30 April 2012

Selamat Hari Buruh

Assalamualaikum..

Advance post, sebab esok tak boleh online. Memang betolbetol rasa diri ini buruh, bila bos bagi aku cuti pada hari buruh yang mulia ini, esok.

' I bagi you cuti, sebab i kesian u mau pi dating dengan bf. Nanti u dah posting, tak boleh jumpa.' - bos.








# Sekarang cakap, bos aku suweett or tak? muahahaha.




SELAMAT MENCUTIKAN DIRI WAHAI BURUH-BURUH SEKALIAN





Bye & Take Care peeps !

28 April 2012

Ini Impian Aku.

Assalamualaikum..


-Petang  yang tenang dan damai sehinggalah....

Pakcik : Umur berapa?
Aku : 25
Pakcik : Dah kawen belum?
Aku :Belum.
Pakcik : Eh, 25 dah boleh kawen dah nii..

Aku dah mula nak menyinga. Jadah apa cakap hal kawen dengan aku ni? Apa kena mengena umur aku dengan dia??  Bukan salah, tapi mcm tak kena. So what kalau aku tak kawen lagi? Alahai.. mentaliti..

Manusia mana yang taknak hidup bahagia? Siapa yang taknak berada dalam kelompok yang dimuliakan? Dapat pahala.. Semua orang nak. Cuma, keadaan setiap manusia itu berbeza.. Ada yang  'bolos saja dinding itu', ada yang 'redah jerr', ada yang 'biar lambat asal selamat'...

And aku, aku rasa yang ketiga.. Yes. Sebab aku memang tak mampu nak tunaikan hajat hati ini sekarang. Ada, tapi bukan sekarang. Maka, aku sangat rimas bila diasak dengan soalan macam ni secara bertalu-talu. Sudahlah. Ada jodoh, sampai masa, bernikahlah aku. Haishhh..

Apa impian aku? Hmmm.. Bukan nak beli kereta besar2, handbag prada, baju lace manik berjurai, gadjet tab segala.. No. Memang idaman, tapi bila fikir semula, ada lagi benda yang LEBIH penting dari itu semua, maka terpaksa batalkan hajat itu. T________T.  Segala beban terpikul di kedua-dua belah bahu aku ni..(actually bukan bahu je, seluruh tubuh badan agaknya..) Huuu.. So , macamana?

1st, sebelum aku bertukar status, janji yang pertama ini harus dilunaskan.. Aku dah janji dengan mak, untuk belikan dia rumah. Biar dia stay kat situ... Aku kena beli dan tunaikan apa yang aku dah janji. So, mak, adik akan buat apa yang adik kata. Janji mesti di kota. Bersabarlah.. dan berdoalah mak, semoga segalanya akan berakhir..



Setelah tertunai janji di atas, maka akan diteruskan dengan janji kedua...

Melunaskann segala mak nenek hutang piutang yang ada.. *banyak. Sangat banyak. 
So, untuk benda ni kena mintak bantuan bank dan buat .....

Yes, LOAN. *must do!


Lepas tu, barulah boleh proceed dengan yang ini...



Tapi yang atas ni boleh lah disambil-sambilkan (ada ke perkataan gini? hakhakhak) dengan bawah ni...

Yeah, pertukaran status miss kepada mrs... homaigod !! (",)


Maka, inilah dia.. rencana masa depan aku. Berjaya atau tidak, hanya Dia yang tahu.
Permudahkan urusanku Ya Allah...







# Terima kasih yang men'stalker' blog aku.. Kalau kurang faham dengan perkataan 'move on' sila Google Translate. Sekian.





Bye!

27 April 2012

Alhamdullilah.. Syukur Ya Allah

Assalamualaikum..

Syukur sangat Ya Allah.. Kau makbulkan doa ku. Terima Kasih Mak. Semoga adik dapat tunaikan janji adik pada mak.




# Semoga ada sinar. Aku dah tak peduli posting mana. Janji posting.




Bye !

26 April 2012

Semoga selamat sampai..







Kepada yang dinanti kepulangannya 
(pehal macam raya lak ni?? bhahahhhaha), 
semoga selamat sampai ke destinasi. 
Jasad di Selangor, hati di Kedah ye? 
Alahai kesian... ;p













 Waiting for u, Mr.A  *hug*





Bye!

25 April 2012

Macam-Macam Hal ! Buat Hal !!

Assalamualaikum..

First, pepagi lagi dah kecewa. Sebab result SPP kuar, tapi opsyen aku belum lagi. BM dengan apa kebenda tah la.Alahai.. Tertekan lagi. aku tolong cekkan untuk member, dia berjaya. Alhamdullilah. Tahniah Erhan. And untuk yan, Tahniah jugak. (dia cek sendiri..kehkeh). Aku jugak yang entah bila.. melopong lagi tunggu. Takut nye laa..

And, pepagi jugak lagi..aku busy ya amat. Nak kena update antivirus, scan setiap PC. Yes, each PC. Gila tensi!! haha. susah kot. bnci aku. Tapi, amanat boss, maka kena la buat. untuk anak2 aku nanti, sila belajar bagus2 dalam bidang bisnes, pastu korang bukak la bisnes sendiri, jadik bos. Huhu.. Lepas siap, terus on9. Sebab nak tengok result.. Yeahhh! Result dah kuar. ! Sekali.... result opsyen lain. Ok takpe.

Then, kawan aku tagged la nama aku kat FB. huhu.. And tetiba ada la kawan lain dari opsyen lain dok hentam dalam tu.. Memang dia melawak.. Tapi kan tengah kecewa masa tu..memang aku sangat2 panas. Hangat hati ni orang kedah kata. Benci!! Kan dah kena sound dengan aku.Laser lah pulak tangan ni..hahahaa.. Sorry ar, kacau aku lagi. kehkehkeh.. Tapi, actually aku pn mlwk saja.. Marah kejap je.. Lantak la.

Then, tetiba datang plak pakcik tua mana tah.. (actually dia cust cc aku) mulut macam ....... "tak mengajaq lagi? orang tak ambik dah la tu.." Ya Allah.. pakcik oi.. saya doakan anak pakcik bukan lah graduan ISMP. ISMP =ijazah sarjana muda pendidikan.. Teruknye la rakyat malaysia berbangsa melayu ini. T_____T

So, ini antara benda2 yang membuatkan mood gembira aku turun mendadak sehingga ke angka -ve. -1 kot. sangat2 down. Then, merajuk aku pada si dia actually tak habis lagi. Haha.. Entah. Aku kan emosi. Tapi, takkan semuanya salah aku? Bilamana benda yang selalu dibuat dulu, tetiba sekarang dah tak buat. Kenapa berubah? Aku benci perubahan. Sangat tak suka. Tapi, sapa aku nak menghalang dari terus terjadi. Dan ya, aku ada satu perangai buruk, aku kalau terasa hati, aku akan diam. pendam. Dengan harapan, orang tu tahu. *Tapi, mana boleh mcm tu kan??* T____________T .


Aku tak dibayar untuk mengabdikan diri pada orang lain. Aku juga tak dibayar untuk menurut perintah orang lain. Aku tak dibayar untuk melukakan hati sendiri. Yes, i'm talking about money right now, sebab kalau aku diberi 1 juta sekalipun, belum tentu aku lakukan perkara-perkara di atas.. Kerna aku punya hati. Satu sahaja. Sinilah tempat luka, sinilah tempat gembira. Hmmmm..


Aku penat menjaga hati orang. Hati sendiri pun tak terjaga. Cukup lah buat aku terasa. Aku tak mencari derita.

Sekian sesi luahan hari Rabu. Actually wordless wednesday. Tapi, aku rasa aku tak mampu nak wordless lagi dah. Terima Kasih Blog.  Kadang-kadang alam maya bukanlah medium komunikasi yang baik, tapi pada aku ia merupakan medium luahan hati yang terbaik. Sekian.


Eh, di sebalik kekecewaan, aku kan hover tak menyempat. Padahal gaji tak masuk lagi . Lepas ni puasa. (ala, seminggu je lagikkk.. kehkehkeh) Aku dah beli idaman aku. Tak kisah la, aku nak aku mesti beli. So, tetiba ada lagi dua benda yang dok gila tadi.. muahahaa.. #dasarbernafsubinatang !


Hey ms.pants, agak2 sok kita leh jumpa tak? muahahahaa. YESZZZ!!



Ini target seterusnya.. Matiklaaaahhhhh !!




 Yang ini


 Atau yang ini??




Yang penting , dua item ni below RM 100.00. Weyh, aku keje penattt kot ! Come on, reward sket diri. Hakhakhak..





Bye!




















24 April 2012

Aku pun ada perasaan

Assalamualaikum.

Aku pun ada perasaan. Aku pun ada hati. Aku pun tahu apa makna jiwa kacau.





sekian.



Bye!

23 April 2012

Susahnya Berharap Pada Manusia

 Intro sangat berani - 'hai ms.pants, bila agaknya boleh berjumpa?'





Assalamualaikum..

Hari ni jiwa aku lara. Sangat. Entah lah. Segalanya aku rasa tak kena. Aku terasa. Terasa dengan someone. Wahai blog, sekali lagi, sila bertahan dengan emosi ini.

Susah kan kalau kita bergantung harap pada orang. i mean pada manusia. Sebab manusia adalah benda hidup. Bernyawa. Sekejap2 boleh berubah. Kalau benda mati, tak hidup, tak boleh bergerak, dia akan statik. Sedikit pn takkan mengecewakan kita. Percayalah.

Bukan mengeluh. Terkadang aku rasa , aku kurang yakin. Apa betul apa yang aku buat ni? Betul ke pilihan aku? Betul tindakan yang aku ambil.. Dan tipu, tersangat tipu kalau aku cakap, aku mampu hidup sendiri tanpa orang lain di sisi. Lumrah manusia, memerlukan orang lain sama ada untuk menyokong atau berkongsi kasih. Ya, aku juga begitu..

Jika memulakan pada awal, kenapa berhenti di pertengahan? Jika sejak dari awal begitu, kenapa perlu berubah kemudian? Tak perlu. Tak perlu berubah. Walauapa sekalipun.. Aku tak mampu menerima perubahan yang drastik.Aku benci rasa terpinggir. Aku benci orang berubah tanpa persetujuan aku. Walaupun benda tu remeh.. Sebab, permulaan kita begitu. Maka, kenapa sekarang tak sama seperti mula?

Susah berharap pada orang.. Terkadang aku rasa, aku mahu hidup sendiri.. Menentukan segalanya sendiri. Tapi, mustahil bukan. Kerana Allah telah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan.. Ya Allah, tetapkan hatiku..

Aku sangat sensitif.. Waima benda sehalus kulit kupu-kupu pun. Nampak rock.. haha. tak ada makna. Hati aku cepat tersentuh.. Bila aku mula rasa aku too much, aku akan reverse.. Supaya aku terus tak melanggar apa yang ada di hadapan... berhati-hati lah selalu..



Wahai hati, sila kental.




# Susahnya berharap.. Aku takkan ada dalam hidup mereka jika mereka tak perlukan aku..
Kerana aku diperlukan, maka aku ada..









Bye !






22 April 2012

Bosan tak sudah

Assalamualaikum..

1st of all, semua blogger akan perasan yang blogspot sudah berwajah baru. Susah nak menaip. aku tak paham. takpe , nanti belajar.

Hari ni Ahad. As usual, aku benci. So, semak kepala. Rasa nak mengamuk manjangggg!

Aku sangat bosan actually, Aku nak berhibur tengok Battleship. Malangnya, aku rasa aku orang terakhir yang tak pergi tengok lagi. Ke ada lagi yang tak pergi tengok? kita serupa.

Apapun, THANK .. Berjuta2 US Dollar (nak tunjuk betapa banyaknya THANKS aku nak bagi) kepada BFF

NUR ATHIRAH BINTI SHAIK AMAR kerana telah memecah kebuntuan aku semalam. Bosan sampai buntu. Hamek ko ! Walaupun tak lah sepenuhnya buntu ni pecah. Heh.

And, aku harap dapat tengok Battleship. Orang kata WOW ! Aku tak tengok? Ek eleh.. kata artis.. Lalala.

Kepada yang tercinta, En.A, cepatlah2 balik. You know what? I dah tak bernyawa sebab berbulan tak tengok wayang. Please Balik. Heh.


And to all, (kawan-kawan yang rajin baca blog) janganlah segan-segan nak text or apa, aku tetap aku yang dulu. Tak ada ubah pape. Aku masih Ayu yang laser. Muahaha.

Sekian.

# Apa susah sangat the new look blogspot ni? Aku pening. Alahai..



Bye!

20 April 2012

Ole-Ole dari New Zealand.

Assalamualaikum..

Hamekkk, seronok aku ! Dapat ole-ole dari New Zealand. Kau ado? hakhakhak.. RIAK TAKBUR !


CHOCOLATE dia HEAVEN !!


 





Sekian, entry bapak malas !




# Thanks Bosh!! Muah2. hakhakhak



Bye!

19 April 2012

Kak , boleh jadi kakak saya?

Assalamualaikum..

Heeeehhuuuu. Today, aku bangun awal. Pegi post office. Sebab nak renew lesen. Yeah, Yuhanna sangat berdikari sekarang. Tahun lepas nak pegi renew lesen pun terketaq mengada suruh adik luqman antar kan. Tahun ni, i dah berani pergi sendiri ok. #bongokbetulbendasenangjeww#

And, aku rasa bapak mahal.(sebab now tgh takde duit) huhu. RM47. sampai la birthday aku tahun depan.29.11.2013. Ok, tak payah la dok kena tengok sokmo takut2 terlepas tarikh renew. Huhu. Bagus jugak usaha kerajaan ni. Tadi jugak, aku dah daftar sebagai pengundi. Walaupun kawan cakap, tak leh mengundi tahun ni. Takpelaaa... At least, ada inisiatif. Bak kata dia, 'tanggungjawab is tanggungjawab.' bereh !

Ok, aku nak bercerita tentang tajuk entry..Erm.. itu adalah request salah seorang ex-student aku masa praktikal dulu. Semalam baru contact semula. Sebab dia lama menyepi. Aku tak ajar dia actually. Dia dah 18 tahun ni. lepasan SPM. and tetiba boleh kenal pun sebab dia tolong ,we oll cikgu2 prktikal ni buat mural kat Library. Dia talented. Pandai melukis. So, kami2 yang tangan kayu ni, hanya lah menolong skit2. Kata cikgu, haruslah anak murid yang buat kan? haha.

Semalam dia sms aku.. bercerita itu dan ini.And he called me .'kak'. aku ok je. Jangan kuang ajar panggil nama je sudah. Macamana sporting pn, kalau dah berpangkat, tetap kena panggil. Tak panggil ckgu pn takpe. Sebab memang aku bukan cikgu dia pun..,hewhewhewe.. He asked me a lot of questions... And i guess something. Dia ni mesti ada pape nak bagitahu ni.. But, sebab aku penat, aku tak la tanya. Tido tross..

And tadi aku dapat sms dia.. Dari cara dia bercerita, actually this boy pada aku dia memerlukan attention. I'm not really sure with my instinct, tapi based on apa yang dia cite kat aku, macam tu la.. Apa masalah dia, takkan aku nak cite sini kan? So, takpe. Diam2 sudah. Just, dia ada request la, 'kak, boleh tak jadi kakak saya? tempat saya cerita hal2 saya? tempat saya refer masalah2 saya?' And why me? haha. aku kakak yang paling rock kat dunia. hahaa. Takpe, mungkin dia selesa dengan aku. So, why not? As long as, batas-batas antara kakak dan adik , terpelihara, aku ok sahaja...


Aku terfikir, kadang-kadang bukan salah mak ayah sangat actually, mak ayah zaman sekarang terpaksa menuntut kehendak arus pembangunan sekarang. Berusaha menyediakan itu dan ini bagi keselesaan anak2.. And benda ni takkan berkesudahan. Cuma mungkin, kadang-kadang mereka terlepas pandang dalam menunaikan satu lagi amanah atau tanggungjawab yang lebih besar dari itu. So, kepada anak-anak yang dalam proses baru nak mengenal hidup ni, jangan berdendam.. Semua yang terjadi, adalah bersebab. Buruk ke baik ke mak ayah kita, mereka tetap mak ayah kita. Kalau tak kerana mereka, kita takkan ada kat dunia ni. Takkan dapat nak bergajet, berlaman sosial, berwindow shopping dan berjimba.. ahahaa.. (ini semua aku). kehkehkeh..

And to u, sabar banyak-banyak ye dik.. Dugaan hidup untuk mematangkan kamu. InsyaAllah, pasti ada sinar yang Allah akan pancarkan untuk kamu.. Apapun jadi,jangan menyalahkan orang lain. Renung sejenak, mungkin kita juga ada melakukan kesilapan, maka mungkin Allah sedarkan kita awal, untuk kita berusaha menyedarkan orang lain ataupun cukup hanya kita tidak turut sama melakukan kesalahan macam yang lain.Sekian tazkirah daripada Ustazah Yuhanna. Hahahaa..



That's all yang aku nak share today. hari ni kita tolong orang, insyaAllah, esok2 Allah tolong kita semula. Cuma kita yang selalu terlupa bahawa Allah itu malu. Malu bila Dia tidak menunaikan permintaan hambaNya. Walhal, kita ni selalu terlupa meminta padaNya.. Ya Allah, berikan petunjuk dan hidayahMu kepada kami semua. Amin.


# Manusia akan berubah mengikut kedaaan. Aku percaya yang ini.



Take Care !


Bye!

18 April 2012

Alkisah kenapa aku menulis blog ...

Assalamualaikum..

Sebelum pape, nak credit kat bonda tersayang. Sebab masakkan untuk anak dia pagi ni. Aku lah. Ye, pompuan pemalas ni. hewhewhew.. Pagi2 dah kejutkan aku. Dia masakkan ikan keli sambal tadi pagi. Dapat la aku bawak nasik g keje. Tak yah beli dah nasik kat sini yang tak sedap plus bapakkk mahall ! Walaupun hanya sambal ikan keli + kicap (benda yang MUST HAVE bila time aku nak makan) tapi cukup kenyang. Alhamdullilah. Adik sayang mak! Hahahaa. Dia masak, baru nak sayang. ekekekekee..

Ok, kita trusss ke tajuk entry. Aku macam dah lama nak tulis pasal ni sebenarnya. Tapi tengah tunggu masa yang sesusai.. blahhhh! hahaaha.poyo aihh. ok, serius. Hmm..kenapa aku menulis di blog? Aku bukan nak jadi blogger tegar. Tidak. Jauh sekali ada niat nak kaut untung (tapi kalau ada , bonus kan? hehe) And seronok sebenarnya tengok orang boleh earn money with blogging.. Tapi, aku tak la berblog sebab benda tu..Actually, alkisahnya macam ni..

Ada satu kisah yang menyebabkan aku deactivate FB aku.. so, sejak pada tu, aku rajin sangat membaca blog orang.. 1st, aku dok gila baca blog Elia..Jejariruncing tu.. Then, melarat ke blog Hanis Zalikha yang famous amos tuu.. then seterusnya, ke blog2 yang lain lah.. So, bila asyik membaca, aku tertarik.. Nak2 lagi aku kan jenis banyak celoteh..mulut asyik nak bercakap. pastu laser.. muahhahaa.. then. aku dah takde FB. Lose trus.. blurr gila. Nak 'meluahkan emosi' pun tak de tempat. So, aku try..Why not? So, i've decided to have my own.. Aku nak tulis segala apa yang aku rasa dalam ni.. Walaumacamanapun kena bertapis. Ye, sebab ini teknologi. macama-macam boleh terjadi ..cuak gak aku.. So, ada yang aku rasa, aku nak share, aku taip la di sini.. Yang aku rasa perlu simpan sendiri, aku simpan baik2..

And, antara sebab lain kenapa aku menulis blog adalah....aku nak keep reminding apa yang jadi dalam sehari-hari sepanjang aku masih bernyawa ni.. Mustahil dapat ingat semua kan? nak simpan dalam kotak ingatan ni, memory low. .huhu.. so, aku menulis di sini. Aku marah, aku benci, aku geram, aku suka, aku bahagia, aku derita..aku luahkan di sini.. No hal kalau orang tak nak membaca..Ini kisah aku.. :) Kenapa tak tulis je dalam diary? Ohh no. Susah. Nak simpan kat mana?banyak sangat masa nak menulis? Hahaha. lagi laju aku menaip rasanya dari menulis..

Lagi, aku banyak idea. sangat. aku suka mengarut. hahaaha.. aku suka pikir macam2.. and ada sahaja yang aku boleh cetuskan..Tapi, nak luah kat mana? medium yang ada, kadang-kadang tak sesuai.kat sni aku boleh mengarut sangat banyak. So, skill mengarut aku takkan tumpul..sebab hari2 dapat asah sni..hahaha. gila daa.. tapi betul. adanya blog, saya bebas menjadi diri saya.muahahahhaaha

and lagi... aku berblog adalah dengan 1 nawaitu suci iaitu, aku nak generasi aku nanti tahu macamana aku masa muda belia ni.. hahaha.. kalaulah sampai aku ada anak nanti, blog ini masih wujud.. insyaAllah.. akan aku khabarkan pada mereka.. supaya mereka tau, hardcore ke tidak mak dorang ni.. hahaaa. and, akan aku abadikan segala kisah aku nanti..insyaAllah bila dah sampai waktunya.. cuma sekarang, masa tak sesuai.. maka, aku tak rasa perlu share di sini lagi.. Sampai 1 hari nanti, aku akan simpan kenangan terindah itu di sini.. hahaha. ahhhh, benci la kena jiwang macam ni.. kehkehkeh

Seterusnya, aku berblog sekadar suka-suka.. ye, suka hati aku la. blog aku. muahahhaa!

Ok la, dah sakit sangat belakang ni..dari tadi dok hadap pc. macam la pc ni dok bagi ko duit ye ayu?



# Take Care peeps! Hidup jangan sombong. Kalau pun kau ada phD, jangan hina aunty cleaner..eh? Aku baik dengan aunty-aunty cleaner tempat keja aku ni, pak guard (yang tak gatal je) aku baik gak..ekekekeeke!





Aku dok melted Sundae Cornetto Strawberry yang belakang tu, sehari dah... hoiihh!





Bye !

17 April 2012

Semoga Ada Sinar

Assalamalaikum..

Pagi tadi bukak FB, tengok post kawan-kawan. Ramai yang kecoh cakap result IV dah keluar. alahai..Cuak giler..
 
Tengok web SPP, dia bagitahu bukan semua opsyen. So far, sejarah...etc. Sejarah, kawan2 USM aku semua LULUS. Alhamdulillah. Feel excited untuk mereka. And i? Geografirians ni.. kena tunggu lagi. Takpe.

Nak tunggu result ni , feeling dia lagi dahsyat dari nak tunggu nama kuar untuk IV 2 bulan lepas. Fuhhh! Nasib lah der.. huhuhu..

Takut. Cuak. Ketaq. Gementar. Macam-Macam. Doakan aku dan kawan-kawan aku semua lulus. Amin.



Inilah dia web yang berhantu yang akan dibuka setiap hari selepas beberapa bulan dah senyap sunyi. Inilah !




# Semoga dipermudahkan segala urusan. #tawakalillahita'ala.




Bye!

16 April 2012

Apa-Apa aje la.

Assalamualaikum...

Aku dah kerja lama sangat. I mean, kerja full time ni. 10am-10pm. NO LIFE AT ALL. memang,
sangat bosan bila pegi keja pagi , balik keja dah malam. apa pun tak boley. aku nak tengok wayang. aku nak berjalan-jalan. haha. tapi tak mampu. so? apa bole wat? dok diam-diam sini, dan kerja. itu sahaja.

Ok, ini sahaja. kalau aku tulis banyak2, kang aku nak hangin, sebab, nape orang lain boleh berjoli, and aku tak? WTF? haha!



Sekian.


# Sangat tenang bersama si dia. Syukur.


Bye!

15 April 2012

Alololo comellsss...

Assalamualaikum..

Benda - Benda yang akan membuatkan aku rasa nak sepak-sepak jer sebab terlalu comel. euwwwww..
Nak. Aku NAK !









Ni semua aku ushar dekat The Poplook


Ini pulak dekat SINI 
dan jugak belog orang lain.





one word : MELTING !




#  Aku harap aku mampu menahan nafsu serakah ini. . kahkahkah !



Bye !


14 April 2012

Wahai Hati... Bersabarlah..

 

Dulu, Kini dan Selamanya...
Hati ini merajuk, Siapa yang pujuk?
Aku. Aku Sendiri.
Tiap Kali Hati ini Dilukai..
Siapa yang Mengubati?
Aku. Aku sendiri.
Setiap Kali Hati ini Terasa,
Aku. Aku yang Berusaha agar ia Kembali Seperti Biasa.

Aku Sendiri. Aku.






# Aku taknak marah. Aku tak boleh marah. Sebab ia akan jadi lebih susah. Wahai hati, bersabarlah..







Bye!

13 April 2012

Typing Test - uji speed anda

Assalamualaikum..

Jyeaaahhhhh!! Banyak sangat masa terluang dan terbuang, tadi aku saja google benda ni. 'kepantasan menaip p.s.m.' Haha. Gila punya tak ada kerja. Actually, aku tengah isi 1 borang jawatan kosong ni. Haha. Dia suh isikan. Mana nak tawww.. P.S.M tu apa? Trengkas la apa la.. So, google.

Oh, baru tahu. p.s.m. maksudnya =perkataan seminit. Hee. So, aku kan suka buat benda bodoh2 ni. Aku try lah. Ini keputusannya..


Paham tak? Maksudnya, aku mampu menaip sebanyak 51 perkataan dalam masa seminit. Tak hebat weh. Kalau hebat, kena 70 p.s.m. mampu? TAK. hahahaa.. tersasul2 jeww.. Aku try berkali-kali. Range aku antara 49-51 jer.. ekekekee..

So, aku baru tahu  p.s.m ni hape kebenda.. so, yang tak ada kerja nak try boleh la. Kat sini. Eh, aku tak rasa bodoh pun. Ini ilmu ni. Baru kita tahu kan kepantasan menaip kita. Macam aku hari-hari pegang keyboard. Confuse, sama ada aku sepatutnya jadik cikgu atau setiausaha? Muahaha..

Oh, sebut pasal cikgu...hmmmm.. macam suram je lagik.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua. Semoga cepat dapat posting, maka cepatlah aku mengotakan janji-janji aku pada mak.


Ok lah, dah sampai seru nak bergosip di FB. ekekeeekeke.. amboihhhhh kemainn lagikk skg.. :p
Take Care peeps! 





# aku nak tengok wayang ! Nak sangat! Tapi..............




Bye!

12 April 2012

Harus Jadi Kenangan ...

Assalamualaikum..

Entry kali ni akan dibawakan secara dua waktu. Zon Siang dan Zon Malam. hakhakhaktuihhh...

Siangnya...
__________________________________________________________________________

Aku pegi keja macam biasa la semalam. Buat kerja, online, mengarut kat FB, kutuk2 kawan.. buat resume aku then dalam pukul 4.40pm macam tu, ada customer ni datang bayar. Masa lepas dia bayar tuh, aku rasa macam pening. Seriously rasa macam nak tumbang. Hoho. Aku dah suspect alamak, datang balik penyakit aku yang dulu. (low blood pressure)  Masa aku study dulu, aku ada masalah ni. And benda ni jadik bila aku terlampau stress and tak cukup tido. So, kalau dia nak jadik, aku akan pening macam nak pitam. And aku rasa berpusing lah. So, ini lah yang aku rasa semalam. Huhu.. Then aku alihkan pandangan dari komputer tu, aku tengok customer aku dalam cc ni, semua berdiri.. Huuuu. what happened ?? Diorang bsing2 cakap bergegar sambil tunjuk atas.. Aku tengok la. Memang bergoyang lampu semua.

So, diorang semua berpusu keluar. Tak sempat bayar apa dah sebab nya 1 complex ni gelabah. Aku pun dah panic. Dah la cuak. Lagi nak pikir nyawa, nak pikir cc ni..haha. Pastu, aku suruh je semua keluar. And aku betapa bongoknya, keluar bawak handphone semata. Haha. Yang tu aku teringat sebab ada dalam poket.Sekali adik yang kat cc ni cakap, akak tak bawak purse ke? hahaahaa. Lampi. T___________T.

So, keluarlah kami dari bangunan ini. Inilah dia. Inilah..


So, inilah keadaanya.. Aku pun cuak. Haha. Tengok orang cuak,pompuan over ni biasa la kannn.. kehkeh..
Then after that,naik balik. Aku gigih la bagi orang masuk lagi cc ni. Walaupun akan ada 1 lagi gegaran.And keadaan dalam cs ni lepas dari tu adalah sangat lengang..




 Dalam sejam lebih macam tu, almost 6pm jugak kot, aku pergi toilet. Dalam toilet rasa bergegar lagi. OMG.. Lari pulak keluar.. Nahhh.. semua berpusu lari plak..Aku tarik pintu kedai, zapppp.. blah turun.... hadooyai.. sekali lagi berasak2.. then adik cc yang sebelah sana tu, dah ajak balik. OK, naiklah kami. Guna tangga ok. Sangat memenatkan.. Kemas kemas barang, baliklah. Then aku dengar polis semua suruh kosongkan bangunan ni. Memang patut pun kan. Selamat tak ada pape berlaku. Alhamdullilah..

And today, amaran tsunami dah ditarik balik. Alhamdullilah. Semoga yang berada dalam kawasan amaran akan terlepas dari malapetaka ni. Ya Allah, selamatkan seluruh umatMu.Amin.


Malamnya...
___________________________________________________________________________

Orait, pompuan tak pandai serik ni walaupun konon ketaq sampai ke rumah, tetap meneruskan aktiviti di malam nya.. huu.. And my friend yang i call him pak lah, kawan dari alam sekolah sama-sama kuat makan mengajak aku kuar.Dia nak blanja aku makan. Haruskah perut tong ini menolak? Oh, Tidak. So, kami keluar. Dia ajak makan Tutti Frutti. What? Aku nak makan makanan berat. Aiskrim pun nak tapi lepas makan makanan berat dengan kenyang. *burukperangai*  Lepas bertekak bergaduh, haruslah aku yang menang.
Jom makan di Oldtown.

#Dasarpompuanperutstokin



Lepas tu, taknak mengalah pada tuntutan nafsu, Tutti Frutti here we go ! :)

  GemokGemokGemok


Lagi GemokGemokGemok


Jom tengok penaja TF yang heaven ni. TF yang heaven, bukan Dia ok. Haha. Thanks dude.



So, inilah dia cerita semalam. Eh, semalam punya citer, baru nak hupdate today? I kan lampiiii.. hakhak..
Ok, take care then. Thanks for reading this annoying blog. Weh, ada aku kisah? Muahahahaa..


# Tunggu Bulan June pulak nak makan favourite ice cream ni. :)



Bye!

11 April 2012

Ketaqq aihh..

Aku nak post benda ni sini, nak proof kat bos aku. kang dia kata aku tipu.
Bila dia balik nanti aku nak tunjuk.



Kisah Kahwin Cerai.

Assalamualaikum..

Penat berfikir nasib sendiri, jom menyibuk bercerita tentang orang lain. #DasarKepoci.   Hewhewhew.
Macam biasa, aku memang akan baca web  beautifulnara dan rotikaya setiap hari, Ye, everyday. Haha. Kata kepoci, kalau tak amik tahu kisah artis rasa tak senang duduk. Haha. Lantaklah. Aku bukan kacau orang. So, tetiba tadi ada berita pasal dua artis yang aku suka jugaklah. Si isteri, artis. Yang suami, mungkin baru nak jadi artis. Siapa dia? Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan (aku selalu confused nama dia dengan kembar dia). Dari berita yang memang sahih ni sebab dah masuk dalam Utusan Malaysia pun ok, mengatakan bahawa Rita menerima sms permohonan cerai daripada si Aidil ni haa... Alamak aiii... Luluh hati aku. #over.

Aku suka Rita. Sebab dia cantik.Boleh macam tu? hakhak..Dia pandai berlakon aku rasa. And aku suka Aidil sebab dia handsome. Dia pandai main bola tak? Aku tak pernah tengok match yang dia main. So, tak tahu nak menilai. Lantak. Tapi, bila diorang kahwin, aku tak de komen pape sebab diorang kahwin penuh kontroversi. Dari kahwin kat Thailand, pastu pergolakan antara mentua dengan menantu .. Tak kisahlah,pada aku asal diorang tak buat perkara terkutuk sudah. And aku respect kat Aidil pada mulanya sebab dia kahwin juga dengan Rita walau banyak dugaan. And aku fikir, kemelut menantu mentua tu akan selesai lah..

Rupa-rupanya tak jugak.. And tambah menyedihkan, Aidil dah tinggalkan Rita 4 bulan. Tinggal anak yang kecik2 lagi.. Alamak der... Kau apa hal? Anak kau tu.. Esok kau dah tak de, siapa nak doakan kau kalau bukan anak2 yang kau tinggalkan tu.. Bab nafkah tak nafkah belakang citer la kan. Tapi, anak kan amanah Allah. Tanggungjawab mak ayah jaga anak sampai diorang dah cukup umur. So, kesian sangat kat diorang.

Tapi, kita tak tahu kan apa yang berlaku dalam rumah tangga diorang. SO, aku pun tak ada lah nak blame si Suami tu teruk2. Just sangat tak gentle bilamana tinggalkan macam tu je, pastu guna sms nak leraikan semuanya.. Alahai.. At least, face to face ke, call ke, apa ke..  Masa bercinta, kau call hari2. Nak jumpa hari2 kann.. ni dah beranak pinak... macamana? huhuhu..

Antara sebab2 perempuan takut nak berkahwin, adalah benda mcm ni la..(aku rasa la) Sebab kuasa menjatuhkan talak adalah di tangan sang lelaki. Kalau semua lelaki boleh berfikir secara waras , rasional dan tak menyalahgunakan kuasa yang ada, ok lah kan? huhu.. Takut. Cukup takut. Perempuan ni, sekali dah berkahwin, status bujang takkan ada lagi pada dia. Hilang terus lenyap. Tetapi, kalau laki, kahwin cerai 10 kali pun, masih dapat balik title bujang tu. Kannnnn? huhu..

So, kepada Rita (cehhhh macam kawan baik aku)... aku harap dia bersabar banyak2.. Semoga anak-anak dia akan membesar dengan sempurna walaupun tanpa seorang ayah. Dugaan Allah tu kita tak tahu macamana kan. And kepada diri sendiri, semoga aku tak diceraikan sama ada melalui call, sms, email, fb ataupun mms. Eh? Haha. InsyaAllah.

Aku rasa over bila boleh tulis pasal retissss.. hahahaa.. Stress sangat pikir macam-macam. Malas dah nak pikir. Aku tengah proceed plan B now. Semoga berjaya Yuhanna .. Lastly, hari ni public holiday pertabalan YDP Agung kan? Bos aku bercuti, tetapi kuli batak harus terus bekerja. -DAULAT TUANKU-




# Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. Aku Percaya.




Bye!

10 April 2012

Susah Hati

Assalamualaikum..

Kenyataan bawah ni cukup membuatkan jantung aku terhenti dari berdegup. Ya Allah, dugaan apakah ini?






# Aku bukan cikgu Interim. Jadi, memang aku patut susah hati kan? T________T



Bye!

09 April 2012

Lamanya..

Assalamualaikum..

Wahh.. macam dah berhabuk plak blog ni. Lama rasanya aku tak meluah rasa hati kat sini secara berjela. Ye, berjela. Huhu. Busy.. Sibuk.. Nak2 lagi dah on9 FB semula. Ketegaran macam lima bulan lalu menjelma semula. Haha. Macam bongok je tangan ni mesti nak klik jugak pada setiap notifications yang ada. huhu. Maaf Blog. Maaf sebab macam bias. Heh.

So, what's going on? Macam biasa. Aku masih kat sini. Kerja kat cc dan lepas ni lagi la lama kena kerja sebab bos tak ada.. Full kot. Almost 2 weeks kot. Aku macam... fuhhh.. sabar je lah. Nak wat macamana kan? Kerja. Nak mengeluh sangat pun, tak ada makna. Ok, Stop mengarut Yuhanna.

Bila sebut pasal kerja, hmmm.. semenjak bukak FB semula ni, asyik je berita yang mendukacitakan aku baca. Tentang apa? Hal posting lah.. Semuanya samar-samar.. Macamana? Salah siapa? Nak tuding jari sangat pun, apa kuasa aku? Dulu, aku macam ok je lagi.. Sebab sangat manja terbiasa terpengaruh dengan cakap-cakap macam ni,
' Cepat atau Lambat je, Tapi Pasti Ada.....'

Ni yang selalu disogokkan ke telinga aku. Tapi sekarang, lambat sangat dah. Sangat ok. Dah setahun. Serious lari segala planning.. Ouwhh.. Macam sia-sia je pasang impian 4 tahun lepas, sebelum masuk U. Semangat berimpian..Kalau dah kerja..Nak itu ..Ini.. Sekarang? 4+1 Tahun dah...apa pun tak boleh..

Aku sebenarnya sedang merencana masa depan. Umur dah 25 tahun. Terlalu banyak yang nak difikirkan. Perihal diri sendiri, family dan orang lain.. Aku thinker. Sangat suka berfikir. Ini masalah aku. Bukan aku tak fikir tentang diri sendiri.. Siapa yang taknak bahagia ada kehidupan sempurna?  Ditambah dengan faktor umur yang membuatkan aku dah tak mampu nak mencuba banyak benda, maka macamana?

Mungkin ada hikmah. Ye, aku masih sentiasa berharap ada hikmah yang Dia sembunyikan untuk diberikan pada aku pada satu hari yang sesuai.. InsyaAllah.. Susah bilamana kita berada dalam keadaan samar-samar macam ni..Sangat susah. Nak buat apa pun tergendala.. Nak merancang masa depan lagi lah..

Ada kawan aku cakap, kalau nak kahwin, kahwin je. Tak payah pikir apa, janji lepas. Betul. Bila difikirkan semula, memang betul. Tetapi, aku tak sama keadaan macam orang lain. Maka, atas sebab perbezaan itulah, segalanya harus dilaksanakan dengan teliti, walaupun sebenarnya aku dah bersedia ke alam itu, walaupun tak pandai masak.. ahaha.. asal masak je masin, jenuh. Kehkehkeh.

So, masih menanti dengan harapan janji itu akan menjadi pasti. Kepada yang sentiasa di sisi, terima kasih. Mak, doakan adik. Semoga kata ini dapat di kota.


Aku dah penat mengerah otak untuk meluahkan rasa hati. Cukup lah kot. Papepun, review untuk ABPBH semalam adalah sangat best. Part artis perform pun terbaik amat. Semuanya lah. Sangat tak mengecewakan. BIG hugs untuk LAN Typewritter and Ziana Zain. Euww.. Part yang tak best, bila artis yang menang, (yang tak sangka akan menang) speechless tak tahu nak cakap apa, pada aku adalah poyo. Hahaha. Cakap je la. Nak sebak ke apa, nanti2 je lah. Hahaa. Sekian.



Take Care !







# Wahai derita, pergilah. Jangan Bawa Bahagia Bersama. Izinkan aku Berada Bersamanya sentiasa.



Bye!



06 April 2012



K.U.S.U.T






Bye

05 April 2012

Aku bukan Akauntan.

Assalamualaikum..

Short update jer sebab i is BUSY. Ye, tersangat busy. Bukak FB pun sebab bajet notifications mesti berpuluh. Muahaha. Yes, betul. Reply sikit, Logout semula. Haaaisshh..

Bos aku datang pagi tadi, sangat sweet :

Bos : I ada kerja nak bagi u.

Aku : Di mulut (Em, ok)............. Di hati (DAMN lah!)

Bla..bla..bla...

Fine, kena key in segala details akaun dia for every month for 3 years. Bagus. 1 tahun ada berapa hari? Darab 3 tahun? Eh,hello bukan 1 benda nak kena key in.. Bapak banyak benda yang nak kena key in. Nak kena calculate walaupun guna Excel Summary. Bila tak match, kena semak semula. Hebat tak? T_________T.


Sekian, aku malas nak merungut banyak sini. Apa kejadah tangan aku masih menaip kat sini??




# Bos, you tak rasa bersalah ke??




Bye!

04 April 2012

Ye, memang itu Yuhanna.

Assalamualaikum.

Mood aku sangat tak bagus hari ni. (Bila masa mood aku bagus?Tak pernah kot).

  • Aku benci awal bulan. 
  • Aku benci kena terpacak kat mesin photostat jadik kuli orang. 
  • Aku benci orang dok arah-arah aku benda yang aku dah tahu. 
  • Aku benci nak kena cakap benda yang sama berpuluh kali pada yang pemalas nak guna otak. 
  • Aku benci kena kongsi benda yang aku dah isytihar jadi hak milik aku dengan orang lain.
  • Aku benci orang ganggu gugat ketenteraman aku.
  • Aku benci orang lain dapat apa yang aku ada.


Kalau tahap tertinggi cemburu dapat diukur dengan ketinggian Dubai Burj, maka tahap cemburu aku adalah  itu. Tapi, aku tak pandai nak tunjuk. Kenapa? Sebabnya , orang asyik bercakap yang aku cool.. sangat cool. Atas label 'cool' inilah, aku terpengaruh, lantas menyimpan sendiri.

Terasa semacam nak buat pengumuman,
"Wahai orang luar sana, jangan terpedaya"











Sekian.




# Jangan 'sentuh' emosi aku.


Bye!

03 April 2012

Welcome To The World,Nur Alisya Damia

Assalamualaikum..







Bukti cinta kasih sayang salah seorang kawan baik aku sejak zaman sekolah..
Congrats Aisyah & Husband. 




Aku tak berani angkat. Heh. Memang dasar mak tiri. Lalalala~



# Jangan tanya soalan ,'hang bila lagi?' Sekian.


Bye!

01 April 2012

Aku dah kata. April Fool lah sangat.

Assalamualaikum.

Aku dah pernah cerita sini, aku benci hari Ahad. Actually, bukan hari yang aku benci, keadaan hari Ahad ni yang dibenci. Dah lah awal bulan.. Busy lah sangat. Report segala kena photostat. Terpacaklah wahai kaki kat depan mesin photostat tuh.. Huhu. Apa nak buat, kerja kan.

And hari ni 1st April. Kemain April fool masa sekolah dulu. Sekarang dah tak ada dah.. So, diam-diam sudah. Hahaaha.. And today aku tergerak hati nak on semula mukabuku aku yang dah lama sangat aku Off. Almost 4,5 bulan kot.. And ada bukak hari tu pun, tak sampai doplohpatjam.  Deactivate semula. Sebab macam fobia. Kalau fobia / trauma dengan Fb, we call it Facebokingphobia. Sekian bahasa saintifik dari Dr.Yuhanna. Muahaha..

Aku rasa aku dah mampu menghadapi kenyataan. Haha. Asal teruk sangat bunyi? Ada kekuatan sekarang. So, the past is past. my BFF said, move on. Ye, sedang move on. And Alhamdullilah.. sudah ok sangat-sangat daripada dulu.. Thanks Allah bagi peluang aku merasa bahagia.. Thanks to 'them'..

Oh, sewaktu entry ini ditaip, sebenarnya 5minit aku depan pc, 30minit aku kena buat kerja. Sekerat-sekerat aku menaip. Asalnya banyak idea, dah tercantas oleh lambakan kerja.. Sudahnya, sampai di sini ajelah.. Haha. Sangat berhemah menutup entry. Dasar pemalassss.. Sebelum mengundur diri, 
sila baca dialog bawah ni..

Customer  : Kak, photostat ni. Cepat sikit boleh?

Aku : Ha? Cepat? Saya kerja sorang ni. Kalau boleh cepat, saya cepat. Saya tak sure boleh ke tak.
(actually aku dah bengang dah. Memang sah-sah aku kerja sorang. Gila kot nak request benda laju-laju.Kang aku lembab, mula nak menyinga kannnnnnn..)

Customer : Diam.

* Gigih aku mempercepatkan photostat dia, masa bayar..

Customer : Sebab tu tanya boleh ke tak tadi..

Ehhhhhhhhh? Menjawab? Muahahaa.. Taw pun terbakar?? Macam-macam..


So, itu sahaja untuk hari ni. Apasal aku rasa mengarut sungguh aku menaip hari ni? *booo Ayu* 
Esok aku cuti. Setelah almost 2 weeks aku bekerja tanpa cuti. Yeahh ! Macam nak pergi enjoy tonight. 
Yes, movie time. :)







# GoGen aku dah sampai. Wahhh, harap-harap lepas ni boleh transform like Fazura. Tak pun Jessica Alba. Owwhh... ;p



Aku adore/admire segalanya lah kat dua orang pompuan atas ni.. euwwww


Take Care Love!

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...