03 May 2012

Hanya Kau Yang Tahu...

Assalamualaikum.

Hari ni mendung, Pagi tadi pergi keja pun hujan.. So, mula lah aku yang emosi ni  nak gloomy satu hari. Huu..
Hari ni rasa tak seronok, tak sedap hati.. and terasa berat sangat dalam kepala.

Aku sebenarnya merenung hidup aku. Mengimbas siapa sebenarnya aku. Apa sebenarnya hidup aku selama 25 tahun ni.. Yang aku tahu, walauapapun, aku tak pernah terlepas dari derita. Ada sahaja yang terjadi. Tapi, aku rasa aku sangat kuat walaupun dalaman ini, hanya Dia sahaja yang mengetahui..

Seawal usia ku 5 tahun, orang tersayang aku diambilNya.. Aku tak sempat merasa lebih seperti orang lain dapat. Ayah pimpin tangan masuk ke sekolah. Ada? Aku tak ada. Tapi tak apa. Aku belajar dari situ, bahawa aku tak seperti kanak-kanak lain.Masa tu kecik, so apa yang aku tahu, nangis je la.. Tapi mula dari itu, aku belajar. Belajar kuatkan diri. Tak boleh mengharapkan apa-apa .. dan benda yang mustahil untuk aku dapat..

Meningkat remaja, terlalu banyak pahit jerih yang aku perlu hadapi.. Nak cerita kat sini, sampai ke mati tak habis.. Ya, memang ada yang lebih sukar keadaannya dari aku.. Tapi, aku kira pengalaman hidup yang aku hadapi ni, cukup menyesakkan.. Membuatkan aku terfikir, betapa bertuahnya mereka yang lahir dalam keluarga sempurna. Bukan menyalahkan keluarga, tapi itu yang terlintas.. Ya Allah, kuatkan aku.

Dan sekarang, lewat remaja aku kira, masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah. Saban hari.. Sampaikan waktu melelapkan mata pun, aku terasa macam terpaksa berfikir untuk hari esok. Sumpah, Aku terlalu penat. Bilamana terpaksa berfikir masalah , yang bukan aku puncanya.. Sedih . Sesak dada ni.. Semak kepala ni.
Macamana nak lari? Masih ada jalan kah untuk aku lari? Atau paling tidak, boleh tak aku tak perlu langsung melaluinya? Mustahil bukan. Nak taknak, aku kena lalu jugak. Jalan jugak.. Sedih, Penat, Terkilan dan Tekanan.

Terkadang, aku berfikir, masih layak kah untuk bahagia? Mengapa terlalu berat dugaan Allah pada aku? Aku tak tertanggung. Terlalu banyak. Mana aku mampu.. Tapi, aku ada terbaca, Allah tidak akan menduga hambanya jika ujian itu tidak mampu ditanggung.. Maka, dugaan yang diberikan itu, adalah yang benar2 mampu ditanggung oleh hambanNya.. Setiap yang terjadi sudah tertulis.. Maka, walaupun terpaksa aku kena redha.. Dugaan ini mengajar aku untuk lebih kuat. Kuat kah? Aku sendiri kurang pasti.


Ya Allah, tabahkan hati ini.. Terlalu banyak yang Kau berikan.. Kadangkala, aku tidak mampu.. Sangat sukar bilamana terpaksa berhadapan dengan masalah yang bukan datangnya dari diri ini.. Aku tak kuat.




# Kedua-dua bahu aku, ada beban. Kiri Kanan. Sama Berat, Sama Banyak. 







Bye!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...