31 October 2011

Oh ...Cameron Highlands!


Assalamualaikum..
Hah, hamekk kau buah strawberry besar gedabak atas ni...hahaha..
Bertemu lagi dengan topik yang cukup wat aku semangat..kehkehkeh..
Cameron Highlands- satu tempat yang bile kite sebut je, akan keluarlah imej buah merah masam manis (strawbery), kabus-kabus penuh sejuk (tempat tinggi yang dingin) dan daun-daun hijau yang boleh dibuat air (teh)...ini dalam kepala otak aku la. orang len aku tak tau la ok..kehkehkeh



Dan kenapa aku menulis tentang ini tmpat? Well, actually i'm in planning to go to this sweet place..(asal tetibe speaking?) Yeahh, and u ols boleh cakap, "kau baru nak pergi? kami dah muak"..haha.. Go On.. That I look like I care? hahaha... Ye, aku mmg tak pernah pergi pn.. and baru nak pergi..Hebat 24 tahun hidup x pnh pegi..even dulu masa darjah 1 sekolah kat Pahang. (malu skett ayu)..huhuhu..

So, cakap banyak tak guna.. Actually, aku ade sedara mara (sebelah arwah abah) kat sana. Pak Ngah aku (Pak Ngah Sidek) yang sangat beria suruh kami anak beranak ke sana.. Aku dulu tak excited sangat.. Sbb susah nak adjust time..Tapi, tetiba hari tu bos aku sebut tentang Cameron ni..Dia bagitau la harga tiket bas, tempat-tempat kat sana dan semua2nya..maka, aku macam terpanggil untuk ke sana jugak..hee..So, i terus make up my mind, "mak, jom kite p umah pak ngah nak?"...

Aku dah survey harga tiket bus, waktu perjalanan pergi dan balik, hotel dan semua..Aku harap,dapat lah pergi..huhuhu.. Oh, dengan sape? Semestinya dengan Mak Tersayang, Kakak Tersayang (sebenarnya dia ni ting-tong2 lagi sebab susah nak tggl anak laki segala) haha..so, aku dengan mak memang tak ade problem.. eh?Bila? Haa... Maybe raya haji ketiga.. (ade ke raya haji smpai 3,4 hari?) haha.. 8hb Nov 2011 kalau tak ada apa aral..depends kepada Pak Ngah aku, kakak aku yang banyak songeh..(kakak je songeh,pak ngah tak malas nk Fullstop) hahahahahaha.. maybe aku p dlm 3 hari..atau 2 hari..sebab kakak aku (kakak lagi) bawak si jantung hati kami sekeluarga sapa lagi? Budak Nakal tuh la.. Mr.Payish.. (anak dia)..so, kne berpada-pada sket takut anak dia nangis.. *leceh*..hahahaa..

Aku harap dapat pegi..kalau dapat, aku akan update lagi soon, dengan berita sejuk menyegarkan dari Cameron Highlands ok? huhuhu.. mood : SANGAT TERUJA

Aku dah google beberapa gambar... tanak letak banyak2..tak syok kalau tak diupload dari camera Olympus cikai aku...hahaha... that's all...bye :)

Senang nak tengok map simple macam ni..*aku failed baca map ok even study Geografi ponn* hahahaha

30 October 2011

My LITTLE big dreams...

Asslamualaikum..

The Things that I Personally Want to Do.. And I will Do !  Wanna Join? Jom Check it out~
Benda-Benda ni, susah nak buat skg.. maka, kena pasang impian, buat satu2.. Tak boleh wat sekaligus. & maybe dah berumur berpuluh2 tahun baru bole buat agaknya…Tak ape, jom la cek bersama. Sikit aje, ada 4 jer.. ni bnda nak dapat/ buat before UMUR 35thn.. insyaAllah..

1.       Nak Beli camera hebat ni ( x ksh apa jnama pn yg pnting berbaloi2) sblum nak mulakan semua aktiviti2 yang ada di bawah. Mesti ada yang ni, baru power. Lagi power, lagi best.huhuhu

2. Ape ni? Broga Hill @ Bukit Broga. Yg pertama dalam list ini sbb mesti akan pergi jugak 1 hari nanti untuk hiking. Dah banyak kumpul info pasal bukit ni.. InsyaAllah, sampai nanti. Pergi ramai2 lagi best..  Harap2 tercapai.



3.       Ok, yang ini Masjid Putrajaya.. Actually, nak sangat pergi Putrajaya. Tak Pernah pi pon lgi. Tak dak sapa nak bawak pi. Boleh nak pi sdri, tp banyak sgt kekangan. Makanya, impian ini hanya berada dalam list yang akan ditunaikan nanti. Nak p solat kat sini. Orang kata cantik masjid ni. Moga Allah permudahkan.. . Sumpah, bukan nak riak, tapi keinginan.. InsyaAllah 

4.      
Yang ni, tataw la dapat ke tak buat. Snokerling kat Pulau Perhentian. Orang cakap Pulau ni, air dia jernih sgt. Kalau nak snorkeling, kne ade lessen ke? Kalo tak ada? Ermmm.. Nk p jugak Pulau ni.. sgt2 teruja.. Pnh plan nak pi byk kali dgn kawan2. Tp tak ada yang sggup nak pi.. Kalau boleh honeymoon pon  ok gak . Kalo x pon, harap2 lah Mesyuarat Guru nanti  dibuat kat sni / ada lah lawatan smbil melancong kt sni nnti.. hee.. ada ke? InsyaAllah..


  Yang ini, list yang personally punya.. kawen / tak kawen, akan buat jugak even sensorang.. nak travel 1 msia.. cari pglaman.. harap-harap tercapai..Masing-masing ada impian.. walaupun kdg2 x logik, tapi aku percaya pada rezeki.. Kalau bersungguh, xkn ada apa yang boleh menghalang. InsyaAllah, Allah akan bagi kemudahan.. Tinggal lagi nak berusaha jer.. Semoga Berjaya Yuhanna.. 

Problems Make Us ..... OLD ?

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak mulakan entri kedua ni dengan penuh emosi..
Hehehe..
Kenapa aku cakap  taip yang MASALAH membuatkan kita akan nampak tua matang dari usia..

Ermm.. Tak ade orang yang x ade masalah.. even baby pon ade masalah dorang kan? Nak makan, nak **** suma kne orang buatkan, sdgkan dorang tak pandai nk bercakap.. (start dah mengarut) tak2.. aku tak mengarut..aku cuma bagi contoh.. Apatah lagi kita yang dewasa ni.. Lagi bertimbun masalah nak kena pikir..
Kadang-kadang tak terfikir dah.. Aku juga punya masalah..Sangat banyak.. 
Sometimes, i feel give up.. 
Aku tak percaya pada  'luahkan problem anda, anda akan rasa lega...'
Betul?? 
Bagi aku, mengarut atau Nonsense !!

Sebab??
 Aku rasa kalau kita hanya luahkan, kemudian orang yang mendengar luahan kita tuh, x pandai bagi respons, diam membatu atau hanya "lupakanlah.." WHAT??
Kau rasa membantu ke?? aku bukan mcm tuh.. Sebab tu aku rasa pendam adalah cara terbaik..Atau bertungkus lumus mencari penyelesaian atau yang paling akhir aku buat adalah melupakan sebentar pura-pura tak fikir padahal dalam kepala otak ligat berputar mencari solution..

Kadang-kadang aku terfikir, untunglah mereka yang tak pernah merasa susahnya menghadapi masalah tambah lagi bila seorang diri.. arghhhhh!!! rasa cam gelap dunia..Tapi, aku percaya Allah itu takkan bagi dugaan/cabaran/ujian kalau Dia tahu yang hambaNya itu tak mampu tanggung.. kan? Nak tak nak, kita kena hadapi.. 

Dan masalah terbesar aku sekarang adalah :

1) PEKERJAAN TETAP a.k.a POSTING atau PENEMPATAN
Semua kwn2 aku dan juga seluruh graduan pendidikan 2011 menghadapi masalah yang sama macam aku..Entah bila kami akan dipostingkan?? Belajar 4 tahun, konvo dah cantik mai tang keja bila nak cantik? habaq mai sket.. huhu.. Aku hanya mampu berdoa, ada rezeki untuk aku nanti..Aku memang berharap nak sangat jadi cikgu. Tak yah la aku cite kenapa aku nak jadi cikgu atau cmne aku nak jadi ckgu yang baik ikhlas whateverrr kan..cukup aku katakan, aku nak sangat jadi cikgu sebab nak selesaikan MASALAH kedua aku iaitu 
2) DUIT
Ini masalah terbesar aku. Aku bukan boros. SILA JANGAN JUDGE AKU. hahaa.. emo. aku tak boros. aku tak pakai barang branded beribu..(beratus ade..hehe) tapi mana ade slalu pun.. dulu lah..time study..skg ni dah kje gaji ciput, tak sangat dah.. actually, aku perlukan duit utk bantu mak aku. ermm..sebab tu aku perlu kje utk bagi duit pada mak aku.. ( malas nak cite dah la...)
3) FAMILY BAHAGIA 
Aku sangat tak suke sentuh hal family.. Aku sangat tak gemar nak cerita perihal family aku.. Masing-masing ade masalah kan? Maka, aku hanya berdoa agar family aku sentiasa diredhai dan semuanya dapat hidup aman dan damai.. (perlahan-lahan aku kan cuba selesikan...ini janjiku)
4) CINTA
Yang ni aku tak pasti.. aku rasa aku ada masalah tentang ini.. Tapi, aku letak yang ke4 sebab pada aku kalau dlu, mungkin aku boleh letak pada tangga pertama..sekarang ia jatuh di tangga ke 4..turun 3 anak tangga..ke naik? lantak lah..haha.. just skg, aku dah tak berharap ape-ape lagi.. aku hanya mampu minta padaNya, bahagiakan aku..kalau betul DIA jodohku.. kalau tak, aku redha kerana aku ikhlas..itu sahaja. FULLSTOP.. jangan tanya dah, "awat weyh?" ..hahaa..

So, aku rasa stakat ni jer..aku mampu membebel (padahal boleh lagi) ..nanti aku post lagi kisah-kisah hidup aku...sebab ini blog aku..kisah aku..bukan kisah mereka.. heee.

Kepada yang ade problem..silalah selesaikan dengan segera..atau kalau anda kebal dan hebat..
'just ignore it'
Muka Sengsara

29 October 2011

Ye, Baru..Huhuhu..

Assalamualaikum..
Tak banyak yang aku nak ceritakan..
Aku sangat suka membaca blog orang sejak2 aku bekerja kat CC ni..
Berbulan-bulan aku asik aje membaca belog-belog orang lain..Dari yang famous amous mcm si Hanis Zalikha Hewhewhew, sampailah ke belog orang yang aku langsung tak kenal..
Persoalan, kenapa baru sekarang aku berani nak buat blog sendiri? Sebab aku sudah terbuka hati.. dapat hidayah kot.. hehehe... Maka, saya budak baru belajar, kalau salah Kau Orang tolonglah tunjukkan :)
Salam & Bye ... 
Hah..Memang Baru Belajar ..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...