08 January 2012

Cuak Tahap Gaban !!

Assalamualaikum..

Tak ada banyak yang nak aku cerita hari Ahad ni. Ya, aku benci Ahad. Macam biasa, masalah yang pernah aku sebutkan kat entry-entry sebelum ni dulu. Bukan hari yang menjadi kebencian, keadaan pada hari ini yang mewujudkan rasa benci yang meluap-luap. Ok, lupakan.

Perasaan sekarang, aku tak boleh nak gambarkan macamana. Apa yang aku tahu, setiap malam tido aku tak lena dek kerana perkataan 'INTERVIEW'. Sangat pasti, bukan aku sahaja. Malah, seluruh sahabat-sahabat aku pun mesti ada perasaan yang sama macam aku iaitu CUAK.


Dah berapa lama tinggal buku, dah berapa lama otak sangat dimanjakan daripada berfikir perkara yang berfaedah, dah berkurun tak mengerah otak memaksa akal berfikir perkara-perkara yang serius dan fakta. Hoi ! Gila tekanan. Tambah-tambah lagi, kalau yang bekerja, lagi nak fikir hal kerja, lagi sibuk nak kena buat kerja.. Dengan membaca nota yang berjela panjangnya ditambah pulak dengan bahasa Parlimen, alahai......... %*&!@#+!

Aku sendiri yang kaki hafal ni pun, dah macam tak mampu lagi dah. Baca pukul 1pm, stop untuk buat kerja sampai pukul 3pm, kau ingat boleh ke nak ingat balik apa yang dibaca masa jam 1pm tadi?? Kalau tak buat kerja pape ok lah, ini dengan sibuk nak fikir buat kerja itu ini.

Aku baru lepas menaip satu artikel ni. Actually, ada lah sorang customer ni datang suruh aku taip hasil kajian dia. SEJARAH . Dia cikgu. Dia nak buat kajian kot. Dia hanya tulis tangan, aku kena taip balik lah.. Alamak.. Lagi pening. Dah lah boring. T________T.. Setiap ayat dia semuanya bahasa Perlembagaan. Aku jumpa banyak perkataan-perkataan yang dok guna masa study 4 tahun dulu. Perghhhhhh.. tak sanggup rasanya kalau nak kena repeat balik. Hahaha. Maaf lah, even aku minor Sejarah pun, aku memang tak ada hati kat Sejarah. (aku wonder macamana aku boleh mengajar subjek Sejarah masa praktikal itu hari? huhuhu)

So, bila dah menaip benda tu, (sangat panjang dan banyak ok) ditambah pulak dalam masa yang sama aku menyelit jugak baca nota-nota untuk interview... can uolss imagine????? Memang tinggi bahasa. Aku dah la tak paham bahasa pekeliling.. Leceh siott.. ( <------- tengok bahasa aku ). Hahaha..

Maka, ingin aku tegaskan di sini, tetiba aku rasa macam selesa dah dengan kehidupan sekarang ni. Tapi, mengingatkan aku macam dah lanjut usia, savings kelaut lagi, aset apa pun tak ada lagi, tak mampu lagi nak senyumkan mak di rumah... MAKA aku redha, pasrah dan ikhlas. Cehhh... tak boleh blah. Haha

Kepada kawan-kawan, sama2 kita tunggu yek.. ada ke tak nama kita seperti yang dijanjikan oleh mereka yang berkuasa itu. kehkehkeh... Tapi, kali ni memang aku betul-betul cuak. Aku tak main-main. Serious woi!

# Walaupun hari ni tak best,tapi aku macam happy je. Entah nape, sebab buat kerja ikhlas kot. (selama ni tak ikhlas ?? ) Huhuhu.. Selamat Berhujung Minggu.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...