23 February 2012

Tentang Rasa..

Assalamualaikum..


Tentang Rasa.. Tentang Perasaan.. Aku berdiam bukan kerana aku benci, atau marah atau apa sahaja.. Aku berdiam kerana aku rasa sudah tiba masanya aku memilih jalan yang terbaik untuk diri aku.. Untuk apa mengenang benda yang telah berlalu pergi? Untuk apa membuang masa melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan hasil? Dan untuk apa menahan hati mengubati luka sendiri sedangkan mereka tidak pernah tahu menghargai.. Maka, aku mula terfikir tentang perasaan sendiri yang pernah suatu ketika dulu aku abaikan demi menjaga perasaan orang lain..Sudahnya, apa yang aku dapat? 
Tiada apa.

______________________________________________________________

Aku tidak pernah menyalahkan takdir.. Atas apa yang berlaku, aku yang mahukan itu. Maka, itu yang aku jalani.. Aku fikirkan, mereka memahami.. Ternyata, hati manusia itu berbeza.. Sedih. Oleh itu, aku bangkit. Menjadi manusia yang keras hati dan melupakan segalanya.. Supaya, mereka menyedari, bahawa hati ini, diri ini bukan barang yang boleh dijual beli. Diperlukan, dicari...kemudian, dibuang bersendiri..
______________________________________________________________


Puas sudah aku menjalani segalanya sendiri.. Sehingga pernah terdetik rasa, 'kenapa sangat susah menjadi Yuhanna?'... Tersedar dari mimpi, lantas aku beristighfar.. Tidak. Aku tidak merungut. Jauh sekali aku menyesali atas apa yang terjadi. Cuma, aku juga manusia biasa, terkadang kekuatan ku goyah, terkadang kekentalanku lemah.. Itu sahaja. Maka, untuk mereka yang dulu sentiasa berjanji untuk di sisi, kini telah terlepas pergi.. terima kasih kembali..
______________________________________________________________


Mereka tidak mengerti.. Acapkali, mengatakan diri sendiri yang betul, dan aku? Aku sahaja yang bersalah. Menegur itu dan ini.. Ya, aku sedia terima. Aku diamkan sahaja.. Kesakitanku, Kelukaanku, aku pendamkan. Aku tidak bersuara, kerana apa? Aku siapa? Siapa aku untuk menegur salah mereka? Kerana mereka selalunya betul... Sudah cukup untuk aku mengatakan, aku tidak boleh menipu diri sendiri lagi.. kerana sesungguhnya aku memang tidak mampu untuk hidup bersama benda yang aku benci..Cukup..
______________________________________________________________


Berdiam diri adalah jalan penyelesaian terbaik. Kerana sebelum ini, hanya aku yang membuka bicara, menyedarkan mereka di mana yang perlu diperbaiki itu dan ini.. Hasilnya? Tiada. Mereka gembira, dan aku masih berduka. Lantas, aku membuat keputusan senekad yang mungkin, aku hanya mampu berdiam .. Menunggu mereka menyedari kesilapan mereka, JIKA mereka tersedar.. Jika..
______________________________________________________________


Buat mereka,ikhlas aku katakan, tiada dendam, tiada benci.. yang ada hanya kenangan terindah.. Terima kasih kerana banyak mengajar aku yang di dalam hidup ini, kena sentiasa tabah menghadapi segalanya.. Mengajar aku bahawasanya hati manusia itu bisa berubah.. Kerana ya, hati ini sudah berubah... Kerana ya, Hati ini sudah mati.. Dan maafkan aku kerana terlalu lama memendam rasa...Maaf.
______________________________________________________________


Aku sedia terima segalanya.. Dugaan Allah itu, kita tidak tahu macamana.. Tapi, aku pasti, Dia menduga kerana dia masih sayang pada kita.. Dia tahu setakat mana kemampuan kita.. InsyaAllah, walau apa yang terjadi, aku sentiasa akan menghadapinya. Walaupun seorang diri, walaupun tiada siapa di sisi..
______________________________________________________________




Jika ku hadir untuk disakiti

Biarlah ku pergi jauh dan sendiri

Tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

Kebodohanku telah anggap dirimu

Kan baik untukku butakan hatiku

Kau pergi saja tak ku tahu, ku terluka..











#  Aku bukan mereka ......



Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...