29 October 2012

Maafkan saya..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya AidilAdha. Mungkin terlewat, tapi dekat radio aku masih dengar takbir raya siap dengan lagu raya lagi. Mana ada lewat kan ?

Sepanjang raya ni, aku tak buat apa pun. Rumah aku lagi best. Apapun tak masak. Nak makan? Sila ke rumah orang lain. So, kami sempat lah terjah 1,2 rumah untuk memenuhkan perut yang berkeroncong. *Huduh Perangai*

Mood sepanjang raya aidiladha ini : Terganggu. Sangat terganggu sebenarnya.. Kerna apa? Aku macam taknak share kat sini. Sedih. Tapi, aku kena kuat.

Apa yang direncanakan, tak menjadi. Aku tak pasti, silapnya di mana. Puas aku atur strategi. Ternyata, tak menjadi. Namun, sesuatu yang aku belajar... 'kita merancang, tuhan yang menentukan..' Ada hikmah barangkali.. Mungkin belum waktunya. Harus bersabar sedikit waktu lagi..

Walauapapun, syukur aku dikurniakan teman yang sangat memahami.. Memahami apa yang terjadi, tidak mendesak atau berputus asa dengan terus-terusan menyalahkan aku.Tidak. Sokongan yang aku dapat adalah tidak berbelah bahagi. Tiada kata, 'berhenti di sini...' yang aku terima. Syukur, Alhamdullilah..

Cuma, apa yang aku harus lakukan sekarang.. aku kena kuat dan tabah. Nak taknak, aku kena terima segala kemungkinan yang berlaku. Aku harus jalani dan hadapi jua.. Bukan pintaku jadi begini.. Namun, keadaan yang tidak mengizinkan..

Aku berusaha untuk memulihkan keadaan seperti biasa. Biar sakit, biar perit.. Aku terima. Aku lakukan segalanya.. Dengan harapan,segalanya akan pulih seperti sediakala dan akan baik-baik sahaja.. InsyaAllah.

Sesuatu yang meguatkan aku sehingga ke saat ini adalah..


'Ingat tak janji saya pada tangan ini?
 Saya tidak akan lepaskan tangan ini walau apa sekalipun yang berlaku. Tidak akan..'



Lantas, nafas lega ku berhembus....Syukur Ya Allah..




Teman..., maafkan saya .





Gambar hiasan semata.







Take Care! Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...