29 November 2011

I'm Officially 24 years old ...

Assalamualaikum..


Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Ayu,
Happy Birthday To Me..



Ehem.. Ehem.. Ehem... Kehkehkeh.. Intro dah poyo! Tajuk entry lagiiiiikkkk poyoronos ! Whatever ! Hari ini Hari Saya !! Yeahhhhhh! Hahahaa.. Panas dah telinga aku sibuk memanfaatkan panggilan percuma yang dihadiahkan oleh Hotlink ! Penat dah bergosip dengan kawan-kawan tersayang. Muahahahaa.... Hebat. Dari Sarawak, ke Sabah, ke Pahang , Ke Kedah, Ke Penang... Semuanya nak bergosip.. Ekekekee...

Pagi tadi... Ye, memang tak ada Blackberry ke Blueberry ke Beri-Beri ke kat depan mata aku.. uhuk..uhuk.. Tapi, Hey!! Chill girls! (Padahal pujuk hati sendiri) hahaa.. Aku rileks aje..Impian melampau2..Dah, sape nak tunaikan? Hahaha.. And nothing special, nothing WOW SUPRISEEEEE on my birthday.. Macam hari-hari biasa jugak. Aku masih perlu menjadi kuli.. Hahaha.. Dan Bos aku belikan kek yang sungguh comel.. Kecik je tapi sedap walaupun bukan dari Secret Recipe seperti yang aku dambakan.. kahkahkah.. Thanks Bosh!

Firstly, Thank You kepada Allah yang Maha Esa, masih lagi memanjangkan usia ini.. Setahun demi setahun melihat dunia..menghadapi setiap dugaan yang mendatang dan memberi kekuatan kepada diri aku ni.. Thanks Mak, sebab melahirkan aku, menjaga aku..dia lah ayah dia lah ibu.. walaupun aku suka melawan.. hahaa.. zaman tak matang kan ... Thanks kepada ALL MY DEAREST LOVELY FRIENDS ..yang call, yang aku call, kehkehkeh, yang SMS.. sanggup tunggu tepat jam 12, semata-mata nak wish.. (terharu...sob..sob..) And also, kepada Ex-Ex student aku yang juga tak lupa wish via SMS.. Thanks everyone ! Aku rasa ada feeling artis bila boleh buat ucapan macam gini.. kahkahkah...

Haaa.. inilah dia .. Inilah .! Inilah ! Anak gadis ini sudah bertambah lagi umurnya.. Hahaha.. Tak sangka dah 24 tahun..Dah besaQ dah.. Dah macam-macam lagi dah.. Memang tahun ni tak ada kejutan, tak ada celebration macam the past few years.. Sebab mak aku tak ada kat rumah !! Haha.. Apa kena mengena celebrate birthday dengan mak? Eh, sangat kena mengena ok..  Mak aku adalah insan yang bertanggungjawab meraikan birthday aku sejak aku kecik lagi.. Walaupun dia tak buat party besar-besar, ada tema 'Disney World', 'Rock & Roll' or 'Superhero', segala mak nenek lagi la yang macam anak-anak orang kaya buat, haha.. Tapi, dia akan willing untuk masak..beli kek, dan panggil jiran-jiran, kawan-kawan aku datang makan.. Ya, itulah dia..

Seingat aku, masa aku kecik dulu, bulan November adalah musim cuti sekolah kan? Aku akan berada kat rumah sepupu sepapat aku. Yelah cuti sekolah, balik kampung lah! Then, mak aku akan call dari kejauhan..aceceh.. 'ayu, nak sambut tak birthday? kat mana?'.... wahhhhhh! Kat mana tu , maksudnya kat rumah aku ke rumah sepupu aku.. bukan.... 'haaa...kat London ke? Or kat Paris? Or...nak pergi Disneyland Hong Kong tak?' Kahkahkah... JANGAN HARAP !! Tapi, aku tak kisah. Mak aku tetap ada hati nak celebrate ok.. Mungkin dia nak aku rasa sama macam budak-budak lain.. :)

Sekarang, bila dah besar godang ni, dia ada tanya jugak.. Cuma aku je yang malas.. Malas nak susahkan dia nak suruh masak segala.. Kenapa tak order je? Tak Sedap. So, tak payah ajelah.. Beli kek sebiji, mak akan masak apa-apa yang aku suka makan.. Hee.. Thanks Mak!

Bila dah menginjak 1 tahun lagi ni, banyak perkara yang aku mula fikirkan..(selama ni tak sedor lupe diri, ingat baru 17 tahun.. euwwwwww...) Macam-macam.. Dari hal masa depan sampailah ke masa-masa yang tak terjangkau. Apa yang pasti, aku harapkan segala yang aku dah plan, akan tercapailah.. Semoga dipermudahkan urusan aku dan dilancarkan segala yang aku nak buat.. Dan semoga Allah terus bagi kekuatan kat aku untuk mengharungi hidup ini, memberi kecekalan hati kat aku supaya terus bersabar tatkala berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang sentiasa melukakan & menyakiti hati ini, dan semoga Allah terus menetapkan cinta aku hanya padaNya yang Maha Esa.. Amin...

Ini doa untuk diri sendiri.. Kepada yang membaca, harap anda juga mendoakan saya ya ! :) Selamat Hari Lahir kepada yang sama tarikh lahir dengan aku... And again, Thanks a lot to those who are always be with me no matter who I am now and after...
May Allah Bless you all ...




# Tengok gambar kat atas ni ..3 tahun lepas. Ada perubahan ? TAK ADA kan? Aku kan muda sentiasa.. wakaka!


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...