02 November 2011

Complete Myself and My Life


Assalamualaikum..
Tajuk kat atas mcm frasa yg sgt sinonim dgn mereka yg tgh howtt bercinta. Huhuhu..Actually, entri khas ini aku mmg buat utk dedikasi kpd mereka-mereka yg ada dalam hidup aku(selain family members aku) secara langsung atau tidak langsung. Siapakah mereka-mereka ini? (Nada serius )… Mari aku cerita..
Aku mulakan dengan kenalan di USM… warna ungu warna tema.. (",)
Beliau adalah yang terbaik aku pernah jumpa selama aku berkawan dengan orang..hahaa..(ye ke?) Aku sangat susah nak percaya orang (korang pun sama kot kan?) and sejak kenal dia..aku macam ‘oh, dia OK’, walaupun kadang-kadang banyak yang aku rasa TAK OK..(aku cerewet sangat!) Bagaimana dia melengkapi aku? Tak payah aku nak citer panjang2..Dia sahabat aku dunia akhirat..Dia banyak sangat tolong aku..aku susah dia sentiasa tolong..(aku senang pn dia tolong gak) hee…  Aku tak nak citer banyak, sebab aku rasa dia sendiri tau bagaimana dia melengkapi aku..Kepada kamu En.X, “terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya dunia akhirat…Allah saja yang mampu balas jasa kamu”..No picture to display **** hahahaaha.. 


Ini plak ialah teman aku yang aku sendiri dah anggap macam adik beradik aku..kembar aku walaupun tak seiras..mungkin perbezaan kami menyebabkan kami serasi? Hahaa..jangan marah ROOMATE ! Ya, roommate aku. Dia bukanlah orang pertama yang aku jumpa semasa kaki ini pertama kali berpijak di USM..(yelah, aku jumpa ramai orang.Pak Guard,Penggawa,Urusetia bertugas..start dah mengarut..huhuhu) Dia sebenarnya orang yang menjadi roomate sebilik aku secara rasmi selepas minggu orientasi..Dia..RAHMAH BTE ABDUL KARIM..saja aku display nama penuh…haha..Aku panggil dia ‘roomate’, ‘maid’ ehh ‘mate’, ‘mah’, ‘woi’, ‘ngok’, ‘pmpuan gila’ (ni dia yang mula pnggil aku) dan mcm2 lagi..hahaha.. mmg panggilan kami sangat ‘mesra’.. Ape yang menyebabkan kami serasi? Aku tak  ada jawapan kerana pada aku, sepanjang 4 tahun kami bersama, aku tak pernah ada alasan untuk tidak tinggal bersama dia dalam 1 bilik lagi tahun demi tahun yang aku terpaksa hadap dia 24/7..kenapa 24/7? Kerana kami jugak berada dalam kos yang sama, kelas kuliah/tutorial yang sama..hahaha..so? bila masa aku xkn hadap muka dia?? TIDO je..tu pun bila pusing kiri still boleh nampak bayang2..haha..dan dia jugak adalah orang yang bertanggungjawab dalam membesarkan badan aku.! Aku sentiasa disumbatkan dengan makanan..tidak kira masa..dan ohhh..sangat syurga ! hehehe.. Tak pernah gaduh ke?? Tipu kalau aku cakap tak pernah gaduh/bertengkar..tapi tak menjejaskan persahabatan kami..biasalah perselisihan faham..tapi, bagi aku semua benda itu sangat susah nak diingat semula sebab terlampau banyak perkara yang best2 berlaku sepanjang aku bersama dia.. Nangis aku, Nangis dia…Ketawa aku, Ketawa lah dia..(betul tak mah??)
Kalau dia membaca, aku hanya nak dia tahu..aku sayangkan dia walaupun aku jarang sangat mengaku..kehkehkeh.. Terima Kasih Allah, sebab temukan aku dengan dia..Aku harap hubungan persaudaraan ini akan kekal sampai bila-bila.kepada ko rahmah, “terima kasih yang tak terhingga kerana sudi jadi kawan aku”… (kalau ko tak kawan dengan aku, ko nak kawan dengan sapa lagi kan??) hahhaa..tak2..aku ikhlas.. I LOVE U Roomate !heee..



Lagi, kawan aku yang aku rasa seronok bila bersama..sebab mungkin kami 1 negeri?? Dia kakak aku..sebab nama ayah dia sama dengan nama ayah aku..haha.. Nur Azianti Shuhaida Bt Shamsuddin… Panjang gila nama! Haha.. Aku kenal dia dari awal aku mula masuk USM..Dia jiran aku..aku boleh rapat dengan dia sebab kami masuk Ko-k yang sama…PBSM yang tercinta…hahaa..Maka, aku dengan dia selalu la dapat berjumpa ‘buat pala’ orang kedah kata bila time berKo-K ni ha..banyak gak kenangan aku dengan dia..dan dia jugak selalu layan idea bodoh aku macam..’yan, aku nak hg wat cekodok pisang ptg ni jugak2.aku x kira, mesti makan ptg ni’…hahahaa.. atau ‘yan, hg mai skg gak bilik aku bwk makanan’..hahhaa..maka, aku akan cari dia bila aku lapar..haha.tak jugak, selalu jugak aku cari dia bila aku rasa aku perlu orang senegeri aku utk meluah rasa.. sekarang dia dah kahwin..aku doakan agar dia sentiasa bahagia hingga hujung nyawa dan cpt2 dimurahkan rezeki utk dapat baby yang comel2 dan sihat2 cam dia..hehehe.. kepada yan , “terima kasih kerana menjadi sahabat aku..moga kita akan terus bersahabat sampai hang balik kedah semula”…hahahaa… Love U !


Seterusnya..perempuan ni…Aku tak kenal dia bertahun-tahun..Baru  a few months..tapi, mungkin aku selesa berkawan dengan dia..maka, aku rasa dia jugak wujud dalam hidup aku.(kalau aku x selesa, aku xkan peduli kehadiran orang tu)..hahahaha.. Dia..Nur Athirah Shaik Amar.Aku mula kenal dia, semasa Latihan Mengajar aku bulan April 2011..Kami dapat praktikal kat 1 sekolah yang sama..Kami tinggal 1 rumah sewa yang sama..Ada lagi 3 orang yang lain..Dia yang paling aku rapat masa tu..dan sampai sekarang aku masih selesa berkawan dengan dia..Dia baik hati, pemurah dan periang..Dia Dr.Love aku..hee..masalah aku berkaitan hati dan perasaan aku refer kat dia..kadang-kadang aku dengar nasihat dia, kadang-kadang tak..aku degil..haha.tapi, dia sentiasa support apa saja tindakan aku walaupun aku taw dia tak setuju..Tapi, dia sangat memahami…So, aku selesa luahkan pada dia..And dia tak sombong even dia anak orang kaya…Dulu, aku sangka dia kereq.. ‘minah ni, kereq semacam’..hahaa..tapi lepas tinggal sebumbung, aku salah..So, dia banyak jugak bantu aku masa aku LM dlu..tapi dia tak kaki makan.itu yang sengsara skit..hahaa..dia kaki TV mcm aku gak..dia kaki jalan,kaki wayang jugak..so,masa ‘menderita’ semasa LM dulu, ada la jugak kami keluar mcari hiburan bersama..hahaha..bunyi mcm teruk sangat2…tapi, aku bersyukur kenal dia..banyak yang aku belajar..
Kepada t-rex, “terima kasih kerana menjaga aku..haha..thanks sebab sudi kawan dengan aku.. Love U babe!
  
Sungai Petani soulmate..
Mereka-mereka ini terlalu lah ramai.. Mereka sangat melengkapi aku ketika mereka bercuti.Ya, bercuti sahaja! Sebab mereka semua berada di luar kawasan…hahaha..so, bila diorang balik SP, aku dapatlah jumpa...Sembang-sembang, makan-makan, kutuk-kutuk dan maki-maki..hahahaa..
Yang pemurah lagi kuat makan sama cam aku : Pak Lah anak Pak Azmi…
Yang ganas tapi hati baik : Basitah a.k.a Tah..(dia dok sebelah aku masa Tingkatan 6, dan dia sangat kuat study ada buku rujukan segala sedangkan aku hanya pinjam yang dia..) hahaha
Yang suka bergelak ketawa merapu meraban dan sekarang dah jadi teman hujung minggu aku untuk kuar berwayang : Shahrul a.k.a mamat poyo..ahhaaha

Alam Maya Members ...
Ini pulak kisah kawan aku yang aku jumpa kata alam maya..entah mamat ni tibe2 ade je dia.hee.lama kami kawan, almost 2 years kot dari zaman myspace lagi..smpai la ke facebook ni..huhuhu.. Nama dia best, aku suke Izzat Rahyza.. Dia sengal + gila + emo + koya + poyo + dan sentap kuat..haha.. Dia selalu je wat aku gelak even hanya dengan membaca msg dia yang giler..hahaa..Aku xpernah jumpa dia.entah kalau aku jumpa dia nanti macamana lah agaknya …(pemalu ke ko pok jat?) hahahaa.. Kadang-kadang dia kasar gak..aku maki, diam la dia.hahahaaa.. dia cakap aku kasar..(takkan aku nak lemah lembut gemalai dengan ko wey? Tak selera) hahahaa..tapi aku memang selesa kawan dengan dia.. Dia suke bising-bising kat aku dalam fb..hahaa..’padan gini je lah ko kan..on..off..on ..off..’.. haaha..dah cukup wat aku gelak.. Kepada tok jat : terima kasih kerana jadi kawan alam maya yang fana pada aku..haahaha.entah bila kita dapat bertemu? Aku tak tahu..Tak pe, ada rezeki ko kawen ke, jemputlah aku (muka tak malu).hahaha…

Dan yang ini, aku tak tau nak kategorikan dia dalam kategori mana..dia kawan yang aku kenal kat USM..dia kawan alam maya aku gak…hahaa..so, padan gini je lah..letak dia sensorang uncategorized..hahaha… Sape dia? Dia Fit..nama yang aku kenal masa aku 1st year kat usm…. Dia sengal+giler jugak+cool+sangat perasan dan +sangat poyo..hahaa..aku pernah admire muka dia dulu..dulu lah..hahaa.. aku suka tengok dia…zaman-zaman berhingus dulu yang pantang tengok ada laki tinggi lampai..hahaaha.. and dia adalah salah seorang yang tak terkecuali..tapi, aku x smpai kemaruk nak berlaki ehh..bercouple..Yup! it’s true..aku xpernah ada rasa nak mengedik dengan dia..haha..and sampai sekarang kami kawan..walaupun pernah terhenti sebentar kerana ada masalah sket..Alhamdullilah, sekarang dah ok..aku senang berkawan dengan dia..kepada Fit “terima kasih jadi kawan sengal i..u kalau kawin kena panggil I jugak2 ok even u jahat tanak ajak i..” hahahahaa… thanks dude!


Sebenarnya ramai lagi kalau nak diikutkan..tapi, yang aku citer ni adalah yang dah dishort listedkan..huhuhu.mereka yang sangat memberi kesan dalam hidup aku so far..kalau mereka belot, aku remove friend la..hahaaha..harap-harap tak.. 
Thanks Buddies, for completing me & my life ! 
Bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...