28 April 2013

Kerenah ...

Assalamualaikum..

Aku nak share something here today. Ok tak payah citer la hal asrama. Aku sampai menangis sebab tension. Inilah aku. Menangis je la aku tau. T________T.

Hal apa nak story? Al kisahnya, ada la kawan aku ni.. entahlah kan.. aku pun tak faham. Tapi, aku malas pikir negatif. Mungkin dia tak ada niat. Apa kisahnya?

Gini, dia ada la tegur aku that day. Kat FB. Aku ada tukar my profile pic. Aku letak gambar tunang aku. Saja je la. Tak ada apa pun. Then, dia tegur. Asyik letak gambar tunang je.. mana gambar nikahnya? Aku balas, dah tak nikah lagi..celah mana nak letak gambar nikah.. Betul la kan? Then dia reply, dah tu.. nikah la cepat2.. tak ada la asyik gambar tunang je.. Alahai.. Aku cakap, lambat cepat kerja Dia. Then dia reply, atas kita jugak.. Amboihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. haaa, panjang amboih aku. Kau dah kenapa? Yang tak puas hati aku nikah lambat kenapa????

Memang atas kita jugak. Aku ada perancangan aku. And yes, as well DIA yang akan tentukan rite? Kalau aku merancang hujung tahun, tetiba ada kekangan , maka kena tangguh kan.. Itu bergantung atas aku jugak ke? Aku merancang sahaja. Bukan aku yang menentukan. So, aku rasa itu jawapan yang paling tepat. Tak menyakitkan hati sesiapa aku rasa.

Tapi entahlah.. Mungkin dia nak tengok aku cepat menjadi isteri orang. Amin. Siapa yang taknak? Tapi, kalau memang aku dah tak mampu.. kau nak macamana? At last aku balas, ye takpelah. Aku biaq hang lepas dulu. Aku banyak perancangan lain lagi. Ada jodoh, in shaa allah. Maka, diam lah dia.Setiap orang tak sama. Mungkin corak, rentak hidup kau sangat mudah. Hanya perlu jalan lurus. Tapi untuk aku? Mungkin kena bengkok sana sini.Tak apa la. Habuan masing2. Untuk kawan tadi, semoga selamat semua untuk hang.

Penat kan kalau melayan manusia yang cakap kekadang tu pikir situasi diri sendiri sahaja. Kita tak sama. Kalau kau bahagia, ada orang menderita. Kalau kau derita, ada orang yang lebih sengsara. Maka, jangan sibuk hal orang lain. Jaga diri kau. Kau nak kahwin, kau kahwin. Jangan kalot dengan aku. Jangan pikir aku sama macam kau. Aku nak bertunang lama mana pun, hak aku. Apa jadik pun, aku tanggung.

Tapi, macam aku cakap tadi.. takpelah. Aku terima je. Mungkin niat dia baik. So, thanks jugak. And ada kawan lain pernah tanya aku, bila tengok gambar cincin aku kat whatsapp. Kenapa tak beli besar sikit? Huhu. Terus terang cakap, aku sangat benci pakai barang kemas. Aku lagi suka silver. Lantak la no value pun. Aku sangat simple bak aksesori ni. Bukan aku la yang nak berhias macam makcik2. Cincin batu besar gabak dengan emas berkilau2. Nak pakai cincin tunang ni pun segan. Sebab memang ketara. Aku kan selalu silver. tetiba ada kilauan emas. memang semua orang perasan. Huhu.

Tak ada masalah nak beli cincin besar mana pun. Bukan nak riak. Tapi memang mampu. Tapi, yang lebih menjadi keutamaan aku adalah kehidupan selepas berkahwin. Itu yang aku pikirkan. Aku taknak rumah aku nanti rompong. Mr.A dah beli rumah. Maka,kena beli perabot pulak. Nak decorate pulak lagi. Banyak duit tu. Cincin aku kalau sebesar cincin rosmah pun, hanya kekal di jari. Mana boleh jadi tv plasma, washing machine, katil and so on. Huhu.

So, itu yang lagi penting. Tapi, lain orang lain la pandangan. Tak apa. Terpulang. ini apa yang aku pikir. jadik tak jadik, mana tau lagi. Tetiba terbeli pulak cincin besar godang. Terosssssssss... hahaa. So, tak pe. Aku tak ada hal pn. Bila orang tanya aku jawab. Tak ada masalah.

Itu sahaja. Hari Ahad hari ni, sepatutnya aku kena berjalan. Tapi, macam hampeh, aku stuck di asrama. Again, TAK ADA YANG BEST PUN MENJADI WARDEN. tetiba emo.kbai.






Aku kalau boleh, nak as simple as this. Huhu.




#  Kadang-kadang, penat bersabar.


Bye!

24 April 2013

One Month

Assalamualaikum..

Hari ni adalah 24 April 2013. Ye, semua orang tau. ekekeke. Aku nak share jugak sini. Aku tak peduli.
Degil.

Orait.. hari ni genap sebulan dah aku bergelar tunangan orang. Orang mana? Orang kedah nuuu.. Hahaha. Ye, Mr.A. Tunang dia la. Alhamdullilah. Masih lagi bergelar tunang dia.Semoga gelaran ini akan kekal sebelum menjadi yang sah. Amin.

And, sepanjang sebulan ni.. memang lah banyak dugaan. Yang besar2 tu tak ada lah. yang kecik2 je. tapi, terkadang , tension gak. Haha. Aku kan emo. Tapi, Mr.A pun sama gak. Suka sangat mengusik. Sudahnya, merajuk. Haha. Tapi, alhamdullilah.. Banyak perbezaan dengan sebelum ni. Before this, asyik nak bergaduh je kejenya. Ada je yang tak kena. And mulut aku, break off sahaja. Tapi dah ada status ni, tak ada dah. Tak berani dah nak sebut. Hewhewhew

Mr.A jugak makin matang. Ye, aku mengaku. Kalau dulu, bila marah, dua2 marah. Jangan harap la nak cool down ke apa. Benda kecik je boleh jadik sebesar alam. But now, aku dah tak luak nak marah lelama. Kang marah, tetiba dia call.. And pattern dia ni, dia takkan ulas punca kemarahan aku. Dia akan cakap benda lain. Seolah2 tak ada apa yang berlaku. Kejam kan? Hahaha.

He called me and asked, 'marah lagi ke?' Hahahaha. Gila tak marah???? Lepas tu mula la dia cakap benda yang buat aku senyum sorang2. Tapi control. Tak da aku nak gelak2. Serious. Haha. Kejam. Tapi itulah dia, selama sebulan ini.Pasang surut kata orang. Biasa la tuh..

Selama sebulan ini jugak, aku boleh kira je berapa kali jumpa. Sibuk kan. Tak macam dulu. Every weekend kitorang plan pegi jenjalan. Tapi tak apa la. Aku terima je. Sebab tanggungjawab. Tak apa la. Selalu pun jemu jugak. Muahahaha..

Gedik sangat dalam we chat, dia tanya. 'Macamana rasa jadi tunangan orang?'  Aku jawab, 'awak tu macamana rasa jadi tunangan orang?' Hahahaa. Aku takmau jawab sebelum dia. Kehkehkeh.

So itu sahaja. Baru sebulan. Memang betul, tak elok bertunang lelama, tapi sabaq sat, bagi aku bernafas dulu. Aku banyak lagi impian lain. Ada jodoh, ada. Allah dah tetapkan . Betul? So, aku tau apa aku nak. Aku ada perancangan aku. Ye, Allah akan tentukan. maka, follow je la.. Sabar ye makcik2.

Ini sahaja. Banyak lagi aku nak share.Nanti ye . Nak pi buat spotcheck bebudak laki asrama pulak ni. Biasa lah, aku kan WARDEN yang dikasihi. Sekian terima kasih.






Oh lupa nak buat pesanan. Kepada Mr.A, sila setia. hahahaha.. Terima Kasih kerana menerima saya seadanya walaupun baru sekerat. Sabar la naa, tunggu lagi sekerat. ekekekkekekekk..




# Semoga cepat Allah bukak hati ini. Aminnn..




Bye !!

21 April 2013

Cerita weekend kiter ^^

Assalamualaikum..

Hai bloggers.. errrrrrr.... readers, and anynomous.. ekkekeke.. ok, ketawa lah..ketawa. Esok ni seminggu nak tekanan. Sekolah semula. Orait, marilah meratapi kesedihan semula after this. T____________T

And today, nak share apa ye? Hal sekolah? Oh NO ! BIG NO! haha. Kita citer aktiviti kita lah ye.. Aktiviti saya. Sabtu lepas, semalam lah.. I pergi kenduri. 2 buah kenduri. Rumah anak murid. Diorang jemput. Sorang laki, sorang perempuan. Pergi bawak anak2 asrama. Ada la dalam 8 orang kot.

Lauk lebih kurang sama je. Lain sikit la kalau nak banding dengan utara. Kalau sebelah Pahang ni, mesti ada tempoyak. Tak kisah la apa cara sekalipun. Pucuk ubi masak tempoyak, patin tempoyak. Semalam siap ada ikan keli goreng lagi. And lain2 ada la .. macam biasa. Gulai daging, rendang etc. And aku makan tak banyak mana pun.. Semangat je lebeyy nak pi. Nasik minyak.. Aku memang tak suka langsung! Gulai2 lagi la.. so, aku jamah sahaja. Yang best, ole2.. Hee.. Dapat surah Yassin.

And 1 perkara yang berbeza kat sini, kita pi kenduri, sampai je rumah kenduri, terus duduk. and makan. Tak payah gaduh nak pi cari tuan rumah . Kalau sebelah utara, (taktau la betul ke tak, aku dok pi kenduri macam ni caranya) kita sampai, kena cari tuan rumah dulu. Pi salam dulu kan.. Then baru makan. Haa, sini takdak. Tuan rumah akan duduk bawah 1 payung, sampai2, kita makan je dulu. Then nak balik baru salam and dapat la goodie bag as usual. So, masa salam nak balik, tuan rumah takkan tanya, 'DAH MAKAN?'  Macam lazimnya.. Sebab dia tau, dah salam maknanya dah nak balik. Hohoho..

And itu aktiviti Sabtu.. Tadi, Ahad tadi.. I pergi jalan. Tetiba I. Muntah! Aku pergi jalan. bersama Mr.A... Ye, encik tunang. Muahaa. Gila malu nak sebut. Kalau Mr.A tanya, dia siapa? Aku macam nak pitam je jawab. Ekekeekeke. So, pergi ngan dia la. Dia mai dari Kajang. Macam biasa. Mana bagi aku pi kat dia. Takut kantoi. kan? Hahahaha.

Dia takut aku bawak keta. Goyang katanya. Hahahaha. Dah? Sampai bila nak boleh?? Huhu.. Dia datang, kitorang ke Mentakab. Hajat di hati nak tengok wayang, Sekali macam lambat sangat. Jalan2 je la. beli barang. Paw dia chocolate. Ekekekeke. Then kitorang pegi Temerloh. Lebih kurang 30 minit dari Mentakab. Kalau dari Lanchang, dalam 45 minit macam tu. Kereta aku la.. Kereta Mr.A, dia simpan. Kedekot. Haha

And, kali ni tak gaduh. Hakhakhak. Dulu, kalau jumpa je gaduh. Padahal tau, payah jumpa. Sebab jauh kan. Tapi sekarang, macam dah kurang sikit. Dah jarang laaaa.. Aku dah malas dah nak semak2kan kepala. Haha. Selalunya, aku la pemula. Kali ni, matang sikit. Kahkahkah. Tapi, tetap kena check hp dia. hahaha. Perempuan kan? it's a normal thing i guess.Bukan tak percaya . Saja syok. Haha. Tapi aku memang. Aku kan paranoid. Aku belek habis semua. Supaya aku puas hati. muahahaha

Then, baliklah lepas tu. Tak ke mana pun. Jadilah jumpa sat. Sempat jugak tengok muka dia. Dah lah susah nak jumpa. Nak lunch sesama pun payah. Takpe.. Tanggungjawab lagi penting. Maka, korbankan sebentar keinginan. In Shaa Allah.. lepas ni Allah bagi peluang.

So itu sahaja cerita weekend i. And u'ols? Ok pergi jalan jauh2 kan? FINE. simpan sendiri. kbai. ahahaha





Lepas digunting rambut. Cari saloon yang ada pekerja lelaki sampai jumpa. Muahaahhaa.









# Tengah ketaq tangan tunggu gaji. Tengok la nanti, dapat gaji aku pi Korea ! hahaha



Bye !!

19 April 2013

Lagi WeChat

Assalamualaikum..





 Bila orang tua merajuk, 







and, Shaheizy Sam weChat i.. muahahahahaha








# Serious gilerrrr dengan benda alah ni !! Hewhewhew



Bye!

16 April 2013

i nak pengsan !

Assalamualaikum..

Hai belog. Hari ni 16 April. Nothing special untuk tarikh ni. Apa yang special, aku tak tidoq petang hari ni.
Haha. Dok sembang dengan kakak sebelah meja tadi, akak senior ye..

'kak, semalam saya tido 3 jam. terbabas. mengantok sangat.'

'Eh, aku nak tido petang sikit punya susah. Kejap2 buat kerja. Tak boley tido.'

'Hahahaa.. saya letak2 kepala, trosssss....'

' Ko jangan tido lepas asar.. orang tido 15min je selepas zohor..'

'ye.. masalahnya, sampai rumah pun dah Asar... '

Gelak akak tu. iye, memang tak elok tido lepas asar. Aku tau. Tapi kadang terbabas jugakkk.. Tak boleh tahan. Gila penat..

Itulah dia. Ni esok ni, pukul 5ptg lagi balik. Kelas tambahan kauuuu..

Tadi, pukul 6 baru sampai rumah. Ambik budak kat mentakab. Haaaaaaaa... Pengsan!

Sebab tu aku kurus. Bila dah penat melampau, nasik dah tak nampak dah. Yang dok nampak, air je. Benda2 mengarut. Aku sekarang ni, boleh kira je makan nasik sekali dalam beberapa hari. Minggu lepas lagi trokkk.. seminggu tu, aku rasa 2x je aku telan nasikk.. T________T

And Mr.A perli, GEMOKKKKNYAAAA TUNANG SAYA ! Huuu.. memang cekeding tross badan aku. Bangsa kalau tak makan sehari, boleh turun 3kg sekaligus. Tensi aku!

And kalau makan banyak pun, kau tunggu la 5,6 bulan.. naik la sekilo. Aku sampai kena psiko diri sendiri. Makan la..makan laa.. bagi gemok. Teruk kann??

Nak buat macamana, Masalah aku keliling badan. bukan pinggang lagi dah ni.. :( jenuh pikiaqqq! Tension tahap lembu!!

So, itu sahaja. Memang aku buat belog ni untuk merintih. Maka, sila jangan menyampah membaca rintihan aku !





Kami pegi Ikea bebaru ni... Memang aku ngidam lama dah meatball ni.. Takpela, even Mr.A dok perli2 aku. menyampah tau. biar laaa.. i nak makan. u follow je lah. :(

Memang aku sebat habis2an, walaupun tinggal 3 bijik dari 20 bijik. Aku makan 14 bijik kot.. huhu.. ada lagi benda lain aku tibai. ! Sebab takot nanti Mr.A bising makan tak habis. T________T

Itu sahaja. Aku actually suka makan. Tapi sikit . Tapi kerap. Ok, tak paham.





# Bila rasa bahagia, makan. Bila rasa derita, telan.



Bye!

10 April 2013

Kau dah kenapa?

Assalamualaikum..

Satu soalan dari aku sebelum tu.

Memang semua lelaki bujang gatal ke?

Alkisahnya, aku pergi ke Telekom pagi tadi. Lepas bawak budak aku main bola keranjang, tak balik sekolah terus. Jalan sat. Settlekan urusan aku sat. Singgah la TM sini nak bayar bil, tanya pasal bil internet dan lain-lain.

Aku kenal la kerani dia. Lelaki ni. Pernah la bercakap bersembang untuk menguruskan hal2 internet aku dulu. Nama, dirahsiakan. Then tadi jumpa dia lagi. Aku macam biasa. Tanya dia bla..bla..blaa..

Then, dia mintak aku jumpa bos dia.. So, aku jumpa je la. Bos dia wanita. Tak ada masalah. Tapi sebenarnya aku tak payah jumpa pun. Dia boleh uruskan.

Takpe la, untuk dapat penerangan lebih terperinci. Then, aku pun duduk semula tanya segala yang aku tak paham. Sebabnya bil aku bapakk mahal bulan ni. Then, dia suruh wat report segala.

Sempat dia tanya pada aku, cikgu ajar apa? Ok takpe la. Jawab. Then, cik ke puan? Aku diam je la. Then masa nak bayar bil, dia tengok gambar aku bertunang dalam purse. And he asked a lot of questions. Aku terus jawab, maaf saya dah bertunang.

Then, memang aku kena tinggalkan no.telefon untuk TM bagi feedback semula. Dia ada text aku untuk remind 1,2  perkara yang aku kena buat dengan bil internet aku. Ok, takpela. Then, dia asked semula, betul ke tunang? Aku dah tak reply. Kau dah kenapa?????

Haishhhhhh.. Sebab memang hanya dia yang incharge untuk internet, nak taknak kena la refer dia jugak. Dia tak ada la mengancam apa sangat, Just asked me beberapa soalan. Tapi, perlu ke??

Tapi 1 je aku pegang, kau tak layan, tak menjadi jugak. So, rileks je laaa.. Nak wat macamana. rimas kekadang.. Dah2 lah.. bekerja lah secara professional.

Itu sahaja. Dan, tadi tengok video budak yang kena bantai tu kat FB. Aku salahkan mak bapak dia.Itu sahaja. Sebab mak bapak sekarang ni lebih percayakan anak2 daripada cikgu. Memang cikgu tak perfect, tapi hampir 95% mereka yang bergelar cikgu, hanya ada 1 niat sahaja dalam bekerja iaitu menjadikan anak orang lain itu berjaya dalam hidup. kalau marah, rotan itu bukan benci. Sayang? Pun tak. Itu tanggungjawab. Amanah yang kami kena pikul. Kalau tak pikir, lantak sana la. Bukan kena mengena pun..

Kesian budak tu. Tak tau la apa kes. Tapi kalau betul, memang masak la cikgu2 sekolah tu nak kena jawab dengan Jabatan. Siapa yang kena? CIKGU jugak. mak apak rileeekkk je mai tujal kepala cikgu nanti. tengok la.

Orait, dah habis membebel. Nanti sambung.



# Sesetengah lelaki kadang2 memang betul menggunakan SATU NAFSU yang mereka ada tu. Haishh.



Bye !!

09 April 2013

WeChat.. cool !

Assalamualaikum..

Huhuhu.. Sekarang smartphones dah ada 1 syndrom baru yang menulor .

Syndrom ni dah menyebabkan ramai penggunanya yang ada internet akan ketagihan.

And of course , i'm the one. Addicted trossssssssss..

Hari2 dok main menatang ni.

Haha. Jakun perak suma ada. Mr.A lagi laaa.. hahahahaaha..

Dok roger2 , bola satu bola dua paaa.. gegeh gilaa..

And this technology we called WECHAT ! weeeeee :)

Dia boleh tahan la cool.

Macam terencat je dok cakap sikit2.

Pastu suara macam kartun.

Hahahahaha.

See This !

Akibat kerabakan wabak ini, maka... tiada kata.. hanya suara. :)








# Tapi, not functional bila bergaduh. Haha. kang tergelak2. Kantoi.


Bye!

08 April 2013

Siapa tak sayang tunang oii

Assalamualaikum..


Muahahahaha.

Tajuk entry tak bleh blah.

Di tujukan khas untuk semua tunangan orang kat Malaysia,

Hahahaha.

And untuk aku jugak.

Baru saja tolong Mr.A siapkan his assignment.

Jujur said, SUSAH NAK MATI.

Memang kusut gila soalan dia.

Aku ngadap laptop dari jam 7.35pm (break for maghrib) and sampai 11.00 pm.

Aku kalau buat kerja, gila.

Memang gila. 

Maka, hasilnya.. siap.

Yes, bapakk susahnya.

Same as last year, tolong jugak.

Buat jahitan. Dengan anak2 murid kena. 

Nak suruh i menjahit? Hahaha. Alamatnya, patah abeh semua jarum yang ada.

Takpela, yang penting settle la 1 tugasan beliau. Kalau tak, asyik kusut je . Tak paham i ok. Haha

That's all untuk tajuk entry tak boleh blah. 

Kehkehkeh.

Oh ya, kerja sekolah aku pun sebenarnya MAHA BANYAK.

Dok buat macam pengetua boleyyyyyy!




# Kita tolong orang, nanti orang tolong kita pulak. Tapi.. ini kan assigment? haahaha..


Bye!

06 April 2013

Ampunkan kami Tuhan.

Assalamualaikum..


Actions speaks louder than words.

Truly.

Kalau dah tak suka tu, buat pi la macamana pun,

Tetap nak buruk

Tetap nampak puaka

Tetap nampak taik

Tetap nampak jelik

Tetap nampak jahanam

Tetap nampak celaka

Di mata mereka.

Mereka bukan Tuhan.

Bukan.


Oh Tuhanku, hanya satu pintaku, Tolong Kuatkan aku kali ini . Tolong.



# Patutnya mereka bersyukur , aku begini. Dan bukan begitu. Tapi mereka tetap tak nampak. Tak mengapa




Bye !

04 April 2013

Trivia ..

Assalamualaikum..


Aku tak tau nak post apa.. So aku tempek benda ni. Kehkehkeh.




Ini trivia (1)
 
Ni masa hari kejadian. Dia ni tunggu kat mana taktau. Dok kalot whatsapp. Haha. Hoverr kan



Ini trivia (2)

Ini mengada. haha. Start dari awal kenal, dia tau lagu ni je la. hahaha.. Then, kena dengar la dia nyanyi selalu. lol ..lol..lol..



Ini trivia (3)

Ini memang truly him. Memang dia suka lena. Haha.And dia akan text sepatah2 macam ni. Kenai dah. haha




# Mr.A, please don't change. U change, i hentam u. haha



Bye !!








02 April 2013

Bagaimana kita ?

Assalamualaikum..

Hai peeps. 2nd day of April. Time flies too fast right? Tak sempat bernafas pun rasanya. And it's been  two weeks aku bergelar tunangan orang. Perbezaan? Mungkin pada status. Tapi aku masih sama. Ayu yang dulu. Yang gila. Yang pemarah. Yang kuat melenting. Yang sensitif. Yang tegas. Yang kuat merajuk. And paling penting Yang hipokrit menyembunyikan segalanya like everything goes well. Yes, aku sangat bijak menyembunyikan segalanya. Aku bukan jenis meluahkan dekat orang sebarangan without any prejudice. Aku hanya bercerita kepada mereka yang benar2 aku trust. Itu sahaja.

And bila bercerita mengenai hipokrit. Actually aku bukan sengaja pilih untuk jadi seperti itu. Penat berlakon . Penat berpura-pura macam segalanya baik sahaja. Sangat penat. Sampaikan satu tahap, aku dah tak mampu ketawa lagi. Tapi, apa aku mampu buat? Kalau aku luahkan segalanya.. nescaya takkan ada satu manusia pun yang akan terfikir seteruk ini kah kisah kau Yuhanna? Ya, teruk. sangat. Tapi, biar aku pendam seorang diri. Kerana hampir 12 tahun aku memendam segalanya seorang diri.

Kadang-kadang, bila terasa sangat lesu, hati jahat ini terdetik.. kenapa Dia duga aku teruk sangat macam ni? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Pernah aku fikir macam ni.Selalu. Kenapa aku yang kena tanggung dugaan teruk macam ni? Aku tak kuat mana. Walaupun ada yang cakap pada aku, kau terlalu kuat Yuhanna. Kalau aku, aku tak tau macamana hidup aku. Ya, kuat luaran. Dalaman?

Apa masalah aku? Bukan sini tempatnya untuk aku bercerita. Aku hanya mengadu domba di sini. Meluahkan apa yang aku rasa. Bukan meluahkan apa yang aku tanggung. Kerna aku dah tak tahu nak bercerita pada siapa, dengan cara bagaimana. Setiap kali usai solat, aku mengadu pada Dia. Semoga Dia mendengar. Entah sampai bila..

Susahnya aku bilamana aku terpaksa menanggung segalanya yang tak sepatutnya aku tanggung. Aku terpaksa jalani segala keperitan hasil kesilapan orang lain. Ya, ada sedikit kekesalan terpancul dalam diri ini. Tapi, aku siapa? Apa yang aku boleh buat. And noobody cuba untuk memahami apa yang aku kena tanggung. Tak ada. Yang ada, hanya mereka yang menghentam terlalu teruk mengatakan segalanya berpunca dari aku. Salah aku. Tak kena itu dan ini. Itu sahaja. Sampai bila mereka akan sedar? Tuhan,  tolong aku.

 Kau pernah rasa macamana kehilangan tempat bergantung seawal usia 5 tahun? Ye, itu takdir aku. Allah bagi dugaan itu kepada aku. Supaya aku kuat seperti sekarang. Tapi, aku tak mampu sebenarnya untuk terus berjuang seorang diri. Aku terlalu letih. Izinkan aku hidup bebas. Pergi melupakan segalanya, hidup seperti orang lain walaupun tak sesempurna mana. Tapi bila?

Saat ini, apa yang ada dalam diri aku.. adalah kesedihan. Sedih sangat. Yang aku pendam segalanya sendiri demi membahagiakan orang lain. Tak mengapa, Allah itu ada bukan? Inilah manusia, bila susah baru ingat Dia. Ampunkan aku.

Kesat air mata Yuhanna, pandang depan, dan teruskan langkah dengan senyuman. In Shaa Allah.

Aku tak minta simpati sesiapa. Ini luahan rasa aku. Yang mana aku kongsi hanya dengan mereka yang memahami. Semoga kalian terus memahami. Terima Kasih.






# Yang aku percaya, Allah takkan uji umatnya kalau ujian itu tidak mampu ditanggung oleh mereka. 




Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...