20 June 2012

Assalamualaikkum..

Berdebu dah blog ni.. Huhuhu.. Sapu sesawang sket deh.. It's been 2,3 weeks aku kat sekolah baru ni.. Segalanya baru.. Alhamdullilah.. everything was ok. err, GREAT i think. (ye, dengan tugasan berlambak2).. Aku dapat mengajar opsyen.. Sejarah, Geografi. dan tambahan BM serta Sivik. Sayang sangat kat BM dulu kan. hamekkk ko..

And segalanya ok.. keadaan di sekolah ok. Student2 aku pun ok.. Cikgu2 semuanya baik. Banyak sangat ilmu yang dapat.. Setiap hari ilmu baru.. Pastu aku blurrrrrrrr... Sekarang jom list, apa tugasan aku..:


1) Guru Kelas Tingkatan 4 SK
2) Bendahari (guru) untuk rumah sukan Merah
3) Guru untuk bahagian HEM (kesihatan)
4) Guru BM, SEJARAH, GEOGRAFI, dan SIVIK.

Ada lagi yang picisan.. malas nak senarai.. So, TAHNIAH untuk diri sendiri. nak sangat posting kan?? Hahahaa.. Aku tak paham pape actually.. Tapi kena confident. Kena buat2 pandai. Nak hidup kan? Kalau dok lembik, segala mak nenek tak tahu, sampai bile nak pandai kan? So, kuatkan lah jiwa dan raga walaupun macam lemah jerrrrrrr... huhu..

Tadi ada Merentas Desa - 20/6/2012. Actually, banyak aktviviti yang aku nak taip sini. Cerita aku berjalan ke Terengganu, Kuantan, Dan lain2... adoiyai..mana nak cari masa?? Susah kan.. so, aku try usahakan supaya dapat jugak mengupdate.. Untuk kenangan hari tua.. Dan... Alhamdullilah.. i'm gonna and started to love my job. Hahahaa. Ye, IKHLAS. ^^

Nak upload gambor. randomly.. Hopefully , laju la. Sat lagi ada LADAP..


Bye, Take Care Peeps!









10 June 2012

Gamborrr









 Seperti yang dijanjikan.. gambar segala gambar... Random aje lah.. atas Kajang/ I-city






Straits Quay.. banyak lagi.. aku penat nak resize. ekekeke














Ini antaranyaa... belambak lagi.. sekolah tercinta aku tak upload lagikk.. nanti la.. hee. ni antara kenangan terawal sesampainya aku di Pahang ni.. dapat terus g Ganu.. huuuu..

Bye!

02 June 2012

Coretan di Pahang...

Assalamulaikum.. Salam sayang wahai belog.. Acececehh.. bersiaran aku dari Mentakab, Pahang. Rumah Nadia.. Aku dah dua hari kat sini, setibanya balik dari bercuti.. Alahai.. macam2 perasaan, tapi ku gagahi jua... Tak boleh nak ikut perasaan sangat. Kang mula la pikir mcm2.. Jom nak share cerita perjalanan aku sepanjang aku berada di bumi Pahang ni.. Hari tu tak sempat, sebab pakai HP. Hampeh jerr.. Now, guna lappy.. bereh lah. 20/05/2012-21/05/2012 - Aku bertolak ke Selangor. Dengan Mr.A, Mak, dan Pikah. Malam kami bertolak. Sepanjang perjalanan, aku tak rasa pape. Sebab mak, Mr.A masih ada dengan aku. Dan memikirkan keseronokan nak berjalan ke ICity, (sempat lagikkk kan?) ahhaha.. maka, aku rilekss jerr.. Thanks semua yang cukup banyak, membantu aku. Barang-barang, aku bawak 1 backpack, 1 beg tarik balik kampung, 1 beg laptop. Itu sahaja. Sebab aku memang bajet boleh balik cuti. ekekeke.. Duduk rumah Mr.A , hari pertama rasa nak gile. Sebab tak boleh kemana2. Hahaha.. Hanya tunggu si dia balik kerja, malam tu kami ke Icity! horeeee! Aku kan over..demand macam2.. Last2, dapat lepak sama dengan bff aku, Pak Lah. Yeaaa! Keseronokan berganda.. Hmm.. sepanjang di rumah Mr.A, aku rasa aku macam bini orang. Hahaha. Iron baju dia, lipat baju dia, tapi yang basuh baju aku, dia. Haha. Thanks sayang. I kan pemalas. =) 22/05/2012 - Hari kedua. Malam ni, malam terakhir aku berada di samping mak. Huu. Sedih. Mr.A belikan tiket kat mak, jam 11.00malam. Mr.A hantar kami ke Restoran Sate Kajang, Haji Samuri, then pandai-pandai la bawak diri.. Sebab dia ada meeting. Tak ada hal . Aku bab makan, ok jer.. Huhuhu.. Selesai makan, off we go. Hantar mak kat Hentian Kajang, mak naik bas.. Kami pun gerak. KAMI? Ye, aku dan Mr.A . He's willing to send me ke PPD TEMERLOH. oh My! ingat dah nak kena naik bus berhangkut segala mak nenek bagai. Syukur Ya Allah... Hee.. Malam tu, singgah jalan kat Uptown Jalan Reko, Kajang. Jalan je duit takde T_______T. Then, gerak la kami. Aku selamba badak tido sepanjang perjalanan. (Takut esok mata sembab kalau tak tido) hahaha. sangat selfish. Padahal, Mr.A lagi kesian, pukul 10 pagi kena attend meeting. Gagah jugak dia bawak keta. Sorry yang. ;p Exit tol Temerloh, kitorang pun rest jap dalam keta. Aku tido je. Walaupun hati tak best. Taknak pergi TEMERLOH rasa. Huuu.. 23/05/2012- Then, subuh. Bangun mandi sembahyang, siap2 tunggu fettynita datang. Tunjuk jalan ke PPD TEMERLOH. Here we go. ! huuu.. sampai sana dah jam 8 pagi. Then, Mr.A dah nak balik. Nak pecut ke Selangor lak.. Siannye la.. Thanks sangat. Aku? Tinggal la kat situ. Seronok ada, takut ada, susah hati pun ada. Dengar taklimat segala, last, jam 12pm, diumumkan.. Surat dikeluarkan.. Nama aku antara yang terawal.. Fuhh.. Bukak surat, sekali... TAHNIAH , ANDA DITEMPATKAN DI SMK BUKIT DAMAR, LANCHANG, PAHANG. Terduduk aku. LANCHANG?? Mana weyyy?? Aku tanya2 orang situ, alamak.... dia kata jalan nak ke KL. Bentong, Karak. Soalan aku, 'kalau nak ke KL, jauh tak? Trosssss! hahahahahaa. dorang kata, tak. 2 jam jer.. fuhhh , lega. hakhakhak.. Setelah itu, taklimat oleh PPD memasing.. AKu dah mati akal. Fetty punya sekolah jauh. mana boleh nak bawak aku semua. Aku dah nak nanges dah. Haha. Tapi, belum lagi. Lastly, kenal nadia. Satu sekolah dengan aku. Budak Mentakab. aku, 'boleh saya tumpang rumah awak? saya tak tahu nak stay mana.' Selamba jerrr.. ah, janji aku ada tempat tinggal malam tu. Ikut hati, nak je aku naik taxi trus pegi sekolah dengan segala backpack aku. hahaha. aku kan nekad sikit. Tapi, pikir jugak. Buatnya pengetua tak ada, macamana? Sudahnya, aku menumpang di rumah Nadia.. Ya Allah, syukur sangat. Family ni, macam family aku dah. Sangat2 baik.. Mak, Ayah, adk beradik dia.. Aku takkan lupa sampai akhir hayat. Cukup baik. Tak kisah langsung. Makan minum aku terjaga. Sumpah terharu.. 24-25/05/2012- aku pergi sekolah.. Ya Ampun, ini lagi satu hal. Sangat peramah, baik gilozzzz.. Dari Pengetua, PK Pentadbiran, Cikgu2 sampailah ke akak2 kerani.. MasyaAllah.. Sangat sporting. Suka sangat aku. Tak lah aku terpaksa skemmmmmmm je 24 jam. Hahahaa.. Dua hari di sekolah, hari last aku kena jadi emcee. suka sangat pengetua nak suruh aku. Takde hal. AKu on je. So, bercuti la lepas tu. Seminggu! Yeay!!! 26/05/2012- Mr.A datang ambik aku kat Mentakab. Kami nak gerak balik malam tu. Sempatlah dia bawak aku jalan kat The Mines.. Malamnya, kami balik naik bas. Tak pernah aku terfikir pun yang kami akan naik bas sesama, balik sesama.. Hahaha. Gila rasa. Sumpah best! 27-31/05/2012 - Bercuti di Sungai Petani nan indah.. ahahhaa 31/05/2012- Malam tu dah gerak balik Pahang semula.. Aku ada tugas yang menanti.. Kena jaga kelas tambahan.. 04/06/2012-08/06/2012. Siot. hahahaa. kalau tak dah lama aku bercuti lagik. Takpela, tugas tetap tugas. So, sekarang masih menumpang di rumah Nadia. Nanti, housemate aku dah balik, aku pindah. Ni nak pergi basuh rumah. Yeeeehaa! Thanks sangat kepada NADIA especially kerana banyak sangat membantu. Mr.A, tak yah cakap lah. Lagikkk banyak.. Huhu.. Semoga aku terus kuat. Kuat untuk mengubah nasib ...Doakan yang terbaik. Moga dipermudahkan semuanya.. InsyaAllah.. # nanti upload gamborrr..... heee. banyak sangat nak diupload nanti.. Bye U'olss!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...