10 March 2014

#PrayforMH370

Assalamualaikum..

Hye.. Hari ketiga kehilangan MH370. Errmm. aku bukanlah sorang yang cam gemorr sangat amik tahu hal ehwal dunia ni suma. Tapi, bila berita kehilangan MH370 ni tetiba diperkatakan, aku terpanggil untuk turut sama mengikuti.

Macam aku taip kat status FB, memang tak ada kena mengena apa pun. Tak kenai sapa pun dalam tu.. Tapi, aku tak dapat tahan sebak bila baca dan mengikuti setiap dari berita yang dipaparkan.. Sedih. Letakkan diri kita di tempat ahli keluarga mereka.

Aku rasa, ahli keluarga mereka pun dah penat sebenarnya. Mungkin mereka sudah redha dengan segalanya. Tak apa la, apa jua yang terjadi, asalkan ada bukti yang sahih. Kalau aku ditempat mereka, aku juga akan berfikiran macam tu,

Bila hilang terus-terusan macam ni, berbagai2 persoalan perlu dihadap. Yang mana, jawapannya tiada pada kita. Hanya DIA yang mengetahui. Memang ada hikmah setiap yang terjadi. Dan Allah menguji pada kita, tanda DIA masih peduli. Bersyukurlah kita masih sedar.. masih tidak terlalu alpa.. Buktinya, 1 dunia berusaha mendoakan..melakukan pelbagai usaha.. solat hajat, berdoa meminta petunjukNya..

Aku sendiri, dalam solat aku meminta agar dipermudahkan usaha mencari pesawat ini. Semoga Allah mendengar doa hamba-hambaNya yang kerdil ini. Jahilnya kita, bila ditimpa musibah, baru kita terpandang pada siapa sepatutnya petolongan diminta.

Namun, selagi ada masa, kita jangan berputus asa. In Shaa Allah.. Aku juga sama seperti seluruh dunia, mengharapkan agar ada keajaiban yang berlaku.. Sama-sama kita berdoa yang baik2.. Buat keluarga mangsa, jangan berputus asa..

Dan , aku paling pelik dengan manusia yang hati mereka hitam macam taik lembu. Dalam keadaan kita begini, ada lagi pemikiran kuno zaman Paleoltik. Iye, korang nak jadik ustaz, ustazah dengan menghentam mangsa2 ini macam2.. silakan.. Tapi jangan lupa, hari ini mungkin hari mereka dan keluarga mereka diuji begini. Hari kau, bila lagi?? kau tahu? Dikeluarkan ayat yang bukan-bukan.. Dipolitikkan segala hal..

Bangunlah umat Islam.Bangunlah Malaysia. Jika nyawa manusia itu sama nilai harganya dengan politik DUNIA, maka dipersilakan anda politikkan semuanya..Namun, andai berkata-kata itu tak menyumbang kepada apa2 kebaikan pun, maka adalah lebih molek, pendamkan sahaja. Jangan heret kami buat dosa macam anda. Macamana kami juga boleh berdosa? Kerana menyumpah seranah anda. Sekian.




PULANGLAH MH370.




Allahuakbar....





Love,
Ayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...