29 February 2012

Alahai Interview ...Part I

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya berfikir 23 kali sebelum post entry ni, sama ada nak update blog atau tengok Vanilla Chocolate kat TontonTV3. Muahahahaaa..

Ehem..Ehem.. *sambil senyum melebar sampai ke cuping telinga*.. Apa? Apa? Kehkehkeh.. Ye, aku dah selesai interview ! Repeat SELESAI ! Yes, semalam.  Sure aku akan share segalanya kat sini. Before, during, and after the interview session. Jangan risau, aku akan share semuanya.. claps your hands. macam ada orang kisah aku share ke tak.

Over kan ada part 1, part 2 bagai? Heh. Sebab terlalu banyak cerita. Actually, aku nak delay je.. Nanti-nanti baru nak citer, tapi sebab aku sedar diri, memory aku sangatlah low, hanya mampu simpan cerita tak sampai 2 hari, maka ku gagahi jua.. LOL.

Ok, let's continue.. Aku cuti 26hb dan 27hb tu. Saja aku apply cuti, sebab aku nak prepare betul-betul. Baju, kasut, tudung, sijil-sijil, borang-borang, dan jugak membaca nota aku dengan serious atau dalam erti kata lain, study dengan jujur. Hahaha. Sebab before this kan kerja, membaca pun, setakat boleh ushar-ushar je la.. That is why, aku mintak cuti 2 hari awal.

And guess what? Study ke? Prepare ke? Harammmmmmm! Duduk rumah lagi banyak dugaan. Kiri kanan depan belakang. Sudahnya, study lah aku di Tesco dan Giant. Heh. Teman mak aku beli barang, pergi saloon rambut. Tak lagi dok nganga depan TV sampai dah tak tahu nak tekan channel mana. Heh. Aku kemas barang je la. Iron baju semua siap-siap.

27hb - Birthday adik bongsu aku, akim. HAPPY BIRTHDAY HAKIM. Dia kan manja mengada. Nak makan macam-macam. Nak kek segala. And lagi damn, dia tak pergi sekolah hari tu sebab semalamnya main bola lepas tu kaki bengkak. Siot je. And mak aku kan excited. Dah plan nak masak lah apa semua. Siap suruh aku pergi beli hadiah kek semua kat akim. Eeee! Bawak jugaklah dia pergi beli hadiah. Dia nak jam tangan. OK, beli. Then, kakak aku call. Cakap nak datang rumah bawak anak comot dia. Hoissshhh, lagi excited mak aku. Tadi plan nak masak lunch aje, ni dah melarat ke makan petang apa semua. Kakak aku belanja kek birthday adik aku. Tapi, atas kek tu ada nama anak dia jugak. Apakah?? Payish- Lahir 04.03.2009. Ok, noted. Haha.

Kawan aku yang nak datang ambik aku pun sms. Kata, lepas zohor diorang gerak. So, sempatlah aku makan dulu kan. Selamat dah siap packing barang semua. Oh ye, ada dua orang kawan aku. Dua-dua dari Kulim. Seorang Ina (owner kereta) sorang lagi Ainul. Semua satu course dengan aku masa kat USM dulu.
Then, tolong mak aku masak, main dengan payish sampai dia bosan, makan, mandi, solat semua.. tunggulah kawan aku sampai untuk ke Alor Star.. Then, tak lama tu, kawan aku pun sampai... Jamu diorang makan, minum apa semua.. salam mak aku, jerit dari luar pagar rumah, 'mak, esok 7.30 pagi baca Yassin..' *buruk perangai*   pastu geraklah kitorang.

Kereta kawan aku ni, tak ada air cond. air cond dia rosak. Tingkap co-pilot tak dapat berfungsi, hanya tingkap driver dengan tingkap belakang. Itupun 1 je, sebab 1 lagi penuh baju dok bergantung kan. Sekarang imagine sat readers, macamana kami dalam tu?? Panas woi! Panas Gila!! Aku kan bangsa atlet, kuat sangat berpeluh.. Baju merah darah, memang dah macam darah dok mengalir kat badan. Haha. Tapi, sempat je dok bergosip apa semua. Tak ada hal. Lama jugaklah perjalanan ke Alor Star, sebab memasing tak tahu jalan. Dok buat u-turn berpuluh kali tak payah cakap la.Silap masuk simpang, terlajak simpang segala. Rasa sangat hina menjadi rakyat Kedah, padahal jalanraya ibu negeri sendiri tak tahu. Sobs.

Then kawan aku cakap, nak tengok Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN) dulu. Sebab esok,nak pergi interview, mudah lah kan... Ye, mudah sangat. Sesat dekat 1 jam. Haha. Dok me-round-about banyak kali dah. Hahahaa.. Dengan jalan yang one way, jadi two way untuk kami. Syabas Ina. Aku kat sebelah, mulut dah bising dah. Dengan panas apa semua.. 'Ina, cepatlah. Hang nak bawak kami pi mana ni?'.. Tengok KFC,'jom weyh, KFC dulu..' Hahaha. Sabar je lah bila bawak pompuan annoying macam ni.

Ok, dah jumpa JPN, dah tengok JPN (padahal aku langsung tak nampak bangunan JPN sebab sibuk tengok sekolah-sekolah yang ada kat kiri kanan jalan)... kitorang gerak nak pergi check in pulak lah kan.. Aku dah booking awal dah. Tapi, sebab lampi yang amat sangat, lupa nak google maps kat mana Hotel tersebut terletak. Bongok untuk diri sendiri. Tak ada GPS apa pun ok. Kereta biasa, h/p kami semua biasa. Tak kerja tetap lagi kan. Alasan. Haha. So, dah bongok sangat, apa lagi? Melilau lah cari. Call Yan, (dia yang recommend hotel ni..) dia dah bagi direction, pun kami still lampi tak dapat follow. Tak jumpa. Masa tu, dah pukul 5.45 macam tu. Pusing lagi.. Cari lagi.. Tak ada pun. Bukan kata nama hotel, bangunan hotel pun tak ada. Yang ada bangunan lama, muzium lama, stadium lama, semua lama. Boring. Hahahha. Then, aku call lah hotel tu terus. Dia bagi direction pun tah pape. Sudahnya, kami decided untuk cari hotel lain. Susah kan?

Ok, cari-cari, dapatlah hotel bajet. RM80 semalam. Ada 2 katil. Ada TV.  Selesa jugaklah. Ok la kan, semalam je pun nak tido.Kawan aku tadi, gigih turun balik nak pergi double check perjalanan nak ke JPN. Takut esoknya lambat ke apa.. Ok, pergilah korang. Aku dengan tak solat apa semua lagi.. Lepak sensorang kat hotel.. Huhu.. Kemas barang mandi siap semua, tunggu diorang balik..Lepas maghrib, turun makan bawah hotel tu..

Nak tahu aku jumpa siapa? Artis weyh... Jalaluddin Hassan.. Wahhh.. Hahaha. Dengan family dia. Smart sangat. Kemas. And pada aku, dia macam sangat pleasant. Haha. LebihLebih. Tengok la kejap. Lantaklah kan jakun ke apa. Heh. Pastu, naik hotel balik... Study la balik.. Macam nak bunuh diri je rasa time study. Sebab bila study dengan kawan-kawan, soalan diorang macam-macam sangat. Bila semua topik dorang sebut, aku macam, 'woi, apa dia hang sebut tadi? Eh, aku tak baca pun?' .... 'eh, bukan 6 teras la, 5 je..' ....'ha? garisan lintang? Apa garisan lintang? Macamana? Nama apa?' ... T_________T !!!!!

Gelabah,cuak, nervous, bongok, benci semua ada. Haha. Tapi, aku excited jugak sebenarnya sebab tak sabar nak release stress yang berbulan-bulan simpan dalam hati, dan otak ni.. So, macam tawakal dan redha tu sama banyak dengan perasaan yang aku citer kan tadi. Hee.. Baca sikit, discuss sikit, gossip sikit, gaduh sikit..then SELAMAT MALAM SAYANG.... - 12.30am -


Nanti aku sambung ok.. Aku nak tengok Vanilla Chocolate.. Huhu.. Kenapa kena tengok kat Tonton? Kenapa tak tengok malam tadi je? Nanti sembang dekat Part II. Huhu.. eh, bosan kan entry tak ada picture. Aku lupa nak ambik MC dalam camera tadi. So, esok ajelah.. But, in advance, meh tengok muka annoying ni yang gembira lepas inteview.. Muahahahaa... LEPAS INTERVIEW ok..



1











2

















3












































Nahhhhhhhhhhh!!




Sopan kan? Jangan Tertipu. Wakakakaka!!









# Hari ini birthday kakak aku. HAPPY BIRTHDAY INA. Semoga jadi kakak yang lebih baik untuk aku.






To be continue.....




Bye!
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...