, ayam potong2 ada la 3,4 sayur besar2.. Siap. Itu je. $4.50. Berbaloi?? Aku tak makan, buang. Tak kira dah bazir ke apa. Dah tak dapat telan. Sabarlah perut.. Perut kata Ya, Tekak kata Tak. Frust ganda dua.

Petang tuh plak, kawan aku offer nak belikan mcD. Ok, si baik hati ni tadi belikan la prosperity. Aku harap dapat la mengubati frust ini. Nah sekali si baik hati tadi memang belikan prosperity burger, malangnya BEEF. K. ( aku tak makan burger daging !!!!!! ) Frust berganda-ganda !

Dia baik, pergi belik lagi 1 ok, prosperity ayam. Heh > Senyum la sat.


Ingatkan frust akan berakhir di situ je? Oh tak. Disebabkan nafsu makan melampau, memang lah dibalas dengan kekecewaan. Haha. Malamnya, sekali lagi nafsu berjaya menguasai diri, aku nak makan kat SR. Wahh, tak boleh blah, SR . Aku ni memang setia. Matikklah puji diri sendiri. Haha. Pergi berjuta kali makan sana pun, tetap makan benda sama. Giler kan? Aku tak suka try yang pelik-pelik. Alasan aku, kang tak sedap membazir je dahlah mahal. (padahal orang belanja). Huhuhu.. So, semalam pergi la meredah SR .. Berbulan tak makan favourite aku Tom Yam Kung... Memang berkobar-kobar la kan.. Pastu nak minum chocolate blended whipped cream dia. Over gila siap bear in mind siap-siap nak order apa. Hahaha.

Bila sampai, adik waiter tu bagi menu, aku confident la kan malas dah nak tengok menu lain. Kata dah hafal kan. Haha.. Sekali bukak tang benda yang aku nak makan tu, ada satu sticker cantik baekkk punya 'Sorry This Item Is Not Available' !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Apa kesss ni????? Tak nak kalah, tengok banyak2 kali. Yang atas ada tulis 1 jenis lagi, noodle in tom yam soup. Tapi, yang ni tak ada sticker la pulak kan. Alamakkkkkk!! Bila waiter datang nak amik order, aku kepoci tanya,

" Yang atas ni ( noodle in tom yam soup) sama tak dengan tom yam kung? "

" Beza kak, dia ada description bawah tuh. "

( Ada masa la pulak aku nak baca kan? Jangan Harap, hati dah kuciwa ok! )

" Nape dia tak ada dah? "

" Tak pasti la kak "

" Sini je ke or memang benda ni dah tak available kat semua SR? "

" Tak pasti la kak, try nanti akak pergi bla..bla..bla.. "

Kau semua Tak Pasti ! Apa yang pasti???!! Huh! * emo *

At last, makan ape? Nasi goreng ada satay tu. Yang tu pun terpaksa jugak. Dah tak lalu benda lain. Frust berganda-ganda lagikkkkkk! Yang tu pun aku ting tong. Vegetarian dengan biasa punya. Aku nak bertekak lagi dengan waiter, eh, nape gambar sama je?? Kau nape ayu? Boleh nak tengok difference through picture? Hahaha.. Sentap ok!

Pastu, sebab nak ubati kekecewaan, mengader la pi order banana split. Pengaruh gambar jugakkk.. Dah makan kenyang, tengok banana pun nak muntah dah.. Tapi rasa bersalah menyelubungi diri, paksa jugak lah makan sampai habis. Tu pun, banyak cilok sana sini supaya habis. By the way, Special Thanks untuk si pembelanja. Huhuhu. Walaupun, aku yang hover nak makan situ. heh ! * gambar satu hape tak de sebab mood kecewa sepanjang hari *


Jadi itu sahaja lah..  Hari frust aku disebabkan makanan. huhuhu. Memang frust lah kan, perut bergelodak laporr, pastu apa yang dihajatkan tak kesampaian. Menggelupur la aku sorang-sorang kecewa. Hah! Moral of the story, lepas ni jangan mengikut nafsu . T______T.           Sekian

# Hari ni dah makan keow teow kungfu idaman qolbu. huhu. And lepas ni takkan mengidam dah sebab jemu.


Bye!

18 January 2012

Mr. Know It All - Kelly Clarkson

Mr.Know It All - Kelly Clarkson

 

Mr know it all
Well ya think you know it all
But ya don't know a thing at all
Ain't it something y'all
When somebody tells you something bout you
Think that they know you more than you do
So you take it down another pill to swallow

Mr bring me down
Well ya like to bring me down don't ya
But I ain't laying down, baby
I ain't going down
Can't nobody tell me how it's gonna be
Nobody gonna make a fool out of me
Baby you should know that I lead not follow

[Chorus]
Oh you think that you know me, know me
That's why I'm leaving you lonely, lonely
Cause baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

You ain't got the right to tell me
When and where to go, no right to tell me
Acting like you own me lately
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

Mr play your games
Only got yourself to blame
When you want me back again
But I ain't falling back again
Cause I'm living my truth without your lies
Let's be clear baby this is goodbye
I ain't coming back tomorrow

[Chorus]
Oh you think that you know me, know me
That's why I'm leaving you lonely, lonely
Cause baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

You ain't got the right to tell me
When and where to go, no right to tell me
Acting like you own me lately
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

[Bridge]
So what, you've got the world at your feet
And you know everything about everything
But you don't
You still think I'm coming back but baby you'll see

[Chorus]
Oh you think that you know me, know me
That's why I'm leaving you lonely, lonely
Cause baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

You ain't got the right to tell me
When and where to go, no right to tell me
Acting like you own me lately
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

Mr know it all
Well ya think you know it all
But ya don't know a thing at all
Yeah baby you don't know a thing about me
You don't know a thing about me

WorthWhile [3]

17 January 2012

Jangan Mengharap Terima Kasih & Berdiam Kadang Lebih Baik

Assalamualaikum..

Tadi aku baca blog ini. Best. Aku selalu baca. Banyak sangat ilmu tentang kehidupan selain dunia, yang akhirat pun banyak. Dah lah tak berapa nak cukup ilmu alam sana kan, so, pelan-pelan la baca menimba pengetahuan. Huhu..

Aku baca kisah yang ada kat blog tadi tuh.. Tiba-tiba, terfikir.. Subhanallah.. Luas sungguh cara Allah nak memberikan kebaikan kepada kita.. Cuma terkadang, kita yang fikir bukan-bukan..

Actually, entry dalam blog tu berkisar tentang keikhlasan. Bila baca, aku rasa macam ..oooo... macam ni. Sebab sebelum ni, tipu lah kan kalau kata kita tak mengharap kebaikan kita dibalas oleh orang yang kita dah berbakti kat dia kan? Tapi, bila baca blog tu, aku macam tersedar.. Huhu.. Manusia..

Ada satu hari tuh, kawan aku belanja aku makan.. Balik pada tu, aku sms dia, cakap thanks belanja makan. Dia reply, tegur aku kata tak payahlah dok thanks sangat. Haha. aikk?? Cakap thanks pun marah? Then dulu, ada sorang kawan aku ni, selalu call aku. Lepas dia call, aku mesti sms balik, thanks call tadi. OMG! Pun kena marah!! Hahaha.. Kata dia, boleh tak, jangan nak thanks2? Rimas. Hahaha.. Lagikkkk...

Aku dah terbiasa. Wah macam bagus. Eh tak, memang yang Thanks ni aku terbiasa. ( Yang lain tak ) Haha.. So, bila ape2 je aku dapat dari orang lain, or orang lain buat untuk aku, , cepat je nak ucap thanks. Walaupun face to face tak cakap sebab malu kot.. MOTIF? Hahaha.. Tapi, mesti sms and cakap jugak.. Sampai kena marah lah. Huhu.. Tapi, tak apa la kan, yang mana baik kita kekal lah kan. Walaupun orang tak selesa..

Ada jugak kadang-kadang aku tolong orang, buat baik kat orang, buat itu ini semata-mata nak hiburkan hati dia, tapi hampehhhhhhh.. 1 hari je la dia terima kasih and appreciate.. Pastu, mula la nak buat perangai balik. Nak kata kat aku ikut suka, nak bagi aku sentap ikut selera dia.. Hangin jugak lah kan.. Kita ni punya lah susah payah buat macam-macam sebab nak dia happy.. Sentap okeh. Haha.. Tapi, bila baca entry tadi, aku terus dah tukar mind set aku.. OK, tak boleh mengharap apa-apa balasan bila IKHLAS.. InsyaAllah, Allah akan balas cara lain, walaupun orang yang kita buat baik tadi, tak balas kebaikan kita..

Kadang jugak tuh, bila kita dah tolong orang, kita mesti expect yang orang tu akan ingat jasa kita kan? Yelah, kita dah tolong dia, takkan lah tak kenang budi sangat. Kan? Tapi, itulah kita manusia.. Kita selalu terlupa.. Nak kenang jasa orang.. Tapi, janganlah kita yang memberi tadi ni, terus give up, tak nak dah menolong.. Eh, dah tak ikhlas tuh.. Allah yang Maha Berkuasa tu pun, masih memberi dan terus memberi pada kita walaupun kita ingkar macam-macam, tak bersyukur, nak lahirkan rasa terima kasih pun sombong, tapi DIA tak pernah berhenti memberi.. Jadi, kenapa kita yang hanya menolong orang lain dengan pertolongan yang sangat terbatas ni nak sentap bagai sampai dah give up untuk memberi sedangkan kita mampu? Kan? So, benda ni seriously, sangat membuka minda aku.. Sangat.

Kalau sebelum ni, aku slumber badak je sound orang, hoi! susah sangat ke nak cakap THANKS ? Bukan kena bayar pun.. Aku rasa mulai today, aku nak ubah kot.. Haha. Napa ada kot? Kena slow-slow praktis lah. Haha. Aku kan emo. Haha.. Takpe la orang tak pandang kebaikan kita, takpe la orang tak nilai pengorbanan kita, takpe la orang nampak tak nampak je usaha kita, Janji Allah nampak.. Janji kita ikhlas.. Susah. Tapi, cubalah.. 

Satu hal lagi, aku rasa yang aku dah berubah banyak sekarang adalah kalau dulu apa yang tak puas hati aku mesti bantai balik orang tuh, tapi sekarang aku lebih banyak berdiam diri. Aku dah banyak berubah part tu. Huhu. Kalau dulu, silap sikit, aku mesti hentam balik sampai aku menang, sampai aku puas hati, sekarang tak sangat dah. Aku lebih banyak pendam dan diam.. Biarkan benda tu hilang sendiri. Salah ke, betul ke, Lantak lah sana.. Kau nak betul sangat, ambik la.. TAPI, bila kita berdiam dan pendam ni, akan sampai satu tahap di mana kita dah tak mampu nak tahan lagi dah..maka akan terhambur la semuanya.. Yang ni, aku masih tak dapat control. Lama aku diam, sekali aku lepas... nahhh... emosi menguasai.. Haha... Bukan apa, kita penat bersabar, diamkan aje, tapi tak de kesedaran lagi, so mampukah kita nak tahan buat tak reti je? Kan? Huhu.Yang ni dalam proses untuk aku handle.. Kena guna double lantak la pasni.. Haha.. Tapi, memang betul aku dah banyak diam.. Aku dah jarang nak argue.. Nak pertahankan hak bak kata aku dlu, bila orang tanya, nape suka melenting? So now, bukan tak nak dah pertahankan hak.. Tapi, sia-sia je aku rasa.. Cakap berjuta kali pun, sama jugak. Tak ada perubahan pun. Habis air liur aku je.. Buang masa aku. Sudahnya, suka hati kau la labu.. Huhuhu..
Betul lah kata orang putih, silence is the best option.. Tapi aku tambah skit, sometimes.. Jangan la manjang berdiam.. Kena pada tempat jugak. Jika tempat dan keadaan memerlukan kita bercakap disamping mendatangkan faedah, maka bercakaplah. Kalau situasi yang memerlukan kita bercakap tetapi macam sia-sia tak guna, so berdiamlah.. Hati tak sakit, jiwa tak sentap.

Bila rasa kecewa dengan sikap orang, aku selalu guna perkataan keramat ni.. ' lantak lah '.. SELALU.  Kira macam perkataan ni, boleh buat aku rasa tenang sikit.. Kita memang tak boleh expect semua orang jadi macam apa yang kita nak kan? Tapi, orang-orang yang berada di sisi kita, kita akan selalu untuk cuba puas kan hati mereka, betul? Supaya mereka senang dengan kita.. Itu pun susah ke nak faham? Eh, kenapa tetiba macam sesi luahan hati ni? Huhu.. Sekarang ni, aku dah tak kisah dah.. Lantak kau lah.. Jahat kau buat kat orang, nanti Allah balas yang jahat jugak kat kau.. Tak pun kat family kau nanti. Tengoklah.. Suka sangat menyakitkan hati orang.. Asyik fikir diri sendiri je betul.. Langsung tak boleh nak berubah, ok fineee...             Again, 'lantaklah....'




# Kadang kala kita perlu menangis supaya kita sedar dalam hidup ini  bukan hanya ada ketawa..


Bye!

16 January 2012

Seronoknya Awal Dewasa

Assalamualaikum..

Hye! Hehehe.. Aku happy today. Suka lah, hari ni Isnin. Orang tak ramai. Jadinya, tak penat sangat.. Wah, tajuk entry hover tawww... hewhewhew..

Ok, aku kan obses bab angka ni.. Tambah-tambah umur, lagiiiiikkk aku obses. Huhu.. Tadi aku google, peringakt umur dewasa.. (dah taw, saja gedik nak google lagi) .. Ada 1 blog ni, dia definisikan macamni :

    Awal Dewasa (22-34tahun)
  • Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina
  • Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak
  • Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup

Haaa.. inilah. actually banyak lagi, tapi yang ni ringkas.. Awal dewasa. So, kalau 25 tahun, termasuk lah kan?

Aku tak nak cerita apa yang sepatutnya dilakukan pada usia begini .. Lantak lah, lain orang lain lah caranya. Just nak sembang ringan je hari ni..

Tadi, datang 1 group budak laki dari Kolej Komuniti.. Salah sorang tu, member aku la.. Adik kawan aku. Din namanya.. Dia 18 tahun kot.. Baru lepas SPM tahun lepas.. Tadi datang kat CC aku, bawak kawan-kawan dia ni lah..

" Hai kak ayu.. "

" Weh, lama tak jumpa hang, hang wat pa la?"

" Tengok geng la, budak Kolej skg.."

Dia masuk Kolej Komuniti..

" Macamana hang boleh masuk kolej? Sah-sah pakai kabel. Result SPM hang tak layak langsung." (kejam tak aku??) ahahhaa

" Ceh, kak ayu ingat Din ni teruk sangat ka? Ni, mai tolong sat.."

Din ni keluarkan kertas tugasan dia, ( dia amik course food service kot) sebab tugasan dia berkisar tentang chef dan masakan segala..

Aku baca la.. Ada lecturer dia sediakan soalan suruh diorang buat assignment.. Aku tolong la buat apa yang  mampu sambil tu aku dok ligat membahan si Din ni..

" Sekarang ni, sapa yang amik kos ni? Awat aku kena study sama korang???? "

" Kak Ayu kan style, kak Ayu yang paling style skali.. Ni, tolong sat buat penghargaan..bla..bla.."

Aku free time tuh, tolong jugaklah.. Susah gak la, sebab tak tahu pape kan.. Tapi taknak kalah kat mata budak-budak, buat-buat pandai lah. Yang best, kawan-kawan dia macam percaya 300% kat aku walaupun aku dok buat 'pala taw'.. kehkeh..

So, best lah aku dok paku-paku diorang.. Aku kan kakak.. Diorang mana berani nak hentam balik. ngehngehngeh.. Tapi kalau aku jadik lecturer budak-budak ni, memang menangis la nak mark assignment dorang.. Pemalas tahap gaban . Haha

Semalam pulak ada 1 kes.. Ada 2 budak ni, muka baik je.. Masuk cc aku, bagi salam.

" Kak, kami nak mintak tolong.. "

" Ye, tolong ape? "

" Macamni, kami kena buat survey.. Jadi kami nak tangkap gambar akak.."

" Ha, survey apa?? " - Dia tak tunjuk surat ke apa ke.. Aku pelik lah kan..

" Ni, kami ada surat.. "

Aku baca, ohh.. diorang ni student 2nd year UITM.. Kos seni reka ke apa tah la..

" Oh, ok2.. Saya pelik la tetiba nak tangkap gambar kan, surat apa pun tak ada.., Ok, apa yang boleh saya bantu? "  - Bila cakap camni, aku rasa Oh, matangnya aku ! Wakakaakkaa

" Kami nak kena tangkap gambar orang dok kat kaunter. Akak duduk je. "

" Nak kena tengok camera ke tak? " hahahaa.. Nampak sangat gila lensa !

" Akak buat biasa je.. " 

Diorang ni macam malu-malu.. Haha.. Aku yang hoverrrrrr... Ah, pedulik la. Aku kan KAKAK.. hahaha

Pastu diorang ada la tanya soalan..

" Saya baca dalam surat awak tadi, awak amik kos seni reka. Kenapa soalan awak macam awak amik medic?"

" Oh, kami kena survey apa masalah orang yang duduk lama kat kerusi sebab kami nak reka kerusi yang dpt menyelesaikan masalah orang bla..bla.."

" Oooooo.. Bereh. "

Hahaha.. itu je lah.. Aku yang ramah terlebih.. Biasalah, aku kan KakaK. Kehkehkeh...

So, that's all for today.. Happy-happy lah selalu. Senyumlah selalu walaupun masalah menggunung dalam kepala.. Sebab belum tentu esok kita dapat senyum lagi.. huhuhu..


# Mak, berapa umur yang sesuai untuk perempuan berkahwin? ( aku tanya soalan ni kat mak aku semalam).


Bye!

15 January 2012

Wild Wild West Night

Assalamualaikum..

Semalam, 14/01/2012 aku off.  Aku follow kakak aku pergi dinner company dia. Walaupun hati tengah susah,terkilan bagai, tapi bab makan free aku susah nak kata TAK. huduh perangai.

So, Annual Dinner tu diadakan kat Hotel Amanpura, Sg.Petani. (Dulunya dikenali sebagai SP Inn) . Aku tak pernah taw ada hotel nama macam tu sebelum ni kat situ. kahkahkah. Memang murtad SP. Kalau nak suruh aku tunjuk balik kat mana hotel pi dinner semalam, memang aku tak tahu kat mana. (aku ada masalah dengan ruang).

The Aman Pura Hotel



Kakak aku kena duty. Jadik receptionist. So, kena gerak awal la. 6.30 macam tuh, dah terpacak kat hotel tuh. Aku ni kan tak pernah join staff-staff company dia, (sorang dua je yang aku kenal) Jadiknya, masa aku sampai tu semua tengok aku macam aku alien. Hahaha. Damn!

"eh, erin.. u punya adik ke?"

Aku macam nak jawab,  " Tak, i mak dia". * emo*

Tapi, i kan sopan. kehkehkeh. senyum je lah.. Tak salah pun dorang tengok aku lama-lama banyak-banyak kali. Memang tak pernah jumpa pun kan. or maybe aku lawa malam tadi.   Matiklah puji diri sendiri. wakaka.

Aku boleh cakap , dinner semalam Ok-Ok aje.. Eh, padahal free je kau pegi sana Ayu. Nak hebat camana lagi?? Hahaha.. Tak sedor diri. Tak la, biasa aje la.. Tak ada yang aku boleh kata ' wow ! '   Maka, jujurlah kan?. Huhu..

Kakak aku bz sebab dia kena handle atas stage, tepi stage segala, aku orait je bawak diri .. Sembang je dengan kawan-kawan dia. (Table aku ramai Chinese) Pedulik lah, janji makan. Haha..

Oh ya, tema dinner ni wild-wild west.. ala - ala cowboy macam tu la. Aku kan lampi bab fashion. Masa dapat taw tema cam tu, aku terus sms my beloved senior - sis intan. So, dia pun suggest la apa yang aku boleh pakai. Memang gempak la kan..TQ sis !!  Tapi, disebabkan kakak aku dah sound awal2, 'kau jangan over sangat, aku je over takpe..' hahahaha.. kakak style dengki maka aku pun memang tak nak over sangat.. Biasa-biasa sudah..

And and and... Aku tolong set up kan tudung kakak aku.. (walaupun aku hentam je, tak pernah practise-makes-perfect sebelum2 ni..) Tapi, menjadi. Haha.. Serabai ke? Jap lagi ushar gambar.. 



Table aku no.3

 Ina yang BZ

 Memang bagus bawak aku, jadik photographer lah jawabnya..

Team-Team Company

The Dishes


 Pastu ada games.... Ingat aku main? Tak ada. Aku kan pemalu.haha
 Menang BEST COSTUME AWARD malam tuh..Best ke??  Congrats Ina ! ( Bangga jap semalam )

Ini plak BEST COSTUME AWARD utk MALE ( yang kemeja merah okkkk) hahhaa

Sebelah kakak aku ( adalah Boss dia .. Madam MJ ) 
Before balik, ada celebration untuk staff-staff yang D.O.B. diorang bulan Jan & Feb
Mana pic aku????  Eh, tak nak kalah.. Cam bongok je...hahaha..


-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 Simple je aku okeh.. mana ada hover... kan? Muahahaha


'eh, kenapa adik tinggi dari kakak?'
SEMUA KAKAK MESTI TINGGI KE???


Itu sahaja. Enjoy jugak lah malam tadi setelah dah dua minggu aku kerja tanpa cuti. huhu..


# Demam aku dah sembuh. Alhamdulillah....


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...