15 February 2012

Lama kan aku tak memekak?

Assalamualaikum..

Hye readers ! Lama kan aku tak memekak sini? (eleh, siapa kisah kau memekak ke tak kan??) Aku off yesterday. 2 days before, aku macam busy sangat. Tak ada idea nak kecoh apa. So, aku diamkan je. And post lagu Whitney Houston tuh, konon ambik tahu sangat hal ehwal semasa. muahahaha.. Pastu, mydestro dengki. Dok kutuk aku kat chatbox. Damn!


Lack of ideas lately. Aku tak tahu nak berbicara apa kat sini.. Mungkin terlalu banyak yang aku fikirkan. Soal hati, perasaan dan kehidupan. wah, cliche. Haha. So, malas nak mengomel banyak. Kang aku emo je lebih.. Apa pun tak boleyy..


Aku tengah berdebar tunggu untuk panggilan interview. Kawan aku, Yan dah lepas. And dari cerita dia, memang sangat scarry the movie. Hoi ! Gila lagilah cuak. Kenapa mesti kejam je semua? Huhu.. Takut sangat. Aku nak tanya la, kenapalah penemuduga mesti nak garang-garang serius segala? Diorang dulu pun sebelum nak menemuduga orang, mesti pernah rasa kan jadi orang yang ditemuduga? So, mesti tahu perasaan macamana. Tak payah la nak over sangat.. Tak payah lah nak balas dendam. Eh? Haha. 
Kesimpulan : TAKUT!


Harap nama interview keluar cepat, so that aku dapat lupakan segala ketakutan dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa sampai bila-bila. Kalau lepas ni dah tak ada lagi interview segala.. Haiishh..


Itu sahaja kot untuk hari ni. Bagi yang nak tahu kondisi aku. Aku sihat, masih seperti biasa selera makan bertambah, tapi berat jahanam, 1 kg pun tak naik-naik.. muahahaa.. And duit makin susut sebab asyik makan je. Lepas ni puasa lah ye !  Eh, macam ada orang peduli. Haha.

Cuma, aku nak request satu je ni kepada yang berada di sekeliling aku,

Please besarkan / luaskan sikit bulatan yang korang buat itu, jarakkanlah at least 4,5 tapak ke belakang, dan biarkan aku berada di tengah-tengah untuk bernafas secara tenang boleh? Jangan terlalu menghimpit aku. Aku rimas, lemas dan sesak nafas. Biarkan aku tentukan apa yang aku nak, korang boleh jadi pagar aku, supaya aku tak terkeluar dari kawasan TAPI benarkan aku berlari secara bebas dalam bulatan tersebut... Please..





#  Mendalam aku rasa perenggan terakhir. Yes, I really meant it. PLEASE ...


Bye !

WorthWhile [4]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...