24 April 2013

One Month

Assalamualaikum..

Hari ni adalah 24 April 2013. Ye, semua orang tau. ekekeke. Aku nak share jugak sini. Aku tak peduli.
Degil.

Orait.. hari ni genap sebulan dah aku bergelar tunangan orang. Orang mana? Orang kedah nuuu.. Hahaha. Ye, Mr.A. Tunang dia la. Alhamdullilah. Masih lagi bergelar tunang dia.Semoga gelaran ini akan kekal sebelum menjadi yang sah. Amin.

And, sepanjang sebulan ni.. memang lah banyak dugaan. Yang besar2 tu tak ada lah. yang kecik2 je. tapi, terkadang , tension gak. Haha. Aku kan emo. Tapi, Mr.A pun sama gak. Suka sangat mengusik. Sudahnya, merajuk. Haha. Tapi, alhamdullilah.. Banyak perbezaan dengan sebelum ni. Before this, asyik nak bergaduh je kejenya. Ada je yang tak kena. And mulut aku, break off sahaja. Tapi dah ada status ni, tak ada dah. Tak berani dah nak sebut. Hewhewhew

Mr.A jugak makin matang. Ye, aku mengaku. Kalau dulu, bila marah, dua2 marah. Jangan harap la nak cool down ke apa. Benda kecik je boleh jadik sebesar alam. But now, aku dah tak luak nak marah lelama. Kang marah, tetiba dia call.. And pattern dia ni, dia takkan ulas punca kemarahan aku. Dia akan cakap benda lain. Seolah2 tak ada apa yang berlaku. Kejam kan? Hahaha.

He called me and asked, 'marah lagi ke?' Hahahaha. Gila tak marah???? Lepas tu mula la dia cakap benda yang buat aku senyum sorang2. Tapi control. Tak da aku nak gelak2. Serious. Haha. Kejam. Tapi itulah dia, selama sebulan ini.Pasang surut kata orang. Biasa la tuh..

Selama sebulan ini jugak, aku boleh kira je berapa kali jumpa. Sibuk kan. Tak macam dulu. Every weekend kitorang plan pegi jenjalan. Tapi tak apa la. Aku terima je. Sebab tanggungjawab. Tak apa la. Selalu pun jemu jugak. Muahahaha..

Gedik sangat dalam we chat, dia tanya. 'Macamana rasa jadi tunangan orang?'  Aku jawab, 'awak tu macamana rasa jadi tunangan orang?' Hahahaa. Aku takmau jawab sebelum dia. Kehkehkeh.

So itu sahaja. Baru sebulan. Memang betul, tak elok bertunang lelama, tapi sabaq sat, bagi aku bernafas dulu. Aku banyak lagi impian lain. Ada jodoh, ada. Allah dah tetapkan . Betul? So, aku tau apa aku nak. Aku ada perancangan aku. Ye, Allah akan tentukan. maka, follow je la.. Sabar ye makcik2.

Ini sahaja. Banyak lagi aku nak share.Nanti ye . Nak pi buat spotcheck bebudak laki asrama pulak ni. Biasa lah, aku kan WARDEN yang dikasihi. Sekian terima kasih.






Oh lupa nak buat pesanan. Kepada Mr.A, sila setia. hahahaha.. Terima Kasih kerana menerima saya seadanya walaupun baru sekerat. Sabar la naa, tunggu lagi sekerat. ekekekkekekekk..




# Semoga cepat Allah bukak hati ini. Aminnn..




Bye !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...