04 February 2012

I miss that moment..

Assalamualaikum..

Hari ni, aku sakan dok sms dengan yan, dengan roomate aku.. Tetiba terkenang zaman study dulu.. Hampir 4 tahun menyulam hidup bersama rakan-rakan seperjuangan.. Susah senang, gelak tawa, sedih duka semua bersama.. Tapi lebih banyak ketawa aku rasa daripada berduka. Haha.. Yelah, duit beriban dalam bank.. Apa ada hal? Even aku duduk SP je pun, tak sampai 45 minit boleh sampai rumah kalau naik kereta, and 3 jam kalau naik bus-feri-bus, tapi aku jarang balik. Ya, jarang. Sebab aku lebih suka menghabiskan duit bersama kawan-kawan. Kehkehkeh..


Banyak sangat kenangan indah. Dari 1st year sampai la tahun terakhir kami sebelum masing-masing berpisah untuk menjalani praktikal. Sedih jugak. Escpecially, aku dengan roomate aku kan. Kitorang sebilik 3 1/2 tahun.Haaa.. bayangkan. So, dia dapat sekolah lain, aku sekolah lain. Ada jugak usaha untuk nak menyewa bersama (gigih walaupun sekolah kami jauh antara 1 sama lain).. Tapi, Allah dah tentukan segalanya, maka terpisah jua. Tapi, dia tetap datang rumah sewa aku. Kami tetap dapat melepak bersama walaupun tak la banyak kali.. Heh.


And yang aku paling rindu sekarang adalah aktiviti harian (bila duit dah habis) / mingguan (bila kaya tak sedar diri duit masih berkepuk dalam bank) kitorang iaitu masak memasak di dalam bilik. Haha. Bilik aku dah macam sebuah rumah yang lengkap dengan dapur. Cuma yang tak ada peti ais je. Kalau tak, memang dah lengkap sangat dah. Kitorang ada rice cooker comel, dapur comel, gas comel, dan stock makanan yang pun comel jugak. Haha.. Awal semester je, mesti pergi Tesco. Bajet dalam RM100++ seorang, beli la stock makanan selama 1 sem.. Huahuahua.. Macam laki bini. Haha. Beras 10kg, telur 1 papan, sardin bertin-tin, garam, gula, kicap segala mak nenek. Kalau nak makan makanan basah, e.g ayam ke ikan ke, kena la pargi Tesco tu at that time lah kan. And selalunya, aku yang akan pergi Tesco , sementara roomate akan standby kat bilik. Masak nasik ke apa.. ( tapi, dia selalu layan movie je sampai aku balik., hampeh).. Haha. and keseronokan ini akan berganda bila mana, geng-geng sekutu men'join'kan diri. Yan . Ya, yan lagi. Haha. Dia pun akan join jugak kadang-kadang.


Kitorang akan masak ikut selera masing-masing. Roomate aku akan request nak makan ini, maka dia yang request dia la masak. Haha. Yan, akan willing untuk masak sayur, and aku? haha. aku mana reti sangat. Tapi aku masak gak ok. Aku suka makan udang. Beli udang, letak kunyit dengan garam, goreng. Siap. Haha. Pernah sekali, aku dengan roomate aku je. Kitorang memang melampau2 masak. Tomyam 1 periuk, Ayam 4 ketul, 2 ketul sorang tapi gedabak besar, kerang lagi, sayur lagi., air asam lagi (aku buat ok, roomate aku suka kan mah? haha) pastu nasik 1 periuk...perghhhhh.. memang sangat syurga lah. makan sampai tersandar terbaring suma cukup. Hahaha.  Kami makan tak diam, siap tengok movie kat laptop konon TV. Hahaha.. Best !


Banyak lagi, tapi yang paling heaven adalah bila dapat makan bersama-sama . Heh. No wonder lah aku dulu gemok time study. Serious best. Beli baju ke, seluar ke, masuk je.. Just nice. Dah boleh jadi model. Hahahaha. Perasan. Mana tak nya, makan lebih 6 kali kot sehari. Asal terluang makan, makan dan makan. And aktiviti best lain adalah apabila awal semester duit biasiswa masuk. Perghhh.. Nikmat wa cakap lu. Haha.. Akan ada kawan-kawan yang sms, ' oi, duit dah masuk. p check..'


Kau tengok, jam tu jugak kalau boleh bangun pergi ATM. Hahaha.. And akan ada la kertas kecik aku pass kat roomate aku atau dia yang pass kat aku,

' oi, nak pergi Queensbay tak? '

' Bila? '

' Lepas ni lah. tak payah balik dah. Lambat'

' Tapi, ada class lagi kan pas ni..'  ( yang kaki cuak ni selalu aku lah )

' Ala, tak payah je pergi, bagi je la nama kat Ina ke Suki ke.. ( pastu sibuk la taip nama dengan no matriks pass kat kawan-kawan yang baik hati.. ) Wakakaka..

'Ok, tapi aku nak tengok wayang. '

' Karaoke jugak kat BJ ( Bukit Jambul ). .'


Muahahahahahahahahaha...  Situasi benda atas ni adalah dalam kuliah. Boleh ke nak fokus? Kau cakap sini. Haha. Jangan haraplah ye. Berdesup keluar tunggu bus lepas tuh..


Happy walaupun tahu benda tu sah-sah benda jahat. Ponteng kelas, pergi berjimba kat Queensbay. Haha. Ala, semua orang buat benda ni. Jangan nak berlagak kau top student sangat lah. Kau skema, tak payah baca blog aku. Muahaha..


Apa lagi ek kejahatan yang aku selalu buat dulu. Oh ya, ada satu lagi.. Kalau kelas pukul 8 pagi.. Gila babs nak bangun pukul 8??? Haha. memang terbabas. Sampai lecturer siap kirim salam berunsur warning lagikk, siapa tak datang class saya banned dari ambik exam. Kau ingat terkesan??  Tak ada makna! Haha. Nasib kami baik kot, tak ada pun kena banned ke hape.. janji hantar tugasan kan. Haha. Pagi2 buta ni, aku selalu je bangun.. Tengok sebelah, siap berselimut lagi roomate aku..

Sambil sebelah mata je bukak,

' weh, nak pergi ke tak kelas ni? ' - aku

' err.. kelas apa? ' - roomate celaka. Haha

' Sejarah bla..bla.. Dr. bla..bla..  Nak ke taknak ni? '

' ala, tak payah je la.. Jauh tu kelas dia.. Jom je la tido.. Ko sms kat diorang k. Nama aku sekali. '

Pantas je tangan aku taip nama penuh plus no.matriks KAMI BERDUA pastu sambung ZzzZzZz. hahahaha.

Sekarang cakap, layak ke tak AKU bergelar cikgu? Muahahahahaa..


Gila la kan kelas pukul 8? Dah la tak ada transport. Nak panjat bas sampai 2 bijik. Nak menapak naik jejantas tinggi melangit.. Seram. Baik tido. Hahaha. Kalau ada test pun, suruh je kawan tolong buatkan. Eleh, kata kawan. Hahahaha..


Ada lagi. Aku tak cerita lagi macamana kitorang pegi buat field work, pergi buat open house kat rumah lecturer, pergi annual camp yang damn, macamana perangai dalam class bila dapat lecturer buta, hahaha. dan macam-macam lagi lah. Nak citer sampai bila tak habis. Nanti lah ada masa aku update part II punya. KALAU RAJIN. heh. Aku kan pemalas. 



Ini yang aku rindukan.. Dah hampir 2 tahun kenangan itu ditinggalkan. Sumpah, ini adalah saat terindah.. Buat teman-teman seperjuangan yang membaca.. korang rindu tak dengan aku? Haha.. Tak? OK FINE ! Kehkehkeh.. Tak ramai yang membaca kan.. yang tak membaca ni, korang tak bagi impak sangat dalam life aku, sebab tu aku tak sebut nama korang.. Haha. Kejam. Apapun, i miss that moment .Really. T_______T



# Kalau lah pelajar itu adalah pekerjaan yang berbayar, aku akan bekerja sebagai pelajar sampai pencen.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...