24 August 2013

5 bulan sudahh...

Assalamualaikum..




Genap lima bulan.


Amin.









# Allah selamatkan kami.


Bye!

19 August 2013

Cantik ker?

Assalamualaikum..

Hye peeps. Well, aku nak share something today.. errmm.. Tentang beauty, tentang healthy.
Honestly, aku sangat bangang bab2 ni dulu..(eh, sekarang pun sama jugak yerr) haha..
Aku mula macam care sikit, alert sikit benda2 ni bila dah keja ni la.. Dulu tak pun. Sebabnya tak ada duit.
Sekarang? Ada la sesikit.

So, untuk muka.. aku memang bersyukur sangat sebab my skin tak ada la masalah jerawat bernanah gila bangang ke apa. Tak ada. Cuma sebijik dua time nak period.. Then, tak payah buat apa. Dia hilang sendiri. Tapi kadang gatal jugak tangan, nak cucuk bagai.. At last, scar. Padanlah muka. Ada la kat tengah2 antara dua kening ni. Huhu..

Then, blackhead. Hoihhh ! Tension gila ! Yang ni dulu macam tak heran sangat. Tapi mungkin sebab buat tak heran, dia banyak sangat macam cendawan lepas hujan. And aku dah try macam benda kat Watson tu haaa.. tak lut. hampeh.

So, that day, masa cuti raya aku pergi saloon kat CS. Memang sangat nekad. Lantakla. Beribu pun aku bayar. Hahaaha. Then, pergi sana.. dia tu citer memacam.. Aku cakap 1 jer, ' buat apa saja, janji my blackhead go away..' Dia cakap, boleh. Tapi mungkin tak semua. Sebab ada yang dah lama sangat. Kena selalu buat. Ok, apa2 jelah. So, about one hour aku dalam tu. Hoihh.. sangat puas hati. Memang bapakkkk banyaklaaaaa... dia tunjuk kat tisu tu. Huhu. Then, dia suruh aku beli 1 benda ni.. dia macam minyak. Untuk prevent blackhead. Sapu everyday and night.

Ok, gambo takde benda tu. Aku dah delete. Haha. Apa brand ek. Derm10 rasanya. RM113. Bila pakai, dia dapat softkan blackhead. So that, nanti boleh buang sendiri. So far, macam ok.

Skincare ? Aku pakai macam2.. Tabita pernah, Maxi peel pernah, NV pernah, segala mak nenek. Tapi semua macam tak sesuai. Now tengah guna Wonder Glow. Tapi nak tukar pakai D'Nars. Haha. Selamat la tak jadik memacam muka. Muka aku ni, kalau tak sesuai sesuatu product, dia akan bagi hint. Naik la something kat muka. So,kena stop.

Untuk healthy, yes.. dulu macam pemalas nak makan suplemen bagai. Tapi bila dah ada duit, dah alert sikit.. Dah pandai dah. Dulu aku hanya makan untuk bagi skin cantik. Collagen. Aku pernah amik. Tapi sangat mahal . TAK MAMPU ! Then, tukar kepada Vit.C. Blackmores. Tapi macam tak best. And now, aku makan Shaklee. Mampu milik. Sekarang tengah try set untuk naikkan berat badan. Bagi gemuk sikit. Berkesan jugak. Sebab aku cepat lapar. Dan bila lapar, nak makan. Walaupun sikit. Then timbang, ok naik sikit. Bolehlah. Badan aku memang sangat SUSAH nak naik. Hoihhh. Tensi!

Pastu, sekarang tengah order dengan kakak aku, nak tambah lagi 2,3 benda untuk skin. Dari Shaklee jugak. Yang paling ketara, haid teratur. On time. So itu yang paling bagus bila kita makan suplemen ni. Tapi, sakit sikit2 tu biasa la. Memang badan ni antibodi sangatlah lemah. Itu normal. Manja. Kena hujan sikit, demam. Sebab tu tengah berusaha untuk kuatkan antibodi.

Pun tak ada gambo. Malassss ! haha, Google lah ye. Famous shaklee tu sekarang. So, itu sahaja nak share. Wah, ko bajet ko retisss kewwww? Hahahahaha.. Tak da makna. Saja la. Nak tengok kemana duit gaji aku habis setiap bulan. Hahaha.




Motip gambar? Hahahaahaha..


Sekian sahaja. Kerja banyak. Tapi tak tau nak mula dari mana. Kbai.



# Aku suka tengok orang cantik. Pastu mesti admire.. apa dia pakai untuk cantik eyyy? huuuu


Bye!

18 August 2013

#Throwback Raya

Assalamualaikum..


Sekitar Syawal 2013...
























# Maaf Zahir dan Batin.


Bye!

06 August 2013

Selamat Hari Lebaran 2013

Assalamualaikum..


Sempat tau. Sempat..

Kepada seluruh kaum keluarga,
Tunang tersayang,
Kengkawan sekepala,
Cecikgu sedunia,
Anak2 murid seMalaysia,
Kawan yang dah jadik lawan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Ikhlas :
Saya, suami dan anak2.. 
kehkehkehkeh..








Bye!

01 August 2013

Story Raya kiterr...

Assalamualaikum..

Hai.. Aku actually tak dapat tido. Entahlah, excited nak raya ke, apa ke.. fikiran terganggu ke.. ceh. Oh , ni taip ni sambil layan hot.fm . Lagu bapakkk jiwang !SAMUDERA , SALAM SEJAHTERA. aku anti bebenor lagu lelama ni. ahhaha. tapi, layan aje la.

Ermmm.. aku nak review pasal raya. Dah mood raya kan?  Shopping tak henggat, kau nak cakap tak ada mood nak raya? Sini makan penampo. haha. Actually, ada jugak rasa excited nak raya. Sebab tahun ni, dah ada kereta sendiri. maknanya, kalau aku nak ke mana pasni, NOBODY boleh halang2. hahahaa. Tak payah dah susah macam tahun2 sebelum ni.. semua kena tunggu orang hangkut. Orang tak mai amik, melepek arr kat umah. Haaa.. tahun ni, aku bole jalan sensorang ke mana saja i loikeee ! :P

So, aku plan tahun ni pepagi lagi nak pegi kubur arwah abah.. Sebab, susah sangat nak dapat pergi ziarah kubur arwah awal pagi. Susah. Sebab apa? Tak ada kereta la.. Sapa nak bawak. Sian arwah. Orang ziarah pepagi. Anak dia ni, tengahari rembang kadang baru sampai. Abah, maaf tau. Bukan adik sengaja.. :'(

And pastu, terus nak raya umah tok2 sedara sebelah mak sana. Kat Penang sana.. senang. Dah setel sana, tak kalot sangat. Sebab dorang belah sana, raya kedua dah tak ada rumah.. Besa la raya kan..

Ermm..pastu baru la proceed rumah around SP. tunang, kawan2 ...lepak dengan kawan2, sepupu2.. musuh2.. eh? hahaha.. Aku dulu time sekolah ligat. Ingat lagi, siap lukis plan kat papan hitam..hahahaa. Siap announce 1 kelas, sapa nak join konvoi aku. Hahaha. Padahal, pompuan brapa kerat je. Ahh, belasah ja. Sampai ke malam2 aku beraya umah kawan2 aku.. Selagi tak habih tawaf Taman Semarak tu..hahahaha.. Huduh gila perangai. tapi aku tak jadi hantu. Aku siap raya, aku balik arrr..

Rindu sungguh.. dulu naik motor je. Sekarang, aku ada kereta.. tapi, member2 semua dah kawen. Dah ada family sendiri. So, nak meronggeng macam dulu, mustahil. Tambah dengan usia macam sekarang ni.. Haha. takpala, kita raya sendiri2 dah la nooo..

And, bezanya dari tahun lepas... 1st time aku pergi raya umah orang as a worker. Maksudnya, dah kerja sendiri.. Kerja tetap yang gaji bebulan masuk. Dan.. dah mampu provide duit raya kat bebudak. Aku sangat pemurah. haha. Aku bagi adik aku sorang RM50. Haha. Selamat dua orang je. Then, anak sedara aku.. and adik Mr.A.. banyak jugak.. Takpala, sedekah.. Budak2 ..time ni la depa nak seronok.. And pastu, balik sekolah, aku ada bagi duit raya kat bebudak kelas aku.. Budak form 1 kot. Haha..

Tahun ni.. dah peruntuk dah untuk dorang.. How much? Tengok keadaan.. Heee.. tapi tetap ada. Rezeki Allah bagi, kita share sesama.. Kita bagi orang RM1, Allah bagi kita RM10. Ni aku pegang.. Takpela.. Bukan duit aku pun semua tu.. So, nak duit raya, cepat salam cium kaki. Hahahaha.

And tahun lepas jugak, 1st time laaa pergi raya umah Mr.A.. gaduh jugak dalam perjalanan tu. Haha. Sebab dia ni sangat laaaaa cool.. Macam tak beria. Tah pape. Aku ni cepat sentap. Eh, kau nak ke taknak aku pergi raya ni? Nak, jemput la bebetul. Tunjuk sket excited tu. haha.. Pergi jugakla. Masya Allah... nervous gile bangang! bukanlah tak pernah jumpa mak dia, tapi.. i kan pemalu. haha.. Tambah ada sikit masalah masa tu.. lagi laaaaaaaa.. Allah je tau perasaan aku time tu. Tapi, makcik paklah a.k.a kawan aku, yang pujuk aku jugak.. Jom pergi.. katanya.. maka, aku pun pi jugakla.. Alhamdullilah.. Mak Mr.A sambut aku baik sangat. Hilang terus nervous..

Bab makan pulak, fav aku LONTONG mak aku , RENDANG ayam mak aku, KUAH KACANG mak aku. Hahaha. Tak ada 3 benda ni, aku merajuk. memang protes gila2. Walaupun aku tak makan melampau pun. Tapi, pepagi kena ada. Kalau tak ada.. aku rasa pelik. Pernah dulu sekali, mak tak buat lontong. Sebab sebok menjahit.. hoihhhhhhh.. sampai ke malam muncung! perangai. Hahahaa..

Orait, itu sahaja.. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang membaca belog ni.. Wish siap2.. sebab kalau balik SP nanti ni.. jenuh dah kot nak hupdate. Mesti busy ! Kalau sempat aku hupdate.


Sekali lagi, Ampun dan Maaf aku, owner belog ni mintak pada semua yang membaca belog ni, yang tak baca..yang aku kata.. haha. Maafkan saya.. Saya jugak dah maafkan kesalahan kalian kepada saya. Haaaa.. Tak ngaku letewww.. 0-0 ok? :)

Tahun lepas, ni baju kami. Pink. Tahun ni.. aku nak buat diam. Aku taknak dah cakap,'jom ambik gambar'.. Nak tengok pulak, dia alert ke tak.. Huh. Larat aku sorang beria !! *marah*


 Time ni belum jadik tunang2 ke apa ke..belum.. Ni kebetulan je pink ni.. Dia yang nak sangat sama dengan i... muahahahahhaaha



# Jaga diri .. Selamat Hari Raya u'olss.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...