08 November 2013

Melayu or Meloya ?

Assalamualaikum..



Bilakah kali terakhir anda ditegur dengan senyuman yang ramah oleh penjaga kaunter tol atau supermarket di tempat anda?


Aku terbaca satu belog. Dan dalam belog itu ada satu entry bertajuk..IKEA dan SIFAT MANUSIA. Huhu. Sebab aku suka sangat dengan IKEA, makanya, aku baca sampai habis entry tersebut.

Dalam entry tu, blogger tengah compare kan IKEA di Malaysia dengan tempat dia tinggal, GERMAN. actually bukan lah IKEA yang nak di compare kan. Tapi sikap manusia.

Aku sangat bersetuju dengan penulis. Sangat2. Dan sebenarnya sangat kagum dengan orang German.. Macam2lah yang diceritakan. Memang lah bukan semua MELAYU ni teruk sangat, tapi dalam bukan semua tu, berapa kerat je yang bebetul OK? Sama jugak, macam orang German. Aku tak ada pengalaman ke apa. Tapi dalam setiap pembacaan berkaitan orang German ni, memang sikap dorang GRED A.

Kadang kita ni, marah sangat dok kutuk kaum sendiri. Konon nak perjuangkan sangat bangsa kita. Melayu ke yang nak diperjuangkan? bukan Islam? Ok, aku malas nak ulas panjang. Aku tak tau pape pn actually. Tapi kadang semakkkkk... Orang melayu ni kadang demand dia macam2. Kereknya macam2. Tapi pemalas. Tau nak sedap jer. Apapun takmau. Bila bangsa lain tindas, pijak .. tau nak kecoh. Kononnya, ni tanah kita. Diorang menumpang. Ye betul. Tapi lupa ke, Tanah ni milik siapa? DIA kan. bukan Melayu. Bukan bangsa lain. Makanya, yang perlu diperjuangkan agama DIA.

Sama jugak macam sikap. Berapa ramai Melayu yang prihatin dengan sense of human? Aku sendiri mengaku. Aku tak nak bangun dalam LRT bagi tempat duduk kat orang. Sebab aku malas berdiri. Hahahaha. Aku sendiri marah bila tengok bangsa lain dok bantai Melayu. Tapi, bila pikir balik.. berapa ramai anak melayu yang rajin? Kalau kat U, anak bangsa lain macam nak gila belajor.. Tak dapat biasiswa.. alasan diorang kaya. Tapi tak semua wey. Ada je yang miskin.

Tapi, anak melayu.. kau bagi biasiswa ke, apa ke.. ada ke yang bebetul grab the chance? Ada la.. yang dok melambak kat U skrg ni.. Yang selebihnya? melambak dalam pusat serenti. Seriously.


Ok.. itu jerk. huhu. Aku sebenarnya memang emo kalau citer pasal bangsa sendiri. Sebab aku semak tengok orang kita dok hingaq itu ini.. Berubah tak pun. Nak suruh boikot segala macam. Iye, tapi pikir semula.. Sapa yang benarkan benda ni semua berlaku? Kita yang bukak pintu, jemput diorang masuk.. Kita siap jamu diorang air lagi. Lepas tu, diorang pun rasa macam rumah diorang sendiri. Then, kita nak halau tetamu yang KITA JEMPUT  SENDIRI. Fikir semula.

Cermin diri dahulu. Kita ubah diri kita, diorang akan pandai2 blah dengan sendiri.




# Emo di hari Jumaat, Biasa bro. Hahahaaha



Bye! I LOVE IKEA !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...