09 December 2011

Interview oh Interview ...

Assalamualaikum..

Temuduga adalah keadaan dimana kita ber temu dengan orang asing dan di duga. Hahahaaha. Intro je dah bengong! Kau bertemu dengan orang yang hebat-hebat, pastu kena duga dengan macam-macam soalan peliks... Dan keadaan ini adalah keadaan yang paling aku benci + menyampah + meluat ! Arghh!

Kenapa hari ni aku nak kecoh pasal temuduga? Sebab utama, benda bawah ni... :



Nampak? Nampak nama sape atas tuh? haha. Ye, nama aku. Benda ni aku apply 3,4 bulan lepas kot. Tak ingat.. Kecoh aku tengok kawan-kawan aku pakat isi, aku kan pulun. Isi jugak.. Sekali cek, alhamdullilah.. Dapat la untuk pergi interview for the 1st session ni (Ujian Bertulis). Dia ada 3 sesi semuanya.. Tapi, yang ini adalah tawaran MARA. Dan fyi, beribu-ribu orang yang isi borang ni hari tu, kebanyakannya berjaya untuk menduduki Ujian Bertulis ni.. Aku tak excited sangat.. Kenapa? Kenapa hari tu pulun isi? Haha.. Hari tu, aku macam ting-tong2.. KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) nak ke tak nak panggil aku jadi cikgu kat sekolah diorang kan? So, aku isi lah MARA ni.. Kalau dapat jadik cikgu kat MRSM pun best jugak.. Berangan nak ajar budak cerdik pandai lah kan.. kehkehkeh..

Tapi, the problem is aku adalah student yang belajar menggunakan duit kerajaan sepenuhnya. Means, scholarship lah.. Dah berpuluh-puluh ribu duit KPM aku telan, sekarang nak jadik Si Tanggang? Hah? Hahaha.. Aku pun confius lagi sebenarnya. Kalau aku pergi interview ni, mana la tau, ada rezeki, sekali lepas.. Nahhhh... Bayaq la hang balik Ayu oi.. berpuluh-puluh ribu kat KPM. Kawan aku, yang jugak anak emas KPM ni..wakakaa..tak boleh blah statement, dia ada call KPM.. sekali kena marah. "Siapa suruh isi? Sabar sikit. Kalau awak nak pergi, boleh pergi.Tapi, kalau berjaya, benda ni akan menyusahkan awak balik nanti.." Kuangkuangkuang! Dah?? Kau sanggup lagi nak pergi? Aku kalau bab-bab duit ni, aku serious alert + care sangat2..Hahaa..

So, aku buat keputusan untuk tidak pergi.. Dengan jauh kat Kulim, (padahal 30 -40 minit je kot) Hahaa.. Alasan. Ah, tak nak lah. Aku bagi ruang dan peluang kepada orang lain lah.. Good Luck yang terpilih.. Semoga terus berjaya sampai ke sesi terakhir. Amin..

Nak citer lagi pasal temuduga.. Seingat aku, sepanjang aku hidup ni, ada lah 4,5 kali aku kena pergi interview.. Alahai.. Lemah! Sampai fobia pun ada... 1st dulu, masa lepas SPM. Aku interview nak masuk UiTM.. Kos aku pilih ada interview.. MASSCOM.. sila gelak. Wakakaa! Seriously, aku sepatah haram tak tahu langsung pasal kos ni. Main isi je sebab kawan aku cakap, 'oi Ayu, jom ar kita amik Masscom. Nanti boleh stay Shah Alam.." Kahkahkah.. Aku pun, selamba je la isi.. Padahal, tak minat.. dengan blur gile ape kebenda la masscom ni. Sekali kena pergi interview. Perghhhh! Banyak gila sesi dia. Aku macam nak balik. Haha.. Last session, sesi temuduga lisan.. Kena cakap2 lah kan..

Soalan : Kenapa awak minta kos ni?
Jawapan : Saya ikut kawan saya isi
Soalan : Jadi awak tak minat lah?
Jawapan : Kenapa? kena minat baru boleh isi ke?

Wakakakakakakaa!! i kan jujur tak kena tempat . Hamekk kau! Dengan jawapan yang sangat bernas, maka DUKACITA ANDA GAGAL. Kahkahkah

Giler cuak kalau berada dalam keadaan macam ni .. Enam biji mata pandang kita! Fuh!

Relax je aku. sebab aku tak minat langsung. Serious kos ape kebenda aku pun tak tahu. Dulu lah, sekarang dah cerdik sikit. Haha.. Then, 2nd adalah masa aku Form 6. Aku ulang statement aku, aku kan gigih. Pulun sangat dok isi macam-macam.. Aku buat hal lagi, isi SPA. Masa tu SPA 8 kot. Kena isi 8 jawatan.. Nasib  aku macam good-good jer, aku dapat interview 4 daripada 8 jawatan yang aku apply.. Tapi, aku hanya pergi 1 jer.. Kahkahkah.. Sebab apa? Serik! Jawatan yang aku pergi temuduga tuh, Penolong Penguasa Kastam.. Hahahaa..Pun sama, blurrr giler. Pergi dengan tak buat pape pun preparation.

Soalan: Awak sekarang buat apa?
Jawapan : Saya sekarang tingkatan 6 bawah
Soalan : Jadi kenapa isi SPA?
Jawapan : Saya isi lama dah. Tapi sekarang baru panggil.
Soalan : Jadi awak nak belajar atau bekerja.
Jawapan : Kalau lulus temuduga ni, saya kerja. Kalau tak, saya belajar.

Hahahahaha.. Aku tau penemuduga tu memang nak gagalkan aku. Sebab dia dok tekan suruh aku habiskan Form 6. Baiklah. Menurut arahan., Maka Gagal jugak. Tapi, syukur jugak, sebab actually time tu aku langsung tak bersedia nak bekerja. Kepala otak aku masa tu tengah enjoy nak belajar.. Bukan rezeki aku.

Lagi, interview masa nak masuk U.. Lepas form 6 ni. Alamak.. Kos pendidikan ada interview pulak dah time tuh.. Pertama, Ujian Medsi.. (Bertulis). Kedua, baru kena pergi beramah mesra dengan lecturer-lecturer yang bakal menentukan nasib, korang ni layak ke tak untuk masuk kos education ni. Aku kena dengan lecturer aku sendiri (tapi masa tu tak kenal lagi lah) sebab tempat temuduga aku adalah kat USM. Maka, insan yang bertanggungjawab menemuduga aku, adalah Dr.Jalil, iaitu salah seorang lecturer yang aku ambik paper dia masa aku dah study kat USM dulu.. Masa interview, dia suruh aku buat macam-macam. Jadi pengacara majlis lah, tunjuk cara nak mengajar budak-budak tadika la... Damn! Haha. Masa dah masuk U, tak pulak dia nak suruh buat benda-benda tuh.. Hahaha..

Lepas tuh, ada lagi..interview nak dapat duit kerajaan.(Biasiswa lah, ape lagi) Nak bagi duit, pun payah. Hahaha. Kena lagi jawab soalan.. pastu menghadap muka orang-orang besar kat KPM.. Salah satu soalan dia yang aku ingat adalah. "kalau awak ditempatkan untuk mengajar kat Sabah Sarawak, sanggup tak?" Laju je mulut jawab, 'Sanggup2'.. " Sebab tak dapat duit lagi, semua sanggup" .. Nahh!! Dia bagi sekali. Hahaha.. Diam aje lah. Nak jawab apa? Betul pun ye jugak.. Wakakkaka! Tapi yang ni, alhamdullilah. Berjaya. Maka, sebab itulah aku tak dapat nak pergi interview MARA yang kat atas tadi.. Kang, tak pasal kena bayar berpuluh ribu.Yang ni memang TAK SANGGUP ! Hahahaa..

Jadi, inilah sedikit sebanyak pengalaman aku pergi temuduga. Lepas ni, ada lagi.. InsyaAllah.. Harap-harap Lulus lah segala mak nenek interview yang aku kena lalui lagi lepas ni. Serious cuak woi! Aku bab nak kelentong-kelenting ni kurengg skett...KONON! Kahkahkah... Kepada kawan-kawan yang bakal ditemuduga, tak kisah la apa jenis temuduga pun... All The Best okey. Baca doa banyak-banyak. Sila buat well-preparation.. Jangan blurr macam aku.. Aku takpe, Aku Hebat. Kahkahkah. Pastu semuanya DUKACITA.. hahahaa..



# Pergi temuduga sila JANGAN pakai sport shoe dengan baju kurung bagi yang perempuan. (Macam aku pernah buat dulu. AKU TERPAKSA ok! ) Ada masa aku cerita. Kahkahkahkah!



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...