02 January 2013

First Day Of School

Assalamualaikum..

' Assalamualaikum Cikgu ......' 

' Terima Kasih Cikgu Yuna...'

Dah lama tak dengar nama manjewww ni.. ekekeke. Tadi kedengaran semula. Anak-anak tercinta memberi salam, mengucapkan terima kasih. 



Yeah, today was the 1st day of schooling after break yang bapak panjang (sebenarnya tak lama mana pun cuti kalau nak compare dengan cuti hujung sem masa kat U dulu :)

Budak-budak, baju mereka semua putih bersih. Kasut semua bau kedai belaka. Beg semua warna terang benderang lagi. Buku semua masih keras kulitnya. Rambut masih tersikat rapi. Kau tunggu sebulan lagi. Semua akan bertukar. haha.

Apa yang aku buat today. 1 perkataan before tu : PENAT. Seriously terkejar-kejar. Lepas tu, aku dah tak ada suara. 6 waktu sekali jalan. Ada lagi ke suara aku? Suara macam guruh ni pun tak mampu dah nak bertempik. So, waktu last aku cakap selowww2 jer. Selamat la kelas pandai. Boleh dengar cakap lah. (padahal dorang form 1 takut2 lagi)

Then, pepagi buta masuk kelas sendiri. 2 Amanah. Yeah, guru kelas ye. Masa bebudak ni form 1, aku tak suka kelas dorang. Tak kisahlah nak cakap bias ke ape. Memang aku macam tak suka sangat. Bukan sebab last ke apa, dorang ni kelas kedua. Sebabnya, bebudak perempuan nya.. alahai. menggedik semacam. Aku tak larat nak melaser dah. Budak kecik lagi kot..

Tapi, selamat jugak perasaan tahun lepas tak dibawa ke tahun ini. Alhamdullilah. Aku tak la tak suka. Just macam berhati-hati. Haha. Siap pesan lagi, ' awak dapat saya guru kelas awak, awak sakit laa..' Kehkehkeh.

Settle kan dorang, lantik ketua kelas apa semua, yuran kutip , bersyarah dengan ayat yang pedas2 , pastu blah. Then, hadap kelas kedua pulak. Form 1. Mengajar sejarah. Time ni, ada pulak pemantau dari PPD datang. How lucky i am, aku kena pantau. Selamat la bereh segala nya.. Huhu. Selamat lah jugak bebudak aku dok dalam kumpulan. Kehkehkeh. Tak berkeliaran macam apa kan.

Then, last clz.. pun form 1. jenuhhh.. Budak form 1 ni, dorang macam cuak2. Macam pasif. kan awal lagi. So, dorang macam takut2. Tapi, masih tak buang perangai darjah 6. Sabar je laaa. T_______T

Pastu, kena settle banyak gilaaa kerjaaa... Esok orientasi form 1, muka ni jugak yang buat pamplet. Kelam kabut photostat apa semua. Panggil budak2 tolong lipat apa semua. Selamat la ada assistant. Oh ya, tak sudah la bebudak dok panggil aku.

'cikgu, lama tak jumpa..'

'cikgu rindu cikgu..'

'cikgu, kenapa tak ajar dah kelas kami?'

'cikgu..cikgu..cikgu....'

Ehhh korang ni, boleh tak panggil kakak? muahahaaahahahaahaha.

Ini sahaja untuk hari ni. Permulaan yang baik. Sebelum mood aku kelaut sebab maybe esok result WARDEN akan keluar. Ya Allah, semoga BUKAN aku. Aku tak mampu !


# Dah 2nd day of Jan, hopefully dia kuat meninggalkan apa yang SEPATUTNYA dia tinggalkan dari dulu lagi. Amin.




Bye peeps!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...