21 September 2012

Siapa salah?

Assalamualaikum..

Tadi, aku terbaca kat satu website ni, Aku Islam. Dah lama tak buka. Sebab busy kan (padahal web len bolehh jerr) Ok2, continue. So, tajuk dia menarik.. JANGAN SAMPAI TERSALAH MEMILIH ORANG. Tapi, cerita dia tak habis. Bersambung. Bahasa dia sastera sikit, tapi aku boleh je paham.

So, aku agreed sangat dengan beberapa ayat dia..Antaranya... "Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta . Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali'

Betul kan? Aku pun rasa macam ni. Lebih baik tak bercinta, dari bercinta separuh mati, last2 salah. Ermm.. Tapi, berapa ramai antara kita yang bercinta terfikir perkara ni? Tanya pada diri sendiri, ok, mengaku tak fikir pun. Yang fikir, seronok. Tapi, nak seronok sekejap jer... Macamana nak mengekalkan keseronokan itu? Itu yang sukar.

Bila kita renung kembali, dalam setiap percintaan ada give and take. Mungkin hari ni, kita memberi dan terus sahaja memberi, tanpa menerima apa2 pun kembali..InsyaAllah, satu hari akan dapat pulangan. Dalam bercinta, jangan bajet macam kita Malaikat. Tak buat dosa. Ada, walaupun hanya dengan pandangan mata. Tapi, sejauh mana kita mampu untuk menghalang benda tu dari berulang?

Terkadang, ayat yang kita akan sematkan kemas-kemas dalam dada adalah.. 'Ala, biarlah..Janji dia sayang aku'.. Ini ayat penyedap namanya. Siapa yang sering guna ayat ni? Ye, kaum hawa. Sebab tu kaum hawa yang paling banyak menderita bila tewas dalam percintaan.

Bila kita TERpilih orang yang salah, macamana nak patah balik? Pada aku, sebelum nak patah balik sila lihat kembali, sama ada benar2 kita yang salah pilih, atau kita yang salah sebab dipilih? Wanita, apa yang mereka harapkan dalam percintaan? Kalau tanya aku, tak lain tak bukan PERHATIAN. Perhatian yang bagaimana? Itu terpulang pada setiap individu. Sebab apa? Sebab nafsu wanita ni 9. Dia banyak nafsu, akal 1 je.. Pendek dan cetek. Sebab tu diorang selalu berfikir satu benda tu teruk2. Tak boleh nak wat rilekss.. Sebab dah memang lumrahnya begitu.

Lain pulak lelaki..akal dorang 9. Nafsu 1. So, dorang mampu berfikir banyak benda dalam 1 masa. Dorang mampu buat keputusan dengan tepat kadang2.. And nafsu dorang tak terarah kepada banyak benda.. Makanya, tak boleh la nak menidakkan antara satu sama lain.. Come on babe, dah ini kejadian kita kan?

Berbalik kepada tajuk utama, huhu.. Macamana kalau terpilih orang yang salah? Cuba tengok balik, salah tang mana? Kalau mula-mula kau rasa dia ok.. tetiba dah lelama dia macam tak berapa nak ok.. Fikirlah semula, kenapa? Maybe dia jemu kot.. Asyik2 barang yang sama. Haha. So, tak payah lah nak hover betulkan keadaan, leave him/her behind. Semak kot orang macam ni..

Tak kisahlah lelaki ke perempuan.. Sama jer.. Kita ni manusia. Kalau orang tu baik.. Dia mesti akan stay the same sampai bila2.. Kasih sayang, cinta mana boleh paksa. Kita dok paksa suruh dia cakap I Love You sedia, mana bolehh... Kalau dia betul2 ikhlas, jujur.. Kau tak payah suruh.. Dia sendiri akan cakap.. Dan kita sendiri akan dapat rasa kasih sayang dia bertambah dari hari ke hari..

Tapi, bergantung gak pada keadaan..Mungkin perubahan dia akibat perubahan beberapa fasa dalam hidup dia.. Kalau sanggup, bertahanlah.. Tak payah nak pulun pecah kepala pikir kenapa dia buat aku macam ni and all that.. Bagi masa.. Tapi, kalau sampai di'ignoere' terus, atas alasan dia sedang merencana sesuatu dalam hidup dia (lelaki/perempuan) nasihat aku, kau tanya balik kat dia.. 'SAYA BUKAN 'SESUATU' KE DALAM HIDUP KAMU?' Sibuk merencana apa kebenda sampai terus tinggal bf/gf kan? Orang ada , dia pun nak ada. So?? Kalau tak pandai jaga, buat apa la nak seksa diri dan orang lain.

Ini aku review atas pemerhatian aku.. Tak ada kaitan dengan aku pun. Alhamdullilah, setakat ni aku rasa aku masih lagi stabil.. Mungkin pernah dilanda badai, tapi.. bila fikir semula.. Biasa lah. Kita tak tinggal sebumbung, nak faham semua perkara dalam satu2 masa memang tak mampu. So, take it easy. As long as, kita masih mampu tersenyum dan menjalani kehidupan seperti biasa dah kira bagus. Dan aku rasa aku tak salah memilih orang. InsyaAllah.. Mudah, berbalik kepadaNya. Ingat, kita bukan malaikat. Bertaubatlah.. Beristiqamahlah..  Tak ada rugi kat mana kalau kita meletakkan cinta kita LEBIH pada yang Hak, sebab DIA akan kurniakan kepada kita sebagaimana yang kita harapkan..

Aikkk, asal cakap bab cinta? Tak. Actually aku hanya terpengaruh dengan web yang aku baca tadi. Seringkali membaca luahan cinta orang lain di blog2.. So, aku sharekan di sini pendapat aku..Untuk sama-sama kita merenung kembali.. Jika timbul masalah dalam sesuatu hubungan, seringkali jari ini, hati ini menuding kepada pihak yang satu lagi.. Berhentilah.. Serahkan diri dan hati kepadaNya. Maka, kau akan mendapat jawapan..

So. jangan tersalah memilih.. Kalau dah tersalah, mohon petunjuk.. Ayat yang buat aku tersentak dan berfikir berjuta kali tentang apa yang pernah dilalui.. 'KALAU ALLAH pun dia MAMPU TINGGALKAN, apatah lagi KITA yang HANYA MANUSIA sama macam dia..'










# Lama aku berteleku di atas sejadah usai Maghrib tadi.. Kemana aku selepas ini? Apa yang aku mahu? Dan , YA aku sudah dapat jawapan..




Bye!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...