24 February 2012

Aku Penat Sangat .

Assalamualaikum..


Comel kan intro i? hewhewhew...


Semalam berjiwa sangat entry.. Muahaha. Geli aku . But sometimes, kita mesti ada jugak waktu untuk meluahkan rasa dalam keadaan indirectly kan? Tu pasal entry semalam berbunga sangat. Wekss. Lantaklah, blog aku. Aku tak kacau suami orang, tunang orang, bf orang pun... haaa.. kan.. dah emo. haishh..


Hari ni aku nak ngadu jugak kat blog ni secara direct. Haha. Taknak dah selindung-selindung.. Bahawasanya aku TERSANGATLAH penat ! Penat Fizikal dan Mental. Seriously.


Ok, terus terang nak umumkan, aku dah penat sangat study untuk interview. Penat bukan bermakna segalanya berada dalam kepala, dan apabila disoal kelak, aku mampu meluahkan semula tanpa gagap dan tersekat-sekat. Oh, Tidak. Actually, aku dah tak larat nak ulang baca. Dah la semuanya fakta. Bahasa Pekeliling. Gila. Pencapaian terbaik aku setakat ini adalah menghafal Falsafah Pendidikan Kebangsaaan tanpa tertinggal 1 perkataan pun. Hahaha. Aku memang kaki hafal. Tak ada hal. Tapi, untuk menterjemahkan semula, terkangkang la . So, aku cuak. Kang dia tanya benda lain, mati lah aku.


Lagi, aku dah membaca ada lah 1-2 dasar kerajaan di bawah pimpinan PM kita yang sekarang ini, dan jugak beberapa kerangka pembangunan negara yang terdahulu. Bunyi macam hebat kan? Sebenarnya TAK LANGSUNG. Setakat membaca, anak buah aku yang comot tu pun mampu. Haha. Masalahnya, bila baca 1 bab, kepala otak aku akan berfikir, ada lagi bab lain yang lebih penting yang belum dibaca. Maka, otak dan mata tidak akan bertindak secara selari.. Otak menarik aku untuk ke bab yang lain, tetapi mata masih setia pada bab yang ada depan mata. Jadi, macamana???


Macamana apa Ayu oii? Hahaha.. So, agak-agaknya, boleh tak aku tawakal sekarang? Heh. Tawakal setelah berusaha kan? Aku usaha apa. Kehkeh.. Usaha seciput poyo macam usaha teruk sangat.


So, sukacita aku nak maklumkan kat sini, bila mental kita penat, secara automatik fizikal kita akan turut letih. Buktinya? Aku. Haha. Eh, diri sendiri sebagai evidence. Hahaha.. Ye, aku sekarang rasa sangat penat. Kerja ni pun macam terpaksa. Mata ni pun, macam tak mampu nak bukak. Selamat la tinggal 1 hari je esok nak keja. Pastu, aku dah bercuti. Aku apply cuti 3 hari. Interview punya hal. Heh.


Tengah study tadi, customer sibuk la kacau nak photosat la, nak print la, nak ape la. Tergendala sebentar proses pembelajaran aku. Lepas settle, sambung semula membaca. Pastu aku terfikir. Aku kan pemikir. Suka sangat pikir benda bukan-bukan. Apa yang aku fikirkan? Aku terfikir, macamana lah aku nak sambung Master nanti kalau dah bekerja? Hahaha. Tak payah kutuk. Niat tu ada, tapi terlaksana atau tak entah la. Haha. Kalau sekarang ni keja biasa camni pun, aku tak dapat nak cope dah, dengan nak study, dengan nak keja, penat segala, merungut kat belog.. Nanti dah kerja tetap, betul-betul kerja.. nak sambung lagi study?? Adoiyai.. Kalau dah beranak pinak pulak lagi.. Macamana? Hahahahaha.. Hoi ! Jauhnya fikir.


So, kau rasa perempuan mengada macam aku ni boleh ke? Haha. Aku mula fikir macam boleh buat 2 kerja dalam 1 masa.. Tapi, bila aku amati betul-betul, rasanya macam tak boleh pulakkk.. Kehkehkeh.. Entahlah. Kerja yang satu ni pun belum lagi, dah fikir nak sambung Master pulakkk.. Eh,tapi tak salah kan? Ada rezeki, ada usaha adalah.. Tang usaha tu yang masalah tu. Muahahaha..


Ok la, aku capek sangat ni. Exhausted kata omputih.. Aku nak tido kat kaunter. Meja kaunter aku, ada lapik cermin, jadi nya sejuk. Air cond pulak menampar-nampar muka... Lagiii laaaaaa...makin kuyu mata ni.. huhu.. All right.. Take Care babe...









# Sekarang aku terfikir, relevan atau tak,sambung Master before aku menemui jodoh aku? Muahahahaa..


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...