13 November 2013

Jangan Curang

Assalamualaikum..

' Awak malu ey ada tunang macam saya? '

Hahahahaaa.. Aku pernah tanya soalan ni kat Mr.A. Kes apa aku tanya, entah tak ingat. Aku kekadang kan macam ting tong. Haha. Tapi kan sebenarnya, kau tanya la semua jenis wanita yang bebetul wanita kat dunia ni, diorang mesti ada rasa yang diorang ni bukan la yang terbaik untuk pasangan memasing. Walaupun hakikatnya, diorang dah lakukan yang terbaik.

Itu lumrah Hawa.. Maka, mohon kaum Adam jangan pertikai.

Aku nak cerita apa sebenarnya ni? Bukan nak share apa kaum adam kena buat pada seorang wanita. No No No. Benda macam tu, subjektif. Lain orang Lain cara kan..

Actually, aku agak bertuah dapat 'kawan' macam Mr.A. Ye, tak payah nak sengih ye. hahahaa. Bertuah kenapa? Nak cakap macamana pun tak tau. Tapi, seingat aku berkawan dengan dia.. marah macamanapun, bila dia jawab call aku.. tak pernah lagi dia tengking dengan suara melebihi suara aku. hahahaa.. suara aku kuat dan nyaring yerr..

Mesti ada yang cakap, elehhhh.. tak kahwin lagi.. memang la.. Ye, betul dan tepat sekali. But guys, pelisss.. doakan yang bebaik.. In shaa Allah.. Korang pun dapat yang terbaik.. Aku tak mengharap ihsan di sini, cuma aku rasa.. tak salah kita sesama berdoa untuk sesama sendiri kan? Aku doa kau, kau doakanlah aku. ;)

Dan seingat aku jugakla.. sepanjang aku berkawan / berscandal dengan kawan2 lelaki.. hahaha.. tak ramai ye... aku bukan playgirl.. hahahaha.. aku tak ada lagi la problem melibatkan pihak ketiga . Means , clash sebab dia curang. Main betina belakang i.. Alhamdullilah. Tak ada. yang ada, sebab sikap. Itu sahaja.

And aku harap, pilihan aku pun sama jugak.. Tapi kan, kalau pun ujian itu ada.. Aku tak tau aku mampu buat apa.. Huhu.. In Shaa Allah, tak ada. Doakan jugak. AKu doakan kau.

Bukan apa, bila ada kengkawan yang kena tipu hidup2 gini, aku rasa macam... Eh, apa bangsat sangat korang ni?? Kalau taknak, jangan kawan. Apa la ... Jangan main2 dengan hati dan perasaan. Berdosa tau tak?? Kalau rasa bukan taste kau, jangan la cuba try. Kau dah bunuh semua peluang dia untuk bersama dengan lelaki yang lebih bagus dari si tolol macam lu. Haaa..

Aku pun pelik, apa jenis manusia la.. Kepada kengkwan aku, be strong ok. In Shaa Allah, dia dapat balasan.

And apa lagi ey, sepanjang melalui satu perhubungan serious ini, memang banyak sangat perubahan. Segalanya tak indah. Bukan macam dalam novel. Ada masa aku jatuh terduduk, ada masa aku makan hati, ada masa aku menangis sendiri.. Tapi, Allah gantikan dengan kesenangan cara lain. Sabar. kau kena banyak sabar dan muhasabah..

Alhamdullilah, akhirnya yang keruh, yang mendung akan pergi.. Walaupun ada masa dia akan kembali.. Aku bersyukur sangat ada tunang macam dia.. Alhamdullilah.. Aku tak kata dia sempurna segala2 nya.. tapi, kami sama2 melengkapi. Aku tegur, dia terima. Dia tegur aku terima. Itu yang penting dalam komunikasi.

Terima Kasih kerana tak menduakan saya.. (mana kau tau?) bisik syaitan.

Setakat hari ini, saat ini.. aku masih percaya dengan kejujuran si dia..

Dan aku akan terus percaya dengan kuasa Allah swt.

Terima Kasih jugak kerana tidak membelakangkan saya selama kita berkawan ini.

Terima kasih jugak kerana percaya pada saya.

Terima kasih kerana menjaga hati saya..

Terima lasih kerana tetap pandang saya walau saya berpaling.

Terima kasih kerana ada di 'sini'..











#May the shine, is mine.




Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...