03 January 2014

Produk apa yeh?

Assalamualaikum..

Haii.. Ada orang ask aku kat inbox FB td. Ayu pakai produk apa? Huahuahua.. Actually, ramai dok tanya. Aku pakai produk apa kat muka. Kenapa diorang tanya ek? Nak kata muka cantik flawless macam tu, tak da la sangat. Camera 360 jugak. haha. Tapi memang muka gua tak ada masalah pimple teruk ke apa.Memang susah gila la nak naik benda2 alah tu.. Alhamdullilah.

Cumanya kadang kalau orang tanya, pakai apa. Aku jadi serba salah nak jawab, Sebab apa? Sebabnya, aku mana lah setia sangat dengan satu2 produk. Bangsa suka terpengaruh ni jenuh. Haha. Aku kalau tengok testi orang pakai macam lawa, macam comel, laju2 pm tanya. Haha. Dah beli, dah pakai, macam tak lawa. Stop. Pi tukar yang lain. Selamat la muka ni tak problem.

Tapi,aku memang pakai segala macam. Dari yang bahaya, sampai la yang tak bahaya. Haha. Bahaya maksudnya ada hirdoquinon tu. Ha, pernah pakai. Huhu. Zaman study dulu. Ye la, masa tu dalam kepala pikir nak cantik je. Huahua.

Then, stop la. Cari produk lain. Konon2 nak berhenti la kan pakai yang bahaya. Tapi, kadang bila kita konpiden kata produk ni selamat, tetiba keluar pulak kat web kata bahaya la apa semua. Hoihhh. Tension. Kita pakai maca ok jer.. Tu la masalahnya.

Tapi, memang dari dulu aku tak pernah pakai produk yang jual kat supermarket. Maksud aku, yang macam berlambak dekat dalam hyper market. Set2 yang ada dalam iklan TV. haaa.. aku tak percaya yang tu. Aku rela pi cari kat booth2 yang jual kosmetik ke apa. So, produk yang ni tak diiklankan di TV. tak tau kenapa. Haha. mind set kot.

And aku tak pakai jugak produk bapakkk mahal SK II, Mary Kay, ke apa.. TAK ! Tak ada duit. Haha. Dulu berangan, if dah keja, memang nak beli skincare yang cm gini. Sebab katanya selamat. BUT bila dah keja, dia tengok benda lain, jadik terosss terkubur niat. Hahahaa. Hampeh.At last, pakai je produk yang boleh masuk akal harganya..

Then, berbalik kepada soalan sang kawan tadi, aku jawab la. Aku tengah pakai Wonder Glow sekarang. Aku dah pakai lama. Almost 6 months. So far, ok la. Tak ada la jadi pape kat muka kan. Tapi, tetiba hari tu tengok kat FB, naik dah kata night cream dia bahaya.. homaiiiii... Macamana ni? Haiiihhh. Kalau nak ikutkan, semua night cream sama je.. hurmmm..

So, aku bagitau macamni la kat kawan aku tadi... Aku pakai produk ni. Tapi actually, aku nak tukar dah yang lain.. Hahahaha.. Bangsa tak boleh nak setia. Gini laaa.. Sebab dah lama pakai, jadik nak try yang baru.Hewhewhew..

Tapi, sebenarnya, di samping itu, ahahaha... aku makan benda lain. Untuk dalaman.Aku amik collagen. Aku amik stemcell.. Dia actually aku amik bukan untuk kulit, tapi sebab untuk kesihatan. Tetiba boleh relate sekali dengan kulit. Nak kata kulit cantik putih melepak, tak. sebab aku jenis sawo matang. Tapi smooth la kulit. Lembut.. Heee..

So, itu sahaja ye. Entry ini tak ditaja oleh kak ton.hahahahaha.



Till then.. have a blast weekends peeps !











Love,
Ayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...