17 February 2012

Geisha - Kenangan Hidupku

Geisha - Kenangan Hidupku 



Jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

*
kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik hatiku butakan hatiku
kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu

mungkin karnaku terlalu mencintaimu
ku terluka

reff:
kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

kembali ke *
kembali ke reff

biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku

kembali ke reff [2x]

ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

Keluh kesah temuduga

Assalamualaikum..

Lewat petang semalam, aku ada post kan nama aku dah kuar interview. Syukur alhamdullilah. Akhirnya persoalan aku sama ada nama aku nak keluar untuk interview atau tak, terjawab. Memang keluar. Tarikhnya 28.02.2012. Selasa. Jam 7.30 pagi. Tempat, Alor Setar Kedah.

Dan perkara pertama yang muncul setelah nama keluar adalah pakaian. Haha. Aku terus imagine nak pakai baju yang mana. Balik-balik terus je bukak almari luas-luas and pilih yang aku rasa sesuai. Hahaha. Macam banyak sangat baju. Last, mak aku tegur, ini ke baju nak pi interview? Macam nak pergi tengok orang mati. Haha. Warna hitam. Dia suruh tukar. Ok, anak yang solehah, tukarlah. Pastu, sibuk lak nak match dengan tudung mana. Pastu, bercambah-cambah soalan lah aku text dekat kawan-kawan. Segalanya perihal inteview. Fuhh!

Sibuk tentang baju segala, lupa preparation untuk otak berkarat adalah ala kadar sahaja. Cuak pulak dengan nak pikir kena baca apa lagi. Apa lagi? Macam dok baca banyak berjela. Haha. Then, semalam kawan aku cakap, on la FB, ada banyak info yang boleh dikongsi. Aku memang taknak dah on FB. Sebab aku taknak bodoh menyakiti hati sendiri. Kes apa? Biarlah rahsia. Biar aku seorang yang tahu. So, dari aku bodoh dok tahan perasan tengok benda yang aku tak suka kat FB tu, baik aku deactivate terus, bodoh pun bodoh bertempat. Dosa tak tambah, Hati tak sakit. Tapi, sebab aku ni labah-labah, kaki cuak, aku on kejap lah tadi.. Aku tengok and baca semua komen kawan-kawan yang dah interview, ok. Satu je jawapan aku : TAK ADA FAEDAH. Semua nak tunjuk hebat. Semua boleh jawab. Semua gembira. Haha. Alamak aiii, takkan la yang buruk korang nak tempek kat FB tu kan? So, bagi tekanan dekat yang belum interview lagi ni haaa.. Selain asyik nak menghebatkan diri, ada jugak yang nak menakutkan. Serious. Soalan semua macam nak buat aku tak boleh bernafas. Sudahnya, aku decide nak deactivate balik kejap lagi. NEKAD. Haha.

Macamana inteview nanti? Oh, atas senarai nama yang aku post semalam tu, adalah nama kawan aku. Noor Inayah Bt Abdul Aziz. Siapa Ina ni? Dia adalah kawan aku sejak dari aku mula daftar kursus kat USM sem pertama, sampailah kami berpraktikal 4 bulan di Kepala Batas (serumah walaupun tak satu sekolah) and now until interview kami masih lagi bersama. Haha. Miracle? So, aku harap kami dapat lah sebilik. Ada la geng untuk menggoreng nanti. And, memandangkan masa interview aku adalah 7.30pagi, kami dah pakat nak stay je kat Alor Star tu terus. Means that, 27 malam tu kena lah check in hotel. Ini perancangan awal. Aku harap berjalan seperti yang sepatutnya.. Sangat tekanan.

Aku pun dah mula buat gelabah dekat mak aku. Bila aku gelabah, harus aku menggelabahkan orang lain sama. Haha. Aku dok pesan berjuta kali suruh dia baca Yassin, doa kat aku bagi dapat jawab. I kan manjewww.. Hahaha. Piraahh.. Sekali  mak aku jawab, 'susah baru ingat Tuhan, baru ingat mak.' Perghhhh.. Terbaekkk. Hahaha. Aku memang selalu macam ni. Dulu time exam kat U, kalau ada paper yang aku rasa tak dapat nak score, aku mesti gelabah paksa mak aku baca yassin time aku tengah jawab exam tu. Tak kira la pukul 10 pagi ke, 2 petang ke. Hahahaha.. So, untuk interview ni, why not kan? Muahaha.

Apapun, aku memanglah tersangat takut. (takut saja duk ulang berjuta kali, padahal usaha kelaut). Heh. Aku takut tak dapat jawab ke, tetiba aku blurr ke, aku diam ke, apa ke.. Salah jawab ke. Waaaaaa! MATI lah! And of course, siapa yang nak gagal kan? TAKNAK. Tapi tadi, bos aku cakap macam ni,

' u pi saja la.. U jangan tension, U pikir ini macam.. Kalau itu orang mau amik u , suka u, OK la. Kalau dia tak mau amik pun u boleh buat apa? U sudah try maaa... '

Sebenarnya dia nak cakap, 
' Ayu, u kalau tak dapat cikgu lagi bagus. Boleh kerja dengan I sampai bila-bila'..

Wakakakaka! Ye, dia tak bagi aku resign !

Tapi, walau apa pun, aku harap aku dapat buat yang terbaik, terbagus. Segalanya di tangan Allah. Aku hanya mampu berusaha dan selebihnya berserah kepadaNya.. Kepada yang mendoakan, terima kasih sangat. Jasa korang aku kenang. InsyaAllah, aku tak menyerah sebelum berjuang . Perghhhh.. Kehkehkeh.




# Aku masih terfikir, kenapa aku benci sangat tengok FB. Hahahahaha.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...