28 April 2013

Kerenah ...

Assalamualaikum..

Aku nak share something here today. Ok tak payah citer la hal asrama. Aku sampai menangis sebab tension. Inilah aku. Menangis je la aku tau. T________T.

Hal apa nak story? Al kisahnya, ada la kawan aku ni.. entahlah kan.. aku pun tak faham. Tapi, aku malas pikir negatif. Mungkin dia tak ada niat. Apa kisahnya?

Gini, dia ada la tegur aku that day. Kat FB. Aku ada tukar my profile pic. Aku letak gambar tunang aku. Saja je la. Tak ada apa pun. Then, dia tegur. Asyik letak gambar tunang je.. mana gambar nikahnya? Aku balas, dah tak nikah lagi..celah mana nak letak gambar nikah.. Betul la kan? Then dia reply, dah tu.. nikah la cepat2.. tak ada la asyik gambar tunang je.. Alahai.. Aku cakap, lambat cepat kerja Dia. Then dia reply, atas kita jugak.. Amboihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. haaa, panjang amboih aku. Kau dah kenapa? Yang tak puas hati aku nikah lambat kenapa????

Memang atas kita jugak. Aku ada perancangan aku. And yes, as well DIA yang akan tentukan rite? Kalau aku merancang hujung tahun, tetiba ada kekangan , maka kena tangguh kan.. Itu bergantung atas aku jugak ke? Aku merancang sahaja. Bukan aku yang menentukan. So, aku rasa itu jawapan yang paling tepat. Tak menyakitkan hati sesiapa aku rasa.

Tapi entahlah.. Mungkin dia nak tengok aku cepat menjadi isteri orang. Amin. Siapa yang taknak? Tapi, kalau memang aku dah tak mampu.. kau nak macamana? At last aku balas, ye takpelah. Aku biaq hang lepas dulu. Aku banyak perancangan lain lagi. Ada jodoh, in shaa allah. Maka, diam lah dia.Setiap orang tak sama. Mungkin corak, rentak hidup kau sangat mudah. Hanya perlu jalan lurus. Tapi untuk aku? Mungkin kena bengkok sana sini.Tak apa la. Habuan masing2. Untuk kawan tadi, semoga selamat semua untuk hang.

Penat kan kalau melayan manusia yang cakap kekadang tu pikir situasi diri sendiri sahaja. Kita tak sama. Kalau kau bahagia, ada orang menderita. Kalau kau derita, ada orang yang lebih sengsara. Maka, jangan sibuk hal orang lain. Jaga diri kau. Kau nak kahwin, kau kahwin. Jangan kalot dengan aku. Jangan pikir aku sama macam kau. Aku nak bertunang lama mana pun, hak aku. Apa jadik pun, aku tanggung.

Tapi, macam aku cakap tadi.. takpelah. Aku terima je. Mungkin niat dia baik. So, thanks jugak. And ada kawan lain pernah tanya aku, bila tengok gambar cincin aku kat whatsapp. Kenapa tak beli besar sikit? Huhu. Terus terang cakap, aku sangat benci pakai barang kemas. Aku lagi suka silver. Lantak la no value pun. Aku sangat simple bak aksesori ni. Bukan aku la yang nak berhias macam makcik2. Cincin batu besar gabak dengan emas berkilau2. Nak pakai cincin tunang ni pun segan. Sebab memang ketara. Aku kan selalu silver. tetiba ada kilauan emas. memang semua orang perasan. Huhu.

Tak ada masalah nak beli cincin besar mana pun. Bukan nak riak. Tapi memang mampu. Tapi, yang lebih menjadi keutamaan aku adalah kehidupan selepas berkahwin. Itu yang aku pikirkan. Aku taknak rumah aku nanti rompong. Mr.A dah beli rumah. Maka,kena beli perabot pulak. Nak decorate pulak lagi. Banyak duit tu. Cincin aku kalau sebesar cincin rosmah pun, hanya kekal di jari. Mana boleh jadi tv plasma, washing machine, katil and so on. Huhu.

So, itu yang lagi penting. Tapi, lain orang lain la pandangan. Tak apa. Terpulang. ini apa yang aku pikir. jadik tak jadik, mana tau lagi. Tetiba terbeli pulak cincin besar godang. Terosssssssss... hahaa. So, tak pe. Aku tak ada hal pn. Bila orang tanya aku jawab. Tak ada masalah.

Itu sahaja. Hari Ahad hari ni, sepatutnya aku kena berjalan. Tapi, macam hampeh, aku stuck di asrama. Again, TAK ADA YANG BEST PUN MENJADI WARDEN. tetiba emo.kbai.






Aku kalau boleh, nak as simple as this. Huhu.




#  Kadang-kadang, penat bersabar.


Bye!

3 comments:

auni zali said...

al-kisah cincin pun lekat... hahahaha.... besar xmesti mhai kecik xmesti murah.. tu semua hak memasing...

Noor Ain Bt Yaacob said...

sapa yg kalot sgt psal hal nikah kawen ang? tak yah layan la ayu.. wat sakit hati ja.. kita bhgia dia sakit hati.. kita sedih ada dia kisah? nak ikot ckp org tak hidup aman la kita... jgn sedih2 k.. blm sampai seru lagi... rilek kay...

Yeah, saya! said...

ekin-haha. nti nk p bli bsaq rim keta.haha

ain-yup.takpa. ak x ksh pn.. tq tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...