19 July 2012

Semoga Dia Kuat.

Assalamualaikum…

Entry ini aku buat khas untu si dia. Mr.A… Jumaat lepas, (13.07.2012) menjadi sejarah kepada Mr.A.. Pemergian ayahandanya yang tercinta… Al-Fatihah..

‘abg on the way balik SP. Abah dah tak ada. Nanti abg bagitau lain. Salam’ – 12.36pm .

Msg yang aku terima setelah balik dari sekolah jumaat hari tu. Tersentap. Ya Allah… Aku sangat buntu. Blurrrrr.. Lama aku amik masa untuk reply msg dia.. Aku tak tahu nak cakap apa.. Aku takut..Takut kata2 aku menyebabkan dia tersinggung.. Lantas, aku diamkan sebentar..Memikirkan ayat terbaik untuk aku berikan.. Ringkas dan padat sms aku. Walaupun sebenarnya hati ini memberontak untuk call dan dengar suara dia. Aku sangat risaukan dia. Last sekali, aku beranikan diri, call dia. Ya Allah.. Sebaknya hati ni… Saat itu, air mataku mula gugur..

‘Assalamualaikum.. Abg kat mana?’

‘Wslm.. ….(aku dah tak dengar apa dah..tenggelam dengan tangisan)’

‘Yelah.. drive elok2 ok..’

Hanya ini yang mampu. Sumpah, aku sangat sedih. Terkilan juga sebenarnya sebab tak dapat teman si dia pulang ke Kedah. Aku tak mampu. Mak aku di Pahang. Plus, aku bukan siapa-siapa dalam keluarganya. Tak manis, aku rasa untuk aku menonjolkan diri pada saat seperti itu. Lagi pulak, aku dapat rasakan dia hanya fikir untuk sampai cepat kat Kedah. Akhirnya, hanya doa aku yang mengiringi. Sungguh aku tersentak. Sebelum pemergian arwah, segalanya baik sahaja. Tetapi, kita ini manusia. Siapa kita nak mempertikaikan takdir Allah.. Maka, aku nasihatkan si dia, supaya redha.. Ya Allah, kuatkan si dia.. Aku sangat susah hati sebenarnya.. Pada DIA, aku panjatkan doa. Semoga Mr.A diberikan kekuatan melawan kesedihan. Semoga dia tabah. Memang amat sukar kehilangan insan tersayang. Aku terlebih dahulu merasainya..

Sepanjang 2,3 hari Mr.A di kampong, aku di sini tidak keruan. Terlalu susah hati mengenangkan dia.. Bukan dibuat2, memang ini yang aku rasakan.. Aku tak berani nak call, nak text Mr.A.. lantas, aku pendamkan sahaja. Cuma, aku pesan supaya di jaga kesihatan, jaga diri dan sebagainya. Yang sedih, aku cuba elakkan.. Taknak terus mengganggu emosi si dia… Ahad, Mr.A dah bertolak balik. Aku tahu, jauh di sudut hatinya, mesti sangat berat nak meninggalkan rumah yang mana masih merah lagi tanah kubur arwah.. Tetapi, demi tugas, dia gagah juga balik ke Kajang. Mr.A hantar adiknya, Muhammad di Temerloh.. Aku sangat sangat berharap untuk bertemu dengan dia.. Dengan berhati-hati, aku tanya padanya, singgah tak dia untuk jumpa aku di Lanchang ni?

‘Kejap lagi abang singgah.. nak tumpang solat kat rumah sayang, boleh?’

Senyum sampai ke telinga. Memang aku tersangat rindukan dia. Aku nak tengok sendiri dengan mata kepala aku, macamana keadaan dia. Sumpah teruja. Berdebar tunggu dia sampai.. Ya Allah, setelah dia sampai.. Macam nak pengsan aku tengok dia.. (over) Sabar tunggu dia masuk.. Wuduk, dan Solat.. Aku buat Vico Panas.. Then, aku tengok dia menangis. Alahai.. luluh jantung ni.. Lemah jiwa ni.. Aku taknak dia menangis.. Dan, berulang kali. Dengan sepenuh tenaga, sekuat hati, aku cuba tenangkan dia.. Dan, aku kan ratu air mata.. Mana boleh tak menangis sama.. Terkenang arwah abah.. Al-Fatihah..

Kepadaku, disuarakan hasrat hatinya.. Dia nak bertukar ke Kedah.. Nak jaga ibunya. Ya, memang itu yang sebaiknya..Aku menyokong, walaupun jauh di sudut hati ..sedih. Terkenang tahun depan, keseoranganlah aku di bumi Pahang ni.. Tapi, aku tetap berpegang kepada, FAMILY 1st. Kalau aku ditempat dia, aku akan melakukan perkara yang sama... maka, semoga semuanya berjalan lancar..

Dan inilah dia, dugaan terbesar dalam perhubungan ini. Aku tak pernah berhadapan dengan situasi sebegini.. Untuk menguatkan orang lain, aku tertanya2, adakah aku mampu? Tetapi, nak tak nak, aku kena cuba. Maka, aku try.. Supaya dia tenang, tabah dan akan kembali seperti biasa..

Kepada kamu, wahai Mr.A, semoga kamu tabah menghadapi dugaan Allah SWT.. Manusia yang disayangi, adalah manusia yang diuji oleh Nya.. Maka, kamu insan terpilih. InsyaAllah, doa ini akan sentiasa mengiringmu. Semoga roh arwah abah (kamu dan saya) akan ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Redha akan ketentuan takdirNya. Percayalah, setiap yang terjadi ada hikmahnya yang Allah belum tunjukkan kepada kita..

'Saya akan bersama kamu, sentiasa....' bisik hatiku..







 Semoga kamu kembali senyum~




- Kehilangan yang tersayang, bukan sesuatu yang menyeronokkan. Entry sebelum ini.










Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...