31 March 2012

Aku rasa ini cool.

 
Salahkan diri sendiri, 
jika dah membesarkan anak selama 20 tahun 
tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. 
Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.
 - Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI-
 
 








# Aku rasa ini sungguh cool. Kau rasa tak?



Bye!

30 March 2012

Sesaat Kau Datang, Sesaat Kau Hilang.

Assalamualaikum..

Dear blog, send my regards to sang mantan...


Maafkan aku, andai ini jalan yang ku pilih..
Sememangnya ini yang terbaik,
Maafkan aku, 
kerna bukan aku yang selayaknya untuk mengisi ruang di hatimu..
Jika kau pernah pergi, 
Mengapa mesti kembali..


Pernah ku bicara,
Jangan sampai hati ini mati,
Pernah ku ungkap kata,
Jangan pernah kau lukai lagi,
Kerna bila hati ini mati,
Bila hati ini dilukai..
Sukar untuk aku ubati..


Terima kasih atas segalanya..
Terima kasih atas kenangan,
Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini..
Terima kasih ...

Kisah kita hanya sejarah..
Maafkan aku kerna tidak mampu,
Mengulangi sejarah itu..

Buat Sang Mantan,
Tolong Mengerti,
Tolong Fahami,
Sila Pergi 
DAN
Jangan Kembali...





Jika ku hadir untuk disakiti
Biarlah ku pergi jauh dan sendiri
Tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

Kebodohanku telah anggap dirimu
Kan baik hatiku butakan hatiku
Kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu
Ku terluka....










#  Biarlah ku simpan menjadi kenangan hidupku........








Bye !

29 March 2012

Nak cantik tak?

Assalamualaikum..

Aku hover apa ntah pagi tadi. Bukak 1 blog ni, tengok ada dia buat entry pasal sejenis product ni. Siap ada testimonial dia lagi. Ahkak kan hoverr bab-bab cantik ni. Sebab sedor tak berapa nak cantik.. Muahaha.

Maka, aku membaca secara langsung, telus dan teliti lah apa kebenda lah kan product ni.. Nama dia GoGen. Actually dia ni collagen. Dust collagen. Apa collagen? Alololoh.. manjew nyeww tak tahu kan? Pemalas nak google kan. Sini baca apa tu collagen..

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
.
Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri

FUNGSI KOLAGEN
  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
 Dipetik dari sumber ini. Terima Kasih.




 So, aku teruja. Sangat. Hahaha. Siapa taknak cantik kan? Kau taknak kulit kau mulus halus sempurna? Aku NAK ! So, aku terus sms dealer dia. And tak banyak soal, aku beli. Hahaha. Sangat senang kan berurusan dengan buyer macam ni. Aku yakin dia tak tipu. And memang, after payment dibuat, dia cakap nanti dia bagi tracking ID untuk pos laju. Dan dia pun dah bagi just now..

 
 
 
Sekarang, hanya tunggu benda alah tu sampai. Dia boleh mix into our drink. Milo, coffee, Tea.. Hot / Cold. Ikut tekak anda. And boleh jugak letak terus pada muka. Tapi kena mix dalam moisturizer atau apa jua jenis krim yang digunakan lah. Ini menurut dealer dia. Ada banyak la packaging dia. For first trial, kena cuba yang paling kecil and murah. And bila dah ok nanti, puas hati baru nak hover order paling besaQ. huhu..

Tak sabar nak terima parcel . Esok Jumaat, cuti. So kena tunggu Sabtu lah. Posmen Pos Laju baru keja balik. Ehee.. Nanti kalau bagus, aku update kemudian. Aku yakin bagus. Sebab terlalu banyak testimonial yang bagus aku baca kat web dia. Nak beli barang, harus tengok pendapat orang lain jugak.. kan?

So, ok la.. Nak tahu semua benda pasal product ni, baca SINI. Nak tanya pape, tanya je kat dealer dia. Lelaki pun banyak yang guna, based on testimonial yang aku baca tu lah.. Kena yakin, kalau nak cantik. Muahahaahaa! Semoga bertambah cantik. Wahhh.. bertambah konon. Padahal.........

Take Care Peeps!




# Biar Miskin, Asal Cantik.. Muahahaaahahaa..



Bye !

28 March 2012

Worth While [7]

27 March 2012

Pheww..

Assalamualaikum..

Thanks Ex-Student yang datang melawat. (muntoh ijau bila guna EX STUDENT). Muahahaa.

Thanks utk idaman qolbu yang menjadi kenyataan. Atikah Thanks. (Silap eja nama, jangan kecoh). Heh.


Suka sangat, tapi dalam tu cuak jugak.Haisshhh.. Customer oh Customer.


Kepada budak-budak SPM, yang nak isi borang maktab, Jangan Suruh Akak CC isikan.
Muahahaa.

And, Sila Ukur Keputusan Sendiri dengan kos yang dipilih. Jangan ukur dengan keputusan orang lain.


Cuak aku, cuak. Sekian.



Bye!

26 March 2012

Scary Movie

Assalamualaikum..

Meh sini nak citer skett. Pepagi lagi dah scary. Actually benda ni semalam . Tak sempat post semalam, bz. Aku delayed today. Aku cuak betul. Otw nak ke tempat keje, ada satu motor ni, buruk tak buruk sangat, tapi rider dia lagi buruk. Aku tak sure bangsa apa, sebab aku takut nak tengok. Mula tu, aku dah perasan, dia macam betul tak betul je. Dengan helmet yang tah pape, dia sendiri pun macam blurr jer. Aku potong la, dah lambat sangat dia, Sekali dia ushar.. Adoiyai.. Dia kat belakang aku, aku dapat tengok dia memang usha lain macam.

Aku buat selamba je la. Slowly je aku bawak motor. Dah tak berani nak laju-laju. Actually aku nak suruh dia blah dulu.. Ok, dia potong aku.. Sekali lagi dia ushar.. Aku buat-buat tak nampak lah kan. Gila nak ushar balik? Walaupun atas motor. Takut gak lah.. So, dia dah lepas depan da. Aku macam.. phewwwww...lega. Untuk sedapkan hati, aku tak nak lah pikir pape. Mungkin dia saja tengok je lah kot kan..

So, masa kat traffic light, aku memang bawak motor slow gila. Biar lah aku kena tunggu red light balik, walaupun actually aku boleh je pecut. Takpe, biar dia blah dulu. Selamat lah kan.. Bila aku dah sampai tempat kerja, aku nampak dia dah belok ke belakang bangunan ni dah.. Ok, lega . Lepas aku parking siap semua, masa tengah jalan nak masuk shopping complex ni, nahhhh haaaiiii... Dia ada je betul-betul tepi bangunan ni.. Aku cuak gilaaa bangang time tu. Sebab memang dia tengok aku. Alamak.. Dia atas motor. Memang tak turun ke apa.. Dia usha jer.. Apa kes la mamat ni kan. Tapi, takkan nak stop situ? Aku pun selamba jalan je. Pass by jugak dia. Cepat-cepat lari masuk dalam. Selamat la dia tak ikut. And bila dah masuk dalam shopping complex aku macam lega skit. Dia tak boleh masuk sebab staff je boleh masuk awal.

And itulah dia. Aku pelik betul la. Almost aku jumpa orang yang mencurigakan. Atau aku je yang rasa mencurigakan? Tapi betul la. Kalau dah usha rapat macam tu, siapa tak cuak kan? Aku cukup takut. Garang macamanapun, tetap jugak perempuan. Cuak doww..Pastu aku terfikir, boleh tak nak klasifikasi ni sebagai gangguan seksual di tempat kerja? Haha.. Papepun, mujur tak ada apa yang tak diingini berlaku.

Aku rasa, kalau kaum lelaki tak pe sangat. Tapi, kalau perempuan memang kena sentiasa pandang serius benda macam ni. Kalau boleh jangan berjalan sorang-sorang kat tempat tak ada orang.. Kita tak tahu apa akan jadi.. Kena fikir negatif sekarang. Sebab manusia zaman sekarang, bukan baik macam dulu. Sebab tu berapa banyak kes rogol la, apa la yang berlaku. Seram.

And jangan tak tahu, ada sebuah buku yang diterbitkan berjudul Undang-Undang Gangguan Seksual Di Malaysia. Memang ada. So, memang serious case.

Kepada kaum sejenis, sila berhati-hati. Sebab kat luar sana terlalu ramai lelaki tak boleh pakai. 
Dan kepada lelaki , tolonglah jadi manusia berguna. Tolong.


Semoga dilindungi Allah swt sentiasa. Amin.


Bye!

Demi Lovato - Skyscraper






Skies are crying
I am watching
Catching teardrops in my hands
Only silence as it’s ending, like we never had a chance
Do you have to, make me feel like there is nothing left of me?

[Chorus]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like i’m made of glass
Like i’m made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

As the smoke clears
I awaken, and untangle you from me
Would it make you, feel better to watch me while I bleed?
All my windows, still are broken
But I’m standing on my feet

[Chorus]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I’m made of glass
Like I’m made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

[Bridge]
Go run, run, run
I’m gonna stay right here
Watch you disappear, yeah
Go run, run, run
Yeah it’s a long way down
But I am closer to the clouds up here

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I’m made of glass
Like I’m made of paper, Oh
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground

Like a skyscraper!
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!


25 March 2012

Buah Hati

Send my LOVE regards .. To : Him















Payish, rindu aunty Ayu tak?

TAK.

Fine Payish. Fine.




Bye!

24 March 2012


 
Bila Aku Bagi Hati,
Jangan Pulang Duri.





Sekian.

Comelssss Gilesss !

Aku addict dengan iklan ni sekarang. Kenapa Lisa Surihani ni comel sangat? Sumpah comel yang last...

Cekiddauuuuuuuudddd.. euwww..



Untunglahh... Yusry ..
lalalaalalala...


Bye!

23 March 2012

Buat Baik, Dibalas Baik. Itu Karma.

Assalamualaikum..

Hewhewhew.. Sukeeeeeee hari ni. Walaupun terpaksa datang awal ke tempat kerja, tapi semangat. Sebab apa? Hari ni, bos aku tukar line internet  yang lembab sebelum ni mengalahkan siput sedut kepada line yang lebihhhhhh lajuuu.. Seronokkkk.. Tengok Youtube, tak payah buffer lamaa...

So, aku datang pagi, awal sikit sebab menurut temujanji yang dijadualkan , pukul 9.30am diorang nak datang set up.. Jadi aku memang willing nak tolong bos aku. Sebab banyak PC kan nak kena set up. Sian dia buat kerja sorang. Tunggu punya tunggu.. hampehhhh.. 9.30 pagi konon.. Bos aku dah mengamuk dah. Aku pun sama lah emo jugak. Aku paling benci tunggu orang, orang tak punctual. Tapi, nak buat macamana kan? Inilah Janji Melayu (memang orang yang in-charge untuk set up pun melayu). 
Sekarang cakap, macamana Malaysia nak maju??

Tapi, bos aku pun tunggu jugak.. Pukul 3pm baru sampai.. Diorang buat kerja semua, aku pun usha jer la.. Selamat sekejap jer.. So, tak ada hal sangat lah kan. Just nak kena set up pc satu persatu lah.. Leceh jugak Tapi sebab kerja dua orang, maka berjalan agak lancar lah.. *angkat kening duakali*

Settled semua kerja... Yeahhhh... Sangat seronok. Bos aku senyum jerrrkkkk.. Sebab sekarang dah pakai UNIFI. Woot..Woot.. Laju gile.. 20Mbps. Kau ado? kehkehkekeh.. Memang superb ! So, lepas ni kalau ada customer complaint line slow lagi, memang aku hempuk kepala dia. Fuh.

And after that, bos bagi duit suruh pergi beli KFC.. kehkehkeh.. 'you boleh order apa you suka...' Wahhhhh.. Hover taw bos ni, macam tau je aku ni pelahap.. Aku happy bila tengok orang lain happy.. so, bila bos aku happy aku sangat bahagia. Haha. Over. Aku respect dia. Dia banyak tolong aku, advice aku macam-macam... Walaupun mulut dia bising, tapi hati dia baik. So, aku tak berkira sangat nak sumbangkan tenaga aku untuk cc dia ni.. even ada yang pernah cakap kat aku,
 ' kerja apa teruk-teruk sangat, bukan kaya pun'..

Aku enjoy kerja ni. Sangat. Tak kisah lah aku kaya ke tak.. Yang penting aku suka, aku happy, aku memang rasa ini tanggungjawab aku, maka aku beri yang terbaik.. Aku kerja guna kaki, dan tangan aku sendiri. Tak pinjam yang orang lain punya.. Allah dah bagi kat aku, aku guna sementara boleh guna.. 
Sekian ceramah dari ustazah tak terpilih. Haha..

Aku percaya, kita buat baik, kita ikhlas, mesti balasan yang kita dapat jugak adalah yang baik-baik.. Ini hukum karma. So, selamat datang ke cc aku.. muahahahaa.. Jangan nak complaint banyak dengan aku, kalau tak nak kena ayat laser aku. Kehkehkeh.. Macam sorang customer tadi,

Dia : saya nak binding. (dia bagi paper yang hard cover bapak tebal)

Aku : Oh, sorry. Tak boleh bind kalau hard cover macam ni.

Dia : Kenapa tak boleh?

Aku : Sebab machine kami ni kecik jer.. Memang tak dapat buat.

Dia : *sambil tengok machine binding tu*... ala, boleh jerr...

Aku : Saya cakap tak boleh, maksudnya memang tak boleh. Kalau boleh, saya dah buat. Faham kan?

Masalah apa agaknya ey? Semak aku. Huhu. Aku memang garang. Muahaha..


Sekian. Seronoknya hari ni. Tak sedar diri baru baik demam, sakit tekak, batuk pun ada lagi ni dahhh makan aiskrim Mc'Donalds .. Orang belanja, haruslah lupa daratan kannnnnnn? Hahahaa..  Aku potong rambut,tapi sikit je.. Niat nak buat fringe, tapi takut hodoh.. So, ala-ala fringe je lewww... Memang 18 tahun. Muahaaha.. Jangan Jealous !
Take Care Peeps!




# Aku  workaholic. Admit .


Bye!

22 March 2012

Sama macam kamu jugak...

Assalamualaikum..

Dear my blog, sila tahan dengan luahan perasaan aku today..  Aku letih sangat layan kerenah orang.. Sangat. Mungkin diorang terlupa, aku pun sama macam diorang. Aku pun manusia biasa jugak.. Maaflah, aku memang tak mampu nak memuaskan hati semua pihak..

Terkadang, aku terlalu penat nak melayani kerenah semua. Kawan-kawan. Yelah, dah nama pun kawan.. Sila lah respect jugak perasaan kawan korang kan.. Kalau aku kata aku tak nak, makanya aku taknak. Jangan paksa aku. Jangan letak aku dalam keadaan serba salah..

Kalau korang ikhlas nak berkawan dengan aku, walaumacamanapun keadaan aku, situasi aku , korang kena terima.. Kalau tak ikhlas, ada niat lain.. Bila aku mula menjauhkan diri, mula korang tak selesa kan? So, please behave yourself as my friend. Sincere friend..please... Kalau tak ikhlas, mengharapkan sesuatu balasan dari aku, maaf.. Korang tak ada hak untuk expect something dari aku..

Please lah, aku serious penat.. Tak sudah mengharap sesuatu daripada aku. Kalau nak kawan, kita kawan secara ikhlas. Berhemah. Sudah cukup untuk aku menghargai kawan-kawan aku. Tapi, kalau korang rasa korang memang tak boleh nak ikhlas, kita stop. Aku letih sangat. Bila aku tak layan, mula lah anggap aku macam-macam.. Siapa korang untuk memaksa aku?

Aku jugak manusia biasa. Aku jugak ada masalah aku sendiri. Aku jugak perlukan space untuk diri aku sendiri, so tolonglah jangan terlampau mendesak. Tak semua kehendak korang aku mampu penuhi. Tak semua kemahuan korang aku mampu turuti.. Kau manusia, aku jugak sama macam korang, Aku tak ada kuasa untuk menyenangkan hati semua pihak. Apa yang aku mampu bagi, aku akan cuba lakukan yang terbaik selagi kita bergelar sahabat..

Terkilan. Sangat terkilan. Bila berkawan, mengharapkan sesuatu yang lebih dari apa yang aku mampu berikan.. Aku ulang, aku tak mampu... Sudahlah.. Andai kau memang benar ingin berteman dengan aku, jangan meminta lebih.. Baik kau kawan lelaki, mahupun kawan perempuan aku... Kita serupa, manusia biasa..

Luahan hati aku yang dah lama aku pendam.. Cukup menyesakkan berhadapan dengan mereka yang hanya tahu berfikir tentang diri sendiri.. Sesak.. cukup sesak..







Terima Kasih Banyak - Banyak Sebab Memahami.



Sekian.







# Mungkin mereka terlupa, saya sama macam awak semua.


Bye!

21 March 2012

SPM oh SPM ...

Assalamualaikum..

Yeahh, kondisi : Beransur pulih. Thanks Allah, Thanks mak, Thanks buah hati, Thanks rakan-rakan yang mendoakan. Sekembalinya aku ke tempat kerja, boss dah tukar carpet baru dalam cc ni. Lepas tu, siap tinggal nota cinta yang comel, ' Ayu, PLS vacum BOTH shop'.. 
Yang comel : PLEASE.  Yang comot : BOTH shop.
Sekian dari bos yang kejam. (sekarang salah siapa kalau selesema aku kembali lagi?).

Oh, hari ni result SPM keluar kan.. Dalam suria.fm (channel radio fav) dok ulang banyak kali tentang hari bersejarah ni. Yup, aku pun rasa bersejarah. Sebab SPM merupakan salah satu exam paling terpenting dalam hidup. Titik tolak segalanya, Tak guna dapat PMR 8A, kalau SPM lebur.. Tapi, tak jugak kalau failed SPM, gelap masa depan, cuma kelam sikit ar.. Heh.

So, pagi tadi ada ex-student aku masa praktikal dulu (actually aku tak ajar pun) call. Sorang lelaki, sorang gurl.. Yang lelaki, 'cikgu, result saya ok..'  'berapa A?' aku tnya.. "Tak terkira A saya cikgu..".. Hahaha. Sempat lagi.. Aku rasa lawak bila dia panggil aku cikgu.... Muahahaha..So, tahniah la dah berjaya lepas azab yang pertama even apa pun keputusannya.. And sorang lagi, a gurl... (i know u'r reading rite now).. Jangan putus asa.. Tak bagus macam orang lain pun takpe. Banyak lagi masa - masa akan datang. Lepas ni, manfaatkan segala peluang yang ada .. I dah bagi suggestions, tinggal lagi you sendiri yang kena tentukannya.. Sekarang ni, kadang-kadang minat kena jatuh no.2,no.3 sebab kelompangan pekerjaan adalah sangat terhad. So, kena pandai cari bidang yang senang nak dapat kerja nanti.. Unless u tak kisah, banyak duit boleh lah bukak bussiness sdn.bhd. nanti :) All the best yar!

Nak share kisah aku dulu masa pergi amik result SPM.. Malam sebelumnya, memang cuak habis. Tak payah cakap la.. Tido pun tak lena, tapi makan lalu.. Haha.. Cuak bila pikir, kalau lah semuanya gagal.. Terpesong tajuk ke, pemeriksa tak paham tulisan aku ke, kertas aku tak sampai ke tangan pemeriksa ke.. bla..blaa... Aku kan pemikir melampau.. So, pagi esoknya ke sekolah. Aku rasa aku tak pakai baju kurung, Tak ada makna. Aku pakai t-shirt sekolah kot, sebab sekolah aku skemmmmmm... Kena pakai t-shirt sekolah sayang sangat sekolah. Pergi dengan member-member.. Dah besar kan.. Haruslah berjalan satu geng ke kantin sekolah. Ye, result amik kat kantin.. Cikgu check, ada hutang ke apa ke. Ok tak ada. Bereh. Check nama, amik la slip yang nak macam koyak tak koyak je tu.. Tengok je result, aku senyum.. Bukan sebab banyak A. Tak ada makna..Hanya dua sebab,

1) Sebab add math aku bukan 9G atau failed
2) Sebab maths aku dapt A. walaupun bukan A1.

Muahahaha.. ini aje sebab nya.. Yang lain-lain aku tak peduli. Sekarang ni A+, A-, A segala bagai.. dulu senang, A1 dengan A2 jerkk.. Result aku berapa? Tak payah nak hover gtau details sni.. Apa yang aku usaha, yang tu je aku dapat. Tak lebih, Tak kurang. Hahaha..Cukup-cukup makan.

Lepas ambik tuh, berlari pergi jumpa cikgu BI aku.. Tuntut hadiah,.. Haha. Dia cakap siapa dapat A dia bagi duit. Dapat lah habuan aku. Giler tak ikhlas. Hahahaha. Lepas tu jumpa pulak cikgu BM aku. Sir Lim, aku panggil dia .. Bapak angkat aku. Aku suka sangat kat dia. Baik and sporting gilerrrr... Dia pun bagi duit. Dia siap cakap aku sorang je yang paham dia ajar ape, sebab aku sorang dapat A1 BM . Muahahaa.. Dah suka, haruslah tekun belajar.. Yang cikgu lain, aku hai-hai bye-bye jer.. Sebab result subjek diorang ajar tak berapa nak wow sangat.. Kehkehkeh..

Balik tuh, tunjuk kat mak aku.. Biasa lah ayat mak aku, 'Kenapa tak dapat lebih lagi? '... Hahaha.. Aku selamba jer.. Mak aku, even dapat best student pun, jangan harap dia nak tunjuk dia puas hati.. (tapi aku tau dia bangga sebenarnya.. cewahhh).. Lepas tu baru lah merencana tentang masa depan.. Aku kan blurr.. Mana tau pape.. Orang kata apply U, aku apply.. Orang kata apply Poli, aku pun apply.. Bila dapat, reject. Haha. Aku dapat interview untuk UiTM kos masscom.. Serious blurrr.... Lepas tu, dapat buat Diploma kat Politeknik, kos secretary science.. Alamak aii.. apa kebenda lah ni ? So, aku decide masuk Form 6 je la.. Lantak lah.. Senang. Tak payah stay hostel.. (tu yang sebenarnya.. i kan manja.. euwww)

Masuk form 6, memang aku pulun.. Eh tak jugak.. Biasa je.. Just aku minat. Sebab aku suka membaca.. Kawan-kawan aku happening. Lepas tu, macam senior gila kat sekolah.. Best woo..  Feeling dia lain macam sebab dah besaQ. Muahahaa.. So, aku tak ada lah plan pape actually. Aku just follow apa yang aku rasa aku mampu.. Aku kan lalang.. Hahaha. Cuma dulu, berlagak. Masuk form 6, lambat sebab mengharap masuk U. Walaupun UiTM.. Kehkehkeh.. Last-last, interview kelaut... ke form 6 lah i.. Tapi, aku tak menyesal. Sungguh. Sebab aku rasa berbaloi-baloi.. Tempoh masa untuk aku buat Degree lebih singkat berbanding kawan-kawan yang choose untuk buat diploma. Tapi, masing-masing ada pro and cons lah kan..

Ini je yang nak share.. Kepada adik-adik yang dapat result hari ni, ahkak dulu pun dah merasa dah.. *libas rambut ke belakang sambil mata menjeling*  Hekhekhek.. Ingat, tak payah nak membongokkan diri buat benda yang tak berfaedah serta menyusahkan orang lain.. (kang ada yang terjun penang bridge, terjun komtar).. Anda buat, anda dapat. So, redha aje la.. Lepas ni, ada lagi peluang lain, try baik-baik.. Pikir ajelah, yang dapat 10A+ pun, dorang kena belajar jugak lagi pasni, bukan boleh terus jadik Doktor, Lawyer, PM.. kannnnnnn? So, tak ada beza. Cuma mungkin, laluan dorang lebih luas.. Korang yang tak dapat macam tu, sempit sikit lah laluan kan? Apa ada hal? Pecah bahu jalan, luaskan... Cuma usaha kena keras sikit lerrr..

Kepada yang berjaya, TAHNIAH sebab dah berjaya membuatkan mak ayah korang rasa, tak sia-sia ada anak macam korang.. Yang kurang sikit, pergi tanya mak ayah sekarang, korang masih anak dorang ke tak? Muahahahaha.. Sekian.



# Kalau semua orang PANDAI, siapa nak jadi orang KURANG PANDAI?



Gambar hiasan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan entry. 
Saja gedik nak bagitau aku memang betul-betul sakit. :p





Bye!

19 March 2012

Condition : Bad

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari sakit tekak semalam, demam pulak today. Alahai.. Aku rasa sebulan sekali aku demam sekarang ni. Ni semua salah air cond kat tempat kerja, dan salah badan yang sentiasa kalah dengan air cond. Dulu aku dengan roomate aku pernah keluarkan 1 statement.

Roomate : Aku lebih rela mati kesejukan dari kepanasan

Aku : Aku lebih rela mati kepanasan dari kesejukan.

(Kes nak slowkan kipas dalam bilik). Muahaha..

And yeah, today, ini kondisi aku : FEVER + FLU + SORE THROAT = TERBAIK

Aku bila tak sihat, mood akan berubah jugak. (aku rasa bukan aku je, semua manusia normal kot).. So pepagi tadi aku dah kena buat banyak sangat kerja. Customer bertimpa.. Segalanya nak kena buat. Dah lah tak menyempat, nak jam-jam tu jugak.. Sibuk lah kan.. Then ada sorang uncle ni, dia nak typing. Dia regular customer. Tapi, dia memang selamba. Tak draft tak ape, datang cakap, 'saya nak buat invois'.. Aku dah faham, so ok je la. Tapi, ada lagi tapi.. Dia ni tak pandai habis-habis. Aku kalau tak bz, aku layankan je. Tapi, kalau bz, aku terkadang membuat muka jugaklah. Haha. Dah lah banyak, dia selamba tengok diari dia pastu, ok, 'sekarang buat yang ni.. sikit je ni..' Sikit? Memang, Tapi Pakcik cerewet. Tahu? Huhu.. Aku demam kan, so mood tak berapa nak ada. Malas gilaaaaaaaaaaa.. kalaulah dia tahu..

Lagi, bila sakit ni... macam-macam lah dalam kepala..Kenapa sakit? Dosa apa aku buat? Hahaa.. Terus tanya mak. Over tau. Oh ye, aku dah ada kawan. Pekerja baru. Siapa? Uncle yang sangat comel. Umur dia 60++.. Comel doww.. Tulisan dia bapak kemas. Haha. Nak compare dgn tulisan aku. Gila huduh. Tapi dia tak pandai sangat computer. Maka, aku kena ajar lah. Bos aku selamba jer, 'you ajar. I tak larat.' Kau tak larat nak ajar, tapi ambik orang tua. Heh. Takpe, cikgu kan? Kena sabar.. Muahahaa. So, aku ajar la sikit-sikit ilmu yang ada.. Time sakit ni, aku bukan tak nak ajar, tapi tekak sakit. Bila bercakap banyak, dia kering. Pastu perit lah kan. Pastu aku nak emo lah.. Bila kena cakap banyak kali.. Hahahaa. Tapi, sabar je la. Aku tak marah pun.. Aku lembut je mengajar uncle yang comel ni. Kehkehkeh..

Aku semalam google segala mak nenek petua untuk hilangkan sakit tekak. Setakat demam and flu, tak pe lagi.. Sakit tekak, memang masalah. Nak makan tak ada selera. Susah kan nak telan. So,misi utama membaik pulih tekak. Aku jumpa banyak petua.. Kumur dengan air garam sejuk, minum susu cair yang disejukkan dan segala lagi lah. Yang dua atas ni aku buat. Susu cair sedap. Hahaha. Tapi, tak boleh jugak. Tekak bangsa degil tak jalan.. Strepsil, pun tak jalan.. So??? Susah kan..  Lepas tu, ada suggestion minum air 100plus. Waaa.. Aku benci air tuh ! Bau pun aku tak lalu. Huhu.. Sorry. Air cap badak. Kehkeh. Aku benci gak air ni, sebab ada gambar badak depan tu, tapi aku beli minum gak 1 jer.. Tak nak . Geli tengok badak tu. Haha. Kawan aku suggest makan sayur.,. Ha? Aku benci sayur. Hamekk. Hahaha.Semua benci,memang padan pun sakit !

Tadi sembang dengan uncle comel ni, dia cakap pi la klinik 1Malaysia. Murah jer.. RM1. Aku kan memang sengkek gila sekarang ni. Tadi berkira-kira jugak nak pi klinik yang aku selalu pi tu.. Tapi kalau aku pergi, mau melayang RM50, 60.. Memang mahal klinik dia.. Tapi situ je yang aku serasi...Kalau pergi, sampai hujung bulan aku puasa lah jawabnya. Mati ! So, aku nak pergi lah klinik 1 Malaysia ni. Tapi.. tak tau kat ne. Bila google, alamakkk... Jauh. Tak reti nak pi sana. (ye, sangat bongok. Aku hanya tau merempit dari rumah ke tempat keje - dari tempat keje ke rumah ).. T____________T.

So how? Matikkkk lah.. Yang jauh di Selangor, kenapa cepat sangat balik? Muahaha.. Eh, abaikan. Ini luahan hati.. Takpe, jap lagi aku cari la teman-teman seperjuangan aku, menolong. Kata demam, haruslah orang kesian.. Kehkehkeh..

Doakan aku cepat sembuh. Aku perlu kerja. Kalau tak kerja, tak ada duit. Kalau tak ada duit, mana nak dapat jam CASIO? Wahhh.. sempat lagikkkkkk !



Doa ketika menghadapi sakit atau demam :

 Ø¨ِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الْÙƒَبِيرِ Ø£َعُوذُ بِاللَّÙ‡ِ الْعَظِيمِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ ÙƒُÙ„ِّ عِرْÙ‚ٍ Ù†َعَّارٍ ÙˆَÙ…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ø­َرِّ النَّارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)








# Sihat sebelum sakit. Beringatlah wahai diri.



Bye !

18 March 2012

Lah, tak payah lah!

Assalamualaikum..

Terbaca salah satu entry dekat web kecintaan ini.. (Setiap hari aku akan saratkan otak dengan cerita-cerita hot dari web ni.muahaha). Tetiba terbaca tajuk entry dia,

Bakal Menjalani Penggambaran Di Paris, Vanila Coklat Ke Layar Perak Kerana Sambutan



Pastu, ada setepek muka Izara Aisyah. Ye, aku gila cerita ni. Walaupun hanya 13 episod. Gigih jugak mendownload walaupun aku bisa menghafal setiap ayat yang keluar dari mulut pelakon-pelakonnya. Ya, begitulah taksubnya aku terhadap cerita yang super cute ni. *lempang pipi laju-laju*




Tapi, bila ada pulak desas desus nak ke layar perak, alamakkk.. Aku tak suka sangat sebenarnya. Kan dah habis kat TV3, cukuplah. Jap lagi kang, citer melayu ni, paham sangat dah.. Kalau si Amir tu tak ada perempuan lain, rumah tangga diorang retak sebab ada pihak ketiga. Tu pompuan gedik dalam citer tu, apa kebenda tah yang suka kat Amir tuh. haaa.. dendam tak terbalas lagi tu.. Jap lagi banyak lagi konflik, tapi drama melayu, always lawan karma.. sokmo happy ending. Menyampah. Haha. Eh ? Macam director pulak..

Tapi, betul what. Tak payah je lah nak ada filem bagai.. Sudah lah. Buat lah citer lain jer...kan? Lagi bagus. Ni setiap drama kat TV nak continue buat filem...Tak best lah. Pastu, jap lagi serabut jalan citer..

Pada aku, daripada membazir nak buat filem, buat je lah drama lain atau filem lain. Actually orang suka tengok pelakon dia kot., macam mak aku cakap, 'handsome Amir ni..kan?' Jawab aku, 'handsome ke? Tak pun. Adik tengok biasa je, Handsome lagi Farid Kamil...' Muahahaha...Oh, FK dihati ku! Aku tak suka. Aku suka jalan citer je sebab suwettt.. Kahwin muda lepas tu bahagia sebab apa? Anak orang kaya, senanglah.. Tipikal Melayu sangat ! Huhu..

Sebab terlalu banyak sangat drama yang difilemkan.. Nanti Nora Elena pulak.. Tengok lah. mesti punya. Ceh, confident giler.. Haha.. So, tak payah je lah. Cuba lah produce satu filem yang betul-betul gempak.. Yang bila tengok macam, 'wow' dia tu tahap gaban punya. Huhu. Ini, setiap kali keluar panggung, 'alaaaa... citer dia biasa je..'  ' Tah pape je citer..menyesal tengok..' Huhuhu.. So?? Macamana? Memanglah kena sokong industri filem tempatan.. Kalau citer bagus, tak ada hal nak hadap panggung setiap kali citer melayu keluar..kan? Terbaru ni pulak, ada anime dari Malaysia kan? Aku tak suka.. Tak kisahlah dari Malaysia ke dari mana, tapii.. bila ada citer haiwan bercakap ni, aku rasa macam ... eh, taknak lah tengok. hahahaa..(walaupun ada orang tu.. beriya cakap citer ni best.. Huhuhu.. )

So, inilah bebelan aku di hari Ahad. Benci hari Ahad ni.. Tak suka sangat ramai warga asing. Rasa menumpang di bumi sendiri. Haha. Gila emosi. Dah lah tak sihat.. Aduhai tekak, tak payah lah sakit. Baru nak gemuk (aku kuat makan akhir-akhir ni? ye ke?)... Jap gi kang, bila tekak sakit, tak lalu makan dah lah.. Tetiba teringin nak makan sotong kat Seagate tu... Huuu.. camana ni? Kenapa cuti sekolah hanya seminggu? T______T.

Dah lah, aku kalau bab mengarut hebat jer.. Tamat dah cuti sekolah.. Kat Kedah, dah mula dah hari ni, Mengeliat adik-adik aku nak ke sekolah pagi tadi.. Padanlah muka. Huhu... Ini sahaja. Aku ni pemalas sangat lately entah kenapa. Semua aku rasa aku malas.. Bercelaru.


Take Care !


# Bila agaknya Vanilla Coklat The Movie nak keluar panggung ek? Aku nak buat reservation kat GSC.  Eh? Muahahaaha...





Bye!





17 March 2012

Salah ke banyak makan?

Assalamualaikum..

Heh. Aku kuat makan. Sikit, tapi kerap. Atau banyak tapi tetap kerap jugak? Haha. ENTAH. Yang aku taw, aku tak ada masalah bila orang ajak aku makan.

Tapi, masalah besar bila mana tak nak gemuk. Aku pelik. Membela kah? Haha. Bela apa? Mana ada. Aku pun tak pasti. Bila naik je penimbang, yang kena bayar RM0.20 tu, selalu je nombor digital tu antara 47.5-48.2 kg. Damn lah. Aku nak 55.0-58.0 kg. Seriously. Sebab kena dengan tinggi kan. Huhu.

So, aku goole. Kenapa jadi macam ni? Makan banyak, tak gemuk. So, aku ada terbaca yang ini.. Ni aku copy paste dari laman ini. Katanya, ia melibatkan metabolisme seseorang individu itu. Macam yang aku copy bawah ni,

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.



Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:

1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.

2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini.
3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.


Pastu kan, aku siap google lagi cara nak naikkan berat badan. Muahaha. So, dari web ini, ini aku dapat :-

1. Makan yang tepat
Orang dengan sistem metabolisme memerlukan lebih banyak makanan yang mengandung tinggi protein untuk perkembangan ototnya. Selain itu, sebaiknya makanlah setelah melakukan aktivitas seperti olahraga, agar segera membangun kembali otot tubuh. Makanan yang tinggi protein misalnya daging ayam, daging sapi, telur, susu, keju dan kacang-kacangan.

2. Olahraga yang tepat
Olahraga seperti jogging, lompat tali, sit up dan push up tidak akan membuat berat badan orang dengan sistem metabolisme naik. Olahraga tersebut berfungsi untuk meningkatkan kekuatan, tetapi tidak menambah massa otot. Untuk menaikkan berat badan, cobalah latihan beban (barbel atau angkat besi) tidak lebih dari 45 menit. Hal ini akan membuat otot Anda lebih besar sehingga dapat menaikkan berat badan.

3. Jumlah tidur yang tepat
Kurang tidur membuat orang dengan sistem metabolisme tinggi tak bisa gemuk, karena hal itu membuat Anda membakar kalori lebih tinggi. Untuk itu, tidurlah dengan pola dan jumlah yang cukup 6-8 jam sehari.


Ok, dia dalam bahasa Indon. Aku tak rasa nak follow. Bab Olahraga tu lagi lah. Hahaha. So, lantaklah badan macam sekarang pun. Janji sihat... Huhu.. So, tak payah nak tanya aku, 'eh kenapa kurus sangat?' Kalau tak nak kena maki, sila tukar soalan anda kepada, ' eh, badan macam model lah..' wakakakakaa!

Sekian, entry malas dari aku si pemalas. Copy paste je, Haha. Nanti lah, otak dan hati aku tak stabil sekarang ni. Dah ok nanti aku update lagi. Banyak nak story dalam ni..Huhuhu..






Take Care peeps!


Bye!

16 March 2012

Bila keluh - resah ...

Bila tengah keluh - resah salah satu benda yang boleh mendamaikan adalah ini :-


Ye, ice -cream.


Siapa boleh bawak aku ke Tutti Frutti sekarang, call / sms aku supaya aku boleh bahagia macam bawah ni.



Sekian.


Yang Lara,
 - yuhanna -


Bye !

Kelam semua !

Assalamualaikum..

Aku rasa sekarang dah kelam semua. Tak sempat nak abadikan banyak-banyak benda dalam ni untuk tatapan peribadi mahupun yang setia membaca belog yang tak semenggah mana ni. Heh.

Short update je. Why? Nanti citer...


Jangan Berdendam dengan orang. Eh?  Take Care !



Bye!

14 March 2012

WorthWhile [6]



12 March 2012

Email dari Prof.

Assalamualaikum..


Pelajar-pelajar yang aku sayangi,


Dilampirkan nota-nota kuliah ***** untuk perhatian anda.


Sila emel kepada kawan-kawan yang tidak terima sebab emel mereka tendang balik (mungkin mereka tulis silap atau tulisan cakar ayam!)


Sekian, terima kasih.




Hahaha. Aku bukak email tadi. Ini email yang dihantar oleh salah seorang lecturer aku masa study dulu. Aku rasa prof. ni pakai hantar je kat semua contact list yang dia ada. Tak kan dia banyak sangat masa nak analisis satu - persatu mana student dia yang dah ALUMNI. ye dop?

Paling lawak *emel mereka tendang balik (mungkin mereka tulis silap atau tulisan cakar ayam!)*.  T______T





# Esok aku cuti ! Yeay! (walaupun sehari).



Bye!

11 March 2012

Entah pape ntah..

Customer : I nak photostat tapi i nak macam ni... bla..bla..bla..

Aku : I tak boleh buat macam tu.

Customer : Why?

Aku : Because I don't know how.

Customer : Tapi you kerja sini . You mesti tau.

Aku : You rasa semua posmen tau buat setem tak?

Customer : ???????????????????????????




















# Jangan banyak hal dengan gua der..



Bye!

10 March 2012

Cleverbot .

Assalamualaikum...

Aku rasa aku dah addict benda alah ni. muahahahaaha! Korang yang nak sengal macam aku,
 sila try, benda alah ni. Kalau yang dah tahu, lawak kan? kan? kan? Ke aku sorang je yang giler? hakhakhak!






# Robot ni suka mencarut. Awas ! Hakhakhak.


Bye!

09 March 2012

Ragam Orang..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Aku nak share something today yang aku kira bukan aku je kot pernah mengalami situasi macam ni.. Ragam orang ni macam-macam. Susah nak duga kan? Kalau semua orang sama macam kita, takpelah. Tapi, walaumacamanapun kita kena accept yang setiap manusia tu berbeza. BUT kalau 'perbezaan' kau tu menyusahkan orang lain, pada pandangan aku jangan berkawan dengan manusia lain please. Or kalau nak kawan jugak, sila cari yang se'spesis' kau. Nah, mukadimah dah laser. Maaf.

Aku pelik sangat-sangat dengan orang yang actually dia tak hebat mana, tapi bila bercakap ..alamak aiii.. tak mau kalah. Tak ada yang dia tak bagus.. Semua dia bagus. Nasihatkan orang, wa cakap lu der.. dia nombor satu. Heh. Tapi, bila berada dalam sesuatu situasi, kau boleh tengok, hilang segala apa yang dia cakap tadi. Senang citer, cakap tak serupa bikin. Serious annoying..

Ragam orang yang pertama, bilamana kau dijemput untuk ke sesuatu majlis, tak kisah formal atau tak, kenduri kendara atau just makan-makan ringan je.. Kalau kau rasa kau memang tak mampu nak bawa diri kat rumah orang, baik tak payah pergi langsung aku rasa. Kalau memang kau dah tahu kau bukan jenis reti nak menyenangkan orang kalau kat rumah orang, more better jangan datang. Kalau kau datang pun, dengan muka yang sangat terpaksa, lepas tu menyusahkan tuan rumah, sampai tuan rumah rasa tak selesa dengan kau..Dah lah dia sibuk, nak layan tetamu lain, yang kau pulak dok diam membatu suruh ambik makanan tak nak, apa taknak, heyy sila lah balik. Tension tuan rumah dowwww. ! Sumpah aku tak paham. Eh? Aku ke tuan rumah tu? Hahahaha.. Bukan lah nak suruh kau ramah tak tentu hala, ye memang malu. Tapi, rileks lah. Orang dah jemput kita makan, makan aje la.Pandailah bawak diri kan. Tak selesa sangat, cepat-cepat makan, then blah, Tuan rumah pun tak lah tension nak layan kau sorang.

Ragam orang yang kedua, yang ni orang yang sangat tak pandai nak plan/manage kerja sendiri. Yang ni pun masalah ni. Tapi benda ni berlaku kat aku je kot. Ye, customer aku yang datang cc. Haha. Tetiba nak emo dengan cust. Datang suruh aku print, fine lah. Cucuk pendrive, then aku tanya nak print yang mana, baru gelabah nak bukak file satu persatu. Hoi, kalau setakat 5 folder dalam tu takpe. Ni beratus file kau ada, termasuk virus. Haha. Lepas tu baru menggelabah .. 'eh, yang mana ek?' (soalan ditujukan kat bf yang bertenggek kat tepi). Bermesyuaratlah pulak korang berdua . Alamak aii.. Tak boleh ke before datang nak print ke apa ke, kau buat siap-siap 1 folder benda yang nak diprint? Tak lah buang masa aku. Aku senang, kau senang and takdelah aku buat entry kat blog ni hari ni. lol.

Ragam orang yang ketiga, yang ni aku tak tahu nak kategorikan macamana. Yang penting, memang menyampah. Haahaha. Aku kan tak boleh benda lambat-lambat ni. Nak cakap pun lambat, nak makan lambat, nak jalan lambat. Haishhh.. Lepas tu tak faham bahasa. Bila kita cakap sekali, tak faham. Ok, i repeat one more time. Punnnnnnnnnnn.. lampi sangat. Bila cakap banyak kali, pandai melenting . Eh, dah kau lampi sangat, aku repeat banyak kali lah. Tak dapat tangkap jugak, nak salahkan orang. Gilerrrr... bukan kau, tapi aku sebab kena jumpa orang macam ni. Haishhh..

Ragam orang yang keempat, errr.. yang ni aku tengok dengan mata aku sendiri lah kan. Heh. I kan busybody. Hahaha. eh, tak jugak. Dah depan mata. Macam ni, berdekatan tempat kerja aku ni ada la satu kedai ni yang pekerja dia adalah lelaki. Muda lagi lah. Remaja. And bila dia kerja, awek dia mesti je ada temankan dia bekerja. Means that, ada sekali dengan dia lah. Temankan lah kot. Kalau tak apa lagi kan dari pagi sampai ke malam kau tercongok kat sini. Haha. Actually, awek dia tak kerja sini. Kalau kerja sini, ok la kan. Dok datang jenguk bf ke apa. Heh. Pelik aku. Dari kau duduk sini 12 jam, baik kau duduk rumah temankan mak kau. Kehkehkeh. Kalau aku, jangan haraplah aku nak nganga depan bf aku, tengok dia buat kerja. Aku ada 1200 kerja lain lagi nak buat. And aku pun tak suka orang tengok aku buat kerja. Rimas. Huhu. So, kalaulah boleh aku cakap kat si awek ni, 'dik balik lah rumah dik. tak jemu ke hadap bf awak 12 jam?' Hahahaha. Penyibuk!

Ragam orang yang kelima, ni bangsa orang yang panas baran tetiba nak marah memang masalah. Semak kan orang macam ni? Susah doww. Ada jugak lah aku mengalami peristiwa macam ni. Tetiba marah. Padahal salah kat mana pun aku tak dapat nak detect. Suruh bagitahu, taknak. Nak suruh aku cari sendiri salah aku? Haha. Sorry der.. Aku tak suka buang masa macam tuh. Kalau rasa aku tak betul, terus terang cakap. Memang aku takkan explore sendiri, tang mana silap aku. Mana aku tahu, tetiba kau nak hangin. So, apa aku selalu buat bila berdepan dengan orang yang psiko tak bertempat macamni, 'lantak hang lah..' Ini sahaja. Aku memang tak ambil pusing. Lain lah kalau memang salah aku, terkasar bahasa ke, termelawak over ke, so ok. Ini tetiba nak menyinga. Heyy! Sumpah lawak orang macam ni.

Cukuplah lima Kang lebih-lebih, susah jugak. Tak lah semua orang yang aku kenal macam ni. Kalau semua orang yang aku kenal, ada perangai macam ni, itu bukan masalah orang tu, itu masalah aku. Haha. Sesetengah jelah..Yang aku rasa memang tak boleh blah sangat. Alahai...

Seriously, tolonglah jangan menyusahkan orang sangat.. Bila bercakap, dahlah tinggi sampai ke 7 petala langit. Langsung tak nak jatuh. Fine. Bagus sangat kan, duduk la dalam kepompong kau sensorang.. Huhu. Semak.

Itu jelah , nanti update lagi. Eh, hari ni Jumaat kan. Ramai je aku tengok orang lelaki melayu Islam, tak pergi sembahyang Jumaat. Kenapa? Diorang pun cuti jugak? Haishhhh.... Insaf-insaflah kaum Adam yang kian pupus. Heh. Take care peeps ! Have a nice holidays..





# Ya, aku tahu kita tak boleh expect orang untuk jadi macam kita. Tak payah cakap. Aku taw. Heh.




Bye!

08 March 2012

30 years old.... Ronda Asia Tenggara.

 Assalamualaikum..

Aku bosan gila hari ni. Fully download Vanilla Chocolate until last episode setakat minggu ni. Heh. Lega. Boleh khatam berjuta kali lah lepas ni. Tajuk entry macam bongok. Haha. Dear blog, sila simpan hasrat hati ini. Semoga akan ter'realisasi' menjelang umur aku 30 tahun nanti.. (kenapa 30? Sebab insyaAllah time tuh dah kerja, ekonomi dah stabil..)

Aku sibuk dok google tadi.. Whoaaa... Cantik + Marvellous + Gorgeous + Melting lah tengok gambar-gambar interesting place dekat negara jiran kita macam Singapore, Indonesia (Bali) , Vietnam, Thailand and Kemboja.

Yang aku circle tuh, yang aku rasa aku kena pergi NANTI.

Aku malas nak hurai satu persatu nama tempat. Sebab aku semua cilok dekat tuan google. So, banyak sangat tempat. Aku pecahkan mengikut negara je la. Aku kan pemalas. Yang penting aku tahu nama tempat tu.. And dah siap kaji information pasal tempat tu WALAUPUN entah bila nak sampai. * Baru terfikir nak menabung sehari singgit. Cukup 5 tahun, berapa dah aku berjaya simpan. Lepas duit flight pun jadi lah..*  Huhu.

So, marilah berkhayal bersama aku. Aku sumpah dah jatuh cinta. Rasa tak sabar nak kerja. Tak sabar nak pergi melancong. Sorang-sorang? I don't care at all. Yang nak pergi aku, aku tak peduli kalau sorang pun.. Tapi kalau ada partner, ia bonus. *jimat*. 

Jom ushar der...


Singapura / Singapore





Ok, yang atas ni Singapore. Tak payah nak jelas dengan lebih lanjut. Kau nampak Universal Studio tuh? Inilah impian aku ! Haha. Even orang kata tak boleh fight dengan U.S dekat Hollywood, aku peduli hape. Heh. Meleleh air liur. Huhu. Tak boleh tidak, mesti pergi ni.


Indonesia / Bali









Ok, ini Bali. Tak payah cakap banyak. Aku suka gila atmosphere hijau nyaman fresh macam gambar atas tuh. Siap ada pantai. Pakej. Huhu. Then ada plak tempat shopping. Pergi Padang Besar pun aku dah meroyan, kalau datang sini, lagiiiiikkkkkkk lah ! Histeria tengah jalan. lebihlebih. Haha. Bali ni kan very the full of traditional and culture value. Haruslah belajar adat tradisi orang. 
Vietnam / Ho Chi Minh City



Vietnam ni ala-ala negeri China kan, aku rasa banyak temple jer. Aku google pun, semua citer hal temple. Aku nak pergi. Ni pasar terapung ni, apa kebenda ni? Haha. Gila jakun. So, dah dasar jakun, kena rasa sendiri lah, apa benda nye.. Tak sabar nak kerja! *again*
Thailand


Nangis tengok air laut jernih gila kat atas ni. Thailand ni pun ala-ala Bali jugak ni. Penuh dengan pengaruh agama buddha , hindu segala. Heh. Nak makan Tom Yam Thailand. Favourite tuwww... Welcome to Thailand. :) 


Kemboja / Cambodia



Ini Kemboja atau Cambodia . Aku tak pasti apa yang best lagi kat sini. Yang aku betul-betul sure, dia ada Angkor Wat. Famous kan? So, kalau nak ajar Sejarah, kena pergi. Hahahaha. Motif? Eh, betul apa. Nanti student tanya, tak ada la cikgu kau ni nganga je melopong. Kalau dah pernah pergi, haruslah eksyen sikitttt.. Muahahahaa.

Inilah antara impian aku. Menjelang umur aku 30 tahun nanti. Ye, dalam Malaysia ni pun bapak banyak tempat tak sempat nak pergi pun lagi. Bumi sendiri tak apa.. Heh. Aku jenis nekad. Apa aku nak, aku pulun buat. Aku tak peduli orang nak cakap apa. Hahaha. Kepala batu. Hopefully, tercapailah segala impian ini secara soft landing.. a.k.a berperingkat. Takkan sekali gus? Mana mampu !

Besarnya ciptaan Allah. Sambil melancong, sambil bersyukur. Baru berkat. Semoga dipermudahkan. Amin. :)


That's all for today. (aku rasa ayat penamat aku sokmo sama.lol.) Aku dah mula nak achieve target CASIO aku. muahahahaa. Gila tak sedor diri kais pagi makan kuih 3 bijik je, kais tengahari nasik lauk telur masin je. Eleh, apalah sangat berbanding Casio pujaan hati. Wakakaka.




# Selamat Bercuti Sekolah untuk budak-budak sekolah and cikgu-cikgu sekolah yang betul-betul pergi sekolah.



Bye!

05 March 2012

Kau .. buat aku tak keruan !

Assalamualaikum..

Since semalam, rasa menyesal sangat-sangat meronda shopping complex ni lepas balik kerja. Selalunya, aku balik terus. Jangan harap nak meround tak tentu hala lagi dah. Tapi sebab semalam, balik kerja dengan member, tunggu dia pickup aku,dia lambat, makanya, sebab bosan nak tunggu, aku jalan-jalan dulu lah..

Aku suka jalan sorang-sorang. Lagi free. Dari ramai-ramai, semak. So, nawaitu dah pasang siap-siap, memang tak nak beli pape. Ok, berjaya. Memang tak ada beli apa pun.. Tetiba, gatal jugak kaki ni stop depan kedai jam. Ok, jam tangan. Meneliti dari satu cermin kaca ke cermin kaca yang lain. Nak meleleh air liur time tu. Melting.....

And, suddenly (suddenly konon, padahal..) mata aku tertumpu kat satu watch ni.. alamak aiii... Sabor je lah.. Swatch. Macamana design? Lebih kurang macam ni..



And satu lagi,


Gorgeoussssssss sangat ! Dah start berangans, kalau lah benda alah ni berada kat pergelangan tangan aku.. Alamak.... Hahaha.. Cepat-cepat tengok harga.. RM 365. Sobs. Nangis kat situ ! Mana mampu!!! Haha. Kalau lah RM65 je... Heh. Memang lah tak boleh nak beli now. Savings pun tah pape.. Kalau savings banyak pun, memikirkan betapa banyak benda lain yang perlu disetelkan dulu.. kempunan!. Sedih T________T.

Aku kan degil. Taknak kalah, pusing lagi.. Ala, banyak lagi brand lain.. Teliti lagi satu persatu.. And stop at this kind of brand . Casio. Which is not bad jugaklah design dia.. Lebih kurang macam ni....


But I prefer this one actually !

 Huwaaaaaaaa !! Sangatlah berkenannnnn.. Yang ni murah je. RM 169 kot. Yup. Memang mampu milik. Tapi, selepas buat calculation.... Alahaii... Takut jap lagi kang, berpuasa aku sebulan, minyak motor terpaksa isi pakai minyak masak.. Haha.. Macamana ni? Kehendak vs Keperluan !

So, terbit rasa bersalah, menyesal dalam diri. Hahahaha.Gila lah. Kalau aku tak round mesti aku tak jumpa benda ni.. Benda ni membuatkan tido aku, malam tadi jadi tak menentu !! Seriously. Aku dah lah tak pernah reward diri aku pape pun since kerja.. Entah duit habis buat apa pun tak tahu. Makan, makan dan makan jerrrrr.... (hutang orang jugak perlu dilangsaikan)...


Elegant gila kan? Heee.. Aku dah terpikir dah, kalau lah dapat beli, mesti kembang hidung aku sebulan. hahahaa.. Sumpah nak sangat - sangat beli sekarang ni. Aku macam tak boleh bersabar lagi dah.. Tapi.....

Oh, jam tangan kenapa kau hadir saat aku dah tak mampu berbelanja lagi? Hahahaa.. Parah! Walaubagaimanapun, saya berjanji untuk memilikinya jugak-jugak. Tak kira apa cara sekalipun !! Hahaha. Balik jap lagi nak pergi ronda lagi. Nak pastikan tak ada orang beli lagi !! Kalau aku tak boleh pakai, orang lain pun tak boleh ! Muahaahahahhaha..




# Ish, macamana nak tidur pulak malam ni? Hantu jam ni mesti muncul lagi dalam tidur aku. Heh.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...