29 March 2012

Nak cantik tak?

Assalamualaikum..

Aku hover apa ntah pagi tadi. Bukak 1 blog ni, tengok ada dia buat entry pasal sejenis product ni. Siap ada testimonial dia lagi. Ahkak kan hoverr bab-bab cantik ni. Sebab sedor tak berapa nak cantik.. Muahaha.

Maka, aku membaca secara langsung, telus dan teliti lah apa kebenda lah kan product ni.. Nama dia GoGen. Actually dia ni collagen. Dust collagen. Apa collagen? Alololoh.. manjew nyeww tak tahu kan? Pemalas nak google kan. Sini baca apa tu collagen..

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
.
Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri

FUNGSI KOLAGEN
  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
 Dipetik dari sumber ini. Terima Kasih.




 So, aku teruja. Sangat. Hahaha. Siapa taknak cantik kan? Kau taknak kulit kau mulus halus sempurna? Aku NAK ! So, aku terus sms dealer dia. And tak banyak soal, aku beli. Hahaha. Sangat senang kan berurusan dengan buyer macam ni. Aku yakin dia tak tipu. And memang, after payment dibuat, dia cakap nanti dia bagi tracking ID untuk pos laju. Dan dia pun dah bagi just now..

 
 
 
Sekarang, hanya tunggu benda alah tu sampai. Dia boleh mix into our drink. Milo, coffee, Tea.. Hot / Cold. Ikut tekak anda. And boleh jugak letak terus pada muka. Tapi kena mix dalam moisturizer atau apa jua jenis krim yang digunakan lah. Ini menurut dealer dia. Ada banyak la packaging dia. For first trial, kena cuba yang paling kecil and murah. And bila dah ok nanti, puas hati baru nak hover order paling besaQ. huhu..

Tak sabar nak terima parcel . Esok Jumaat, cuti. So kena tunggu Sabtu lah. Posmen Pos Laju baru keja balik. Ehee.. Nanti kalau bagus, aku update kemudian. Aku yakin bagus. Sebab terlalu banyak testimonial yang bagus aku baca kat web dia. Nak beli barang, harus tengok pendapat orang lain jugak.. kan?

So, ok la.. Nak tahu semua benda pasal product ni, baca SINI. Nak tanya pape, tanya je kat dealer dia. Lelaki pun banyak yang guna, based on testimonial yang aku baca tu lah.. Kena yakin, kalau nak cantik. Muahahaahaa! Semoga bertambah cantik. Wahhh.. bertambah konon. Padahal.........

Take Care Peeps!




# Biar Miskin, Asal Cantik.. Muahahaaahahaa..



Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...