11 December 2011

Two Generation

Assalamualaikum...


Pocket Bike vs Honda Petak C70


Hari tu, kawan adik aku datang rumah. Bawak benda kecik ni.. Dok repair pomen segala mak nenek kat rumah aku sampai tumpah-tumpah minyak kat lantai. Aku kan kpc (kapochi) sibuk la tanya.

"Apa benda ni? Apa nama benda ni?"  

Kawan adik aku tu macam nak tak nak je jawab. "pocket bike".  

"Ha? Ape? Pokemon?" Kahkahkahkah.. Aku saja je. Padahal aku memang tak tahu nama benda ni.

Pastu, adik aku pun sibuk condemn aku.
" Eee..Ayu ni tak taw pa, sibukk jerr "

Macam nak lempang je mulut sekor-sekor. Kuang ajo. Hahahaaa.. Ingat aku terkesan? Tak ada makna. Aku pun meneruskan edisi siasat.

Inilah dia si pocket bike...(ye kot?)  Camni je RM2k?? Hahaha

" Brapa hang beli? Banyak duit hang? "

"RM 2000 lebih jaaa.. Ini pun secondhand punya.."

RM 2000 jaaa? jaaa hang kata? Ish..ish..ishh .. Kaya sungguh ! "

Budak tuh dah menyampah tengok aku., Wakakkakaka.. Sungguh bertuah budak sekarang kan? Adik-adik aku berbulu dah, dapat kakak kaki menyibuk. Hahaha..

Tiba-tiba teringat zaman sekolah aku dulu.. Aku pergi sekolah masa form 6, naik motor Honda Petak ni.. Motor Legend kawan-kawan aku panggil. Kahkahkah.. Asal dengar ke bunyi motor aku, kalot dah diorang dok tunggu bawah port parking motor.. Hahahaa.. Kenangan.. Malu? Tak langsung. Even time tu semua dok gila Honda EX5.. Berkilat-kilat sebijik2 motor kawan-kawan aku. "Ayu, jom race... Honda Petak kan champion.."  Hahahahaha.. Kuang ajo!

Motor Legend aku..Dah usang. Sila abaikan background
(Aku pun tak paham khemah tengah-tengah rumah)

Zaman dah berubah.. Masih ada yang layan Honda petak ni. Aku tau..Sebab ada yang mintak nak beli motor legend ni daripada kitorang.. Tapi motor pusaka tak boleh jual. Jadik la tukun kat rumah tuh.. Kehkehkehkeh..

Beruntung budak-budak sekarang, nak apa semua dapat.. Bukan harga singgit dua, sekali 3,4 ribu main.. Huhuhu.... Rezeki masing-masing kan? So, takpelah.. Janji diorang tak menyusahkan orang lain dah la kan?

Tapi...

Tapi..

Tapi..

Aku masih tak paham, kenapa rumah aku selalu je dijadikan port untuk macam-macam aktiviti.. Bengkel  motor pun boleh, kedai game pun boleh, cyber cafe pun iye, kedai makan pun boleh jugak, court badminton pun ada, tapak perkhemahan pun memang sedia ada... dan macam-macam lagi lah. Hahaahaha... Lepas ni nak mintak sewa tapak la.. Buat modal beli pocket bike.. iye? Kehkehkeh


 Kalau aku yang kaki panjang ni naik, bayangkan? Kahkahkah!!



# Honda The Power of Dreams


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...