07 June 2013

Awak, sikit penghargaan.

Assalamualaikum..

Haa. Kat Pahang sudaaaaa.. Semalam kami sampai jam 11 malam. Huhu. Berat, sarat jerrkk rasaaaa nak melangkah masuk ke asrama. Kena take time untuk cari semula mood yang sudah hilang. Biasa la cuti kan.

Ok, jom aku nak share something kepada someone.. Hurrmmm... Kat sini ajelah aku abadikan. Nak post kat FB? Oh no. Aku bukan jenis nak mencanang di FB . Haha. Malu kot. Macam batak. Macam poyo. Sebab tu kawan aku kata, kau macam tak ada perasaan je . Macam tak layak bercinta. Haha. Bongok. Aku romantic ok. muahahahahaa. *muntah*

Cuti selama hampir 2 minggu ni.. aku dengan Mr.A ..macam anjing dengan kucing. haha. Gaduhh manjangggg! Tak paham kenapa. Hahahaha. Asyik nak bercakar jer kerjanya. And, ada sampai satu tahap, terhilang sudah 'rasa' itu. Tapi, Mr.A ni dia jenis lali dah kot dengan peel aku. haha. Dia boleh wat rilekss je.

Aku bukan jenis suka nak puji orang. Hooiihh. Aku susah sangat nak memuji bagai. Haha. Tapi, entry ini bukan untuk memuji si dia. Tidak sama sekali.Cuma mungkin melahirkan sedikit rasa penghargaan kepada si dia.

Bila asyik je bertekak, aku semacam terlepas pandang apa yang dia dah bagi kepada aku. Aku tidak menyanjung sampai ke langit. Sampai melampau-lampau. Tidak. Cuma, kalau korang berada di tempat aku, korang akan tau macamana situasi aku. My background. Tapi, aku taknak citer kat sini. Bukan tempatnya aku nak sembang semua kat sini.

Tapi, bila hadirnya Mr.A datang dalam hidup aku, tak banyak yang dia bagi.. dan sikit jugak yang aku ingat. Tetapi, apa yang aku nampak.. aku tak tahu kalau ada lelaki lain yang sanggup menghadap perempuan macam aku ni. Serba serbi kurang. Serba serbi tak sempurna. Dia tak merungut. Sepatah pun tak pernah. Macamana aku, keluarga aku.. dia terima jugak. walaupun dia tak cuba berbuat apa-apa..

Dia sanggup bawak aku balik Kedah, sedangkan dia boleh balik sdn.bhd. dengan keretanya. Dia sanggup bawak aku ke mana saja yang aku minta, sedangkan dia boleh lepak di rumah bersama keluarganya. Dia boleh penuhi permintaan aku tatkala aku minta dia teman (drive lebih tepat) bilamana mak aku mintak hantarkan dia kemana-mana..sedangkan aku boleh je drive sendiri. Dia boleh sahaja. BOLEH untuk apa sahaja. And paling best, bilamana aku cakap...'jom kita blaa.blaaa..'  ringkas, tapi padat jawapannya, BOLEH. :)  

Itu yang aku bersyukur sangat. Aku sangat berterima kasih kepada Dia.. Kerana mempertemukan aku dengan Dia. Aku tak harap banyak. Cukuplah ukhwah yang dibina ini berkekalan. Kalau aku bukan jodohnya, aku redha. Sekurang-kurangnya, Allah pernah temukan aku dengan insan sepertinya.

Kepada Mr.A, terima kasih banyak-banyak. Walaupun awak tak pernah bagi saya apapun (secara suprise) walaupun awak tak pernah plan nak ke mana-mana (saya yang akan jadi planner and decision maker), walaupun awak akan ignore je text panjang lebor saya bilamana kita gaduh (pastu, pagi esok awak akan cari saya and buat macam tak ada mende yang berlaku..hahaha.. KEJAM !) walaupun awak kekadang keras hati tapi saya lagi keras rasanya... Walaupun awak sentiasa nak menang, padahal terang2 hang salah.. hahahaha.. saya harap, itulah yang akan jadi asam garam perhubungan ini...

Maafkan saya, terkadang  terlepas pandang apa yang ada depan mata saya.Saya doakan yang terbaik untuk awak. Semoga ikatan ini berkekalan.. Semoga ada mentari yang akan menyinar di sebalik mendung yang kelam ini.. Amin.


Walaupun awak tak macam Farid Kamil,saya tetap suka. kehkehkeh.
 (tak payah nak handsome sangatlah, kang orang berebut..)





# Ini bukan post jiwang. Maaf kalau nak termuntah. Do i look like i care??




Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...